Memaparkan catatan dengan label Taman Sepakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman Sepakat. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

Nuha Safiya Masuk TASKA PERMATA

Bermula 1 Oct 2013 yang lepas aku dah mula menghantar my beloved gergilz ke TASKA. Adeq dah xduduk ngan Opah. Sian Opah rindu kt adeq yea, tp klu masih duduk dengan Opah pun kesian jugak kat Opah, coz Opah selalu sakit pinggang & bengkak kaki. So hujung minggu jela kite g melawat Opah ok.


 
 
Walaupun aku sedikit berat hati nk hantar my BB kt Taska walaubagaimanapun aku pun risau jugak nk hantar kt rumah pengasuh yg aku xkenal. Maklumlah zaman sekarang banyak manusia berhati Setan. Buat kerje ikut suka mak bapak dia je. Bukan boleh percaya sangat pengasuh sekarang ni, nak duit je lebey. Etika menjaga kanak2 bukan di ambil kira. So better duk kt Taska. LagipunTaska yg kitorang hantar ni mmg bersih & penjaga-nya budak2 muda yg menutup aurat & menjaga agama. Mudah2n lebih berhati perut terhadap kanak2. Faham2 sajelah budak2 yg baru meningkat usia, mmg x-dinafikan tahap keaktifan-nya. Aku pun kadang2 boleh mamai di buatnya. Huhuhu...

Dah hampir setengah bulan adik duk kt Taska, Alhamdulillah semua-nya baik2 belaka. Cuma masa 1 week tu je adik dilanda demam. Mungkin berjangkit dengan budak2 yg xberapa sihat kt situ. Tp 2 hari je demam, pastu dah ok. Kebanyakkan budak2 kt situ adalah anak2 Pak Arab. Ramai foreigner hantar anak2 diorang kt situ, maklumlah mmg kawasan tu menjadi penempatan diorang pun. Keadaan Taska mmg bersih & ber-Econ. Itu adalah factor utama mengapa aku menghantar adik kt situ. Dah banyak tempat kitorang survey. Ade je yg dekat dengan rumah tp mcm xberapa memenuhi standard kebersihan yg dikehendaki. Jauh skit pun xpelaa, asalkan adik sihat & gembira untuk berada di situ.
 
Kitorang pun ada mendaftar untuk masuk ke TASKA PERMATA di MINDEF Jalan Semarak, dekat skit dengan my hubby punye Opis. Tp sikit punye ramai org Q untuk masuk ke situ, siap ade interview lg. Yang tu satu hal. Boleh plak dia tetapkan maximum pendapatan keluarga tidak lebih dari RM2500. Hmm ada ke patut, Xrealistik langsung syarat tu pada aku. Mana ade pendapatan keluarga bawah RM2500 klu duk area Kuala Lumpur ni. Buatla syarat yg Logik skit makcik oiii.. So mmg xde peluangla nk hantar adik kt situ. Walaupun xdapat masuk ke Taska Permata yang under jabatan perdana Menteri tu Tapi adik dapat jugak masuk Taska Permata Auliya kt Syeksen 7 Bangi. ehhehe ok la tu.. :)
 
Dari pemerhatian aku Adik happy je duk kt situ, bila hantar je dia kt Taska terus melulu masuk ke dalam, excited nk jumpe kawan2, kitorang pun senang hati bila tengok my BB happy. Harapnya semua baik2 belaka. masa 1st hantar adik kt taska Abi bukan main Xcited, siap amik gambar lagi. ehehehe.. Abi siap balik awal nk g amik adik kt Taska. First Day la katakan. Say Thanks to Abi ok... Muahahaha.. Sayang Abi Selalu !

 
 
 

Isnin, 24 Jun 2013

Landlord Yang Baik Hati

Hehehe.. Angkat bakul sendiri nampak !
 
Memandangkan kitorang dah siap berpindah rumah, maka aku dengan gembiranya memulakan aktiviti membersih & mengecat Apartment kitorang di Taman Sepakat 2 tu. Walaupun keadaan rumah masih elok & tiada sebarang kekotoran melampau pada dinding, tp aku gatal tangan jugak nk mengecat. Mengecat ni pun salah satu Hobi masa lapang aku. Dari sekolah rendah lg, aku slalu follow my beloved abi mengecat kt kelas dia. So pendedahan seawal usia kanak-kanak tu menimbul minat untuk aku teruskan hobi yg berfaedah ni. Mmg pelik skit bunyi-nya... tp itu la aku, wanita biasa yg punyai minat yg agak terkeluar dari senarai "Kontrol Ayu" & kadang2 agak x-disangka-sangka... huhuhu... Apepun asalkan bahagia. :)
 
 

Dah sebahagian rumah dah siap cat, walaupun kitorang x-cat semua tp hasil-nya sangat ceria.. aku pulak yg lebey teruja.. hikhikhik...

 
Dining Area, Siap ade decorative wall frame lg.. itupun aku tinggal utk diorang.. :)
 
 
Warna yg ade cume light gray & yellow je.. so aku bantai je kt semua ruang rumah...
 
Actually aku bukan saje-saje nk memenatkan diri or menambah kerja, tp masa aku berkemas barang-barang kt store apartment tu tiba2 aku terjumpe ade 2 tong cat yg masih elok belum habis. Xkan nk buang plak cat tu kan. Sayang tu... aku ni bukan kaki buang barang, selagi boleh pakai aku pakai je. Klu xnk pakai aku kasi kt sesiapa yg berminat. That Y laa aku decide nk mengecat dinding Apartment kitorang tu. Lagipun, ape salahnye kite gembirakan sedikit hati penyewa rumah kite tu kan. Of Coz laa tenant happy bile tengok keadaan rumah yang bersih & ceria dengan warna dinding yang baru kan... Bile dia dah happy maka dia pun akan seronok untuk menyewa lama di rumah kita tu. Sapa yg untung Landlord jugak... yang penting Cashflow terbaik. hanya dengan sedikit effort yg di berikan, harapnye tenant gembira & berpuas hati. InsyaAllah...
 
