Memaparkan catatan dengan label Shenzen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shenzen. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2012

China Holiday ~ Part 12 : Kepala Kambing Di Shenzen


 
Nah amik ko hidangan dinner istimewa utk kitorang masa kt Shenzen, "Kepala Kambing Goreng" berlado. Gile pedas aku cakap ko. Macam nk terbakar mulut aku makan lauk ni... yang pelik-nya, camne boleh termasuk dlm menu aku plak ni, padahal masa aku order td, xde plak aku pilih kepala kambing goreng ni. Ape gile makan kepala kambing, haaiisss ni bukan aku yg order ni... tp memandangkan da lama gile tunggu makanan nk sampai, so aku makan jela. Mula2 xperasan lg yang di hidangkan tu Kepala Kambing, masa nk habis nasi baru aku perasan, Ala2 exotic la plak makanan kitorang.
 
 
Awatnye adik, angin latu kene ikat kt dlm tu... adik2,
asyik nk mengaktifkan diri je tau, xkire tempat
 
 
Kitorang dinner di Muslim Restaurant masa ni, bersebelahan dgn Muslim Hotel Shenzen. Ini ajela restaurant muslim yg dapat aku kesan di Shenzen. Dibawah ni adalah rentetan cerita kitorang di Muslim Restaurant.

 
 
Dari pandangan sisi hadapan Hotel Muslim, Lokasi betul2 depan highway..

 
Kt depan ni ade mcm pokok2 skit, so klu naik teksi mmg nk kene betul2 bukak mata yea.
  
 
Comel-nye abi posing, sambil layan kepala kambing gurun, very the "Ayu"... hehehe :)
 
 
Cili api yg membuatkan kedua mataku berjujuran air mata
 
 
Sate kambing ni mmg sedaap, berbanding yg kt gerai2 tepi jalan tu, yg ini lebey besar isi kambing-nya & sgt sooddaapp, mesti cuba yea.

 
Semua daging yg ade tu adalah dari bahagian kepala kambing.. mmg nazak nk makan. aku order kambing goreng skali dia kasi kepala kambing goreng. Udah le mahal macam bedil harganya...


 Dah habis makan sume-nya. Harga kepala kambing goreng yg entah ape2 ni adalah 88RMB (RM44) Sabo jelaa.. Total makan dinner kt sini 176RMB (88 MYR)
 
 
EeEeeEe  Mata kambing...
 
 
 Gimik semata-mata je tu, padahal lepas gigit skit terus termuntah...
"Ape kes ni komandor, xkan mata kambing pun xleh nk telan.." malu ku'cing hikhikhik.. aku mmg awal2 lg dah serender, isk x-lalu aku nk tengok.. naik meremang bulu roma aku  ni..
 
 
After siap makan kitorang naik taxi menuju ke Louhu raiway Station. After tat kitorang amik train menuju ke Loajie Station... Klu ikutkan hati mmg da kepenatan nk jalan2 tp klu x-jalan2 bile lg nk ronda2, esok nk shopping tempat lain plak, adeehhh so kitorang luangkan sedikit masa untuk pusing2 di dongmen street.. balik ke bilik & terus ZzzZzzZzZz.. sgt penat  ...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 23 November 2012

China Holiday ~ Part 11 : Penginapan Di Dongmen Street

Kitorang berada di Shenzen selama 3D2N. So kitorang telah memilih utk menginap di ZTL Hotel. Lokasi bersebelahan dgn Dongmen Street ni. So mlm2 bolehla melepak or nk shopping barang kt bawah hotel tu. Metro pun hanya beberapa langkah dari main entrance hotel. Pendk cite sesapa yg bercadang untuk ke Shenzen, ZTL Hotel adalah antara hotel pilihan yg amat strategik utk percutian anda. Keadaan bilik yg luas & katil yg besar adalah tarikan utama utk aku kembali ke hotel ini lg.
 
Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yg sempat aku snap sebagai tanda kenang-kenangan aku berada di ZTL Shenzen. Jika ade kesempatan & diberi umur yg panjang insya'Allah sampailah aku kembali ke Shenzen ni.

 
Bertanya tentang lokasi Hotel dgn pegawai polis rondaan, Padahal kt depan tu aje pun... bukan main ramai police yg ingin memberi penerangan utk membantu my hubby, maklumlah diorang ni cakap omputih sepatah dua je yg faham, selebihnya mmg garu kepala-la jawabnya, so masing2 nk menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris yg bagusla tu agaknya... adeehh..
 
Mmg itula perkara paling rumit berada di China ni, iaitu masalah komunikasi. Yang lain2 tu ok je... Tp diorang ni bagus, sgt2 membantu, even dia tau kite xfaham apa yg dia cakap tp dia akan berusaha utk bertanya org lain bagi membantu kite. mmg membantu gile diorang ni... part tu mmg aku respect-la diorang ni...

 
Inilah Dongmen Street, ala2 petaling street tu, cume kawasan kt sini agak bersih berbanding PS Mesia tu. Macam2 kedai ade kt sini, harga pun boleh tahan murah jugak, nk kate murah sgt xdela, lg murah di Guangzhou cumenye, banyak pilihan yg korang boleh dapat di sini. Xperlu nk beli banyak2, beli sehelai dua pun boleh. kire ok jugaklaa.. Mesti di lawati. Naik Metro line 3 klu xsilap, tp yg penting berhenti di Lo-jie Station.  :)


 
Tu dia exit nk ke Train, sgt dekat kan... mmg best nk jalan2 naik train. murah + cepat + time sgt effisien. Train sampai setiap 3 minit skali. Camne Malaysia..?? boleh buat camni ke untuk rakyat tercinta..? hari2 aku naik train. :)

 
Di lobby hotel ZTL

 
sementara menunggu abi isi form Check-In kite posing2 dulu ok..


 
Adik pakai baju & seluar ni, dah macam BB boy jadinya, hmm mmg xleh pakai da baju ni, sian adik, sume yg tegur, panggil adik boboi... aiiyaa

 
Laluan nk ke bilik kitorang, nun paling hujung, corner lot lg... adeehh..

 
Siap pasangkan TV, angkat beg bawak masuk dlm bilik. rajin betoii toce-toce. tp xde duit lebey nk kasi tips. sian lancai ni...


Best ke landing syg..? tgk tu stok mainan yg di bawa, tp satu pun x-diendahnya. buat berat beg je bawak mainan adek ni, bukan adek nk main pun.
 
 
View dari bilik kitorang, hah kt depan tulah exit nk ke Metro tu. Perasan x, tempat yg aku berposing tadi.. kan depan tu je.. hanya beberapa tapak je.. :)
 
Last but not least, aku nk buat kesimpulan tentang percutian kitorang di sini. aku happy jugak dapat berjalan2 di Shenzen ni, walaupun kitorang telah ditimpa perkara yg mendukacitakan, Tp ada banyak perkara yg seronok jugak sepanjang berada di Shenzen ni. For ur info warga diorang ni sgt baik hati, Boleh dikatakan, diorang ni suka membantu + ringan tulang. klu diorang tengok korang angkat beg yg berat untuk naik tangga di Metro or shopping complex mesti ade yg akan menawarkan bantuan. So far dah lebey 10 org yg membantu kitorang.
 
Pendek kata, Dlm dunia ni mana ade benda yg perfect. walaubagaimanapun, setiap kekurangan itu pasti akan ade pelengkap yg lebey baik utk-nya. kerana hidup ini indah & kite harus selalu melaluinya dgn hati yg lapang & berfikiran positif. Lalui-lah setiap saat nafas itu dgn penuh makna & penghayatan, pasti kamu akan merasai nikmat yg tidak terhitung hebatnya... Kerana 10.01pm yg telah kamu lalui pasti tidak akan sama dgn 10.02pm yg bakal kamu tempuhi !!
 
