Memaparkan catatan dengan label Malaikat Rahmat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaikat Rahmat. Papar semua catatan

Selasa, 19 Julai 2016

Akhir Ramadhan :: Masjid Puteh @ Masjid Raja Kuala Terengganu

Banyak negeri yang kami lewati sepanjang Ramadhan kali ni. Dari Kuala Lumpur hingga ke Utara & seterusnya ke Pantai Timur Tanahair. Menjejak tapak2 kenangan, mencari erti sebuah kehidupan di bumi Tuhan. Walaupun hidangan berbuka kami tidaklah selalunya enak2 belaka, ada kalanya kami terbeli makanan yang teruk sekali rasanya. Jika di bulan Ramadhan pun masih hendak menipu & tidak jujur, bagaimana pula sikap mereka ketika di luar Ramadhan. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka menjadi umat yang lebih baik. 

Meraikan Ramadhan kali ini aku merasa sungguh bahagia sekali, seperti aku menyambut Ramadhan ketika arwah umi & abi masih ada. Hinggakan aku terlupa segala cerita duka yg melanda. Allahuakhbar aku rindu untuk bertemu Ramadhan lagi. Moga di izinkan Allah & di panjangkan usia dalam ketaatan & kerendahan hati.

Pada malam terakhir Ramadhan kami sekeluarga bermalam di Felda Residence Kuala Terengganu. Lebih selesa & mudah untuk kami bergerak menziarahi sanak saudara yg berada di sekitar Kuala Terengganu. Bertemu kaum keluarga yang sudah bertahun tidak berjumpa. Menziarahi mereka yang masih sakit & sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun umi & abi telah tiada.
 


Pandangan luar dari Felda Residence Hotel


Saujana mata memandang nun jauh Jambatan Pulau Duyung...


Pada malam itu kami menunaikan solat terawih yg ke 30 di Masjid Negeri atau lebih di kenali sebagai Masjid Puteh. Lokasi bersebelahan dengan Stesen bas Kuala Terengganu. Kebetulan lalu di situ, teringat pula melalui zaman persekolahan Menengah di SMK(A)DG Marang. Setiap bulan aku akan menunggu bas untuk balik ke Dungun. Sambil tunggu bas tu sempat lagi berdating. hihihihi... zaman remaja lah katakan. tetapi dating secara berhemah yea, xde duduk rapat or pegang2 tangan bagai HARAM ! dating cara budak sekolah agama gitu. Yerla dengan tudung labuh segala tak ke gile nk dating pegang2, oh tidak !!! Terserempak dengan budak2 senior or warden asrama masak kene tindakan disiplin nanti... Hukmak aiii... tapi Takut kepada Allah itu yg lebih utama. Gelak sendiri bile teringatkan zaman remaja yg di lalui. Semuanya hanya tinggal kenangan yg sungguh indah untuk di kenang.

Eh terlebih cerita pulak yea... sambung cerita Solat terawih kami yg terakhir bagi Ramadhan tahun 2016 di Masjid Putih Kuala Terengganu. 

Sungguh sedap skali bacaan Imam Masjid Putih pada malam itu, mirip bacaan di Masjidil Haram, MasyaAllah tidak terasa berada di Malaysia sepanjang solat terawih itu. Bacaan qunut yang sangat panjang pada rakaat witir yang terakhir membuatkan aku terimbau kenangan Umrah ketika Ramadhan pada tahun 2004 bersama arwah Cik Ngah & Ustaz Alauddin di Masjidil Haram. SubhanAllah airmata terasa hangat membasahi pipi. Imam juga kedengaran beberapa kali tersedu-sedu sepanjang memanjatkan doa. Memang tidak sia-sia kami datang berterawih di Masjid ini. 



Alhamdulillah seusai solat & bacaan doa aku terus berpusing ke belakang mencari si kecik Nuha. Dengan jumlah jemaah yang sangat ramai amat menyukarkan pandangan mata mencari si kecik yg lincah & suka bergaul itu. Bimbang juga si kecil hilang atau di culik orang. Zaman yang kecoh dengan kes penculikan budak membuatkan hati aku semakin berat di himpit rasa gelisah. Hampir 15 minit aku berpusing sekitar masjid, luar & dalam masjid namun belum kelihatan kelibat si kecik Nuha. Ya Allah hanya DIA sahaja yang memahami rasa hati ketika itu. Aku menghubungi hubby memberitahu tentang Nuha yang masih belum kelihatan dari tadi. Kami berpusing ke setiap sudut masjid melihat di celah2 jemaah. Akhir-nya hubby menemui si kecik Nuha duduk sendirian di tepi tangga yang agak tersorok sambil memakan roti. Ya Allah Ya Tuhan.... 