 
Warna di masterbed... kasi Energetic Mood skit... :)

 
Langsir pun dah macam bilik pengantin... ehehehe.. :)
 
My hubby selalu duk membebel, katanye aku suka cari kerja. Dah org dah bersetuju nk sewa, okla tu. Bersih gitu-gitu je dahla. Duk beria nk cat bagai macam kite plak yg nk tinggal... !! Hmm ape-apelah... malas nk layan aku diamkan aje & teruskan kerja mengecat aku sendiri... tp sekejap je, pastu hubby plak yg sambung, walaupun kuat membebel mengalahkan aku tp bile dia tengok muka aku yg dah kepenatan nk mengecat sambil terjenjet-jenjet nk mengecat dinding yg tinggi, last2 dia jugak yg siapkan semua... ehehehe.. I always realize... U love Me so much kan... ?? :)  Kekadang aku saje je buat2 muka kesian.. menagih simpati... Walaupun kadang2 "Pak Cik" suke buat endah x-endah bile kite minta tolong, tp sebenarnya pakcik ni mmg lembut hati & penyabar org-nya... (Suka la tu, kene puji.. mesti tersengih-sengih klu bace entry aku ni... :))





Aktiviti Pindah ke Rumah Baru

Salam semua kawan2...
 
Dah hampir 3 minggu kot aku xmengupdate blog aku ni, masa nk bertenet & berblog sgt terhad. Coz kt umah aku skrg dah xde Unifi lagi. Line untuk Unifi belum dapat lagi untuk kawasan perumahan di Hillpark fasa 2. So after berpindah haritu terpaksalah aku terminate service Unifi ni.. Bye-bye.. Unifi.
 
Sebab tulah aktiviti bertenet aku semakin merudum. Tambahan pula aku mmg xde mood nk bertenet sgt sekarang, banyak benda yg aku tengah pikir untuk di selesaikan. Aktiviti mengangkut barang dari rumah lama ke rumah baru pun belum selesai sepenuhnya. Kitorang hanya sewa lori untuk angkat barang2 besar seperti Fridge, Washer, TV, Katil & etc. mana yg besar2 upah lori. Tp yg kecik-kecik macam pinggan mangkuk, baju2 & brg2 rumah yg lain sume kitorang angkat sendiri pakai kereta. Sian my car terpaksa jadi truck pengangkut buat seketika.   
 
 
 Barang-barang kt bahagian dapur saje 4 kali angkat baru clear... huwaaa penatnye...
 
InsyaAllah minggu ni selesai la kot kerja mengangkut barang2 ni. Adooiiii dah muak da rase nk main pindah randah camni. Penat & semak kepala. Yerla mau xsemak kepala. Bile nk cari barang2 yg nk di guna mulala geledah semua kotak-kotak yg ade. Berterabur la plak barang-barang kt umah baru. Bile nk mula berkemas plak, xtaulaa. Tunggula slow-slow.
 
 
 
 
Apartment kitorang pun dah ade pnyewa. InsyaAllah Jumaat ni, 28 June diorang dah nk masuk rumah. Huh lega sedikit rasa-nya... Penyewa apartment kitorang ni org IRAQ, student Chem-Engine Universiti Putra Malaysia. Dah berkeluarga & punyai 5 org anak. Walaupun pada mulanya aku sedikit berat nk kasi sewa kt Pak Arab ni, coz anak dia ramai sangat. Dalam kepala aku ni dah terbayang keganasan anak2 dia. Huh habislaa semua perabut aku tu. Walaubagaimanapun, memandangkan kitorang malas dah nk fikir lagi pasal nk cari penyewa lain maka My Hubby bersetuju je untuk sewakan pada Pak Arab ni. Aku Harap semua baik2 belaka. Siap dah warning dia, klu furniture aku rosak teruk, aku akan deduct dia punye deposit.. ehehehe Safety First !
 
Minggu depan my hubby plak xde, tetiba plak kuar arahan Inspection ke Labuan, aduyaaii.. ade-ade je nk kene outstation, dahla aku xberapa serasi lg nk stay kt rumah baru aku tu, adoiiii klulah cuti aku ni banyak lagi, ade je aku amik cuti & follow hubby skali, tp itulaa.. cuti dah tinggal beberapa hari je lagi. Mana nk cuti Raya, Cuti jalan-jalan, cuti nk hantar adik ke Klinik, cuti yg x-disangka2 & macam2 cuti lg laaa...Hmm Mmg dah nampak nk kene unpaid leave tahun ni. Apsal la kerajaan xwajibkan cuti tahunan pekerja swasta sekurang-kurangnya 25 hari kan... Seronok la sikit... ehehe..
 
Ok.. di sini aku nk share no contact lorry yang aku gunakan, so kepada sesiapa yg rasa-rasa nk berpindah-randah tu bolehlah menggunakan service mereka. Dari segi harga boleh bincang. Barang2 aku pun ok je diorang angkat, xde lg yg pecah setakat ni, cume tilam Vono kesayangan aku agak kotor. Tp nk buat camne, dah salah aku jugak xbalut siap2. Hmmm so yg tu kite abaikan.
 
Nama company NZ Maju : 016-2881611. Ataupun korang boleh call jugak Brother Wan ni : 019-6738622. Dua-dua service ni InsyaAllah ok. Kos lori 3 tan RM250 sekali dengan 3 org pengangkat barang. Klu Brother Wan : Lori 5 tan harga RM350 sekali dengan orang angkat. So boleh pilih nk yg mana satu yea.
 

Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Untuk Sewaan Di Sri Dahlia Taman Sepakat Indah 2 Kajang

 
Apartment Half Furnish untuk di sewakan di Sri Dahlia, Tmn Sepakat Indah 2 Sungai Chua Kajang.
 
 
Lokasi adalah 1.0km dari SILK Highway
15 minit untuk ke PUTRAJAYA
10 minit ke UNITEN
10 minit utk ke Bdr Baru Bangi
Kejiranan bersih & terkawal 24-Hr security
Access card untuk ke Parking & Lift Lobby.
 
 
Barang-barang yg di sediakan adalah :-
 
1. Wardrobe untuk masterbed.
2. Aircond & wall fan @ masterbed
3. Syiling fan untuk Family Hall & wall fan 2 bilik
4. Water Heater
5. Kitchen Cabinet
6. Washing machine
7. Dining Table
8. Book rack
9. Sofa
10. Tv Cabinet
11. Divan
12. 1pc Access Card & 1 unit Covered Parking
 
Harga yang di tawarkan untuk minimum sewaan 2 tahun adalah RM1200/month. Sewaan Termasuk bayaran bulanan maintenance fee. tetapi TIDAK temasuk Bayaran Bill Air. Sedia untuk sewaan pada 01 Jun 2013
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-335 3616 : Nora
 


Selasa, 13 November 2012

Hubby Jadi Mr. Mama for 3 Days

Hari ni aku dah mula kerja selepas seminggu lebey bercuti. Klu ikutkan hati aku ni mmg aku nk sambung cuti lg. Tp apekan daya tuntutan kerja mesti diutamakan setelah seminggu aku tinggalkan tanpa sebarang berita.
 
