Memaparkan catatan dengan label MooD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MooD. Papar semua catatan

Khamis, 3 Jun 2021

Belajar Kuat

Kesendirian itu tidak selamanya menjadi perkara yang buruk buat dirimu, kerana kesendirian itu akan menjadikan hatimu  semakin kuat secara perlahan-lahan. Jiwamu akan menjadi cekal secara sendiri, tidak peduli lagi tentang kebergantungan kepada orang lain. Maka berterima kasihlah kepada sebuah kesepian & kesendirian, kerana ia banyak mendidikmu menjadi manusia yang KENDIRI.. !!!

Lama tidak menulis, rasanya banyak cerita untuk dikongsikan tapi keterbatasan waktu membuatkan semuanya menjadi tertangguh. Alhamdulillah pada tahun 2021 ini aku dikurniakan lagi seorang cahaya mata perempuan yang sungguh sempurna. Semoga amanah Allah swt ini mampu di didik dengan bersyariat & menjadi hamba-NYA yang bertaqwa. InsyaAllah. 

Setiap kali bersalin & melalui tempoh berpantang, perkara yang paling aku rindu adalah kehadiran seorang ibu yang aku kasihi iaitu arwah ummi. Sejak daripada melahirkan anak 1st hinggalah anak yang ke 4, semuanya berpantang sendiri, kerana arwah ummi telah pergi lebih awal dari itu, seawal tahun pertama penikahanku. Aku terima & tempuhi apa saja, dalam serba kelemahan ini, aku gagahkan jua semuannya sendiri. 

Suamilah manusia yang paling banyak memainkan peranan dengan menyediakan keperluan & menjaga anak2 dalam tempoh seminggu ataupun paling lama 2 minggu. Selepas itu sila urus diri & anak2 sendiri. Lama-kelamaan aku sudah terbiasa, itu semua menjadikan aku semakin kuat.  Walaupun dulu pernah sekali aku hilang kawalan emosi, dek jolokan nafsu yang mendesak. Apakan daya kita semua hanyalah insan naif yang penuh bernafsu. Astarfirullahal'azim.

Sesekali bila terkenangkan nasib diri, terasa juga sebak di hati, tapi kekuatan yang terkumpul sekian lama menjadikan hatiku semakin 0 dari segala harapan & kebergantungan kepada sesiapa. Aku sedikit pun tidak peduli tentang kecaknaan orang lain terhadapku.  Apa saja yang ada, Alhamdulillah bagiku. Berharap kepada manusia membuatkan kita semakin lemas & lelah, kerana manusia juga perlukan perhatian. Aku telah lama berhenti mengharapkan perhatian. Sejak perginya arwah umi dari hidupku, sejak detik itu aku mengerti bahawa hidup ini perlu dihadapi sendiri & aku perlu Belajar untuk Kuat ! 

Sungguh pun begitu, DIA tidak pernah meninggalkan aku sendiri, dalam kesepian & kesendirian itu DIA selalu bersamaku. Terima kasih Tuhan, kerana setiap kali hatiku berasa berduka, engkau selalu ada bersamaku & menyusun semua takdirku dengan indah & penuh makna untukku jalani. Aku sering berfikir, apakah yang akan terjadi kepada diriku pada esok hari & hari2 yang mendatang. Apakah takdir itu semakin berat untukku lalui ataupun ada sinar pelangi yang mewarnai setiap laluan kehidupanku meniti detik usia ini. 

Sesungguhnya ada bait doa yang selalu aku panjatkan pada setiap sujudku kepada-NYA. Sesungguh hati aku mengharapan agar Tuhanku kabulkan permintaanku. Walau-apapun yang berlaku, tiadalah perkara yang lebih aku sukai selain mendapati bahawa Tuhan-ku sentiasa Redha kepadaku.


Selasa, 10 Mac 2020

Selamat Jalan Kuda Kesayanganku 😢



Hari ini, 10 Mac 2020 adalah hari terakhir aku bersama kereta kesayanganku, hampir 9 tahun dia menemaniku dalam banyak perkara, membawaku ke mana2 saja. Walaupun kuasa kudanya tidaklah sehebat mana, tapi dia banyak berjasa untukku & juga keluarga. Panjat bukit Raub ke kebun durian, jadi pengangkut tile & 2x jadi Lori pengangkut barang2 pindah rumah. Segala mak nenek aku letak dlm bonet.


Adik kakak 💖



Beberapa kali juga masuk longkang gara2 rabun ayam sampai tercabut fog lamp. Tapi tetap sihat sejahtera tanpa buat sebarang akal. Aku sangat gembira sepanjang memilikinya. Berkat betul kereta ni. 


Aku cuci sendiri tengah hari tadi, walaupun cuaca panas terik, sampai bercucuran peluh. Tapi aku puas hati, ia sebagai kenangan terakhir untuk aku ingat. Aku ni memang kuat sentimental. Walaupun nampak macam kasar je tapi aku ni adalah seorang yang sangat rapuh hatinya. Kuat sentaplah pendek cerita. Tapi tak nampak sangat sebab aku selalu simpan dalam hati. 


Banyak kenangan dalam kabin ni


Bergambar di hari2 terakhir bersama vios... 😭😭😭 Sedih sangat rasa sebenarnya. 


Nuha & Umar kat belakang, Auliya tido kat depan. Kekenyangan makan kuih. 


Nuha sekarang dah darjah 2, Kete ni aku beli masa Nuha Safiya 4 bulan dalam kandungan. Beli di Alor Setar Kedah, masa tu aku duduk dalam mess pegawai. Sebelum beli vios ni aku pakai Myvi kelabu. Myvi tu aku kasi kat adik aku sambung bayar sejak jan 2012. Banyak juga kenangan Myvi tu dalam hidup aku & arwah Umi.


Masa ni g beli kuih kat Uniten, pusing2 amik feel sebelum petang nanti Tuan baru datang ambik. Umar umur almost 4 bulan. 

Sedih rasanya melepaskan dia ke tangan orang lain, terasa benar kesedihan di hati saat menyerahkan kunci & geran kepada owner baru. Sayu je rasa hati. Hubby hanya gelakkan aku, dia tu bukan faham pun perasaan aku ni. Setiap Barang2 atau ape saja yang pernah aku jaga mesti ada hubungan hati yang kuat dalam jiwa aku ni. Bila hilang atau diambil orang aku memang akan terasa berat untuk menerimanya. Tapi apakan daya. Hidup ini sifatnya adalah sementara. Semuanya hanyalah pinjaman dari Allah.  Semoga Engkau baik2 saja bersama Tuan barumu.

Alasan aku melepaskan vios tu adalah kerana terlalu banyak kereta yang bersusun di luar pagar. Yang betul2 aku pakai sebiji je, yang Lain2 tu tak tahu nak cakap. Jauh di dalam hati aku terfikir, jika aku mati & bertemu Allah nanti, ape aku nak jawab. Kerana setiap harta yang kita miliki tetapi tidak kita gunakan itu bermakna kita telah berlaku khianat & membazirkan harta. Ia adalah sikap yang tidak baik & paling nyata ia membawa dosa. Allahurobbi...


Selamat Jalan kudaku, sampai di sini saja kita bersama. Segala suka duka, akan tetap tersemat utuh di memoriku. Semoga Engkau gembira bersama Tuan barumu. 

I'll Miss You... 



Selasa, 31 Disember 2019

Berpantang Sendiri :: Anak ke 3

Alhamdulillah da nak habis pantang pun. Semuanya berjalan baik2 saja walaupun tidak seindah dirancang.


Berpantang 38 days. Nufa kene warded, viral fever. 