Perasaan risau tadi bertukar menjadi geram, rasa ingin sahaja aku cubit2 telinga budak kecik ni. Bersenang lenang dia duduk di situ sambil makan roti. Amboiii joli sungguh. Nasib baik Abi menjadi penyelamat, klu ibu yg jumpa tadi alamatnya memang sakan da kene.... Oh anak sering membuat jantungku berdegup kencang.


Suasana di Masjid Puteh pada malam ni kelihatan agak meriah, rupanya Sultan Mizan & kaum kerabatnya juga turut sama bersolat terawih di situ. Pihak Masjid menyediakan hidangan makanan yg agak enak iaitu roti, nasi putih, Sup tulang, kuih muih & juga air sirap. Agak membuka selera juga moreh mlm tu. Selepas jumpa si kecik Nuha, kami duduk di tepi pagar masjid sambil menjamah sedikit makanan sebelum bertolak balik ke bilik. Alhamdulillah Malam penutup yg sungguh bermakna. Jika di izinkan, tahun depan aku bercadang untuk pulang ke Kuala Terengganu lebih awal & menginap di mana2 Hotel sekitar Kuala Terengganu untuk sama2 memeriahkan malam2 terakhir Ramadhan di Masjid Puteh ini. InsyaAllah.



 


Khamis, 23 Jun 2016

Salam Takziah !

Baru beberapa minggu yg lalu aku & keluarga pulang ke kampung untuk melawat saudara mara yg sedang di timpa dengan ujian sakit. Tidak sampai 2 minggu setelah bertemu dengan Cik Ngoh Dah di rumahnya di Kuantan & berborak panjang mengenai susur galor keturunan kami. Tiba2 pada hari Isnin yg lalu 20 June 2016 bersamaan 15 Ramadhan pada jam 3 ptg, Cik Ngoh telah kembali kehadrat Illahi. Bertemu pencipta sekelian alam ini- Al Malik.  

Teringat perbualan ku dengan hubby selepas melawat arwah pada petang itu, aku memberitahu hubby tentang keadaan cik ngoh. Melalui pemerhatianku, aku rasa cik ngoh sudah tidak mempunyai waktu yg panjang. Paling-paling lama pun 2 bulan. Aku bukan meneka & membuat andaian tetapi itulah yg sering aku perhatikan pada setiap ahli keluarga yg semakin hampir menemui ajal. Walaupun kelihatan agak sihat & masih petah berkata2 serta masih boleh ketawa kecil walaupun agak termengah-mengah, tetapi keadaan jasad seperti seolah2 memberi isyarat bahawa usia-mu kini semakin hampir ke penghujung. Saki baki waktu yg ada ini persiapkanlah untuk menghadapinya. (sakaratul-maut)

Sepanjang perbualan kami pada petang itu, aku sempat berpesan kepadanya supaya membuat persiapan untuk menghadapi alam barzakh, bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi kerana keyakinan kepada hidup selepas mati itu, kerana setiap daripada kite akan tiba waktunya. Alangkah indah jika waktu yg akan tiba itu sudah kite persiapkan diri untuk menghadapinya. Bila mana 2 malaikat datang menjemput saat itu, kite sudah bersedia untuk pulang bertemu Tuhan pencipta alam. Tiada apa yg kita hiraukan lagi mengenai dunia yg akan kita tinggalkan, semuanya sudah di susun & di atur sebaik mungkin. 

Cik ngoh adalah seorang guru al-quran yg di segani di Istana Pahang, dia seorang insan yg sentiasa ceria & menghiburkan. Mudah2n Allah merahmatinya & di tempatkan di kalangan hamba2 yg solehah.