Seminggu ni my hubby masih bercuti lg. Memandangkan hubby bercuti so aku dgn rasa bangga mengambil keputusan untuk tinggalkan my baby Nuha dgn her Abi ajela. Xpayah susah2 aku nk buat U-turn ke Putrajaya. Jimat Tenaga & x-jam di Silk Highway. ehehe..
 
Selang sejam aku akan call hubby untuk monitor keadaan. Hehe yg lawaknya bile aku call tanya ape dia buat dgn baby. Hubby cakap "baru sudah cuci baju, jemur baju & tidurkan adek" aku yg duk kt office ni tergelak sesorang je. Adeehh rase lawak bercampur kesian pun ade. Ehehe.. x-sangkala plak my hubby boleh jadi Mr. Mama yg berjaya. U are Bravo Syg... Muhahaha..
 
Dari dlm telefon terdengar suara my baby yg berceloteh bahasa yg tidak di fahami. Adik dah quite active sekarang. Semoga hubby terus tabah ntuk melayani karenah my baby yg kuat mengemas & merayap entah mana2. Asal nampak pintu terbuka skit mesti dia akan terjah. Terutama skali pintu bilik air & slidding door balcony. Moga semua selamat sampai ibu kembali dari opis nnt petang yea. Take Care with Ur abi yea syg... :) 

Khamis, 18 Oktober 2012

Kereta-KU Dipecah Masuk !!

Bulan 10 ni mmg banyak betul dugaan datang menimpa, macam2 jenis penyakit yg aku kena sepanjang bulan ni, mmg sungguh menuntut kesabaran yg teramat sangat dari lubuk hati yg kudus.
 
Seperti pagi2 yg biasa, seawal jam 8 pagi aku bergerak ke Putrajaya untuk menghantar baby Nuha sebelum aku ke-tempat kerja. Actaully pagi ni aku ade date dgn kawan aku berkenaan dgn tapak tanah di Jalan Semarak Kuala Lumpur, So kitorang meet up dekat kedai mamak area Putrajaya. Aku dah janji nk belanja dia breakfast pagi ni. Beselah member2 nk kasi maklumat, so kite belanja-la padan2 patut, bukan banyak pun sekadar roti canai & tea tarik.
 
After da siap2 makan sume aku ke kaunter bayaran. Skali aku bukak beg duit, seringgit pun xde dlm purse aku. mau xterkejut aku kt situ Cisss mmg boleh celaka dah nampaknye aku pagi2 ni. Detik dlm hati sendiri, smlm baru aku withdraw RM500 dari MBB, RM50 aku buat isi minyak balance RM450 mmg xterusik lg. Dlm hati terus terdetik "Padanla td pagi mase aku nk bukak kete, aku perasan kete aku mmg xberkunci..." Aku seluk dlm poket seluar, nasib baik ade RM20 dlm poket seluar. So bolehla buat bayar untuk makan td.
 
Aku terus balik ke rumah untuk buat report di maintenance service, setahu aku ade CCTV di pasang, so boleh tengok CCTV siapa punye kerje. Itu aku sendiri pikir jela. Skali bile sampai kt pejabat tu, diorang ckp CCTV hanye ade di Lobby & juga dlm lift, kt parking xde CCTV. Huh panas-panas, isk xboleh jadi ni, smlm sebelum aku turun dr kereta aku sempat kire duit dlm purse aku tu ade RM450 dan aku da siap selitkan kt bawah bucket seat baby lg. Kekadang aku terlupe utk bawak naik purse tu, maklumlah banyak sgt barang yg nk di bawa, lg nk dukung baby. Dah nk jadi xde rezeki aku nk kata ape.
 
After da bising2 kt maintenace office tu aku ke balai polis untuk buat report. Tp setakat buat report nk buat ape. bukan ade CCTV ke nk siasat. so just sekadar report kecurian jela.
 
 
 
Antara barang2 yg hilang seperti Smart tag, Touch & Go, GPS & Duit. anggaran kerugian ialah RM1800. Hmm tarik nafas panjang aku sehari ni. Terasa benar kemarahan yg membuak2 dlm dada ni. Klu aku jumpe pencuri tu mmg aku pelangkong cukup2. Ko tunggula suatu masa Bala lebey besar akan menimpa ko... Yang paling aku pelik tu, beg duit aku, jahanam pencuri tu x-amik, dia cume sapu semua duit2 yg ade dlm tu & angkut sekeping CC aku. Pastu pandai plak dia masukkan balik purse aku kt bawah bucket seat tu.
 
Aku x-kerje harini, awal2 tadi aku da infrom my manager tentang kejadian yg xdisangka-sangka ni. My manager kasi kebenaran utk aku selesaikan dulu hal2 yg berkaitan. Mood sgt serabut & kepala rase mcm nk pecah. Ya Allah....
 
 
 
 
 
 

Ahad, 30 September 2012

Ziarah Jiran @ X-Schoolmate Yg Baru Menimang Cahaya Mata

Aktiviti harini adalah memcuci baju, mengemas rumah & juga melawat member kt sebelah bangunan rumah aku (SRI IXORA) huhuhu..  punyerla dekat je tp xpernah bersua muke pun selama setahun lebey duk kt situ. Kebetulan dia baru dapat anak last week so aku ingat nk pergila jengok anak dia. Kang xpergi macam xkene plak.. merangkap jiran + kawan baik. :)
 
Member aku ni dulu ialah kawan lelaki yg agak rapat dgn aku mase aku Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling Marang Terengganu. Kalau time hari raye tu mmg kitorang slalu-la ziarah ke rumah masing2. Mamat ni agak glamour jugak kt sekolah dulu, Jejaka Idaman Malaya la katekan, Beriman + Bertaqwa + Macho gitu. hikhikhik.. itu yg ramai peminat tu.. aku biasa2 je. :)
 
Kebetulan mase aku g rumah dia tadi mak & mak mertua dia pun ade skali. So bermesra-mesra alam la aku dgn makcik2 tu. hehehe .. Mak member aku ni mmg cam jugak muke aku, katenye dulu macam pernah dtg beraya kt umah kan..?? hehehe.. Ingat lg makcik kt saye yea.. Best jugak sembang2 ngan org kampung ni, xpayah nk loghat KL..
 
