Memaparkan catatan dengan label Nuha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuha. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2019

3rd born :: Part 2 :: Khalifah Kecil Yang Dinanti 💖

Bersambung...


Pada tarikh 17 November 19, lebih kurang jam 9 malam aku mengalami contraction yang agak kuat, berselimut habis seluruh badan dibuatnya. Walaupun contraction agak kuat tapi aturannya tak sekata, jadi aku tak nak ke hospital lagi, kalau belum betul2 keluar tanda nak bersalin memang buat penat je menunggu kat bilik rawatan tu. Tahan sakit kat rumah jela dulu, selalunya kalau sakit tak sekata ni, nanti dalam 2 - 3 jam camtu hilanglah. Tapi kali ni, Tunggu punya tunggu sampai ke pagi juga sakit tu melanda tak hilang cumanya rasa sakit tu sedikit berkurang. 

Malam tu, aku dah call my little brother Sadiq yang study kat UKM untuk datang tidur kat rumah, bimbang juga Jika air ketuban pecah awal2 pagi, sekurang2nya boleh la dia tengok2kan Budak2 ni kat rumah sementara hubby hantarkan aku ke hospital. Opah pun dah pesan, budak2 tu hantar jela kat rumah dia kalau nak pergi hospital, tapi aku malas nak hantar diorang rumah Opah, biar jela diorang duk rumah, lagipun bukan dekat2 juga nak pergi ke Pelangi Semenyih 2 pastu nak patah balik ke Putrajaya pulak, silap hari bulan boleh terberanak dalam kereta nanti. So pilihan terbaik minta paksu diorang je yang jaga sekejap. Seboleh2nya aku tak nak menyusahkan sesiapa. That's my attitude, mungkin terikut2 perangai arwah ummi. Selagi boleh tanggung sendiri, diam2 sendiri sudah. 

Lepas subuh tu, sakit dah semakin berkurang, aku terpaksa solat Subuh di kerusi kerana keadaan kaki yang semakin membengkak, dah macam kaki gergasi aku rasa, nak angkat pun rasa berat semacam. Banyak pulak sakit yang datang untuk pregnancy kali ke 3 ni. Dulu tak pernah2 pun aku mengalami bengkak kaki seteruk ni, walhal masa tu aku berkerja, lagi banyak bergerak ke sana ke mari & panjat tangga bertingkat2 untuk building inspection. Sekarang duk rumah je pun, mungkin faktor usia yang semakin meningkat agaknya. Aduhaai dah semakin tua rupanya. Betullah kata orang, lain anak, lain ragamnya, makin tua makin banyak risiko nak mengandung. Moga Anak2 ibu menjadi penyejuk mata & penenang hati ibu ye. Amin.

Pagi2, kat rumah ni mesti ada sarapan, paling simple pun roti & telur goreng atau Telur separuh masak, tapi aku da tak larat nak prepare-kan sarapan, jadi aku minta hubby belikan roti canai kat luar je. Kebetulan haritu, semua kedai roti canai yang biasa kitorang makan tutup pulak, sian hubby, sampai ke Jenderam Hilir dia pusing cari kedai roti canai. Nasib baik ada kedai yang bukak, sempatlah aku bantai 2 roti canai kosong & separuh roti telur. Walaupun aku tau berat baby  semakin bertambah tapi nafsu makan tetap maintain... Hihihi

Tak lama lepas makan tu, contraction datang lagi, Oleh kerana sakit sudah berlarutan dari semalam jadi hubby cakap better-lah ke hospital terus. Jadi kami bersiap2 pagi tu untuk ke HPJ. Sebaik masuk ke bilik rawatan, aku di minta untuk berbaring di bed untuk cex jantung baby & tekanan darah. 


Alhamdulillah jantung baby ok, cuma tekanan darah aku agak tinggi sampai 150, tak pernah2 tekanan darah aku naik setinggi tu, Nurse ingatkan aku ada darah tinggi sebelum ni, bila dia cek buku merah OK je katanya. Mungkin sebab aku sakit dari semalam & tak cukup tidur menjadi punca tekanan darah naik mendadak. Nurse suruh berehat dulu, nanti dia datang balik untuk amik bacaan lagi. 

Tak lama kemudian datanglah doktor untuk cex laluan... "dah bukak laluan 3cm" katanya. Kemudian aku dipanggil masuk ke bilik lain untuk scan Baby. Part paling menyeramkan adalah bila doktor cakap saiz baby awak ni besar ni, est 3.9kg !!! Awak kene operate ni. Terus rasa sebak sampai ke dada, terkedu seketika, perkara yang paling aku tak nak dengar akhirnya semakin dekat & hampir menjadi kenyataan. Doktor tanya saiz baby sebelum ni berapa kilo. Aku bagitaulah Nuha 3.25 kg dan Auliya cuma 3.0 kg, setakat ni belum Ada yg lebih 3.50 kg. Nampaknya peluang untuk operate semakin tinggi. Doktor minta aku panggil hubby masuk untuk memberitahu keadaan aku dan seterusnya membuat keputusan dalam tempoh setengah jam sebab bukaan sudah 3cm, anytime aku boleh bersalin. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, Hubby bersetuju untuk aku menjalankan operation, tapi aku masih lagi blur & tak dapat berfikir secara waras apa yang perlu aku buat, apekah hanya bersetuju untuk jalankan operation atau sebaliknya. Dari penjelasan yang diberikan kedua-dua procedure samada operation atau normal masing2 mempunyai risiko yang tinggi untuk aku. Kerana slip disk aku berada pada L4/L5 maka bius separuh badan tidak dapat dilakukan, Oleh itu aku terpaksa dibius sepenuhnya. Kemudian dengan history low blood pressure & darah cair pula, kemungkinan untuk aku sedar selepas operation & juga tempoh untuk pulih sepenuhnya mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Aku mungkin berada di wad sekurang2nya seminggu ke 2 minggu atau lebih, bergantung kepada tahap pemulihan. Tetapi jika aku memilih untuk bersalin normal pula, risiko untuk baby tersangkut bahu adalah tinggi, kerana bahu baby adalah besar dari biasa untuk ibu yang ada kencing manis kata doktor. Risiko untuk baby lemas & kemungkinan ibu mengalami tumpah darah juga sangat tinggi.

