Memaparkan catatan dengan label Europe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Europe. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2016

Kembara Europe :: Big Ben, Westminster Abbey & The Tower of London

Sambung cerita hari ke-2 kami di London...

Waktu di sini tidak banyak beza dengan waktu di Malaysia. Cuma waktu malam menjadi semakin awal, sekitar jam 4.30pm matahari sudah menghilangkan diri dan waktu siang menjadi lebih pendek. Subuh pula sekitar 5.45am. 

Hidangan sarapan pagi untuk keluarga kecil kami. Supplement juga penting untuk membina daya ketahanan badan, supaya semuanya sihat belaka. InsyaAllah :))

Biasanya aku akan tidur seawal jam 9am & bangun semula sebelum fajar untuk menyiapkan sarapan pagi & mendirikan solat supaya dipermudahkan segala urusan hidup dunia & akhirat. Sesungguhnya doa ketika sedang bermusaffir itu adalah sangat mustajab ! oleh itu bermusaffirlah dengan niat yang baik.

 Menunggu Abi di Lobby

Misi hari ke-2 kami di London ialah ke Big Ben (Menara Jam di Parliament London). Tepat jam 7.30am kami telah menapak keluar dari Hotel untuk ke subway station. 

Waktu pagi yang cukup nyaman & segar dengan kelihatan daun2 maple yang berterbangan jatuh di tiup angin pagi. Lain sungguh rasanya menikmati suasana pagi di musim luruh di Kota London ni. Melihat keseronokan si kecik Nuha berlari ke sana ke mari mengejar burung2 & menyambut daun maple yang luruh membuatkan aku berasa cukup tenang sekali. Semoga anak ibu terus gembira & bahagia sehingga ke akhir hayat-mu wahai anakanda. 

Setelah tiba di perkarangan Big Ben, kami duduk melepak seketika di Westminster Bridge iaitu jambatan yang melintangi Thames River yang terletak di antara Westminster dan Newington.


Dari situ kami dapat menikmati pemandangan Sungai Thames & juga melihat Eye On London dari jauh. Waktu operasi Eye on London bermula pada jam 10.30am walau bagaimanapun sudah ada pelancong yang mula beratur untuk membeli tiket seawal jam 9am. Semangat sungguh diorang ni, lagi sejam kaunter nak bukak dah mula beratur.


Dengan suhu 5 darjah celcius ditambah pula dengan tiupan angin membuatkan aku mula kesejukan.  Kaki sudah mula menggigil, hidung berair pun tak terasa, kebas satu muka dibuat-nya. 


The Big Ben & Parliament of London 
 

Setelah bergambar di segala sudut Menara Big Ben, kami melangkah kaki untuk ke Webminster Abbey iaitu Gereja yang menjadi simbol di Kota London dan juga UK. Ia adalah gereja terbesar yang menjadi tapak perkuburan di raja & juga pertabalan rasmi. 

 


Memang unik sungguh design dia. Walaupun ia sebuah gereja lama tetapi dari segi senibina bangunan, aku melihat dengan jelas kesungguhan & ketekunan serta ketelitian ukiran yang di-ukir pada setiap penjuru gereja itu adalah sangat menakjubkan. Bukan calang2 manusia dapat melakukan-nya, ia memerlukan usaha & daya kreativiti yang tinggi. Tetapi alangkah indahnya jika pengabdian itu dilakukan kepada Tuhan yang Maha Esa. 
 

Pemegang London Pass di benarkan untuk masuk ke bahagian dalam Gereja tanpa sebarang bayaran, untuk melihat dengan lebih dekat segala usaha & pendekatan agama yang mereka lakukan. Tapi kami hanya berada di luar saja, terlalu ramai pengunjung yang beratur untuk masuk ke dalam, lagipun hanya aku seorang saja pengunjung yang memakai hijab yang kelihatan di situ. Jadi-nya cukuplah sekadar hanya melihat dari luar. 