BB Nuha Plak bukan main seronok dia duk atas riba my friend, Cian adek, tak cukup kasih syg yea.. member aku ni pun seronok plak duk mendukung BB Nuha... Elok je adek duk bertapa dlm dakapan kawan tu, addooiiii adek-adek.. 
 
lebey kurang sejam melepak, aku mintak diri untuk pulang, Mak member aku siap kasi keropok keping lagi sebungkus. ehehe, keropok yg dia buat sendiri katanye... Rezeki di petang hari Alhamdulillah.. Punyela seronok adek duk bermain, sampai xmo balik dia..Hmmm Nnt kite dtg lagi  melawat baby yea syg.. Jom kite balik da lewat ni .. Assalamualaikum Tok Wan, jemputla dtg umah adek plak yea... :)
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 22 September 2012

Hendak Potong Ayam, Terpotong Tangan !!

 
 
Inilah ayam yg telah membawa padah kepadaku...
 
Sikit punye keras tulang ayam ni.. 2, 3 kali ketuk pun masih maintain baik je pinggul dia. Agaknye ayam ni banyak minum susu kot. Itu yg tulang dia gile punye keras... Tetiba terase perit je kt jari tangan aku ni, skali.. yaaa Allah da terpotong isi jari hantu aku la plak.. addooiiii sakitnye.. :.( 
 
 
 
 
Cepat2 cuci dgn air utk bersihkan kuman2 yg ade. Aku selongkar kotak ubatan yg xberapa nk lengkap dlm bilik. terjumpela pembalut luka & iodin. itu pun bekal tinggalan ubat luka masa aku berpantang haritu. Hmm kapas pembalut utk luka da habis, aduss camne ni, nk pakai kapas muka, nnt melekat plak. sob..sob..sob.. pedihh.. kepala ligat berpusing utk cari solution pembalut luka. jeng..jeng..jeng.. aku dapat satu idea. Kite pakai pembalut baik punye.. hehehe nk tau ape.. sile scroll ke bawah yea... huhuhu...
 
 
 
 
 
 
 
<<<<<<<<
 
 
 
 
 
 
 
<<<<<<<<
 
 
 
 
 
 
 
<<<<<<<<
 
 
 
 
 
 
 
<<<<<<<<
 
 
 
 
Inilah pembalut luka aku td, patut letak tempat lain blh plak di modified jd benda lain.. Tersangatlah kreatif kan.. huhuhu :) 
 
 
 
 
HASIL-NYE
 
 
 
 
 
Jadi Doktor sendiri... :)
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 15 September 2012

Making Money In Property Vs Location


Selamat pagi kengkawan semua. Harini aku nk share sedikit info & pengalaman bagaimana untuk menambahkan sumber kewangan anda dalam masa yg optimum. Harus di ingat hartanah adalah pelaburan jangka panjang atau serdahana, ini bergantung kepada keduduk-kan & permintaan terhadap hartanah yg anda miliki. Bagaimana untuk membuat duit dgn Hartanah ??
 
Ramai org membincangkan tentang pelbagai masalah yg akan dihadapi semasa & selepas anda memiliki sesebuah hartanah. Yer.. aku amat bersetuju dgn pelbagai pendapat yg mengatakan memiliki sesebuah hartanah bukanlah sesuatu yg mudah. banyak perkara & pertimbangan yg anda perlu fikirkan. Secara peribadi aku membandingkan memiliki hartanah ini adalah seperti sebuah perkahwinan. Kamu akan seronok memiliki-nya tetapi harus di ingat kamu juga punyai tanggungjawab & pelbagai bayaran yg harus di keluarkan untuk menjamin kebahagiaan yg berpanjangan. Hartanah juga menuntut pelbagai jenis bayaran & tanggungan yg perlu di lunaskan oleh Pemiliknya. Seperti Cukai pintu, Cukai Tanah, Indah Water, Maintenace, Utilities, Club fees & etc. Ini semua bergantung kepada jenis hartanah yg anda miliki.
 
Aku ingin berkongsi pengalaman memiliki & mengendalikan beberapa buah hartanah milik sendiri & keluarga.
 
1. Hartanah Lelongan Bank Pertanian Di Kampung Pulau Serai Dungun.
 
Pada tahun 1998, my parent telah membida 2 bidang tanah di Daerah Dungun iaitu 1 ac. tanah di Kampung Pulau Serai & juga 2 ac. di Kampung Tok Kah Dungun. Harga lelongan bermula dari RM22,000 untuk kedua-dua hartanah tersebut. Alhamdulillah my parent telah berjaya memiliki kedua-dua hartanah tersebut dgn bidaan tertinggi RM42,000.
 
Tanah di Kampung Tok Kah telah di jual setelah selesai semua urusan pemindahan hak milik dibuat dgn harga RM50,000 untuk 2 ac. tanah. Ini bermakna my parent telah membuat keuntungan sebanyak RM8,000 + mendapat 1 ac. tanah secara percuma di Kampung Pulau Serai. My mom telah membuat pecahan lot untuk tanah tersebut sebanyak 6 lot ke-semuanya. 3 lot telah di jual dgn harga RM30,000 setiap satu lot. Keuntungan sebanyak RM90,000 telah di jana daripada tanah tersebut pada tahun 2000. Manakala 1 lot tanah telah di berikan kepada my brother & 1 lot lg kepada aku. Hartanah itu di berikan oleh my mom sebagai hadiah, kerana aku berjaya mendapat 8A 1B dalam peperiksaan PMR tahun 1998. Alhamdulillah.
 
Setelah hampir 13 tahun berlalu nilaian untuk Tanah Lot tersebut telah mencapai RM75,000 se-lot. Bebepa broker hartanah sekitar Bandar Dungun membuat cubaan untuk mempengaruhi aku untuk menjual dgn harga RM65,000. Tp hati aku belum terbuka untuk menjualnye kerana aku bercadang untuk membina sebuah bungalow & menjual hartanah tersebuat bersama sebuah bungalow. Harga Tanah + Rumah di kawasan tersebut masa kini telah mencecah RM380,000  untuk bungalow seluas 2000sf : 4bilik dan 3 bilik air. Cuma skrg aku tengah mencari dana untuk membuat sedikit pelaburan.

Anggaran Kos Pembinaan sebuah Bungalow : RM160,000 
Keuntungan selepas jualan : 380k - 160k - 10k (Agent + marketing + Others)

                                        : RM210,000 Keuntungan !!!
 
Perhatikan bagaimana nilai sesebuah hartanah dapat di tingkatkan berbanding anda menjual sebidang tanah tanpa rumah.
 