Dua orang doktor consult aku masa tu. Operation akan dilakukan segera jika aku bersetuju & sign surat kebenaran. Walaubagaimanapun aku minta sedikit masa untuk melakukan solat istikharah sebelum apa2 keputusan dibuat. Jam masa tu menunjukkan 12.30 T/hari. Doktor minta aku solat di biliknya saja.

Sebaik saja mengangkat takbir, airmataku berguguran deras bak hujan yang turun sepertinya saat itu adalah saat2 terakhir dalam hidupku. Sedih, takut, putus harapan, semua perasaan itu berhimpun di dadaku. Kini aku serahkan segala pengharapan hanya kepada Dia, bantulah ya Allah. Terasa sungguh lemah & tiada upaya diriku atas segala takdir yang bakal dilalui. Istikharah itu adalah solat yang paling indah dalam hidup, sebulat tekad & harapan hanya mengharapkan belas ehsan daripadaNYA semata-mata. Seusai bangun dari sujud setelah segalanya aku luahkan kepada DIA, sungguh terasa sebuah ketenangan & semangat diri tiba2 hinggap di jiwaku. Allahurobbi sesungguhnya DIA Maha Mendengar & Maha Mengasihani kepada setiap hamba2NYA.

Azan zuhur pula berkumandang, aku bangun dan terus solat zuhur. Mana lah tau jika itu adalah solat zuhurku yang terakhir. Nurse beberapa kali memanggil namaku dari luar. Selepas solat aku keluar & bertemu doktor. Dengan penuh yakin aku menjawab pertanyaan doktor. Jawabku tenang "Saya rasa, saya boleh bersalin normal & saya nak bersalin normal" doktor tanya aku beberapa kali "are you sure?" Dan jawapan aku tetap sama. Kemudian dia menepuk bahuku dan berkata "Good Luck" sambil tersenyum dan berlalu keluar.

Kemudian doktor pelatih mengarahkan nurse untuk mengambil darahku & juga memasang line di tangan kerana aku akan terus ke wad.


Sambil mencucuk jarum ke tangan kiriku, sempat lagi nurse memberikan kata2 semangat untuk aku, kerana tadi, dia pun Ada bersama ketika aku memberitahu doktor yang aku decide untuk bersalin normal.

Kata dia "Allah yang berikan semua pada kita puan, susah pun dari Allah, mudah pun dari Allah, InsyaAllah kalau puan yakin puan boleh bersalin normal InsyaAllah boleh, kita ni ibu, Allah bagi kita hati untuk kita rasa, ikutlah apa kata hati puan, selebihnya berserahlah pada Allah".

Kata2nya itu ringkas tetapi begitu dalam maknanya, ia benar2 membuatkan hati aku bertambah teguh dengan keputusan yang aku lakukan, sepertinya Allah  sedang menghantarkan mesej melalui hambanya untuk disampaikan kepadaku bagi menjawab segala luahan dalam istikharahku sebentar tadi. Allahurobi. Sesungguhnya Engkau dekat! 

"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi, yang ingin engkau dustakan?"

                                 
My katil 


Warded 18/11/2019 @ 2pm


View SPRM dari tingkap bilik


Ok juga bilik berdua ni. My Roommate ni Chinese yg sangat peramah & petah berbahasa Melayu. Kandungan dia pun sudah masuk 39 minggu tetapi saiz baby pula agak kecil estimate hanya 2.50 kg saja. 


Depan tu toilet, sangat dekatkan 👍


Perabut yang disediakan di bilik. 

Sekitar jam 2pm aku di tolak naik ke wad bersalin di blok D. Memandangkan bilik single full, Yang available hanya bilik berdua. Maka aku di masukkan di katil di tepi tingkap. Akhirnya perancangan Allah tu mengatasi segala kehendaki kita, mungkin itulah yang terbaik, aku dah malas nak fikir apa2 lagi. 


Kuih minum petang pertama di wad. 

Tak lama kemudian, Hubby naik hantarkan Barang2, beg & sebungkus nasi kandar LAN Kedah. Dari senyuman hubby tu, aku tau dia sangat faham yang isteri dia ni cekal hatinya & kuat tekadnya. Terima kasih kerana sangat memahami. Kami berbual seketika, menguatkan hati atas segala kemungkinan & risiko yang bakal aku lalui. sebelum balik aku minta hubby doakan moga dipermudahkan segala urusan & memohon maaf atas segala kesilapan selama ini. Kita ini hanyalah seorang manusia yang serba kekurangan. 

Petang tu beberapa orang doktor yang bertugas di wad datang lagi. Bertanya keadaan aku & explain benda yang sama juga. Mungkin doktor nak aku hadam secukupnya segala risiko yang bakal dihadapi jika aku tetap dengan keputusan untuk bersalin secara normal. Aku just dengar  je dan kemudian memberi jawapan yang sama. 