Ketika arwah umi melalui saat2 akhir kehidupannya, arwah umi berpesan kepada aku tentang semua dokumen2 penting yg telah di simpan di dalam satu fail. Semua dokumen hartanah & juga buku bank simpanan semua telah di simpan di situ. Tetapi aku hanya memandng sepi pesanan itu, kerana aku tidak mengharapkan arwah umi untuk pergi terlalu awal meninggalkan aku sendiri. Demi sesungguhnya janji Allah itu telah jelas, setelah arwah pergi aku mula mencari fail yg dimaksudkan arwah umi di balik susunan buku di rak. Apabila aku membuka fail berkenaan, sungguh aku terasa takjub, subhanAllah, umi sepertinya sudah tahu yang ajalnya semakin hampir. Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskan segala peninggalan arwah umi. Semuanya seperti telah tersedia dengan rapi untuk diuruskan. Indahnya sebuah kematian.          

Hidup ini hanyalah seketika. Dunia ini hanyalah tempat berlakon & berseloka, tiada apa yg kekal abadi untuk dimiliki, semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam setiap doa yg aku lafazkan, Ya Allah.. sampaikanlah hasrat hatiku untuk tinggal di bumi Madinah mahupun Mekah pada penghujung hidup-ku. Sedarkanlah aku jika aku terlalai & terleka terhadap dunia & matikanlah aku dengan sebaik2 kematian & tempatkanlah aku dengan sebaik2 tempat kembali pada sisi-MU. Ameen Ya Robbal 'Alamin.







Rabu, 25 Mei 2016

Zikir Harian :: Imam Al-Ghazali

Bacaan zikir amalan imam Al-Ghazali ini bukanlah sesuatu yg wajib jumlahnya 1000, tetapi ia adalah amalan seorang ulama' besar. Walaupun tiada hadith nabi secara terang menyatakan haruslah kite berzikir sebanyak sekian & sekian pada hari sekian & sekian. Tetapi tidaklah menjadi perkara yg Bidaah sekiranya kite ingin mengamalkan perkara yg baik selagi ia tidak bertentangan dgn hukum hakam agama. 

Jika perbuatan berzikir 1000 kali sehari itu di katakan bidaah kerana terdapat penetapan bilangan padanya, ia bukanlah paksaan, itu hanyalah amalan seorang ulama' besar, mungkin jika kite boleh berzikir lebih dari itu, ataupun cukup sekadar 500 sahaja atau ikut suka sendiri berapa saja bila ngan yang Di ingini. Maka tidak menjadi masalah kerana ia bukan perkara yang wajib bagi kita. Ia hanyalah susunan amalan seorang alim. 

PEMBAHAGIAN BID`AH 

Bid`ah terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Bid`ah Dhalalah. Disebutkan juga Bid`ah Sayyi-ah atau Sunnah Sayyiah. Iaitu perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.


Kedua: Bid`ah Huda atau disebutkan juga Bid`ah Hasanah atau Sunnah Hasanah. Iaitu perkara baru yang sesuai dan selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Jika masih ada juga yang mengatakan ia Bidaah, bagaimana pula dgn pemakaian harian kita. Cthnya Nabi SAW tidak memakai Songkok. Adakah ia bidaah ? Nabi sepanjang masa memakai serban. Nabi juga tidak memakai baju melayu & seluar panjang, adakah ia bidaah. Walaupun tujuan untuk menutup aurat kita seharusnya mengikut cara Rasulullah SAW berpakaian ketika solat & sebagainya. Adakah benar pemikiran seperti itu ? Nyatalah tidak tepat sama sekali. Selagi ia tidak melanggar mana2 perkara agama, Kerana hukum asal setiap perbuatan itu adalah "HARUS" selagi mana ia tidak bercanggah dengan Agama. 