2. Hartanah single storey 20 x 60 di Bandar Dungun Terengganu.
 
Hartanah ini dimiliki oleh my late umi. pembelian hartanah ini di buat setelah aku memberi beberapa candangan kepada my mom supaya dia melaburkan sebahagian daripada simpanan yg ade untuk pelaburan Hartanah. Mulanya my mom masih ragu2 katenye banyak risiko klu beli rumah ni. Tp aku dgn sepenuh keyakinan menyakinkan my mom utk bli unit di tgh2 bandar Dungun pada ketika tu. Harga pemaju pada ketika itu adalah RM88,000 shj iaitu pada tahun 2008. Setelah siap pada akhir 2008, Rumah tersebut telah disewakan kepada staf UiTM Dungun dgn harga RM450 sebulan.
 
Pembelian rumah dibuat dgn menggunakan pinjaman kerajaan 100%. Bayaran bulanan ialah RM370 sebulan. Gross cash flow adalah RM80 sebulan @ RM960 setahun. Pada tahun 2010, Nilai sewaan telah di naikkan kepada RM500 sebulan. Manakala my mom telah kembali ke Rahmatullah pada akhir tahun 2009 & rumah tersebut dengan sendirinya telah dibayar sepenuhnya oleh insurance. Penilaian semasa untuk rumah tersebut pada tahun 2012 adalah RM170,000. Hanya dalam beberapa tahun nilaian hartanah di bandar Dungun telah mencapai 100% kenaikan. Alhamdulillah aku tersangat bersyukur kerana analisa yg aku jangka-kan akhirnya memberi keuntungan walaupun my mom telah tiada.
 
 
3. Hartanah Apartment di Taman Sepakat Indah 2 Kajang.
Hartanah ini aku telah membeli secara lelongan. aku ada menulis tentang artikel ini dlm entry yg lepas. harga belian adalah 135k + 11k (kos lawyer + repair + outgoing) : 146k. Harga pasaran semasa ialah 195k - 240k.
 
Pada mulanya aku menrancang untuk menyewa-kan unit tersebut dgn RM1,200/month. Tp keadaan tidak mengizinkan kerana aku telah mendapat tawaran kerja di sekitar Cheras. So buat masa sekarang aku tinggal sendiri di rumah tersebut. Bayaran bulanan bank + maintenance + utilities : RM650 sebulan. Insya'Allah jika di-izinkan Allah pada May tahun 2013 aku akan berpindah ke rumah baru di Hillpark Kajang & menyewakan hartanah ini dgn RM1,000 - RM1,200 semi-furnish. Itupun klu aku berfikir untuk tidak menjual Hartanah di Hillpark. :)
 
Buat masa sekarang aku tidak bercadang untuk menjual apartment ini kerana lokasi hartanah adalah amat selesa + terbaik dari semua segi.
 
Keuntungan Sewaan : (Sewa bulanan - (Payment bank + utilities) - Annual Expenses) 
 
1200 - 650 - 100 : RM450 x 12 : RM5400 p.a Net Cashflow
 
 
4. Hartanah Double Storey Terrace 20 x 90 di Kajang Hillpark Home.
 
Aku telah mengambil keputusan untuk membeli hartanah ini pada akhir tahun 2011. Lokasi-nya ialah di Bandar Teknologi Kajang bersebelahan dgn Kajang Hill Golf & Taman Harmoni. Lokasi hartanah berada di kawasan sedikit berbukit. Suasana kawasan adalah sgt aman & menenangkan. Buat masa sekarang hartanah ini kelihatan sedikit ke-dalam & agak terpencil. Access utk ke kawasan ini agak kurang memuaskan. Namun begitu ianya hanyalah buat sementara waktu. Insya'Allah selepas Dijaya Corp. Berhad melancarkan projek pembinaan Komercial hub di Kajang Hill Golf segala facility jalan mungkin akan berubah 100%. Aku membuat anggaran peningkatan hartanah di sini akan meningkat sebanyak 200% setelah segala facility & jaringan jalan di tingkatkan.
 
Phase 1 Hillpark Home ini telah di jual dgn harga RM400,000 untuk unit 20 x 75, yang mana sebelum ini pelabur hanya membeli sekitar 230k - 280k. Aku membuat probability peningkatan harga utk unit yg aku laburkan ini dapat mencecah RM550,000 pada Feb 2013. Samada aku ingin menduduki hartanah ini atau tidak, adalah bergantung kepada keadaan pasaran hartanah semasa & juga projek hartanah baru yg mana dapat memberangsangkan aku untuk memilikinya. huhuhu..
 
Sekarang ini aku mula membuat analisa kepada Hartanah di Semenyih. Aku juga merancang & berharap untuk memiliki sebuah hartanah yg di bina oleh pemaju elit seperti SP Setia, UEM, Gamuda, Mah Sing etc. Ape yg bermain dalam kepada aku skrg adalah untuk memiliki hartanah yg lebey luas & mempunyai lebihan tanah serta design yg unik.
 
Untuk hartanah Hillpark ini aku menjangkakan peningkatan nilai 550k - 600k & keuntungan mencapai RM200,000 ++ maka aku tidak akan teragak-agak untuk let go this unit Insya'Allah. Xpela lepak kt apartment dulu pun. Yg penting Portfolio hartanah yg di rangka menemui target. Amen :)
 
[ RM560,000 (Anggaran Harga Jualan) - RM425,000 (Nilai belian + Bank Interest + Fees) ]  / RM16,000 (MRTA + Lawyer Fees + Other Expenses)
 
= 843.75 % p.a @ RM135,000 !! (keuntungan sebelum tolak cukai RPGT 10% seperti yg di umumkan baru2 ni, klu sebelum ni 5% jek)
 
Ini adalah keuntungan yg bakal diperolehi sekiranya aku menjual hartanah Hillpark pada tahun hadapan. Insya'Allah.
 
 
5. Hartanah 3-Storey 22 x 75 Taman Nadayu 92 Kajang
 
Ini aku just nk stories berkenaan analisa peningkatan harga untuk projek Nadayu 92 last year. Aku pernah Book 1 unit 3-storey kt Nadayu 92 ni. Tp sayang-nya my loan loan bank x approve. Mungkin tidak di takdirkan untuk aku beli this unit. apepun xkisahlaa mungkin ade hikmah di sebaliknya.
 
Actually aku just nk share harga jualan untuk Nadayu 92 utk secondary market nowadays. Untuk 3-storey unit di sini harga jualan telah mencapai RM888,000. Tu dia, gile bapak kaye klu dapat beli last year huhuhu. Harga jualan hanyalah 580k after rebet + bumi discount.
 
Capital gain : 888k - 580k = RM308,000 duit masyukk cek oiii makcik kayo huhuhuhu.. !!!
 