Lebih kurang 6.30 ptg hubby sampai. dengan bawak air kelapa sebotol & juga barang2 keperluan. Hujan renyai2 petang tu, hubby datang dengan motor, Nuha & Nufa tinggal kat rumah je berdua. Aku sempat buat video call kat diorang, mula2 tu  si kecik Nufa happy je nampak, tengok cerita karton Umar Hana sambil makan ayam goreng dengan kakak dia, tapi tak lama Lepas tu sedih pulak dia, menangis teresak-esak sampai berjejeh hingus keluar. Ya Allah sayu je hati ibu ni rasa. Ibu pun sedih tinggalkan adik, ibu doakan  moga semuanya selamat & ibu cepat2 bersalin & dapat balik rumah dengan baby skali.

Bila dah tengok Nufa makin lama menangis tak henti-henti sampai teresak-esak, aku suh hubby balik dulu, kesian dia, nanti demam susah pulak, sudahnya memang demam pun si kecik tu. Tak pernah lagi aku tinggalkan dia sejak dari kecik. Inilah 1st time kene tinggal, baru beberapa jam kene tinggal terus demam anak ibu.

Nuha pun cakap dia sedih juga, rindu kat ibu, tak best bila ibu takde katanya. Siap wasap ibu lagi. Tiba2 ibu pulak yang rasa nak menangis.


Perasaan yang serupa hadir ketika malam pertama arwah Umi tiada (Dejavu), Aku masih ingat bila aku tidur sambil memeluk baju arwah yang belum dicuci. Semua orang marah kepadaku masa tu, Opah pun sama, tapi Mereka tidak tahu ape yang aku rasa, aku cume menangis sendiri menahan rindu yang tak terluah, tanpa bebicara dengan sesiapapun. Arwah ummi adalah teman yang paling rapat, terlalu awal dia meninggalkan aku, walaupun sudah bersuami, tetapi aku tetap inginkan arwah ummi ada bersamaku hingga ke hari tua ku. Tetapi aturan Allah mengatasi segala kehendak kita. 

Walaupun kadang2 perangai Nuha tu buat ibu rasa geram je tapi most of the time Nuha banyak tolong ibu jagakan adik Nufa. Tolong suapkan adik makan Walaupun selalu usik adik sampai tumpah segala makanan atas lantai. Selalu juga tolong ibu cuci pinggan mangkuk Walaupun 1000x nak kene ibu ingatkan "Nuha, sudah makan tu cuci pinggan, lap meja" selalu juga tolong ibu vacum rumah & sidaikan baju Walaupun senget benget & bergumpal2. Ibu hargai semua yang Nuha buat, ibu doakan semoga hidup Nuha sentiasa dalam Rahmat & pemeliharaan Allah & jadi hamba Allah yang Solehah serta dipermudahkan segala urusan dunia & Akhirat. 

Sekitar jam 10 malam aku dah bersiap2 nak tidur, tiba2 datang pula beberapa orang nurse, doktor & surgeons yang bertugas malam tu. Dia bertanya keadaan aku & keputusan akhir samada nak operation atau normal. Tapi cara penerangan yang diberi 50/50, tidak terlalu mendesak untuk melakukan operation  & tidak pula menghalang untuk aku cuba bersalin normal.

Doc pakar tu cakap "kite beri peluang untuk puan cuba bersalin normal jika kita tengok tiada progress yang baik, kita akan buat emergency ceaser katanya. Puan solat & berdoalah mudah2n selamat bersalin dengan baik, sujud lama2" katanya. Aku hanya senyum & menyambut nasihat doktor pakar tu dengan ucapan terima kasih. 

Sebelum tidur aku call hubby, bagitau apa yang surgeons bagitau, hubby pun yakinkan aku InsyaAllah boleh bersalin normal. Alhamdulillah bertambah lega hati mendengarnya. Opah & Maksu pun ada call juga malam tu. Banyak nasihat & kata2 semangat yang diberikan. Syukur ke hadrat Allah Kerana hadirkan untukku insan2 yang sangat prihatin & sentiasa support atas setiap perkara, dalam susah mahupun senang. 

Sekitar jam 11.20pm, aku mulai berasa sakit (mild contraction), sambil berbaring di bed tu aku berbisik perlahan kepada diri sendiri "Malam ini, aku maafkan semua kesalahan manusia terhadapku, samada kesalahan kecil mahupun besar, aku halalkan segala hutang2 Mereka yang berhutang kepadaku, keranaMU , Ya Allah ampunkanlah aku & permudahkanlah urusanku"

Kemudian nurse datang untuk mengambil tekanan darah. Tengok keadaan aku tu nurse dah agak aku sedang menahan sakit. Dia pun duduk di sebelah aku sambil meletakkan tangannya ke perut. "Agak kuat juga contraction ni, dah lama ke sakit ni?"  Tanya nurse kepadaku, "Baru je sakit, tapi masih boleh tahan" jawabku ringkas, tak sampai beberapa minit tiba2 rasa sakit mendadak kuat & air ketuban pecah "poop".

Nurse yang tadi tu terus memanggil rakan2 yang lain, dia terus cek laluan. Dah terbuka 5cm katanya, kemudian nurse yang cex laluan tadi cakap dia akan bantu aku untuk mudahkan bersalin, pastu dia masukkan jari sekali lagi kat dalam & twist, ya Allah sakit macam kene gunting hidup2, bercucur darah atas bed, ubat berak pun dicucuk kat bontot, terus rasa nak berak tapi bila masuk duduk nak berak, tak keluar ape2 pun, nurse tu boleh pulak tunggu aku nak berak kat dlm toilet, tapi aku minta dia tunggu kat luar je, 2 - 3x aku minta dia tunggu di luar, barulah dia keluar, katanya risau tinggalkan aku dalam sorang2, takut bersalin kat toilet. Tqvm nurse atas keprihatinan anda. 