Sebenarnya kita telah di pisahkan oleh rantaian block masa yg sgt panjang dan dlm setiap saat masa itu, apekah isi yg di masukkan ke dalam setiap bekas saat itu...!!
 
 
 
Selamat Malam & Salam Jumaat
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 22 November 2012

China Holiday ~ Part 10 : Perompak Di Shenzen !

Kami telah di rompak Di Shenzen City pada hari pertama kitorang sampai. So kepada kengkawan yg akan berangkat ke China, sila berhati2 dgn ahli silap mata yg sgt licik menipu wang anda.
 
Ceritanya bermula apabila kitorang berwindow shooping di Shenzen iaitu di Huaqiang North Road berhampiran dgn SEG Eletronik Plaza. Sejak dari hari pertama sampai ke China lagi, aku sering mengingatkan diri aku & juga my hubby supaya mengelakkan diri dari berurusan dgn sesiapa yg tidak dikenali. Samade mereka menawarkan tukaran wang yg murah mahupun meminta simpati atas alasan banyak cerita yg aku dengar tentang penipuan & juga kejahatan golongan mereka ni. Aleh2 terkena jugak. Innalillah hi wainnailaihiroojiun..

 
Plaza SEG
 
Di bawah ini aku paparkan sequal jalan2 kitorang di Huaqiang North Road sebelum di tipu oleh sekor mamat china yg jahat ni.


Beberapa jam sebelum kejadian, kitorang hanya jalan2 window shopping, sementara my hubby duk usha Tab, mcm berminat nk beli Tab agaknya. sambil jln2 tu aku sembang ngan my hubby "duk usha2 tab ni, nak beli Tab ke..? Hmm.. tp xde budget la Yg... Kite window shopping jela dulu ek, klu jumpa yg betul2 murah tu, blhla beli.." Aku ngan my hubby ni kekadang dah jd mcm ibu dgn boboi yg manja nk itu ini, oleh kerana impian xboleh ditunaikan, kenela pujuk pelan2, kan merajuk susah plak (Sometime very the manja U).. hikhikhik.. :)  


Suasana petang di Huaqiang Road sekitar jam 5ptg
 
 
Di Sepanjang jalan Huaqiang Road adalah kedai eletronik semuanya, bermula dari pelbagai jenis Camera, hp, tab, lampu, wire, accessories & sebagainya.

 
After kuar dari plaza ni kitorang melepak kt bahagian luar sambil memerhatikan gelagat warga Shenzen. Tetiba kitorang dikejutkan dengan sapaan seorang mamat cina yg speaking english. Mulanya aku ignore je mamat tu coz aku sibuk snap gambar adik, tp my hubby lebat plak bersembang. Maklumlah bukan senang nk jumpe cina yg pandai speaking.
 
 
 
Dia offer kt kitorang sebuah IPAD 64gb dengan harga 2500RMB (1250MYR). Murah tuuuu... huhuhu. Macam2 cara dia cuba mempengaruhi kitorang supaya bersetuju utk amik IPAD dia tu. Kitorang da dapat rasa ade something xkene ngan mamat ni. kang xpasal2 kene berangkut ke lokap (mase tu terfikir,kot2 mamat ni curik bag sesapa pastu n jual kt kitorang murah2) aku ajak hubby terus berjalan & sedaya upaya utk mengelak dari mamat tu. Tapi dia terus ikut & ikut kitorang sampai last dia offer 1500RMB je.
 
My hubby da berbelah bahagi time tu, tp aku pulak rase risau yg amat bercampur takut, takut kene rompak pun ye jugak. Bile dia tengok aku mcm ignore dia & mempengaruhi my hubby supaya jgn deal dgn dia, terus dia attack my hubby caw2. Akhirnya my hubby da termakan pujukan mamat tu & bersetuju utk beli dgn harag 1000RMB.
 