Baby tido kat rumah, tengah hari baru datang. Takut kena jangkitan, last2 berjangkit juga, Sian baby Umar 🤒😢


Berkenaan penjagaan ibu selepas bersalin, ikutkan kami dah berurusan dengan sorang makcik XX ni, untuk amik pakej berurut & jaga dalam pantang sampai 21 hari. Semua da setuju, rate per day pun ikut dia letak, aku iyekan aje. Siap suggest aku supaya amik sampai habis pantang (44 days).

Lain yang dirancang lain pula jadinya, bila habis tempoh berurut & bertangas selama 5 hari, suka hati dia je nak datang ke tak nak datang, macam2 alasan jugala dia cakap, ada satu haritu dia tak boleh datang tapi tak inform awal, Lepas marghib baru cakap esok tak boleh datang. Berasap jugala kepala, kerana fikirkan makcik2, klu +- sebaya umur aku, memang jadi tugu la kat situ kena lazer.

Malas nak sakit kepala hubby cakap dia amik cuti jela lagi seminggu & stop service dengan makcik tu. Akhirnya Hubby jugalah yang jadi confinement man untuk kali ke 3 ni. Aku lagi seronok sebenarnya, serabut ada orang kat rumah. Nak marah Anak2 buat perangai pun payah, nak kene cover2. Huhuhuhu...

Ada orang kata, alaa kira bersyukur la tu, hubby tolong uruskan, Ada sesetengah orang tu buat tak tahu je, siap kena cerai lagi. Oh No... No... No... I don't agree with that. Mindset masyarakat kita ni perlu Di bentuk supaya sesuai dengan sunnah & aturan agama, kalau orang miskin yang dalam kesusahan kita perlu bantu  & berlaku ehsan inikan pula bini sendiri yang baru melahirkan zuriat. Nabi tak ajar dengan bini buat lebih kurang, dengan orang luar di timang2.

Lagipun anak tu bukan anak I sorang je ye. Ingat buat kerja amal jaga ibu dalam pantang yang takde laki ke? Orang lain tu lantak dialah, apesal nak amik contoh sikap yang tak Elok? Ke sebab tak kena kat anak pompuan kita, maka sedap mulut la kita nak cakap. 

Arwah abi dulu setiap kali arwah ummi bersalin dia pun buat juga kerja2 rumah tu Walaupun sekejap, sebab Arwah Abi akan carikan pembantu rumah i.e anak murid dia yang miskin & tak ke mana-mana Lepas SPM, kasi upah jaga arwah Umi. Walaupun arwah nenek masih ada masa tu & rumah sedara mara pun duk sebelah menyebelah je pun. Jadi takdelah aku rasa pelik sangat tengok suami2 yang membantu isteri. Itukan isteri dia.

Jangan ingat tolong bini buat kerja urus anak tu bukan part of your responsibility. Klu tak nak buat mudah je, carikan orang. Klu rasa tak mampu, urus jelah sendiri. Aku ni OK je mana2, tak banyak kerenah pun. Ikutkan 10 hari je pun aku berpantang. Lepas tu dah macam orang sihat. Cuma part memasak tu aku tak sentuh langsung. Just bagitau je apa nak buat kat hubby. Lain orang lain cara hidup, tak payahlah nak bagitau yang, your level of Independence tu lagi baik dari I ni. You are not in my shoes ok. 

Apepun my hubby memang terbaik sangat da, dah bersyukur sangat jumpa suami yang baik ni. Takkan aku nak cakap kat semua orang. Kang ada pulak  orang kata, macam dia je ade laki!

Lagipun manusia ni ada kelebihan & kekurangan masing2, kena ade gift & take untuk maintain bahagia & gembira. Kalau setiap orang tak mainkan peranan dengan baik untuk bina keluarga tu, ko ingat boleh hidup bahagia ke? 

Eh teremosi pulak aku harini, mungkin sebab tengah demam kot. Anak2 pun semua demam. Dah letih ni, malas nak peduli apa2 da. Kemarin aku demam tapi hubby pergi kerja juga, Anak2 pun demam, aku sorang2 duk urus 3 cinonet yang macam2 idea & perangai. Letih tak tertanggung aku rasa. Walaupun aku dah biasa uruskan anak sorang2 walaupun tak sihat, cuma kalini agak berat aku rasa,  dalam keadaan pantang pun tak habis lagi, dahla 3 malam tak cukup tidur jaga Nufa di hospital, belum sempat nak hilang letih & sakit2 badan, aku demam pula, Anak2 lain pun demam juga, Budak2 bila dah demam pakat merengek la dia. Sangat stress & tired OK.

Mungkin orang lain lebih kuat, aku ni memang lembik, mulut je kuat sikit, tapi kalau marah ke ape ke, kat situ je habis, aku jarang bawak cakap belakang ke apa.

Petang tu bila hubby balik, aku cakap dengan dia, esok tolong hantar ke hospital, aku nak masuk ward nak berehat. Dah tak larat nak paksa diri tengah2 sakit ni. Ini bukan ugutan ye, aku dah tak larat sangat nak hadap dengan keadaan tak sihat, da bape kali bentan pun X tau. Nak suruh sampai aku mati terbongkang kat tengah rumah tu semata2 nak buktikan aku ni ibu mithali. Memang takkan lah aku nak buat camtu. Laki kita tu pun Manusia & kita semua ni Hamba Allah, bukan Hamba Suami, anytime je Allah boleh bolak balik hati dia dari kita. Jadi kena appreciate diri sendiri juga. Kalau dah tak larat, terima je yang diri tu tak larat. 

Sempena tahun baru 2020 ni. Azam aku sama je, mengutamakan Anak2 & urusan keluarga terlebih dahulu & tak nak ikut campur hal peribadi orang lain. Orang nak suka aku ke, nak menyampah ke, nak ape ke, terpulang, aku takde masalah. Mana yang sayang aku, aku pun sayang kamu.

Hidup tetap terus berjalan seperti biasa, susah senang kami juga yang tanggung sendiri. Tak nak sensitif2 sangat yea. Masing2 ade batas kemampuan masing2. Jangan kita menjadi jambatan dosa. Jadilah manusia yang memahami & mendoakan orang2 disekeliling kita, tak kiralah kita ni lagi tua or lagi muda. 

Hmm... General je tu, tak kata kat sapa2. Just ikut nasihat my aunty, tak payah nak tunjuk baik sangat sampai menyusahkan diri sendiri itu je. 

Esok baru masuk 44 days, dah habis tempoh pantang hopefully semua anak2 sihat semuanya. Amin. 


Sekian 


SALAM 2020... 








Selasa, 12 Disember 2017

Timberland :: My Comfy Sneakers For Travelling !


Memang terbaik !

Tak sampai 3 hari order sudah sampai depan pintu. Hohohoo... mantap... 
I Like muahahaha...




Order from Singapore Timberland Outlet



Bahagian dalam kasut. Walaupun beli direct dari genuine store tapi kena cek juga. Pastikan Original :))

Alhamdulillah saiz pun sedang elok saja dengan kaki & sangat selesa untuk walking dengan jarak perjalanan yang jauh. Lama lagi nak pakai kaki ni. So kene pastikan kaki selesa barulah syok nak berjalan. hahaha ayat cover baik... 

Ape2 pun sangat2 berpuas hati... I Love it !!! 



Timberland :: Angkat Dulula Sepasang :))


Dah lama aku nak beli Boot Timberland ni, tapi asyik duk berkira-kira je. Tapi bila difikir2kan duit pun habis kelain jugak, So apa salahnya aku happykan diri sendiri dengan membeli sesuatu yang dihajati. Ayat pujuk hati coz dah terbeli... hihihihi...