Lebih kurang jam 12 pagi aku di tolak ke labor room. Sambil tolak tu, nurse bacakan doa nabi Yunus berulang2 kali. Bagus2 nurse yang bertugas malam tu, baik2 semuanya. 

Sampai je di labor room, aku kena baring untuk cex laluan lagi, ok dah 6cm. Hubby belum sampai lagi, sebelum turun ke labor room tadi aku dah call hubby bagitau yang aku da nak masuk labor room. Mungkin hubby tunggu Sadiq sampai rumah dulu coz anak2 dah tidur.

Rasa sakit sebenar bersalin telah datang,  Allahurobbi terasa berat sakit nya kalini,  aku berpusing ke kiri & ke kanan untuk betulkan kedudukan pinggang & tulang belakang yang semakin menekan kuat.

Nurse bagitau aku supaya sedut benda macam mask tu kalau sakit sangat. Tapi aku hanya menggelengkan kepala. Takpelah aku nak menikmati rasa sakit ni walaupun hanya Allah saja yang tau bebannya. Dalam menahan sakit yang tiba2 datang tu, aku dapat rasakan baby sudah mulai turun ke bawah. Aku bagitau nurse baby dah turun bawah. Pastu nurse cek, bukan dah 10cm Dan kepala baby dah nampak. Maka menjerit2lah nurse tu panggil doktor, sebab kes aku ni mesti doktor yang lead & beri order. Nurse2 duduk dikeliling katil kiri & kanan, Ada yang pegang kaki, Ada yang berikan kata2 semangat untuk aku push baby keluar, tapi aku dah letih sangat, rasa seperti baby tak bergerak keluar pun, dalam riuh rendah suara nurse tu, aku terdengar suara hubby "Yunk kepala baby dah keluar tu yunk, push sikit lagi, push sikit je lagi" oh hubby da sampai rupanya.

Sepertinya masih ada sisa tenaga yang tinggal, walaupun tadi sudah terasa totally out, aku kuatkan juga push untuk ke sekian kalinya, sambil menyebut Allahuakbar!!! tiba2 pandanganku terasa gelap & aku tidak tahu apa yang terjadi, jauh dalam hati aku terdetik, aku mati ke? Tiba2 terdengar nurse bertepuk tangan & ucapan tahniah, diiringi tangisan baby. Aku terasa ada tangan yang menggerak-gerakkan bahuku sambil berkata "Alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin ni, Cuba tengok, anak ape ni puan?" Aku buka mata dan jawab perlahan "BOY" kemudian nurse letakkan baby di atas dadaku, tapi aku tak terdaya nak memangku baby, tanganku masih  terasa lemah & longlai, Nurse meminta izin  mengambil baby untuk dibersihkan. Sekilas pandang, kulit anak ibu bersih je, takde lemak putih pun kat badan. 

Tak lama kemudian, Doktor memulakan tugas seterusnya untuk menjahit luka dalaman & luaran yang di bantu oleh nurse. Banyak sungguh jahitan kali ni, ya Allah sakitnya tak tertahan, bagai disiat2 rasanya, walaupun sudah dibius tapi pedih tetap terasa seperti tidak dibius, sampai terangkat badanku setiap kali jarum di tusuk untuk jahitan.


Lepas siap jahitan semua, nurse panggil hubby masuk semula & disediakan segelas milo panas berserta beberapa keping biskut. Tapi aku belum ada kekuatan lagi untuk makan, letih tu masih terasa sampai nak telan air pun terasa lemah. Hanya sedikit saja milo tu aku minum.


Beberapa minit Lepas siap dijahit & Cuba untuk senyum.


Abi azankan baby

Sekitar jam 2.30am, aku di tolak naik ke ward semula dengan membawa baby bersama. Hubby pun dibenarkan masuk sementara waktu. Lebih kurang jam 4.30am barulah hubby balik ke rumah. Aku pula baik2 saja, tak perlu hubby temankan pun, kerana nurse2 yang bertugas Baik2 & sentiasa bersedia memberikan apa saja bantuan bila diperlukan. Kerana bilik terlalu sejuk, nurse minta izin untuk meletakkan baby di bawah warmer. Jadi aku boleh tidur & berehat. Rasa penat bersalin tadi tiba2 hilang, badan rasa baik2 saja, walaupun dapat banyak jahitan kerana saiz baby yang besar tapi aku masih boleh bangun & berjalan dengan baik tanpa rasa sakit yang melampau. 

Tengah hari tu, Opah, Nyah & Cik Jiah datang melawat. Tapi Nyah tak boleh naik sebab kena Jaga budak2 kat bawah. Nuha & Nufa hubby tinggal kan dengan Nyah, sebab Budak2 under 12 tak dibenarkan melawat. Petang tu doktor benarkan aku & baby pulang ke rumah. Semua urusan selesai sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah. 


Abi tengah cuci berak baby. Thanks Abi 💖


Nampak kurus pulak Abi masa ni...



Alhamdulillah, Akhirnya Allah swt makbulkan doaku, tepat jam 12.37 pagi. Lahirlah seorang Khalifah kecil ke dunia ini yang diberi Nama Umar Abdulaziz. Dengan berat 3.75 kg. dalam keadaan sihat & sempurna kejadiannya. 

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua doktor & nurse HPJ yang telah membantu saya sepanjang proses kelahiran, sikap staf kesihatan yang begitu berhemah & sangat berdedikasi sepanjang menjalankan tugas amatlah saya harga. Semoga Allah membalas segala kebaikkan anda semua. 









Khamis, 31 Januari 2019

Celebrate Birthday :: Nuha & Nufa Di Menate Bangi


Kek Bestday adik

Januari adalah bulan rezeki, kerana kedua-dua anak perempuan kesayangan ibu ni di lahirkan pada bulan Januari. Nuha melihat dunia pada tanggal 14 Januari 2012 manakala adik Nufa pula pada tanggal 27 Januari 2018. 