After bayar duit semua, dia pun memasukkan IPAD yg ditunjukkan tadi kedalam sebuah beg sandang & terus di berikan kepada kitorang. Dalam sekelip mata dia terus menghilangkan diri. "Cepat betul mamat tu hilang, mana dia pergi" tanya aku secara spontan bile mendapati cina td terus lenyap sepantas kilat. My hubby ajak aku ke kedai IPAD yg berhampiran utk cek, adakah IPAD yg di jual tadi ORI ataupun cina punye.
 
Korang tau ape yg berlaku.. apebila aku mengeluarkan IPAD td, rupenya IPAD yg diberi kepada kami adalah IPAD replika. Tergamam aku seketika, cuba utk ON pun xboleh, eh td dia tunjukkan yg mana. Mmg aku nampak dgn mata kepala aku sendiri, last dia tunjukkan kpd kitorang terus dia masukkan kedalam beg sandang merah tu & diberikan kepada kitorang. xkan kene pukau kot ????? aku dah tercegat di kedaiii Apple tu. My hubby terus peluk aku & bawak aku kuar dari kedai. "Aduuhhh...Kite dah kene tipu ni, sabar yang, sabar, mmg IPAD replika tu, mmg xboleh ON" aku masih xpercaya.. betul ke kene tipu ni..??? Ya Allah terbang duit aku dgn sia2.. klu beli IPAD yg versi china pun ok. Xpasal2 kene tipu dapat IPAD replika. korang bayangkanlah bagaimana perasaan aku ketika tu.
 
Sepanjang perjalanan pulang ke Hotel, aku hanya diam membatu, sepatah pun aku tidak berkata-kata, aku kebingungan & bercampur masih xblh menerima kenyataan yg kitorang telah ditipu hidup2 barubeberapa minit td. Ya Allah, macam2 yg bermain dlm fikiran aku ni, marah + bengang + sakit hati + sedih + bluurr = zero idea. My hubby terus cuba menenangkan aku, bercerita itu ini, dgn harapan emosi aku kembali stabil & boleh lupa kes yg telah berlaku td. Itu jela yg mampu dia lakukan pun ketika tu. Hmmm aku mmg betul2 xsangka ape yg sangat aku risaukan betul2 terjadi kepada kitorang akhirnya.
 
Moga kawan2 yg ke sana nnt, aku berpesan supaya berhati2. Ade juga yg jual I-Phone, Menipu semua-nya tu, mengikut cerita kengkawan, diorang ni ahli silap mata yg licik. Mmg tula jela kerje diorang hari2, menipu para pelancong. Semoga tiada rakyat Malaysia yg terkena mcm kitorang. BEWARE !!!!!
 
 

Selasa, 20 November 2012

China Holiday ~ Part 9 : Ke Shenzen

Seawal jam 5.30 pagi aku da bangun, sementara 2 org kekasih hati masih syok di alam mimpi. Aku bangun awal coz nk kene buat final cek up untuk semua barang2 sebelum berangkat ke Guangzhou Railway pagi nnt. After siap2 solat subuh aku kejutkan my hubby untuk bersiap & last sekali aku bangunkan my baby utk bersiap. Tepat jam 8.15am kitorang dah siap cek-out dari Q-city & berjalan kaki menuju ke depan jalan utk amik teksi. Tambang teksi cume 10RMB je.
 
 
Inilah dia Guangzhou railway station ( Guangzhou Hou Che Chen). Sgt besar, letih jugakla nk menapak. *Sile perhatikan org yg sarat dgn bagasi tu, cube teka siapakah jejaka yg sgt kuat itu., kt depan pun ade 1 beg galas lg tu.. :)
 
Suasana di Guangzhou Railway mmg selalu ramai org. xkira masa, ade je org nk bersesak. So taxi terpaksa embark kitorang agak jauh dari pintu masuk, terpaksalah berjalan kaki hampir 300m camtu. Hmm agak jauh jugaklah dirasakan, apetah lg dgn barang2 yg sarat untuk digalas oleh yg tersayang. Kekuatan Abi mmg xdapat di sangkal lg. ehehe mmg terbukti ...
 