Hari Jumaat

YA ALLAH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah 


Hari Sabtu

LAA ILA HA ILLALLAH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya

Hari Ahad 

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM (1000 Kali) 
Fadilatnya : Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita


Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM (1000 Kali) Fadilatnya: Setiap bacaan, Allah memberi ganjaran pahala sebesar Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepada hambanya serta menghindarkan sifat2 mazmumah dalam diri kita   


Hari Selasa


ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD (1000 Kali) Fadilatnya: Setiap satu kali bacaan, mendapat rahmat Allah dan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun serta mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat 



Hari Rabu

AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap kali di baca zikir di atas, Allah akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hambaNya


Hari Khamis

SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH (1000 Kali) 
Fadilatnya : Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga


Jika hari2 kita boleh membaca surat khabar & menonton berita, adakah kita tidak punya masa untuk berzikir kepada Allah yg telah memberi kita penglihatan & mengurniakan kita masa yg panjang. Tidakkah kite berasa malu dengan tidak sedikitpun memperuntukkan masa itu untuk Tuhan yg telah memberi Masa itu untuk kita. 

 Fikir2kan & selamat beramal. Mudah2n Hiudp kita di berkati.

Bila Org Kampung Datang Ke Rumah

Bila dah duduk KL selalunya org kampung akan datang bertandang ke rumah. Itu perkara biasa bagi kami. Dulu masa kecil2 pun, kami selalu datang berkunjung ke rumah cik di Manjalara Kepong. Setiap kali cuti sekolah maka kami sekeluarga akan ke rumah cik. Arwah nenek, umi & semua sedara mara jika ke KL masa tu tempat penginapan adalah di rumah cik. Walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana, tapi cukuplah untuk kami berteduh sehari dua. Bila datang ke Kuala Lumpur, maka arwah Tokki & nenek akan membawa segala macam barang2 dapur seperti Ayam kampung, Kelapa, beras, Ikan Masin, rempah ratus, keropok keping, keropok lekor, Buah Duku, Rambutan, limau nipis & segala macam makanan untuk cik sekeluarga. Lagipun masa tu cik pun bukan org senang, yg datang bertandang-nya ramai jd semua bekalan yg di bawa tu akan di masak sepanjang kami di sana.

Yerla.. bila kite bertandang ke rumah org, tak kan nk dtg bawak perut jek, itu xde adab namanya. Ingat arwah umi selalu sebut :-


"Bile kite dtg rumah org bawaklah buah tangan, jgn dtg tangan kosong, supaya org suke bile dengar kite nk dtg, Jgn jadi kedekut sgt, nnt bile org dengar kite nk dtg rumah dia, org dah serabut perut dah, sebab jenis tak reti bahasa, nk g rumah org biar ade adab"

Sampai ke la ni aku ingat pesan tu. Tak kirelah samada aku nk dtg singgah sekejap or nk tumpang tidur ke ape, atleast aku akan bawa sesuatu, xdela dtg bawak perut jek. Tunggu org nk hidang makanan. Buruk bebenor perangai manusia camni. nauzubillah. 

So skrg bila aku dah duduk KL walaupun selangor tp still sebut KL (blh cenggitu). Maka mana2 sedara mara yg ingin dtg ke KL maka rumah aku akan menjadi persinggahan sementara. Itu adalah perkara biasa & kami seronok menyambut sesiapa shj dtg ke rumah kami. 

Setiap kali sanak saudara dtg mmg pening kepala pikir nk bawak g jejalan kt mana pulak kali ni. Dulu masa IOI Mall belum siap, kami selalu bawak g Alamanda Putrajaya ataupun MidValley. Mudah sikit bawak g Mall klu diorang ade nk beli ape2 senang. Walaupun kitorang sendiri dah jemu dah pusing kt tempat2 tu. Bile tiba time makan, samada aku akan masak di rumah ataupun kene belanja di luar. Itulah adalah perkara wajib jika org dtg ke rumah. Rasa mcm serba tak kene pulak klu tak belanja makan. Rasa macam kedekut sangat la pulak, walaupun kekadang pada ketika tu aku sendiri tersangatlah berjimat cermat untuk berbelanja diluar. Tapi Allah Maha berkuasa, Dialah yg mengatur rezeki untuk setiap hambanya. 

Kadang2 selepas berhempas pulas beberapa ketika pasti akan dtg rezeki yg tidak di duga mencurah2. Sesungguhnya Dia Maha Melihat & Dia mengasihi hamba2-NYA yg berkasih syg sesama manusia. Kerana setiap tetamu yg datang itu, beriringan dengannya juga datang-nya Malaikat Rahmat. Jadi bergembiralah menyambut kedatangan tetamu ke rumah anda lebih-lebih lagi ahli keluarga terdekat.