Beza umur dua beradik ni 6 tahun. Mula-mula tu letih jugalah nak educate Nuha supaya sayang-kan adik dia, Bila suruh main dengan adik dia buat acuh tak acuh je, bosan main dengan adik katanya. lagi satu part barang2, sebab dia dah terbiasa semua barang2 milik dia sorang, so bile nak kena share dengan adik ni memang memerlukan masa skit untuk educate dia, hari2 nak kena cakap benda sama berulang ulang supaya lekat dalam minda luar sedar dia, Alhamdulillah tak lama pun nak kasi Nuha fefeling jadi seorang kakak yang baik & sayang adik dia. Mudah2n rasa sayang & keprihatinan terhadap adik akan terus segar dalam diri kakak Nuha sampai bila2 yea.  

Tahun ini Nuha sudah genap 7 tahun, dah mula masuk ke sekolah pun. Rajin dia ke sekolah, waktu pagi pun tak susah sangat nak kejutkan dia bangun tidur, cuma agak slow skit pergerakan, nak mandi makan masa 20 minit, nak pakai baju 15 minit, sabar memang kene lebih skitlah nak melayan tu. Yang paling ibu tak boleh tahan bila tiba masa ibu nak hantar dia ke sekolah maka mulalah dia sibuk nak mencari segala barang2 dia, padahal dah berbuih mulut ibu ni pesan suruh cek peralatan nak ke sekolah, kemaskan buku2, stokin, kasut & segala peralatan sekolah, letih bercakap potpet-potpet dia masuk telinga kanan & keluar telinga kiri je nampaknya ye. Akhirnya ibu kasilah upah "hanger" sebagai penguat semangat kata orang tua2 tapi kadang2 tu rasa kesianla pula, nak pergi sekolah pun nak kene marah bagai... Hmm... Apepun kak Nuha adalah anak ibu yang baik & selalu buat hati ibu cair dengan budi bicara yang bersopan santun tu. Walaupun kekadang ibu dah tau dah, tektik nak mengipas ibu tu. 


TQ aki :)


Sambutan Bestday Nufa Auliya 1 tahun. Seronok bila ada opah & aki, buat menumpang kasih menggantikan arwah Tokmi & Tok abi. 


Adik Nufa pula dah genap 1 tahun pada 27hb Januari 2019 baruni. Dah aktif semacam budak kecik ni. Gambar dengan paksu skali... 


Adik ni manja sikit dengan ibu, maklum sajalah 24hr duduk melekat dengan ibu je kerjanya. Perkembangan adik Nufa Alhamdulillah, membesar dengan baik. Dah pandai bye-bye Abi nak pergi kerja pun. Penunggu setia abi depan pintu. hihihiihi... Berjalan je belum lagi, kak Nuha dulu, 9 bulan dah boleh berjalan, takpelah diq asalkan sihat sejahtera ibu ok je. 

Nuha sambut bestday dia kat sekolah agama bersama kawan2, manakala adik Nufa sambut dengan Opah/aki, paksu & angah. Syukur dikurniakan anak2 yang sihat & sempurna kejadian. Mudah2n anak2 ibu jadi wanita yang solehah & melahirkan zuriat keturunan yang baik & bertaqwa. 
  

    

Isnin, 25 Jun 2018

Trip Bandung Day 1 ♡ Bila Travel Bersama Anak Kecik



Ok sambung cerita trip kami ke Bandung pada minggu lepas. Date kami berangkat adalah pada 5hb May 2018. Haritu adalah tarikh mengundi awal bagi tentera. So agak kelam kabut juga pagi tu, Walaupun dah planning tapi huru hara jugakla dibuatnya.

Hubby da keluar rumah sekitar jam 6.30am lagi coz tempat mengundi di Setiawangsa KL. Punyalah ramai orang keluar mengundi  kalini, even hubby da beratur dari jam 7.30am tapi kul 9am pun belum siap lagi. Aku pulak dengan budak2 kecik 2 orang ni pun macam2 cerita juga. Sorang mandi berejam2 tak siap2, sorang menjerit nak menyusu badan. aduhaii. Aku pulak tak bersiap ape pun lagi.  Walaupun luggage semua dh siap packing tapi nak urus budak2 cinonet ni amik masa juga. Memang kena reserve masa skit, nak cepat pun tak jadi cepat.

Sekitar jam 9am baru kami 3 beranak bertolak kluar untuk ke Putrajaya Sentral. Kami menggunakan ERL. Kereta parking di bahagian parking berbumbung Putrajaya Sentral RM6/day. Masa nak masuk parking tu, tiba2 touch&go decline. Baki tak cukup katanya, balance kena ada rm10 baru boleh masuk parking. Ya Allah bertabah sajalah. Aku parking kereta kat luar & tinggalkan anak2 dalam kereta sekejap. Kebetulan ada guard melayu kat situ, jadi aku mintak tolong dia tengok2kan anak2 aku tu, Walaupun dah pesan kat Nuha supaya kunci pintu siap2. ALHAMDULILLAH selamat semuanya walaupun da sedikit terlewat. 

Kul 1030am  kami sampai di KLIA. Alhamdulillah aku dapat express lane sebab bawak baby. Lega rasanya sebab semua dah check in. Hubby pula sampai 15 minit kemudian. Sebelum masuk tu Kami sempat breakfast dulu di KFC coz semek Nuha da merengek lapar. Itulah antara cabaran bawak anak2 ni. Perut diorang nak kene jaga. Banyak pula requestnya, Nak makan itu ini... haiihhh... sabar sajalah. Mana yang boleh layan tu layanlah. 