 
Thanks A Lot my dear, kerana menanggung segala beban beg yg berat tu,
nk harapkan aku mmg xberangkatla jawab-nya...
 
 
Mula2 sampai & lepak di station dia senyum dulu..

 
Selang beberapa ketika da merengek kebosanan, tp masih terkawal..

 
After tat terus menjerit.. huhuhu

 
Ya Allah selamat masuk jugak kitorang ke dlm kabin, tengokkan keadaan semasa kt bahagian kemasukkan td mmg xnampak ruang nk berjalan, mcm kt depan kaabah time musim haji rupenya. Aku hanya mampu berharap agar semua-nya selamat. Dahla elevator rosak, terpaksala kitorang mengangkat stroller baby... adeh.. insaf2...

 
mengaktifkan diri dlm train

 
Inilah rupa CRH (China Railway Highspeed) tu, macam komuter kite je, cume up skitla dari komuter, perjalanan pun smooth je, xterasa pun kelajuan train ni, sedar2 dah 180km/hr. Perjalanan hanya mengambil masa 1-jam 42minit untuk smpai ke Shenzen. di bawah ini adalah gambar2 yg sempat aku snap sepanjang perjalanan
 
 
Rumah penduduk yg di bina oleh kerajaan, mereka hanya membayar sewa bulanan & utilities shj. Kos rumah sewaan yg mewah di dlm bandar paling mahal cume 600RMB (300MYR) amacam..? Boleh ke kerajaan Mesia cekik darah ni sediakan rumah kepada semua rakyat & sewa paling mahal untuk rumah di bandar hanya RM300... ??? Rumah PPRT yg bagai nk roboh tu pun dah mencecah 150 sebulan. klu high N kondo xtaula bape...
 

Lagi projek perumahan untuk rakyat, for ur info kt china ni hampir 80% kerajaan membina rumah utk rakyat & di sewakan, klu yg kaya2 tu diorang akan bina rumah sendiri or beli projek perumahan high N bertanah, tengok gambar kt bawah tu. Antara lokasi perumahan org2 kaya. Tp klu kt bandar tu, klu korang nampak ala2 kondo mewah ke ape, sume di bina oleh kerajaan. maklumat ni diperolehi dari salah seorang pekedai barangan elektronik kt shenzen. kebanyakkan yg tinggal di bandar Shenzen or Guangzhou adalah utk perniagaan.

 
Ini kt bahagian pendalaman skit.

 
Inilah yg aku ckp tu, antara lokasi perumahan mewah utk org2 kaye China. mmg dah nampak dari jauh, mmg cantik U... tp agak jauh dari bandar.
 
 
Bullet Train kitorang td :)

 
Pak supir masuk buku 555 ye :)

 
Inilah dia CRH yg baru shj tiba di Shenzen railway station.
Welcome to Shenzen for Me & my beloved hehehe..

 
Ok syg kite dah sampai di Shenzen, jom cek Inn Hotel :)

 
Ini dia peta METRO di Shenzen pula. Hmmm perjalanan seterusnya ialah ke Dongmen Street. Banyak cerita suka & duka sepanjang kitorang berada
di Shenzen ni.... Oleh kerana mata aku da mula nk tertutup ni, nnt aku sambung entry lain plak la yea.
 