Dalam part membeli barang aku agak teliti sikit. Kalau setakat nak beli branded shoes kat pasar malam or Petaling Street memang aku tak beli lagila setakat ni. Setakat nak show off tak tentu pasal is not me. Pada aku, nak beli sesuatu adalah untuk keselesaan & kepuasan diri sendiri xde kene mengena dengan sesiapa. Lain padang lain belalang. Ada duit beli, xde duit sila duduk diam2.

Aku beli Timberland tu pun sebab ade sales sempena krismas. Kalau tak kerana sale takde-nya aku nak perabis duit semata2 nak beli kasut ni. Coz kasut kat rumah pun dah bersusun, kononla beli untuk tahun depan katanya. Memang berfikiran jauh sungguh tu. Buat masa sekarang xde kepentingan langsung untuk aku beli kasut sebenarnya. Coz mid Feb 2018 nanti aku dah nak Due. Kedebusss... Selamat Berpantanglah selama 40 hari yea. Dah tak lama tu .. huwaaaaa.... seram pulak memikirkan-nya...


Tujuan utama aku beli kasut ni adalah untuk travel purposes lah kononya...hihihi... entah ke mana nk g travel pun xtau lagi. macam2 aku ni, kadang2 aku pun pening sendiri. Ape boleh buat, hobi aku memang berjalan, mmg tak boleh nak duduk diam. Kalau beli kasut setakat nak jogging kat taman depan rumah tu, pakai selipar pun jadi. hihihi  

So after dah berjaya menyusutkan acc simpanan dengan membeli kasut, lepas ni kene slow2 tengok lokasi & survey tiket flight untuk next year pulak la yer. Survey jelaa dulu buat perbandingan harga, nanti bile time sale senang boleh decide terus untuk grab lokasi yang di rasakan sesuai .. adeehh... pengsan nk fikir flight tiket & accomodation... "anok wet" dh bersusun next year... bertabah sajalah...

Tengah duk syok2 menyoping Online ni, tak tersedar dah 12am ++... Ya Allah dah larut malam rupanya. aku ni selalu kul 10 dah lelap, Hmm hubby pun dah senyap tu.. entah2 dah bermimpi.. sian hubby tido sesorang okla nk masuk tido dululah bye...Assalamualaikum & selamat Malam ... 



Selasa, 21 November 2017

Kafir Itu Tidak Gembira Melihat Kau Bahagia !

Kalau di ikutkan hal dunia, sampai Kiamat pun tak-kan pernah berakhir. Sebanyak mana diluangkan masa untuk dunia pun tidak akan ada penghujungnya. Ada2 saja perkara & masalah yang timbul & perlu difikirkan hingga terasa bagai nak bocor kepala. Oleh itu perlu ke dihabiskan segala tenaga, masa & usia hanya semata2 untuk memikirkan tentang dunia ?

Aku sering mengambil pendekatan yang mudah & tidak terlalu mengambil pusing tentang banyak perkara yang berlaku disekeliling aku. Tiada faedah memenatkan segala saraf otak yang Allah kurniakan semata2 untuk membebankan kepala. Apa yang berlaku itu anggaplah saja seperti angin & hujan yang turun buat seketika. Nanti esok hari mentari kembali bersinar. Begitulah juga untuk hari2 yang seterusnya. Nikmati setiap kesusahan & keperitan dengan seadanya.

Bersangka baik dengan diri sendiri. Selagi ada segelas air putih & sepotong roti untuk dinikmati maka bersyukurlah masih ada rezeki. Hidup ini bukan selamanya untuk dinikmati, kerana itu sifatnya syurga. Bersabarlah wahai setiap jiwa. Masih banyak jiwa untuk dijaga & hati untuk dikasihi. 

Kafir2 laknatullah itu hanya berusaha untuk menjahanamkan. Tawakkal kepada Allah itu lebih besar ganjarannya. Patah tumbuh Hilang berganti. Yang lebih baik selalunya datang terkemudian.

Isnin, 16 Oktober 2017

Sifat Ahli Syurga :: IKHLAS


Senang dan mudah saja menyebutnya, Tetapi SubhanAllah teramatlah sukar untuk melakukannya. Demi Allah sesungguhnya benarlah kata para alim ulama' Syurga itu mahal harganya, hanya hamba Allah yang berjiwa suci lagi murni saja mampu mendapatkan-nya.

IKHLAS itu mudah bila kita melakukan kebaikan kepada orang yang menyenangkan hati, yang sentiasa mengambil berat tentang susah dan senang kita. Tetapi ikhlas itu amatlah berat apabila kita terpaksa melakukan kebaikan terhadap manusia yang tidak pernah ambil peduli tentang kita. Tiba2 saja kita terpaksa membantu mereka yang dulunya pernah membuatkan kita sakit hati atau terasa kurang senang dengan sikap & layanan mereka. Tetapi bila keadaan telah berubah, tiba2 saja mereka datang menagih simpati & meminta sesuatu untuk dibantu mahupun dipenuhi keperluannya. Jauh didalam hati pasti terasa sesuatu. Jadi di mana IKHLAS ketika itu ? perlu dibantu, di layani dengan baik mahupun diabaikan saja permintaan-nya mahupun kehadirannya. Kerana sesuatu perkara yang dilakukan tanpa disusuli keikhlasan maka tiadalah nilai-nya disisi yang Maha Kuasa... segalanya hanyalah sia-sia belaka !

Maha Suci Allah masih terlalu jauh bau Syurga itu & sudah teramat dekatlah bahang neraka jahannam. :.(  ;.(

Banyak kali Allah menguji kita, tetapi sering kali kita gagal melepasi ujian-NYA. Kerana syurga itu bukan dunia nilainya... 

Allahumma Antarobbi Laailahailla Anta kholaqtani Wa Ana Abduka ...

Pada awalnya ikhlas itu sudah ade, tetapi setelah sekian lama terasa sakit dihati pula lantaran sikap si penerima yang tidak pernah tahu berterima kasih malah ape yang kita lakukan seperti menjadi tanggungjawab jawab & perkara biasa, kerana sering kitalah yang melakukan-nya. Tika itulah tiba2 saja ikhlas itu entah ke mana. Syaitan mula datang berpusu-pusu, membisik pada kiri & kanan atas & bawah, mengembalikan segala ingatan tentang apa yang telah kita lakukan tetapi sedikitpun tidak dipandang oleh si durjana. Jadi dimana letaknya IKHLAS saat itu ???

Tiadalah daya upaya-ku melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Perkasa. Ya Allah bantulah... sesungguhnya hamba-MU ini terlalu lemah & naif... :.( 

Sesungguhnya Iman itu bertambah & berkurang. bertambahnya hanyalah secalit tetapi berkurang-nya setahun amalan.... Allahumustaan !




Khamis, 28 September 2017

5 bulan :: Baby Sudah Mulai Aktif Bergerak

5 bulan yang berlalu terasa sekejap saja. Pejam celik pejam celik... eh dah 5 month. Alhamdulillah semuanya baik2 saja. Hanya kepenatan jika berjalan terlalu lama & kadang2 juga mengalami kejang kaki sewaktu tidur. Selebihnya selera makan pun ok. So dipendek-kan cerita semuanya ok. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas segala kemudahan & kelapangan hati yang diberikan ... :)

Sejak dari 18 minggu aku sudah mula notice ada pergerakkan perlahan seperti sesuatu yang lembut bergerak2 didalam perut, Seronok juga rasanya, macam rama2 terbang perlahan gitu. Tapi sejak dah nak masuk 21 weeks ni pergerakan baby semakin terasa kuat & sangat aktif. Waktu sekitar 4am to 6am adalah waktu yang sangat aktif, aku sering kali terjaga lantaran tidak selesa dengan kedudukan perut yang kadang kala terasa berat sebelah. Tapi bila dah sekitar jam 7am ke atas langsung takde pergerakan, mungkin sikecik sudah lena diulit mimpi. 