Kami kemudian meneruskan langkah ke river port untuk untuk menaiki River Cruise menyusuri Thames River pada jam 10.30am. River Cruise ni adalah percuma kepada pemegang London Pass. Ia memakan masa hampir 2 jam untuk satu pusingan lengkap. Tour guide yang bertugas mula bercerita tentang sejarah Thames River & juga sejarah Kota London yang dahulunya diberi nama "Londinium" ia adalah sebuah perkampungan nelayan pada beberapa abad yang lalu dan aktiviti penduduk di situ bertumpu di sepanjang sungai Thames. 

Namun kini, London bukan lagi sebuah perkampungn nelayan, ia didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya & agama serta bertutur dalam lebih 300 bahasa. Manakala London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia.



Tower of London

Setelah lebih sejam menaiki cruise, kami membuat keputusan untuk turun di hentian London Tower saja. Kerana kami akan berjalan kaki untuk ke London Bridge setelah habis lawatan di London Tower. Dari situ kami dapat melihat dengan lebih dekat sejarah kota London yang semakin dilupakan.


Pintu masuk ke London Tower 



Castle


Selama hampir 1000 tahun, monumen yang merupakan sebuah kompleks yang berfungsi sebagai benteng, istana, dan penjara ini sangat berperanan dalam sejarah pembentukkan negara Inggeris. Ia berada di atas bukit di sisi utara Sungai Thames di sebelah timur kota London. 



Ia juga berfungsi sebagai sebuah Penjara bagi golongan bangsawan. Orang-orang terkemuka yang menjadi tahanannya antara lain adalah raja Skotlandia dan raja Prancis yang telah dikalahkan, dan juga para bangsawan dan anggota gereja yang telah kehilangan pangkat atau menjadi pengkhianat kerajaan. Kadang-kadang, ada yang dihukum mati dan bahkan dibunuh di kompleks Tower. Henry VI dibunuh di sana, demikian pula Edward V yang berusia 12 tahun beserta adiknya.


                            
   Menelusuri sejarah bangsa Inggeris
 

Para pelancong sedang mendengar penerangan tentang sejarah setiap penjuru di dalam Tower of London yang di sampaikan oleh pegawai yang bertugas. Penerangan yang sangat menarik & berinfomatif.




Banyak fakta & artifak sejarah yang direkodkan di sini yang dapat kami lihat di muzium2 di sepanjang perjalanan menyusuri Tower of London. Hari kelihatan semakin senja, asar semakin larut, memberi ruang datang-nya Maghrib. Sebelum langkah semakin jauh, kami terlebih dahulu menunaikan solat jama' ta'akhir di tepi sungau Thames dengan berlatar belakang-kan London bridge.



  Subhanallah !


 "Sedang kamu berbisik di bumi, Ia didengari di Langit


>


>


>
  

 

 Bersambung di episod yang akan datang ...





Jumaat, 4 November 2016

Active Mood :: Pengembaraan Bermula !


... EUR0PE ... 

Mung Tunggu Kami Datang !!!



Peta Benua Eropah 

Alhamdulillah setelah 3 bulan lebih membuat persiapan untuk mengembara ke Benua Eropah maka dengan jaya-nya kami akan merealisasikan segala jadual pengembaraan tanpa agent untuk ke Negara2 di Eropah yang bermula dari London United Kingdom dan berakhir di Paris France. 