     
        Sarapan KFC dulu sebelum boarding 😊


    Baby Faz 3 bulan ++ da naik flight yea syg 😘


Elok sampai nak boarding, announcement flight delay pula,  ada masalah teknikal katanya. Tapi tak lama pun, lebih kurang 30 minit camtu je. Sempatlah menyusu Baby Faz dulu. 


Kami antara penumpang yang masuk ke flight paling akhir sebab taknak berserabut dengan penumpang2 yang nak letak beg & cari seat segala bagai. Sepanjang penerbangan baby Faz tido nyenyak. Masa flight nk take off & landing aku menyusu baby, bagi mengelakkan telinga dia berdengung kerana perubahan tekanan udara. Segalanya menjadi mudah & tempoh perjalanan selama 2 jam++ terasa aman. 


Lena betul Adik Faz tido yea. Cuaca sepanjang penerbangan pun elok je. Alhamdulillah. 


Inflight services. meal + Entertainment. 💚


Dah sampai Bandung. Jom gerak !


Lepak makan kt Solaria Cafe depan airport. Tujuan sebab nak guna Wi-Fi. Coz line Digi belum dapat connection lg masa ni. Beteri fon pulak dah nazak. Hmmm bertabah sajalah. Hopefully sempatlah request Grab sebelum beteri die. Cafe Solaria ni tak sedap &  Mahal. Langsung tak recommend.

Kami sampai di Bandung pada jam 2pm. Dari Airport kami kene keluar ke Jalan utama untuk amik "grabcar" sebab diorang tak boleh pickup kat dalam kawasan airport. So kene menapak skitlaa lebih kurang 300m ke pintu gerbang biru. Tambang Grab jauh lebih murah berbanding teksi2 dalam airport tu. Teksi bluebird nak charge Kami 150k untuk ke Hotel di Pasar Baru. Tapi Grab hanya 45k sahaja (RM13.50). Banyakkan beza. So ape lagi kami menapak la skit. Jalan kt Bandung ni memang macet sepanjang masa. Dekat 1 jam juga kami nak sampai Hotel padahal dekat je pun. 


Dari jendela bilik kami. Depan tu adalah Bangunan Pasar Baru & Heritage.


Kami makan KFC lagi untuk menu dinner. Walaupun Ada Restaurant Ampera e.g. masakan Sunda area situ tapi keadaan dalam kedai tu aku kurang selesa nak makan. Even dah masuk & duduk dah pun, pastu cakap kat hubby kita makan KFC je laa. hihihi... sorry... aku agak cerewet bab penyediaan makanan & keadaan kedai.


Susana pagi. Semua sedap berselimut lagi. Aku dah tak lena nak tido. Mood nak turun meronda dah membuak2. Ronda waktu pagi2 ni best.


Yeah saya dah bangun ! 😘


Dua beradik yang masih berselimut. 


Sarapan di Pasar Baru Square Hotel ni Alhamdulillah. Banyak juga pilihan makanan. Jagung kt Bandung ni sedap betul. Fresh sungguh. Bile gigit tu sampai merecik air jagung. Rangup sungguh. rindu nak makan jagung Bandung lagi.   


Abang Macho depan pintu bilik kami 817.. 
huhu


Saya dah siap2 nak kluar ni.


Bilik kami luas & selesa.


Kami stay 1 malam jek kat sini. 


Semek Nuha yang macam2. Mengalahkan baby perangai dia ni. Tengah jalan2 sibuk nak kencingla nak berakla. Kat bilik suruh kencing tak nak. Baru keluar jalan2 sekejap je, adalah nnt kejutan dia. hmm...


Dah nak check Out. Pagi tadi sempat pusing2 Pasar Baru sampai kul 3pm. Beli baju kemeja Abi & juga kain lace untuk ibu & juga Nuha. Itu je yg kami shopping di Pasar Baru. Tak ade ape yang menarik sangat. 

Destinasi kami seterusnya adalah ke Peviljeon Hotel di Jalan Riau. Kami menggunakan Grab dengan tambang hanya 13k IDR, lebih kurang RM4 saja. 


okla sambung Next entry, 
nak g masak dulu... 😘

Adios ... 🤗



    


Ahad, 12 November 2017

Little Caliph :: Grand Ihtifal 2017



Pada hari Sabtu haritu, kami ke majlis Grand Ihtifal Little Caliph yang di adakan di Dewan Kejuruteraan UPM Serdang yang berlangsung seawal 8.30am to 12.30pm. Untuk sessi pagi kanak2 cilik yang berusia 4 dan 5 tahun membuat pelbagai persembahan serta menerima pelbagai anugerah prestasi cemerlang untuk sessi pembelajaran 2017. Ini adalah kali pertama aku menyertai anjuran hari konvokesyen Little Caliph. Tahun lepas kami tidak dapat bersama untuk memeriahkan majlis kerana kami sekeluarga bercuti selama sebulan untuk menjayakan trip menjelajah Europe. Tapi sampai harini belum siap2 lagi ceritanya. hihihihi... dah hampir lupa agaknya. Nak kene repeat lagi sekali kot.. hahahaha.

Nuha Safiya berada di kelas KG1(5) untuk tahun ini. Ada beberapa orang kanak2 yang dipilih untuk membuat pelbagai persembahan bagi mewakili kelas masing2. Jumlah pelajar dalam setiap kelas lebih kurang 30 orang. hanya 14 org yang terpilih untuk membuat persembahan dipentas. Pada hari tu Nuha Safiya membuat persembahan tarian cina, nyanyi lagu Raihan "Ching Ai". Bukan main semangat lagi si kecik ni dapat masuk aktiviti tari menari. 