Ada baiknya juga bila baby aktif sekitar awal pagi. Memandangkan aku tak boleh tidur so terpaksalah aku bangun & membuka beberapa lembaran Al-quran untuk dibaca, kadangkala melakukan solat tahajjud. Itulah namanya hikmah. Mula2 tu memanglah terasa sedikit letih kerana terjaga terlalu awal tapi lama kelamaan aku sudah mulai terbiasa bangun seawal jam 4am dan tidur sekitar jam 9pm. Hubby pun kadang2 terikut waktu tidur aku, coz pagi2 dah bising semacam. Saja je, nak suruh hubby pun bangun sekali hihihi... 

Aku membuat check up di Klinik Kesihatan Semenyih di Bandar Teknologi Kajang. Sebulan sekali kena bertapa beberapa jam kat situ. Pernah juga ke Klinik swasta seperti di Britania Kajang yang tepi SILK highway tu, service yang diberikan sangat memuaskan hati. Last month kami pergi scan baby untuk melihat perkembangan janin samada normal atau sebaliknya. Alhamdulillah semuanya sempurna & tiada apa yang perlu dirisaukan. Pada setiap doa & sujudku, aku mohon dijauhkan dari segala kecacatan fizikal & mental untuk anak yang dikandung. Moga Allah memakbulkan segala doa... Ameen Ya Robbal A'alamin.

Beberapa hari yang lalu aku ada buat ujian menggunakan Soda Bicarbonate untuk menentukan Gender Janin di dalam kandungan. Melalui ujian ringkas tu aku dapati, baby ni adalah..... Gegirl ... Yang penting anak ibu sihat tubuh badan, sempurna kejadian & cukup sifat. Moga2 bila sudah besar nanti menjadi wanita yang solehah & mengembirakan hati Ibu & abi serta bahagia dunia & akhirat. Mungkin next month aku plan nk ke Britania sekali lagi untuk memastikan gender baby secara lebih tepat. Tujuan-nya hanya satu, mudah untuk membeli barang2 baby. Kalau gegirl boleh beli baju pompuan sikit2 topup yang Nuha Safiya punya. Kalau Boboy kenela elakkan color pink. Ade2 saja kan... padahal baby tu bukan kisah pun, ibu dia saja yang terlebih fikir. hihihii..

Oklaa nak g cari makanan la sat. Padahal tadi pagi dah makan nasi, roti, bubur kacang & secawan susu Hmm xsempat jam 1 perut dah mintak diisi lagi. Bulattttt jugalah aku nnt. Masih berbaki 4 bulan ni... wawawawa.... 


Rabu, 27 September 2017

Bawa Anak Bercuti Ke Legoland Malaysia

Pada cuti awal Muharam yang lepas (22nd of Sept) , kami sekeluarga berkesempatan menghabiskan cuti 3D2N kami di Johor Bharu. Tujuan kami hanya ke Legoland di Nusajaya. Perjalanan dari Kajang ke JB mengambil masa lebih kurang 5 jam, sebab kami banyak stopover sepanjang perjalanan. 





Tiket ke Legoland kami beli semasa di Matta Fair Sept 2017, so harganya agak murah berbanding harga promo di website. Atas desakan si kecik Nuha yang beria nak ke Legoland selepas beberapa orang rakan se-tadika dia bercerita pasal Legoland terus hari2 dia pujuk aku untuk bawa dia ke Legoland. Macam2 janji manis yang diberikan untuk memastikan cita-citanya terpenuhi...Alahai anak. 

Beberapa syarat untuk ke Legoland ialah :-

1. Nuha mesti Habiskan buku reading no 3 & dapat membaca dengan lancar.
2. Setiap malam mesti baca Iqra & little Qari
3. Perangai kene behave & dengar kata ibu
4. Bangun pagi & solat

Memang berkesan sungguh, xsampai 2 minggu dah nampak perubahan yang ketara. membaca pun kemain lancar. Punyela semangat dia nk pergi ke Legoland. Hmm so terpaksalah aku memenuhi segala janji2 manis. Syarat2 tu hanyalah sebagai pendorong semangat untuk anak2 rajin belajar. Kalau semua benda diperolehi dengan mudah nanti anak2 tak belajar menghargai. Biar ada sedikit usaha yang dilakukan untuk setiap keinginan-nya. Sebab mak bapak dia ni bukan-nya jutawan @ cop duit, asal nak je dapat. So bila dah besar nanti dia akan faham mengapa kadang2 ada limitation untuk setiap request dia. Mudah2n membesar dengan terdidik & jadi wanita yang solehah berjaya dunia & akhirat.



Sarapan pagi di Hotel dulu sebelum berangkat ke Nusajaya. Kami menginap di Amerin Boutique Hotel Skudai. Makanan sangat banyak & sedap2 belaka. Alhamdulillah. 



Sepanjang perjalanan kami ke Nusa jaya dari Hotel di Skudai, keadaan sudah kelihatan mendung & gelap dari jauh. Sebaik memasuki Nusajaya hujan mula turun mencurah-curah. Aduhaiii macamne nak main ni, hujan lebat pula. Berdoa jela dalam hati moga cuaca kembali elok nanti.  



Haah tu dia pistol air Nuha, dah tak sabar dah budak kecik ni nak masuk ke Legoland. Rate parking per entry hanya RM10, murah juga lah. 





Kitorang sampai seawal yang mungkin, Jam 9.30am dah terpacak di Parking kereta Legoland. Opening hours 10am - 7pm untuk Theme park manakala Water Park pula tutup awal sejam dari Theme Park. Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan bersama-sama semasa di sana. Permainan yang berfaedah pun banyak, contohnya ada kelas memandu untuk peserta yang nak main kereta nissan lego. Sebelum anak2 dibenarkan untuk naik kereta tu, diorang kene masuk kelas memandu dulu, sedikit penjelasan tentang tanda2 jalanraya diterangkan selama 5 minit dan Ia sangat berfaedah & menyeronokkan.



Untuk kanak2 bawah 5 tahun litar kecil disediakan, bagi yang 6 tahun ke atas litar-nya agak besar. So Nuha & Muiz naik asing2. sebab Nuha baru 5yrs manakala Muiz dah 10yrs. padahal boleh aje cakap Nuha tu 6yrs bukan dia cek details pun. hihihiihii... 





Rumah Lego pun banyak, Kat rumah lego ni lambakkan lego dari pelbagai jenis disediakan. Orang dewasa pun boleh main. Buat kereta lumba, Buat Kapal & sebagainya. masing2 dengan idea tersendiri. After dah siap bina future design kereta lumba or Kapal ada litar disediakan untuk berlumba, tengok kereta mana yang win the race. Si Kecik Nuha seronok kemain sampai da tak nak pergi ke mana2. Aduhaii jenuh kitorang memujuk utk move on ke tempat lain pulak.  



Ini dekat Bomba, kami amik gambar je, malas nk join the game, coz nampak macam penat jek nk pusing handle kereta bomba tu untuk kasi kereta bomba tu bergerak. So kite skip ke Airport a.k.a naik kapal terbang kecik.


Yang ni rendah aje. aderla dalam 10m kot tinggi dia. kasi warm up dulu ... :)


Di situ juga terdapat panggung 3D. Siap ade ada air & buih2 lagi keluar dari bumbung. Apa lagi, si kecik menjerit2 la bila air & buih membasahi muka dia... hahaha... Kami juga turut terhibur menonton animasi 3D yang disediakan. Ada banyak juga cerita karton yang dipaparkan, tapi lain2 waktu, setiap 30 minit dia akan rotate 4 cerita kalau tak silap. Kami hanya sempat masuk untuk 1 cerita saja, sebab nak ke tempat lain pula. Jika ada banyak masa boleh saja masuk semua cerita animasi lego tu, best juga layan. Mesti cuba !