Aku mmg dah target 3-storey kt sini mesti booming kaw2 punye. Ramai juga yg kondem aku gile punye masa aku cite pasal Probability Nadayu 92 ni. My hubby pun mulanye ckp mcm2. katanye "Xkanla senang2 nk profit sampai beratus ribu dlm mase setahun kot" klu begitu org china or org yg banyak duit da lama beli 2,3 unit utk buat pelaburan. So aku mls-la nk argue lelebih, xpercaya xmengapa. just wait & see. Property ni bukan-nye mcm skim cepat kaye, tp kite sebagai pelabur kene pandai melihat sesuatu potensi hartanah tu, bukan tengok bangunan tu aje. senang cite ala2 "Nujum Pak belalanglaa". Klu berada kt site & rase mood ada mari .. InsyaAllah blh jadi kaye klu beli.. huhuhu..
 
Xtaula knp, aku ni klu tengok sesuatu property baru yg di launching, & dalam hati aku berkata "Hmm the feel is there... I Like..", Insya'Allah potensi property kt situ mesti marbeles punye, xsia2 kepada pelabur2 yg terlibat. hehehe.. percaya atau tidak terpulanglah.. walaubagaimanapun Alhamdulillah analisa aku nampaknye membuahkan hasil. Cume aku je xde rezeki kt sini, InsyaAllah kt tempat lain. Tunggu... ehehehe :). Boleh rujuk di Iproperty untuk melihat tawaran harga utk Nadayu 92 sekarang. Tq.
 
 
 
 
 
 



Rabu, 15 Ogos 2012

Aku Balik Kampung ke Raye Ni ???


Mlm ni adalah mlm yg ke 27 Ramadhan, suasana mlm ini begitu indah & tenang sekali, pokok2 kelihatan tenang, sedikit pun tidak bergoyang, seolah2 angin pun tidak bertiup.. apekah semua makhluk Allah tunduk sujud kepada Sang Pencipta Yg Maha Agong ..?? Hanya manusia shj riuh rendah di segala ceruk pusat membeli belah...


 
Hari ini juga dah masuk hari yg ke 5 aku tidak berpuasa, sgt sedey kerana tidak dapat menunaikan solat Tarawih pada mlm2 terakhir Ramadhan kali ni, moga segala doa2 yg aku panjatkan di makbulkan oleh-Nye... Doa utk anak2 ibu, moga membesar dgn akhlak yg terpuji, moga puteri2 ibu terdidik dgn akhlak Fatimah & Khadijah & Putera2 ibu membesar dgn simbol kehebatan & ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW seperti sucinya hati Muhammad Abdullah penghulu segala umat. Doa ibu lg, moga segala urusan anak2 ibu mendapat kemudahan & keberkatan, moga menjadi manusia yg beriman ye syg. Melihat dunia hanya sebagai tempat persinggahan untuk mengaut keuntungan di Negeri Abadi... Utk abi juga ibu doakan semoga bahagia & berjaya hidup dunia & akhirat, semoga abi di murahkan rezeki & di lapangkan hati dari segala masalah & keresahan dunia. Utk Tok Abi & Arwah Tok Mi juga ibu doakan moga bahagia semuanya di sisi NYA yg Maha Pengasih & Penyayang.

Selapas berbuka puasa di rumah opah td ibu ke Alamanda Putrajaya, Temankan Nyah & Opah shopping baju. Ibu temankan aje, xbeli ape2 pun, xde mood langsung nk shopping2 ni, lg pun nk raya kt mana pun belum pasti, entah2 xbalik raya pun, sampai ke saat ini masih belum ade kate putus dr hati, samada mahu ikut serta opah balik ke Terengganu pada mlm Jumaat ini (besok) ataupun duduk beraya di rumah Kajang shj. Mcm2 yg bermain di fikiran, Semua org sibuk bertanya bile nk balik, hmm agak2nya nk suh buat ape kt kampung tu yea..? nk kata buat kenduri pun x juga.. hmm kate Opah semua org amik berat, maklumlah aku ni dah mcm ibu tunggal sejak akhir2 ni. Semua-nye terkejar2 uruskan segala benda seorang diri. Dari urusan peribadi, anak, dapur, bayar segala Bil, Insurance, maintenance rumah, sakit demam adek, ke klinik, ke pasar beli lauk etc.. sgt menguji kesabaran Ku sebagai seorang manusia yg xpernah di beri tanggungjawab seberat itu sebelum ini.. :.( apepun aku reda & menerima segala dugaan ini dgn hati yg tabah, kerana aku tau Allah itu tidak pernah kejam kepada hambanya, dia tahu sejauh mana kemampuan setiap hamba-NYA.. cume kekadang kite sebagai manusia sentiasa meletakkan had utk diri sendiri... wal hal Allah menciptakan manusia dgn sebaik2 kejadian... 

Smlm Tok Ki Mat Marah kt ibu, katenye "Nk buat ape duduk sesorang kt Kajang tu, balikla Terengganu jumpe adik beradik, sanak saudara, Nuha pun xpernah beraya kt Kampung lg..." bla..bla.. mcm2 dia memulakan ceramah, ibu just tadah telinga je, org nasihat kite dengarla. Mmg betul pun.. tp entahla hati Xterasa kemeriahan pun utk menyambut aidil fitri kali ni, hmm rasenye bukan kali ni je kot, raya 2,3 tahun sebelum ni pun biasa2 saja, tidak semeriah & seghairah ketika Tok Mi masih ade. Cume rasa sayu bersarang di hati kerana Ramadhan semakin berakhir. Feeling nk raya sakan, nk shopping entah ape2 langsung xde, entah kemana menghilang agaknya, tengok semua org sibuk membincangkan pasal baju raya, langsir raya, etc.. mungkin segala kegembiraan itu telah hilang sejak perginya kasih syg Tok Ummi dari dunia ini, seperti segala keceriaan ikut pergi bersama-nya. Yg tinggal dlm diri adalah tanggungjawab utk meneruskan sisa2 waktu yg ade utk bersama Abi & anak2 ibu... sedikit kekuatan itu semakin berakar umbi sejak adek lahir ke dunia.. Terima kasih ya Allah kerana engkau menggantikan sesuatu yg Istimewa kepadaKu setelah engkau mengambil sebahagian dari Nyawa-Ku.

Segala keputusan untuk balik ke beraya di Terengganu akan di putuskan besok, Klu hati terasa nk balik Kampung harapnya lalulintas dr KL- Terengganu baik2 je. Maklumlah drive kete sesorang dgn adek aje, klu lalulintas sesak camne nk tenang hati ibu ni, lg2 klu adek merengek2 kt sebelah... itu juga adalah antara faktor utama juga mengapa ibu langsung xde feel nk balik kampung...