Dah nampak besar sangat anak ibu ni, padahal baru 5 years... Hmmm semoga Allah sentisa menjaga buah hati, intan payung kesayangan ibu ni menuju jalan ke Syurga Firdaus. 






Gambar naik pentas masa amik hadiah tak sempat ibu nak snap... 
simpan dalam kenangan sajalah... 


Sempena hari anugerah tu, Nuha Safiya juga telah terpilih sebagai Best Reading Siri Cepat Baca untuk kelas KG1(5). Tahniah anak ibu ... !!! Dua hari sebelum Grand Ihtifal berlangsung Teacher Lin dah mesej kat ibu. Tak sangka pulak semek kecik yang kuat main HP ni boleh dapat anugerah. Apepun semoga menjadi semangat untuk terus belajar dengan rajin & cemerlang pada masa akan datang. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari kecik tak di ajar semangat membaca & menuntut ilmu bila dah masuk sekolah nanti budak2 ni jadi malas nak belajar serta kurang motivasi diri. Tapi dari pemerhatian ibu, Nuha Safiya ni rajin belajar, kadang2 tak perlu disuruh pun dia suka ulangkaji semula apa yang telah di baca bersama guru di tadika. Alhamdulillah semoga terus istiqomah sayang.

Hari Konvokesyen Little Caliph ni telah di gabung sekali bersama dengan Little Caliph dari Bandar Tun Hussien Onn. So sedikit meriahla sambutan-nya. Apepun semoga Little Caliph terus cemerlang & berjaya membentuk anak2 kecil ini menjadi manusia yang berjiwa murni & mengenal Allah. 

Belum sempat habis Majlis Nuha dah tanya ibu, "Ibu..Ibu... Ibu nak kasi hadiah ape kat Nuha ni ?" hihihihi.... Ibu dah 2 hari lepas pikir nak beli hadiah apelaa pulak kt si kecik ni. Nak celebrate makan2 macam dah selalu sangat makan macam2 so dah jadi macam biasa sangatla pulak. Adoiii... "nanti ibu tengok kat Lazada nak beli hadiah ape" sambil godek2 lazada tiba2 terkeluar gambar kitchen toys tu, terus si kecik jerit, "hahh Nuha nak main masak2la ibu, ibu beli kitchen tu pun boleh untuk Nuha" hihihihi... iyelaa nanti ibu belikan. Oh anak... kadang2 membuatkan hati terasa syahdu & terbelai indah, kadang2 buat jiwa rasa tidak keruan. Hmm sesungguhnya harta & anak2 tidak lain hanyalah perhiasan dunia yang sementara. Semoga dirimu terdidik dengan akhlak & peribadi yang Mulia anak-ku. 


  


Rabu, 27 September 2017

Bawa Anak Bercuti Ke Legoland Malaysia

Pada cuti awal Muharam yang lepas (22nd of Sept) , kami sekeluarga berkesempatan menghabiskan cuti 3D2N kami di Johor Bharu. Tujuan kami hanya ke Legoland di Nusajaya. Perjalanan dari Kajang ke JB mengambil masa lebih kurang 5 jam, sebab kami banyak stopover sepanjang perjalanan. 





Tiket ke Legoland kami beli semasa di Matta Fair Sept 2017, so harganya agak murah berbanding harga promo di website. Atas desakan si kecik Nuha yang beria nak ke Legoland selepas beberapa orang rakan se-tadika dia bercerita pasal Legoland terus hari2 dia pujuk aku untuk bawa dia ke Legoland. Macam2 janji manis yang diberikan untuk memastikan cita-citanya terpenuhi...Alahai anak. 

Beberapa syarat untuk ke Legoland ialah :-

1. Nuha mesti Habiskan buku reading no 3 & dapat membaca dengan lancar.
2. Setiap malam mesti baca Iqra & little Qari
3. Perangai kene behave & dengar kata ibu
4. Bangun pagi & solat

Memang berkesan sungguh, xsampai 2 minggu dah nampak perubahan yang ketara. membaca pun kemain lancar. Punyela semangat dia nk pergi ke Legoland. Hmm so terpaksalah aku memenuhi segala janji2 manis. Syarat2 tu hanyalah sebagai pendorong semangat untuk anak2 rajin belajar. Kalau semua benda diperolehi dengan mudah nanti anak2 tak belajar menghargai. Biar ada sedikit usaha yang dilakukan untuk setiap keinginan-nya. Sebab mak bapak dia ni bukan-nya jutawan @ cop duit, asal nak je dapat. So bila dah besar nanti dia akan faham mengapa kadang2 ada limitation untuk setiap request dia. Mudah2n membesar dengan terdidik & jadi wanita yang solehah berjaya dunia & akhirat.



Sarapan pagi di Hotel dulu sebelum berangkat ke Nusajaya. Kami menginap di Amerin Boutique Hotel Skudai. Makanan sangat banyak & sedap2 belaka. Alhamdulillah. 



Sepanjang perjalanan kami ke Nusa jaya dari Hotel di Skudai, keadaan sudah kelihatan mendung & gelap dari jauh. Sebaik memasuki Nusajaya hujan mula turun mencurah-curah. Aduhaiii macamne nak main ni, hujan lebat pula. Berdoa jela dalam hati moga cuaca kembali elok nanti.  



Haah tu dia pistol air Nuha, dah tak sabar dah budak kecik ni nak masuk ke Legoland. Rate parking per entry hanya RM10, murah juga lah. 