Inilah naga yang di maksudkan sikecik, mula2 naik bukan main menjerit2 ketakutan, tapi after that nak naik lagi,eh..eh..eh.. si kecik ni seronok pulak dia. Aku duk bawah jerla amik gambar, kang ade terberanak klu aku naik benda alah ni. Iskk nauzibillahi minzalik... 



Di Ninja Go ni pun seronok juga. Main game 3D. Kita layaannzz.... Zaassss

Boleh dikatakan kami mencuba hampir ke semua aktiviti yang di sediakan di Theme Park tu. Cuma 2 tempat yang kami tidak berkesempatan nk try iaitu naik boat & juga luncur sampan air. Ape entah nama tempat tu "Land of Advanture" ke ape entah namanya. Mula2 dah beratur tapi tengok ramai sangat orang so better kitorang move on ke tempat lain dulu. Konon-nya nanti patah balik. Tapi sampai ke sudah xpergi coz bila dah petang kami ke Water park pula. 

Di water park, ada beberapa syarat pemakaian untuk main water slide. Hanya yang memakai pakaian jenis nylon / swimming suite saja dibenarkan untuk main water slide tu. So aku pakai baju cotton, cume seluar je nylon sob..sob..sob.. keciwa... hanya hubby & muiz je yg try. Naik tangga sambil memikul float tu agak jauh juga, bertingkek-tengkek jugalah kena angkut ke atas.. huhuhu.. bertabah sajalah. Memang boleh tahan penat nengoknya. 

Que kemain panjang. Masa nak ambil float tu dah kene que, once dah sampai atas tu lagi kene que untuk turun slide. Pendek cerita masa banyak habis dengan angkut float naik tangga & que je laa. Aku dengan Nuha hanya main dekat water park bahagian kanak2 je sementara tunggu hubby & Muiz...





Walaupun hanya lepak di kawasan kanak2 tapi agak happening juga, sebab boleh main simbah2 air. so ape lagi, masing-masing main simbah menyimbah air jela. Seronok juga sekali skala jadi kanak2 riang. si Muiz & Nuha seronok tak terkata. Kasi peluang diorang berseronok nanti time kene belajar sila belajar rajin2 & behave ye anak2. 

Memang satu hari suntuk kami berada di Legoland. After jam dah 6pm Water Park dah tutup so kitorang move pula ke Theme Park coz Nuha safiya masih nak naik naga hijau (Roller Coster). Aku lepak kt surau je coz dah penat. 

Alhamdulillah semua orang happy esok kita balik. Malam ni kita bermalam di JB lagi semalam. Hubby dah kepenatan nak drive balik.

Maka tamatlah percutian kami di Legoland Nusajaya Malaysia. Dari segi keseronokkan aku rasa ia lebih kepada anak2. Kami ni tumpang seronok bila tengok anak2 happy je. Aktiviti untuk orang dewasa agak terhad. Dengan tawaran harga promosi di Matta tu ia boleh dikira sangat berbaloi juga. 

Harga makanan standard la kt tempat2 camni mesti up to the sky skit. Kami ada bawak roti, air & nasi bungkus, ok je lepas bawak masuk ke dalam. Pengawal yang cek beg tu pun sekadar cek je, takdela dia cek bersungguh sangat. 

Itu saja cerita kami sepanjang di Legoland. InsyaAllah semoga berjumpa lagi dalam episod yang lain pula. Sekian... babaiii... 









Ahad, 30 Julai 2017

Orang Baru : Dugaan Trimester Pertama (0-12 Minggu)

Syukur ke hadrat Allah swt atas segala nikmat & kurniaan yang tidak terhingga. Tahun 2017 penuh dengan kejutan. Apepun dugaan & cabaran hidup perlu dilalui dengan tabah & sabar. Hidup dunia adalah medan ujian. Jika ingin berehat tunggulah hingga kaki menjejak ke Syurga. Maka di situlah erti kerehatan yang sebenar. 



(Gambar sekadar hiasan)


Berbalik kepada cerita yang sungguh bermakna yang ingin dikongsi sebagai kenang-kenangan untuk anak2 & juga seluruh keturunan InsyaAllah. Aku mula mendapat tahu berita gembira ini pada akhir minggu ke 2 Ramadhan 1439H. Syukur yang tidak terhingga, kerana kami memang langsung tidak merancang, mungkin sudah fedup untuk planning. So aktiviti berlansung seperti biasa, hanya berharap kepada Allah moga dikurniakan zuriat ke2 suatu masa nanti.

Beberapa minggu sebelum itu aku ada berniat untuk menjaga & membesarkan anak saudara-ku bersama-sama kami. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku terpaksa menghantar kembali anak saudara-ku itu pulang ke kampung bersama keluarganya atas sebab2 yang tidak perlu aku ceritakan di sini. 

Walaupun ada sedikit kekecewaan di situ tapi aku lebih bersikap natural. Jauh di dalam hati aku sangat berharap agar dikurniakan anak sebagai teman bermain Nuha Safiya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Dia maha mengetahui. Tanpa disedari ketika anak suadara-ku masih berada bersama kami, telah dikirimkan sebuah jiwa kedalam rahim-ku. Ya Allah.. Ya Rahman... tidak terkata ucapan syukur kami ketika itu. Ramadhan yang mulia membawa khabar gembira buat kami sekeluarga. 

Hari2 dilalui dengan rasa gembira & penuh syukur. Semua kerja berat aku elakkan. Even hendak shopping ke Pasar pun aku tunggu hubby free or hujung minggu. Aku bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap kandungan-ku yang masih muda. Aku pernah keguguran pada April 2010 ketika itu kandungan-ku mencecah usia 9 minggu. Aku tidak tahu yang aku telah hamil ketika tu, maklumlah 1st time pregnant. Sedar2 bila kaki mula membengkak & aku mengalami sakit kuat dibahagian perut seperti ingin period. Bila aku membuat check up, aku disahkan mengandung. Perasaan gembira hanya seketika kerana pada minggu ke 11 aku terpaksa menjalankan DNC. So kali ni aku lebih berhati-hati. Segalanya dibawah ketentuan DIA. Tetapi sebagai hamba kita juga harus berusaha menjaga diri sendiri. 

Aku mula dilanda Morning sickness seawal minggu ke 5 kehamilan. Emosi mmg tidak menentu, mood happy semua-nya kelaut. Hendak pergi kerja pun malas. Sedang2 elok pulak project sudah nak dapat CCC, aduhaii banyak benda perlu diuruskan & sangat memerlukan tenaga yang cukup untuk aku melakukan semua perkara. Oh tidak... aku rasa nak pengsan setiap kali menjelang waktu tengah hari. Banyak hari juga aku MC & juga amik cuti pada awal kehamilan tu. Sorry Dato' am so sick.

Semua kerja2 memasak diambil alih oleh my hubby. Aku langsung tak boleh hidu bau menumis mahupun menggoreng. Terus menyengat kuat di kepala. Ya Allah memang kuat betul dugaan kehamilan kali ke 3 ni. Dulu masa mengandungkan Nuha aku biasa2 saja. Tapi kali ni memang betul2 terasa kesan kehadiran orang baru. Apa yang mampu hanyalah sabar & terus sabar. Walaupun kadang2 tidak mampu juga aku bersabar. Nuha seringkali mendapat tempias. Budak2, apa yang mereka tahu, bermain, menyanyi, menjerit tanpa ape2 sebab & menyepahkan segala ruang yang ada. Ya Allah itu baru sorang. Tapi bila aku tersedar, aku kembali bawak bertenang & bersabar. 