Mudah2n segala urusan di permudahkan oleh-NYA.. amen Ya Rab...


Selamat Hari Raye Untuk Hubby yg sentiasa di ingati, juga utk semua kawan2, semoga Syawal ini menjanjikan kemeriahan utk semua..
Maaf Zahir & Batin :)







Khamis, 19 Julai 2012

Immunisasi Untuk Baby 6 Bulan

Hari yg sangat membahagiakan.. nk tau knp..? Coz bulan depan aku xpayah nk bertungkus lumus nk angkut adek pagi untuk injection lg. ehehehe aman rasa-nye.. aarrggghh boleh menarik nafas lega. Bile adek umur 1 tahun plak baru amik injection last.. so tahun depan plak laa kite menziarahi klinik kesihatan Sungai Ramal yg cantik tu yea syg..

Td pagi seawal jam 5am adek da bangun tido, tp dia xkacau aku pun, bagus anak ibu, tau ibu keletihan smlm. dia cume main sesorang kt sebelah aku. Actually aku dah siap2 aturkan mainan dia atas kepala katil tu sebelum aku tido, coz aku tau nnt klu dia terjaga mesti dia akan terus meniarap and cari benda nk main2, so mmg tepatla jangkaan aku, da 5 mlm adek bangun seawal jam 5am. Macam kunci jam plak mata anak ibu ni, tepat jam 5 pg terus terbuka mate dia.. ehehe adek2..

Berat anak ibu hari ni da 6.9kg dan mencapai ketinggian 66.5cm. Nurse kate adek mempunyai berat badan ideal dan tumbesaran yg bagus.. ehehe tq Nurse..

Namun begitu adek menjerit dengan kuat kali ni lepas kene inject. Darah pun agak banyak kuar, cian anak ibu, tgh sedap2 tido kene inject plak yea... Berlinangan air mate dia, sayu je hati ibu.. tp kejap je, pastu sambung melompat2 plak, da xingat rase sakit kene inject agaknye ehehe, heroin anak ibu ni...

Lepas siap amik ubat terus hantar adik ke rumah Opah di Putrajaya & ibu balik ke rumah salin baju utk ke tempat kerje plak. Sebelum tu ke CIMB bank tukar kad dan ke Giant beli barang2. Sesampai di opis mcm nk pengsan rasenye.. tersangatlah letih, berkejar-kejar buat kerje, nasib baiklah harini xde banyak kerje sgt so bolehla ibu bersantai skit2 sambil menyiapkan slide presentation untuk Proposed Project @ Bukit Tunku KL.

Mood harini biasa2 saje dan sgt gembira bile teringatkan Ramadhan akan tiba hanya selang sehari shj lg.. Ramadhan Kareem... !!!





Isnin, 10 Oktober 2011

8TVT This Weekend..!!

This Weekend agak meriah walaupun sedikit penat, beselah bile family datang sedikit sebanyak nk kenela masak ape yg patut, walau se-simple dimple mane pun, sedap ke xsedap, yg penting sediakan makanan untuk tetamu yg dtg. Thats my practice yg telah diperturunkan oleh my Lovely Late Mom.. klu org dtg umah, mesti kene siapkan makanan, and yg paling penting mesti cukup, jgn sampai xcukup plak, itu dah dikire memalukan tuan umah, ala2 kedekuuutttt pun ye jugak.. huhuhuhu..

Walaupun dalam segala kekurangan kelengkapan.. aku harap my family will be satisfied, nk lelebey sngt pun xleh jugak, kadar kewangan aku pun xbape nk mengizinkan, kesian jugak kt my younger brother yg duk request suh belanja dia nasi arab, bukan xnk belanja, tp gaji aku yg baru aje masuk last week da tinggal xseberapa. nk kene survive lg 2 week ni, mau berpeluh jugak, Petrol seminggu sekali mesti nk kene topup kurang2 RM70. itupun klu xkemana2, klu g jejalan mmg kene extra topup lg RM40.. aduuyaaii.. sekarang barulah terasa bertapa banyaknya nilai duit RM50 tu, klu sebelum ni, sesuka ati aku je berbelajan riban2 tanpa rs bersalah sikit pun, maklumla poket tgh tebal, masyuuukk je memanjang.. skali bile time eco. da merudum ni, semua duit tabung habis dipecahkan barulah terasa.. huh.. menetesss ... adeehh.. moga saat2 genting ni cepat berlalu.. ameenn..

Td ptg my sibling da balik semua da, tetiba rase sunyi la plak bile diorang da balik, my hubby semalam lg dah balik aloq staq, maka tinggal aku sesorang meneruskan hidup kt sini.. ehehehe.. ape2 aku kenela kuat n tabah, klu ikutkan sngt perasaan mmgla satu kerje pun aku malas nk buat.. lg pun skrg kerje opis da mule menimbun, mcm2 aku nk kene settlekan, tiap2 hari nk kene report kt bos, yerlaa project da jalan, so sume data & analysis nk kene ade, xlain dan xbukan.. akulah orgnye yg kene prepared-kan sume report2 tu.. hmm walaupun aku dah biasa dgn kerje2 camtu tp kekadang bile mood xbape elok n bosan, benda senang pun aku xleh nk fikir.. ya allah.. berilah aku jalan & permudahkanlah segala urusan dunia & akhiratku.. kekadang ade ugak terpikir nk kerje kt penang.. boleh duk skali ngan hubby, tp itulah banyak sngt constrain-nye, aku pun baru aje masuk kerje kt this company, happy mmgla hapy kerje kt sini, cume yg xhappy berjauhan ngan my hubby, uhh bosanla camni.. xbest betoiii klu aku pk part tu.. aiisssshh...

Sepetang td, aku ke SUK & JUPEM shah alam, penat aku duk menunggu no. giliran kt SUK tu.. pastu lepas buat search kt situ aku ke plaza masalam plak, nk beli Layout plan, tetiba ramai la plak org harini, slalu kt JUPEM ni xramai org, tetiba plak arini ramaii.. saje je nk suh aku sangkut Jam plak nk balik nnt.. jam dah dekat kul 4.30, ingat klu sempat nk jugak aku g window shopping kt plaza maslam tu, tp memandangkan da lewat so aku terus balik rumah, lg pun abg aku dah call ckp dia dah nk bertolak balik, so better aku terus balik ajelaa.. nk merayap pun cam xbape best, coz baru ni da banyak da aku shop macam2.. berbelanja kt TESCO pun dah RM250, budget dlm 150 je skali camne blh terbabas aku pun xtaulaa.. bantai ajelaa.. lambat la plak nk dpt claim ni, adeehh rase cam lama la plak.. padahal aku baru aje hantar last friday aritu.. kate si Raihan tu, dlm 22hb or 23hb ni insya'Allah dapatla .. ehehe.. so aku duk kire2 lg 2 minggu la ni.. arrgghhh cepatla mase berlalu..