 
Gudnite semua.. As-salam :)
 
 
 
 
 


Jumaat, 5 Oktober 2012

CHINA Holiday : Hotel Pilihan di Shenzen

Salam semua kengkawan,
 
Pagi ni aku nk share maklumat berkenaan Hotel pilihan di Shenzen. Mengikut jadual, kitorang hanya berada 3D2N shj di Shenzen selebihnya masa di habiskan di Guangzhou. Planning perjalanan di Shenzen adalah jalan-jalan melawat tempat2 menarik (Blh rujuk di Entry Ini) & juga jumpe 1 of the supplier kt sana. Actually aku ke China ni pun ade sikit tujuan Biznes, ehehe tp belum decide pepe lg, InsyaAllah klu semua da Ok nnt aku storey yea.
 

 
Inilah Bilik penginapan kami di Shenzen nnt, ZTL Hotel Shenzen
 
Di sana kami memilih ZTL Hotel Shenzen Hotel ni mmg betul2 berdekatan dengan Railway Station Louhu, Hotel lain pun banyak tp berdasarkan banyak komen pelanggan yang telah menginap di sini, Hotel ini antara hotel pilihan pelancong ke sana. Ini kerana kadar bilik yg agak bersesuaian & juga facility yg baik. Pada mulanye aku ingat nk book  Royal Suites & Towers Hotel tp sayangnye promotion price da habis, tinggal yg mahal2 je. So cam biasalah aku mesti sedaya upaya mencari Hotel yg dpt menawarkan aku service yg baik dgn kadar yg berbaloi-baloi... huhuhu..  


 
 
 Untuk pengetahuan kengkawan, aku mengurus sendiri semua tempahan bilik, jadual perjalanan, Tiket flight, transport semasa di China. So far aku rase semuanya berjalan lancar. klu pakai agent confirm seorang dia charge semua facility yg sama seperti aku jadualkan dlm lingkungan harga RM5000++ /person paling kurang. Tempoh Holiday kami di China adalah 8D7N.
 
Kepada yg plan untuk ke-sana tanpa menggunakan ejen korang boleh rujuk segala maklumat yg telah sediakan. harap membantu. Sekian terima kasih...
 

 
 
 

Buat Visa Sendiri Di China Embassy @ Jln Ampang


Alhamdulillah, aku dah pegi buat Visa untuk ke China smlm. Oleh kerana aku ade meet up dgn one of my X-coursemate kt KL so aku amik masa untuk buat Visa skali. Xdelah susah pun klu buat Visa sendiri, senang sngt, cume nk kene rajin isi form je. huhuhu malas nk upah ejen so aku buat aje sendiri. Minah yg dekat kaunter tu tanye aku, kenapa xpakai ejen je..?? lorr suke ati akula. Adoiii benda blh buat sendiri, better buat sendiri, xpayah nk kuar duit bagai upah ejen plak. Aku mmg lebey suke buat sume benda sendiri, pendek cite aku suke Explore sume benda... Silap aribulan aku plak yg jadi ejen part time untuk buatkan Visa... Upah ejen buat Visa RM20 setiap satu. save RM40 duit aku huhuhu..
 
Visa aku siap hari rabu minggu depan. Bayaran dikenekan RM156 mase nk amik visa baru bayar, ini utk Visa aku & baby. Untuk rujukan harga Visa sila lawati Di Entry Ini . Aku buat Visa double entry coz aku plan nk ke Hongkong skali. Entah sempat entah tidak.. huhuhuu.. Untuk Visa aku & adek da settle cume kene tunggu my hubby punye jelaa. Nnt dia balik pandai2la dia uruskan sendiri.
 