Nuha juga adalah insan yang paling gembira apabila aku memberitahu dia "Ibu dah ada baby dalam perut ni" setiap hari dia sibuk bertanya bila baby nak keluar. hihihii.. kadang2 dia jugalah yang mengambil air & juga menyapu minyak angin di kepala-ku. SubhanAllah aku kadang terasa sungguh terharu sekali. Kadang2 terasa bersalah juga kerana sering memarahi dia & kurang memahami jiwa kanak2-nya yang masih kecil. Maaf-kan ibu ya kakak. I love u so much.

Ketika memasuki ke minggu ke 6 & ke 7, beberapa kali juga aku dimasukkan ke wad Kecemasan lantaran terlalu mual, muntah & pening berpanjangan. Muntah pun bukan keluar ape. Badan juga penuh dengan angin sekaligus membuatkan keadaan diri aku semakin tidak bermaya. Hubby pula kerap kali amik cuti kerana terpaksa menghantar aku ke hospital mahupun klinik kesihatan. Pengorbanan seorang ibu demi melahirkan seorang hamba Tuhan.

Alhamdulillah Minggu ni adalah minggu terakhir aku berada di Trimester pertama. Minggu depan sudah masuk ke Trimester ke 2. Alhamdulillah, keadaan aku sudah hampir pulih sepenuhnya, hanya kepala saja sedikit pusing & terasa seperti kurang mendapat tidur yang cukup. Selera makan juga bertambah2. Semua seluar kerja-ku sudah mulai sendat & terpaksa membeli pakaian baru yang sesuai dengan keadaan aku. Perut pula sudah mulai naik. Payudara juga membesar bagai juara hihihihi... Bra pun kene beli baru juga. Doa-ku semoga kehamilan ini berjalan dengan baik & aku selamat melahirkan kandungan ke 3 ni dengan sempurna pada Februari 2018 nanti. Semoga anak ibu di sempurna kejadian & diperelokkan akal & akhlak. Jika ada rezeki aku berdoa moga dikurniakan anak lelaki, tapi kehendak Allah itu lebih utama. Kerana dia maha mengetahui mana terbaik untuk hambanya. Bi iznillah :)

Nampaknya segala aktiviti Travelling kami terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga baby dilahirkan. Lepas bersalin pun bukan boleh terus ye..ye.. ye.. kan ? kene tunggu ibu recover & baby kuat dulu, baru boleh kita fikirkan aktiviti penjelajahan yang seterusnya. Travelling kami akan lebih meriah nampaknya nanti. Tak sabar untuk menunggu kehadiran Orang Baru dalam keluarga kami tahun depan. 

2017 adalah tahun yang penuh makna & Rahmat yang tidak terhitung buat kami sekeluarga. Semoga segala kurniaan Allah ini menjadikan kami semakin dekat kepada DIA yang maha Esa serta diberi kekuatan untuk mendidik setiap insan dibawah jagaan kami supaya menjadi hambaNYA yang beriman & mengenal DIA Allah SWT serta sifat2NYA yang Maha Mulia. Ameen Ya Robbal'alamin.




Rabu, 5 Julai 2017

Salam 1 Syawal 1438


Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin & muslimat. Semoga Ramadhan yang telah berlalu mengajar kita menjadi manusia yang tahu erti bersyukur & berterima kasih.

1 Syawal tahun 2017 ini sama sahaja seperti tahun2 yang lalu. Kami menunaikan solat hari raya di Masjid Presint 15 Putrajaya berdekatan rumah kami. Pagi yang sungguh indah dan sangat menggamit sebuah perasaan rindu kepada kedua umi&abi. Aku duduk dibarisan paling belakang di tepi dinding sambil bertakbir hari raya bersama imam. 

Ini adalah solat hari raya yg pertama aku lakukan sejak arwah umi tiada. Boleh dikatakan setiap kali menjelang 1 Syawal aku didatangi "uzur syar'ie". Suasana bersolat hari raya bersama arwah umi di Masjid Kg Pulau Serai kembali singgah di memoriku saat itu, hati terasa begitu sebak sekali. Tiba2 aku di sapa oleh seorang jemaah yang ingin duduk di sebelah saf-ku. "Selamat Hari Raya" katanya kepada-ku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya dengan senyuman. Sebaik saja aku menatap wajahnya, alangkah terkejutnya aku apabila raut wajah wanita itu saling tidak tumpah seperti raut wajah arwah umi yang sangat aku rindui. Bertapa besarnya kurniaan Allah swt, Dia tahu hambanya ini dalam kesedihan merindukan seseorang di hari lebaran yang mulia dan dia datangkan seseorang yang mengubat sebuah kerinduan itu. Allahumustaan ...

Kami berbual ringkas, kemudian melaksanakan solat hari raya di saf yang sama. Sepanjang solat hati-ku begitu tersentuh dengan sebuah anugerah yang kelihatan biasa tetapi begitu bermakna buat diri-ku. Airmataku tidak henti2 mengalir deras dipipi sepanjang solat hingga membasahi telekung. Sungguh tidak mampu lg aku menahan-nya. Seusai solat aku bergegas keluar ke tempat wuduk untuk membasuh muka. Ya Allah Ya Rahman engkau terlalu baik kepada-ku sedangkan hamba-mu ini terkadang alpa daripada segala larangan & perintah-mu. Maha Suci Allah yang cinta & kasih-NYA kepada seorang hamba melebihi kasih & cinta-nya seorang ibu terhadap anaknya. 

Hari raya yang biasa2 saja pada mulanya bertukar menjadi sedikit ceria & penuh erti. Aku menceritakan kisah di Masjid tadi kepada hubby. Dia hanya mampu tersenyum & kelihatan memahami perasaan-ku. Kami pulang ke rumah sebentar kemudian terus ke rumah Opah di Semenyih. Alhamdulillah banyak rezeki di rumah Opah. Berbagai juadah yang dihidangkan Opah pada pagi itu. Nasi Lontong kegemaran-ku juga disediakan Opah. Terasa bahagia-nya bila ada insan yang sudi menyediakan juadah kegemaran seperti arwah umi selalu hidangkan di pagi raya. Maaf untuk Opah kerana tidak dapat membantu untuk menyiapkan juadah di malam raya. Banyak kekangan hal2 peribadi yang tidak dapat dielakkan. Pengakuan & permohonan maaf itu penting agar setiap jiwa merasa diri di hargai. Jika kita mahukan orang lain menghargai kita, terlebih dahulu kita harus menghargai orang lain. Hampir tengah hari juga kami berada di rumah Opah, kemudian kami bergerak ke rumah makcik hubby di Petaling Jaya. 

Menjelang petang kami berangkat pulang ke rumah Hillpark. Badan terasa letih, cukuplah setakat itu dulu acara ziarah kami di hari raya. Aku perlukan rehat yg cukup agar kesihatan terjaga. Alhamdulillah selesailah sambutan hari raya kami pada tahun 2017.  Esok berpagi pagi kami hendak bertolak ke Kuala Terengganu pula. Asalnya tiada rencana untuk pulang ke Terengganu oleh hubby. Kekangan kewangan hubby tidak begitu mengizinkan, tetapi memandangkan hari Raya ke 2 itu adalah hari kelahiran hubby maka aku dengan hati terbuka telah menempah bilik & menaja seluruh perbelanjaan untuk pulang ke kampung. Tidak mengapalah, aku memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1500 untuk pulang ke kampung. Itu adalh duit tabungan yang aku simpan untuk membeli HP baru untuk hubby sebenarnya, tetapi aku menduga dia lebih gembira jika dapat bertemu sanak saudara-nya dikampung pada hari lebaran yang mulia itu.