The 1st thing aku nk kene spend ialah serbis my baby toyo, kire2 dlm RM150, xlebey dr tu.. pastu RM100 untuk med. check up kt KPMC.. an-nur mahal sngt.. sampai RM250.. uh membazir.. setakat nk cek camtu je xpayahlaa.. better aku simpan buat beli beras lg bagus... kenyang pun kenyang.. ehehe.. pastu yg lelebey tu buat belanja baju la nampaknye.. baju untuk ke pejabat sume da xde, badan da makin besar banyak yg dah xpadan.. hanya tinggal beberapa helai aje yg masih boleh dipakai.. yg lain klu nk pakai kene tunggu tahun depan la plak.. hmm.. dah nasib badan.. xpela asalkan my baby sihat n cukup khasiat aku da happy, nk gumuks pun xpelaa.. nnt lepas pantang aku g London Weight Management laa, bagi selim-melim gitu.. hehehe..  Berangan saje aku ni.. tp bile da tiba waktunya aku plak yg malas nk buat ape.. ala2 xbape kisah.. yerla da ade anak, macam2 nk kene pk.. sekarang ni pun da macam2 aku pk.. uh banyak pk betul aku ni rupenya.. mmg xsangka.. huuuhuhuhu.. :)

Ahad, 21 Ogos 2011

Apartment Sri Dahlia Kajang


Alhamdulillah bermula awal bulan Sept ni aku akan mule masuk n tinggal di Aptment Sri Dahlia Taman Sepakat Indah II, Sg. Chua Kajang, da banyak duit tabung aku di perabiskan untuk rumah ni, hmm harap2 berbaloila aku beli rumah ni, value semasa aku check aritu dah cecah RM200/kaki. Meaning that keluasan umah aku 950sqft so harga pasaran sekarang ialah 190k. huh klu nk jual ni da nampak note2 biru akan memenuhi acc. bank aku ehehehe.. tp buat mase ni aku nk tinggal dulu sampai bosan kt penempatan ni, coz keadaan dan lokasinya agak menenangkan. walaupun ramai foriegner kt area umah aku ni tp diorang kebanyakkannye muslim and boleh dikatakan ok jugakla. cume yg slalu haprak dan buat hal ialah negro, diorang ni mmg jahanam skit, dahla menyewa kt negara org tp perangai ya Allah, ape ke jenis manusia la negal ni, huh aku mmg xsuke diorang ni.

Nnt aku akan bersalin & tingal di sini selama tempoh berpantang, dan baby juga akan tinggal disini, sampai bile xtaulaa, mungkin sampai abi beli rumah semi-D la plak, baru pindah. kredit untuk hubby seposen.. ehehehe ..

Rumah ni aku beli dlm acara lelongan awam di Ng Chan Mau di Megan Avenue 2. jurulelong dia Mr. Fong. aku baik gak ngan Mr. Fong ni, coz pernah terjadi satu incident yg tidak diduga, walau bagaimanapun aku dapat bonus 3k setelah selesai sume kuikuikui rezeki namanye.. :))  oh ye berbalik pada kisah rumah apartment yg aku beli ni, reserve price utk unit ini 100k je, dekat 10 org jugak yg bid unit ni, akhir skali aku yg dapat, harga yg aku bid ialah 135k, so lepas aku win the bidding sume payment yg lain aku kene top up lebey kurang 8k lg. termasukla sume kos membaik pulih rumah, cat rumah, membayar bil2 tertunggak seperti bil air & TNB dan juga maintenance fee yg owner lama x bayar. so aku anggarkan total sume lebey kurang 8k tp itu tidak termasuk kos peguam and transfer ownership lg. untuk lawyer fee and segala pengurusan lain lebey kurang 8k lg so totaltelah  aku habiskan untuk apartment ni RM16000.

Deposit rumah pula 20% dr purchase price, aku apply loan Public Bank, diorang hanya kasi loan 80% shj, huh hampeeh sungguh Public Bank saje je nk menyusahkan aku. so aku kene topup balance payment sebanyak RM27,000.00, so total loan umah aku hanya 108k shj, bayar bulan2 pun sikit je 550 je sebulan..  setakat ni aku mengalami kekurang modal sebanyak 7k lg, adooiilaaa bengkak kepala jugak nk pk mane nk cari lg 7k ni.. walaubagaimanapun, Allah sentiasa memberi jalan kepada hambanya yg benar2 berharap kepadanya.

Di pendekkan cerita rumah aku ni belum selesai tukar name lg, cume tukar name je belum lg, aku pun xtaula ape masalah bank pelelong iaitu MBSB, macam2 plak kerenah dia.. huh xkuasa aku nk layan, aku hanya follow ape yg tertera dlm agreement yg aku sign mase aku win the bidding. just ignore any extra clause after that. apepun aku harap next month settle la hal2 bodoh yg memeningkan kepala aku ni, mudah2n.. ehehehe amen yg Robbal a'lamin..

Bersyukur sangat ke hadrat Illahi yg telah memakbulkan hasrat dan cita2 aku untuk memiliki sebuah rumah yg selesa & mendamaikan sebelum usia menjengah 30 tahun, dan pada tahun ini juga Allah telah mengurniakan aku zuriat, walaupun belum lahir ke dunia, tp aku doakan segalanya akan berjalan lancar dan baby akan dapat melihat dunia pada akhir tahun ini or awal tahun hadapan lepas tu baby akan tinggal dengan ibu di rumah baru kite, hmm seronoknye ada baby temankan nnt.. :)) syukurr ya Allah atas segala nikmat dan kasih syg-Mu...

Subhanallah...


Inilah tanda untuk masuk ke rumah aku, kt taman ni ade 4 blok apartment. Sri cempaka depan skali, tepi dia Sri Dahlia (rumah aku) sebelah sana Sri Lavender and hujung sebelah sri cempaka ialah Sri Ixora. Sri Ixora ni adalah project terbaru TLS group. aprtment ni baru siap lebey kurang akhir tahun lepas, iaitu oktober 2010. semua property kt area sini boleh dikatekan memuaskan. kite selamatla untuk tinggal di lokasi penempatan ni, lgpun dekat dengan kedai makan n masjid. klu azan tu mmg jelas je dengar.. best2.. aku mmg suke kawasan ni..