Kitorang sampai seawal yang mungkin, Jam 9.30am dah terpacak di Parking kereta Legoland. Opening hours 10am - 7pm untuk Theme park manakala Water Park pula tutup awal sejam dari Theme Park. Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan bersama-sama semasa di sana. Permainan yang berfaedah pun banyak, contohnya ada kelas memandu untuk peserta yang nak main kereta nissan lego. Sebelum anak2 dibenarkan untuk naik kereta tu, diorang kene masuk kelas memandu dulu, sedikit penjelasan tentang tanda2 jalanraya diterangkan selama 5 minit dan Ia sangat berfaedah & menyeronokkan.



Untuk kanak2 bawah 5 tahun litar kecil disediakan, bagi yang 6 tahun ke atas litar-nya agak besar. So Nuha & Muiz naik asing2. sebab Nuha baru 5yrs manakala Muiz dah 10yrs. padahal boleh aje cakap Nuha tu 6yrs bukan dia cek details pun. hihihiihii... 





Rumah Lego pun banyak, Kat rumah lego ni lambakkan lego dari pelbagai jenis disediakan. Orang dewasa pun boleh main. Buat kereta lumba, Buat Kapal & sebagainya. masing2 dengan idea tersendiri. After dah siap bina future design kereta lumba or Kapal ada litar disediakan untuk berlumba, tengok kereta mana yang win the race. Si Kecik Nuha seronok kemain sampai da tak nak pergi ke mana2. Aduhaii jenuh kitorang memujuk utk move on ke tempat lain pulak.  



Ini dekat Bomba, kami amik gambar je, malas nk join the game, coz nampak macam penat jek nk pusing handle kereta bomba tu untuk kasi kereta bomba tu bergerak. So kite skip ke Airport a.k.a naik kapal terbang kecik.


Yang ni rendah aje. aderla dalam 10m kot tinggi dia. kasi warm up dulu ... :)


Di situ juga terdapat panggung 3D. Siap ade ada air & buih2 lagi keluar dari bumbung. Apa lagi, si kecik menjerit2 la bila air & buih membasahi muka dia... hahaha... Kami juga turut terhibur menonton animasi 3D yang disediakan. Ada banyak juga cerita karton yang dipaparkan, tapi lain2 waktu, setiap 30 minit dia akan rotate 4 cerita kalau tak silap. Kami hanya sempat masuk untuk 1 cerita saja, sebab nak ke tempat lain pula. Jika ada banyak masa boleh saja masuk semua cerita animasi lego tu, best juga layan. Mesti cuba !



Inilah naga yang di maksudkan sikecik, mula2 naik bukan main menjerit2 ketakutan, tapi after that nak naik lagi,eh..eh..eh.. si kecik ni seronok pulak dia. Aku duk bawah jerla amik gambar, kang ade terberanak klu aku naik benda alah ni. Iskk nauzibillahi minzalik... 



Di Ninja Go ni pun seronok juga. Main game 3D. Kita layaannzz.... Zaassss

Boleh dikatakan kami mencuba hampir ke semua aktiviti yang di sediakan di Theme Park tu. Cuma 2 tempat yang kami tidak berkesempatan nk try iaitu naik boat & juga luncur sampan air. Ape entah nama tempat tu "Land of Advanture" ke ape entah namanya. Mula2 dah beratur tapi tengok ramai sangat orang so better kitorang move on ke tempat lain dulu. Konon-nya nanti patah balik. Tapi sampai ke sudah xpergi coz bila dah petang kami ke Water park pula. 

Di water park, ada beberapa syarat pemakaian untuk main water slide. Hanya yang memakai pakaian jenis nylon / swimming suite saja dibenarkan untuk main water slide tu. So aku pakai baju cotton, cume seluar je nylon sob..sob..sob.. keciwa... hanya hubby & muiz je yg try. Naik tangga sambil memikul float tu agak jauh juga, bertingkek-tengkek jugalah kena angkut ke atas.. huhuhu.. bertabah sajalah. Memang boleh tahan penat nengoknya. 

Que kemain panjang. Masa nak ambil float tu dah kene que, once dah sampai atas tu lagi kene que untuk turun slide. Pendek cerita masa banyak habis dengan angkut float naik tangga & que je laa. Aku dengan Nuha hanya main dekat water park bahagian kanak2 je sementara tunggu hubby & Muiz...





Walaupun hanya lepak di kawasan kanak2 tapi agak happening juga, sebab boleh main simbah2 air. so ape lagi, masing-masing main simbah menyimbah air jela. Seronok juga sekali skala jadi kanak2 riang. si Muiz & Nuha seronok tak terkata. Kasi peluang diorang berseronok nanti time kene belajar sila belajar rajin2 & behave ye anak2. 

Memang satu hari suntuk kami berada di Legoland. After jam dah 6pm Water Park dah tutup so kitorang move pula ke Theme Park coz Nuha safiya masih nak naik naga hijau (Roller Coster). Aku lepak kt surau je coz dah penat. 

Alhamdulillah semua orang happy esok kita balik. Malam ni kita bermalam di JB lagi semalam. Hubby dah kepenatan nak drive balik.

Maka tamatlah percutian kami di Legoland Nusajaya Malaysia. Dari segi keseronokkan aku rasa ia lebih kepada anak2. Kami ni tumpang seronok bila tengok anak2 happy je. Aktiviti untuk orang dewasa agak terhad. Dengan tawaran harga promosi di Matta tu ia boleh dikira sangat berbaloi juga. 

Harga makanan standard la kt tempat2 camni mesti up to the sky skit. Kami ada bawak roti, air & nasi bungkus, ok je lepas bawak masuk ke dalam. Pengawal yang cek beg tu pun sekadar cek je, takdela dia cek bersungguh sangat. 

Itu saja cerita kami sepanjang di Legoland. InsyaAllah semoga berjumpa lagi dalam episod yang lain pula. Sekian... babaiii...