Itu adalah hadiah istimewa untuk hubby, wish he will appreciate it. Untuk aku tiada apa yang menarik untuk pulang ke kampung tika waktu puncak begini. Dengan jalan yang penuh sesak & kedai makan pun turut tutup semuanya selama seminggu. Lain org lain cara pemikiran-nya. Pada aku tak semestinya hari raya baru sibuk hendak bersua muka & meminta maaf segala, sedangkan hari2 lain saling mengumpat & memburuk-kan sesama sendiri. Apakah makna hari raya yang disambut ??? Fikir2kan & selamat beramal. Kenyataan ini tidak ada kene mengena dengan sesiapa, hanyalah sebuah kenyataan general yang ditujukan kepada semua. 

Selama di Terengganu kami menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Rumah pertama yang kami singgah adalah Rumah Mak Su di Dungun. Singgah makan nasi dagang. Tqvm Mak su kerana dengan berbesar hati membuatkan nasi kegemaran-ku seawal pagi. aku sangat menghargai-nya. Semoga Allah membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang berganda di akhirat kelak. Walaupun tiada lg arwah umi&abi di kampung tetapi aku masih punyai makcik2 yang selalu menganggap aku sebagai anak mereka. Walaupun hanya jarang2 aku singgah bertemu mereka tetapi mereka tetap seperti dulu tika arwah umi & abi masih ada. Hubungan itu masih seperti dulu, malah terasa semakin erat, jika dulu tiada pula yang bertanya "Balik tak raya ni ? Nak makan apa raya ni?" "Kalau balik raya, datang tidur di sini pun xpe" Tapi aku selalunya menyambut pelawaan sesiapa saja dengan ucapan terima kasih. Kerana aku lebih senang tidur di Hotel berbanding di rumah saudara mara. Entahlah aku masih terasa janggal. Maafkan aku jika sikap itu membuatkan ada sesetengah yang kurang senang. Setiap manusia punyai kelebihan & kekurangan, Dan aku adalah manusia yang punyai 1001 kekurangan itu. 

Aku tidak perlukan penghargaan sesiapapun kerana itu aku hanya bersifat seperti seadanya diri aku kepada sesiapa sahaja. Jika dia orang yang lebih tua, maka aku hormati dia seadanya dengan layanan & tutur kata yang baik. Kalau dia adik2 maka aku melayani mereka selayak-nya untuk digauli. Aku tidak pandai berpura-pura, jauh sekali untuk berdrama. Jika aku tidak selesa, maka jelas sekali kelihatan ketidak selesaan itu pada wajah & tingkah laku-ku. Aku selalu menjadi diri-ku seadanya, kerana aku tiada sebarang kecenderungan & kehendak terhadap sesiapapun. Mungkin ada yang merasakan aku ini hanya mahu mengikut kehendak sendiri tanpa pedulikan orang lain, mungkin itu sangkaan mereka, Tapi itu hanyalah sangkaan mereka, banyak benda yang mereka tidak tahu. Tapi perlu ke untuk aku peduli kepada semua sangkaan itu ? Maaf sangkaan kamu mahupun tindakan kamu itu tidak sedikit pun terkesan dalam hidupku. Dan dengan sangkaan kamu itu juga tidak sedikitpun menambah nilai ataupun mengurangkan kualiti hidupku. Kedengaran sedikit angkuh di situ. Tapi itulah realiti, kerana mereka2 itu langsung tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Biarlah mereka, aku tidak apa2. 

Tidak banyak rumah yang aku lawati ketika pulang ke kampung haritu. Kekangan kesihatan yang membuatkan segala aktiviti menjadi terbatas. Cukuplah mana yang sempat untuk di ziarahi. Dari kejauhan ini aku mendoakan semua saudara mara yang jauh mahupun dekat aku doakan moga dikurniakan kesihatan yang baik & diberikan rahmat serta di ampuni segala dosa. 

Taqobbalallah huminna wamingkum   

Salam Eidul fitri maaf zahir & batin 


Selasa, 11 April 2017

Samsung S8 Pre-Order ?

Takde ke orang nak belikan HP untuk aku ? 




Aku rasa kalau aku tunggu & harapkan ehsan manusia yang baik hati untuk belikan aku HP baru memang berkedut pun belum tentu dapat. Jadi kenela aku save-kan tabungan untuk HP aku sendiri. Dalam mood bersabar nak beli gadget tiba2 S8 launch dengan pelbagai fungsi yang menarik, aduhaiii tersentuh hati aku ni, rasa macam dekat je dah ... hihihi... dekat di hati tp jauh di poket den ni hah .. Wawawawaaa... 

Dalam duk bersantai-santai baca newspaper The Star, tiba2 terbaca pasal pre-order samsung S8 sah sehingga 13 April 2017 oleh digi. Aduhaaiii sabor sajalah. Tapi harga dia mahal sangat pada aku RM3299 - RM3699 dah nak sama dengan iphone kot... hmmm tarik nafas dalam2 pastu hembus panjang2. 

Banyak benda dapat aku buat dengan duit sebanyak tu. Setakat nak beli HP untuk cek mesej/whatsapp pastu angkat call sekejap, then bukak FB/email, Kadang2 tu aku buka mt4 untuk trading sat. Jadi berbaloi ke aku nak spend duit sebanyak tu untuk sebuah HP? Hmm Dah dapat beli return tiket Umrah tu. Ya Allah tabahkanlah hati hamba-mu ini.

Tengah bluur nak beli HP ape sekarang, memang nak kena beli jugak HP baru ni, Samsung Tabs ni dah agak uzur, beteri pun asyik kong memanjang, jenuh aku duk cas setiap sejam. Kalau keluar jalan2, confirm tak sampai 3 jam dah running out of battery. 

Walaupun duit nk beli S8 tu cukup aje klu nak korek tu, tapi banyak benda aku fikir sebelum nak habiskan duit sebanyak tu. Teringat sepotong ayat Alquran yang melarang manusia menghambur2kan harta-nya sekalipun dia mampu untuk melakukan demikian, kerana sifat begitu sama sekali ditegah Allah swt. Allahumma anta robbi.... 

Tengoklah sampai bila aku mampu bertahan dengan samsung galaxy tabs yang dah retak 1000 ni. Manalah tahu tiba2 dapat cabutan bonanza ke, menang sijil simpanan premium BSN ke kan.. rezeki manusia ni bukan kita boleh jangka teruskan berharap dan terus berharap... takpe berangan tak kene bayar.. free of charge... hihihihi... 

Out dulu laa... nak jemur kain sat then tidoo ... babaiii... 



  

Rabu, 1 Februari 2017

Hilang Handphone di IKEA Cheras

Beberapa bulan ni aku sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Perkara paling sibuk adalah merancang & mengurus property yang baru saja VP pada awal Disember 2016 yang lalu. Banyak perkara perlu dilakukan. Mencari kontraktor yang sesuai dengan bajet kami & juga melakar sendiri beberapa design  ubahsuai Dwiputra Residence di Putrajaya Precinct 15 tu. Masa hujung minggu & cuti hanya dihabiskan di IKEA & juga beberapa kedai perkakas rumah untuk membuat perbandingan harga & design item. Tidak mudah juga untuk mengurus semua benda sendiri. Agak kelam kabut sebenarnya, di tambah pula dengan faktor kekangan bajet untuk ubahsuai apartment ni. Kami merancang untuk jadikan ia sebuah Homestay yang aku namakan sebagai "PUTERA SUITE" at Putrajaya. 

Alkisah-nya ketika kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu pada cuti raya cina beberapa hari yang lalu, kami singgah seketika di IKEA Cheras untuk membeli beberapa buah rangka kabinet dapur. Dah beberapa kali survey harga, so kami decide untuk DIY sendiri Kitchen cabinet dengan menggunakan sebahagian barangan IKEA & juga tempahan pintu di kilang aluminium di Sungai Buloh. Di situ banyak RM dapat dijimatkan. 