Kepada sesiapa yg nk buat Visa sendiri boleh pergi ke Plaza OSK Jlan Ampang 2nd Floor. Jgn lupe bawak gambar sekeping yea. klu terlupa bawak pun xpe, kt situ ade stall untuk amik gambar, cume-nye prepared fulusi je. harga aku pun xtau, coz aku da siap2 bawak sekeping gambar :)

Xsabar-nye nk melawat negara tembok besar tu, nk explore habis2n nnt.. hehehe... window shopping pun xpe, nnt lain kali kite terjah lagi, bawak Fulusi manyak2... ehehehe.. Berangaannn ... Untuk entry lepas ni aku akan cite Hotel yg kitorang telah Booked untuk sepanjang percutian di China. Aku nk g solat asar jap pastu balik amik baby Nuha pastu nk g shopping kt Alamanda sat.. muhahaha... sambung lg nnt mlm yea.. :)
 
 
 
 
 
 

Khamis, 4 Oktober 2012

Great Wall Prepaid Card @ Bank Of China



Kepada kengkawan yg ingin melancong ke China aku cadangkan untuk korang membuka acc. prepaid card di Bank Of China. Kad ni boleh di pakai di mana-mana shj, even kt Malaysia pun. Ape bagusnya pakai kad ni. Hah mai aku cerita skit pasal Prepaid card ni yea.
 
Dah nama pun prepaid kad so klu korang x-top up mmg xleh buat ape la, sebelum melangkah kaki ke China tu, korang topupla duit dlm tu. maksimum top up 10k MYR or 20k RMB. Kad ni senang untuk dibawa, so korang xpayah nk angkut cash banyak2, safety 1st ok. Walaubagaimanapun kadar tukaran bank adalah sedikit rendah berbanding Money-exchange. Aku dah senaraikan beberapa Money Exchanger yg menawarkan tukaran MYR ke RMB yg agak tinggi pada entry yg lepas DI SINI
 
Korang boleh top up duit dlm kad ni mungkin dlm 2k MYR tujuan utk berbelanja di Airport, makan2 kt kedai, Mall or membeli tiket Metro. Kadar kemungkinan untuk korang tertukar duit palsu mmg xde langsung. itu yg bagusnye.
 
Oleh kerana aku akan ke China bulan depan so aku dah buat sekeping kad untuk kegunaan aku di sana nnt. Siap topup da pun. huhuhu.. tujuan topup siap2 adalah mengelakkan duit cash terbelanja nnt. atleast da prepared duit untuk makan2 & shopping baju manja ibu. itu paling penting. Untuk ibu xde pun xpela, klu ade lebihan tu Alhamdulillah... Ibu sgt sayang kamu BB Nuha. Semoga besar nnt jadi anak yg Solehah yea syg... muahaha..
 
Ohye lupe plak aku nk cite, kad ni xkene cukai tahunan & juga xkene charge mase korang gune. Boleh pakai selama 4 tahun. Cume mase mule2 register tu korang dikenekan charge RM25 utk admin fee. Lagi satu kad ni xleh gune utk withdraw duit yea. hanya utk berbelanja di kedai shj. Online payment pun xblh. Tp klu korang ade lebihan duit kt dlm tu camne..?? jgn risau korang boleh request untuk withdraw, tp kene g kat Bank balik laa.. within 7 days diorang akan Issue cheque atas nama pemilik kad. Simple, Senang & Selamat kan..?  hati pun senang nk jalan2. Maklumlah kt tempat org bukan kite tau kemungkinan2 yg akan berlaku... So prevention is better than cure OK !!
 
For ur info kad ni ade 2 jenis...
 
1. Kad Color silver : Duit kite akan di convert dlm Yuan, so kite akan nampak duit kite sebagai YUAN bukan MYR.
 
2. Kad Color Hitam : Duit kite kekal dlm MYR, so mase kite cek online balance dia akan appear balance dlm MYR.
 
Function same aje, aku amik Silver coz senang nk tengok balance dlm YUAN.. lgpun nnt aku nk berbelaja pun kt China. penaatt see nk convert2 dr MYR ke Yuan klu amik yg appear balance dlm MYR..
 
Alamak aku tertinggal card dlm kete-la plak.. hmm xleh nk amik gambar. nnt aku uploadkan kad aku yea.. ehehe..  okla itu shj maklumat yg ingin aku kongsi... :)

Untuk Maklumat Lanjut Boleh layari website www.boc.cn/malaysia   :)