Berikut adalah 11 Negara di Benua Eropah yang akan kami jelajahi :-

1. United Kingdom - London, Birmingham, Oxford
2. Belgium - Brussle
3. Netherlands - Amsterdam, Volendam, Zaandam, Hague
4. Germany - Cologne, Koblenz, Heidelberg, Frankfurt, Stuttgart, Munich, Fussen 
5. Austria Innsbruck
6. Italy - Verona, Venice, Milan
7. Switzerland - Lugano, Luzern, Grindelwald, Interlaken, Lauterbrunen, Wengen, Bern
9. Portugal - Lisbon, Sintra
10. Spain - Madrid, Cordoba, Granada
11. France - Paris

Kami menggunakan penerbangan Etihad Airways Bussiness Class, oppss tersasul mak nak, tersilap coach tadi, tiket ekonomi rupanya... Heeee...  :)) 

Penerbangan kami bermula dari KLIA kemudian Transit di Abu Dhabi selama 2 jam +++ dan seterusnya ke London menggunakan Etihad Airbus. Walaupun segala persiapan telah dilakukan dengan sebaik mungkin tetapi segala kemungkinan yang berlaku adalah di luar pengetahuan kita. 

Jadi dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap keluarga aku telah mencadangkan Hubby untuk mengambil Insurance AXA SmartTraveller VIP untuk cover 1 family kecil kami, sekiranya berlaku apa2 perkara diluar jangkaan selama tempoh mengembara maka AXA adalah entiti yang akan memberi perlindungan insurance dari segi pembiayaan perubatan, jaminan kehilangan barang2, kemalangan, Flight/Train delay & sebagainya. Kita hanya merancang selebihnya Dia yang menentukan. 

Tempoh masa pengembaraan ke Bumi di Benua Eropah ini mengambil masa selama beberapa minggu. Antara pengangkutan utama yang terlibat sepanjang pengembaraan kami ini adalah :-

1. Train, Subway, Bus
2. Kereta Sewa  
3. Low cost flight (Ryanair, Easyjet)

Perkhidmatan Train kami gunakan semasa di UK dan juga di Netherlands. Kemudian kami menyewa kereta untuk perjalanan melintasi negara German - Austria - Italy & Switzerland. 

Kami ke Portugal menggunakan perkhidmatan penerbangan Ryanair di Hahn Airport. Dari Portugal kami ke Spain menggunakan penerbangan tambang murah Easyjet. 

Manakala untuk ke Cordoba & Granada dari Spain Capital City (Madrid) kami hanya mengambil Express Train dan menyewa kereta selama di Cordoba. Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan Easyjet untuk perjalanan ke France dari Madrid Airport. Perjalanan kami akan berakhir di France. 

Kami mempunyai masa selama 3D2N di Paris untuk melawat Eiffel Towel & juga cuci mata ke butik2 berjenama yang sentiasa menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia tercinta.  Ada sapa2 nak kirim beli barang ke? hihihihi... kirim air liur memang tak dapek den nak bantu laa... :))

Bagi tempat penginapan pula, kami menggunakan beberapa laman web antaranya :

1. www.wimdu.com
2. www.airbnb.com
3. www.booking.com
4. www.agoda.com 

Untuk penyediaan makanan & keperluan harian pula, kami hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti nasi arab Brahims, Sardin, Sup Kambing Adabi, Sambal bilis dan coklat serta makanan ringan e.g biskut untuk memastikan si kecik Nuha berada dalam keadaan terkawal. 

Kami juga membawa pan serta sudip bagi tujuan memasak selama di sana. Seperti biasa my hubby memang suka shopping barang basah untuk di masak di bilik. Itu memang dah hobi kitorang :)). Walaubagaimanapun kami telah sedia maklum bahawa banyak halal shop di sana. Memandangkan kami mempunyai waktu yang singkat untuk meneroka segala ceruk negara maka dengan memasak apa sahaja di bilik adalah lebih mudah & cepat utk kami bergerak. 

Jadual perjalanan kami memang kelihatan sedikit padat bagi Traveller yang mengembara bersama anak kecil (4yrs old). Walaubagaimanapun  aku berdoa ke hadrat Ilahi semoga segala urusan kami dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami dan juga Nuha Safiya. InsyaAllah Ameen. 


Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel...
Ni'mal Maula Wa Ni'man Naseer !!!



Oklah tu jek nak cerita setakat ni. 


Gerak dulu..



Bye !