Aku jarang membawa beg kalau keluar berjalan. Malas nak bawak, walaupun macam2 jenis beg sandang & juga handbeg aku dah beli masa g Paris hari tu tapi still selesa berjalan tanpa beg. Semua beg buat perkasam dalam almari. Ditangan cuma ada handphone saja. Tapi ketika tu aku kasi HP pada hubby, coz hubby minta untuk pinjam sebentar memandangkan his HP dah habis beteri. 

Dalam kesibukan membuat order & melihat beberapa design pintu kabinet bersama staf IKEA tiba2 aku teringat HP. 

"Yunk telefon orang mana ?

Hubby terus buat muka blurr... rupenya2 dia tinggalkan HP aku atas meja kt bahagian design kabinet dapur. Kami terus ke tempat tadi, tak jauh pun dari tempat kami berdiri tu, lebih kurang 10m saja. Nuha pun ada di sana tapi itulah, kalau dah elok terhidang atas meja tanpa pengawasan,memang nak kasi free saja la tu maknanya. Confirm hilang ... hmmm....

Bila dah sedar my HP dah kene curi, aku dah hilang mood dah. Nak cakap camne pun tak tau, semua benda2 penting duk dalam HP tu, banyak document2 peribadi aku simpan dalam tu. Ya Allah ape ke sengal laa my hubby ni, suka sangat buat perangai sambil lewa dia. Sakit sungguh hati aku ni tak reti nak di explain camne. Tapi my hubby boleh buat muke bluuurr, ala2 tak tau camne boleh hilang, boleh terima ke camtu...?  dah sah-sah pergi tinggal atas meja camtu memang lesaplah jawabnya. 

Kami terus buat report kt security service kt bahagian bawah untuk tengok CCTV tapi diorang suruh buat report di balai polis dulu Then datang dengan SO yang bertugas untuk tengok rakaman CCTV. Jadinya kami ke Balai Polis Pudu (kalau tak silap) untuk buat report. Dipendekkan cerita SO yang bertugas malam tu Sarjan ape entah, sudi untuk menyiasat kes tu dengan segera. Maka kami ke IKEA semula untuk mengenal pasti tempat kejadian. Malang-nya di IKEA tu tak ada CCTV yang di pasang rupanya. Cuma ada di Main entrance & store saja. So malam tu my hubby dengan berbesar hati telah sedekah-kan HP note 5 aku kat pengunjung IKEA sempena Chinese New Year. Alhamdulillah besar pahala pakcik malam tu. 

Dah masuk hari 3 aku tak de HP, memang terasa tak lengkap hidup. aduhaaiii bertabahlah wahai hati. Nak kene cari dana untuk beli HP baru ni nampaknya. Yang kasi sedekah my hubby, tapi yang kene beli balik adalah aku sendiri. Nak harapkan pakcik beli balik, tahun depan pun belum tentu. Isskkk sakitnya hati bila di kenang2.... 

Masa OTW nak ke Balai Polis tu, tiba2 saja aku teringat kata2 ustaz Ahmad Dasuki, bila barang kesayangan kita hilang maka bersabar & doalah "Ya Allah gantikanlah apa yang telah hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik daripada-nya" Tiba-tiba saja rasa sakit hati kt my hubby tu sedikit demi sedikit beransur hilang & hati menjadi lebih redha. Nak marah pun dah tak reti. Cume sempat kasi peringatan to my hubby supaya ubah sikap take it for granted. I grant he will change his attitude. 

After that aku sambung shopping cabinet dapur. Habis dekat RM1200 jugak. Harapnya dalam bulan 2 ni adalah rezeki terpijak or durian runtuh. Dapat Note 7 pun dh ok. hihihihi.... berangan sajalah dulu, sementara tu pakai saja HP lama yang mana ada. 

Kisah pengembaraan Europe belum sempat ak sambung, Sayangnya gambar2 semua duk dalam HP aku yang hilang tu. Hmmm sedihnya rasa. Hanya ada dalam memori sajalah. InsyaAllah jika ada kelapangan masa nanti aku akan update habis cerita pengembaraan kami selama lebih 3 minggu tu. 

Okla itu saja buat masa ni, weekend ni sibuk ke sungai buloh untuk DIY interior cabinet & tempah pintu serta cermin dinding. Moga dipermudahkan segala perkara & urusan. Ameen ya robbal'alamin...


adioss.....



Isnin, 31 Oktober 2016

Reebok :: My Sneakers For Travel !

Last weekend adalah hari di mana kami sangat sibuk dengan aktiviti tawaf ke segala Mall di sekitar Kuala Lumpur. Tujuan cuma nak beli sneakers & begpack je pun, tapi tawaf merata2 macam nak beli barang untuk kenduri kahwin. Alasan macam biasa semua tak berkenan di hati....Heee...  Bertabah sajalah wahai sang suami. hihihihi...




Mood untuk travel semakin terasa. Tiba masa untuk membeli sedikit kelengkapan untuk memulakan pengembaraan rohani untuk kali yang kedua bagi tahun 2016. Segala persiapan telah dilakukan sedikit demi sedikit dari masa ke semasa. 

Propaganda Islamophobia yang dicipta oleh sesetengah kaum musyrikin terhadap umat Islam membuatkan emosi-ku sedikit terganggu. Hmm.... Kebimbangan tetap terbuku di hati-ku hingga saat ini, walaupun keterujaan untuk mengembara juga tidak dapat dinafikan, ia seperti bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Hanya doa yang mampu aku panjatkan moga2 segalanya berjalan dengan baik & di sisihkan daripada segala bencana alam mahupun musibah kejahatan makhluk ciptaan-NYA. 

Daripada pagi hingga ke malam kami masih berlegar mencari item yang hendak dibeli. Macam2 dugaan yang dihadapi, dah jumpa kasut tapi tak ada saiz pulak.. hmmm... lain yang hendak dibeli, lain pula yang kami beli. 

Bila terlalu lama sangat duk pusing merata tempat cari barang tapi sampai ke sudah tak jumpa-jumpa, mood nak beli tu dah drop. Dah naik malas kot. letih pun ye...  Aku bagitau hubby hari lain pulak la kita cari kasut, dah letih dah nak turun naik Mall. Tapi hubby kasi cadangan untuk ke IOI City Mall Putrajaya. Coz kt situ ada butik Reebok, manalah tau ada design yang aku nak kt situ. Cadangan diterima, so after solat marghib kami bergerak ke IOI Putrajaya. 




Alhamdulillah, pencarian kami berakhir di sini... hihihi.. sikit punya jauh pusing dari Kajang hingga ke KL. Alih-alih balik beli di Putrajaya saja. Aduhaaiii ... :))

Kasut tu memang selesa dengan kaki aku, design pun just nice. Dan yang paling penting saya suka, bukan orang lain yang suka.. Heee... Bila hati sudah berkenan, try yang lain pun terasa ada saja yang tidak kena... macam2 hihihihi... So malam tu "mission accomplished" untuk kasut aku, cuma tinggal begpack Nuha belum beli. 

Mengikut perkiraan aku, Nuha Safiya sudah banyak beg galas, macam-macam beg ada walau bukan begpack tapi rasa dah ok kot untuk si kecik isi buku2 & peralatan warna dia. Kalau ada kesempatan kita cari begpack kakak, kalau tidak tunggu saja next trip yea, pakai jela dulu mana yang ada... Hihihihi.. kalau  aku cakap camtu  pada si kecik, confirm2 buat muka sedih pastu duduk lipat lutut ke atas dengan muka  & tangan terlangkup atas lutut, tanda protes ... 

kecik2 pun dah pandai protes, semua kemahuan dia nak dipenuhi .. adeehhh budak kecik...