Khamis, 10 April 2014

1st Day @ Tradewinds Corporation

Alhamdulillah, Hari ini, Jumaat 11 April 2014 aku dengan rasminya telah masuk ke opis baru. Barang2 dari opis lama dah angkat 2 hari lepas dengan bantuan my beloved hubby. So bermula episode baru aku di sini pula. Skop kerja masih sama. Apa yang aku lakukan di opis lama still kene carry on, CUME-nya... hah capital letter skit. Sikit punye banyak projek nk kene handle kt sini. Aduh..duh..duh... xmenang tangan aku nk kene prepared Feasi, Site Analysis, Land Value dan macam2 lagik. Baru je habis buat 1 kerje, datang plak kerja lain dan-dan tu jugak. Zaman nk relex2 & layan FB serta berblog agak terhad. Mungkin xsempat nk menulis time opis hour.
 
Bak kate org kampong Pulau Serai "Ade give & take-laa" hikhikik. Secara rasminya aku dah dapat new appointment letter. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Ada increment on salary + various benefit yang lain seperti discount % for staf di ke semua Hotel & juga fasilities yang under Tradewinds Corporation. Yang aku di beritahu seperti di Hotel Istana, Harrod & etc. Tapi aku bukan berbelanja sangat kt tempat2 camtu, tapi kalau ada member2 or sedara mara nk discount insyaAllah boleh di uruskan. Tahun 2014 ni aku dapat 2x kenaikan gaji, 1st bulan lepas cerita Di SINI, pastu after pindah ke sini ingatkan diorang cume follow je gaji tu, skali dapat Appointment Letter yang baru, naik lagik.. kuikuikuikui... Tuah ayam Nampak di kaki.. Tuah manusia siapa yang tahu. Apepun syukur Alahamdulillah. Semuanya hanya pinjaman.
 
Selain dari tu, cuti tahunan juga di tambah, kos untuk bersalin pun ada disediakan, macam seronok la plak nk bersalin pasni. Xpening dah pikir nk bayar kos. Alhamdulillah ada jugak perkara yang buat aku teruja di sini. Mudah2n Allah memudahkan segala urusan kerja aku di sini Ameen.
 
 
 
 

Ahad, 6 April 2014

Bila Kene Transfer Office Baru

Berita yang membuatkan seluruh hari-hari indah-ku bertukar KELAM ! Ya Allah, 2014 tahun yang begitu tough untuk aku. Kalau sebelum ni jam 8.30 pagi baru turun hantar adik ke Taska, lepas tu bertolak ke office dengan hati yang tenang & relex sekali. Oh aku pasti merindui detik-detik indah & mendamaikan itu.
 
Pagi tadi my Senior Project Manager inform kt aku yang aku & dia akan di transferkan ke Company lain iaitu ke Tradewinds Corporation Berhad di Menara Shell KL Sentral. Waktu kerja bermula jam 9am - 6pm. So lepas ni dah xboleh nak masuk office suka-suka hati lagik katanya. Adoiiii Tengah seronok2 dengan work life kt sini alih-alih kene transfer. Oh My.....
 
Bermula 1 April 2014 semua document & personal details aku dah di transferkan ke sana. So sad nak tinggalkan office lama aku ni. Nnt dah xleh nk bergaduh mesra dengan En.Anuar dah. Dah xleh nk dengar ayat2 lazer yang membina dari dia lagi dah. Yang paling penting dah tak boleh nak leisure masuk office kul 10.30am lagi dah. Wawawawa.... Xsyok-nyaaaa.
 
Sian my cayunk ibu, dah xboleh nak sarapan dgn ibu lagik pasni. Subuh2 dah nk kene hantar ke taska. Harap adik ok &  tak meragam. :,(  Time Lunch pun dah xboleh nk dating dengan pakcik hubby tiap2 hari macam selalu coz dah jauh da. Nak pergi kerja pun Jam tak hingat... Adoiii... mmg nk kene format balik semua data baru dalam otak aku pasni. Sambil2 menulis coretan ni, hati aku tersangatlah sedey. 
 
Apepun mungkin ini permulaan baru yang mencabar dalam perkejaan aku. Rasanya mmg nk kene naik komuter la pasni, Hari2 nk menempuh jam mmg xlaratla. Klau naik komuter pun jauh jugak nk kene menapak, lebih half KM jugak tu. Tapi Kalau naik kete mmg xnampak chances untuk aku sampai before 9am everyday... dah lama xnaik komuter, mungkin aku nk kene belajar susah plak (Think +Ve) Walaupun nnt pergerakan aku sedikit terbatas tapi mungkin banyak manfaatnya. Pertama minyak kete & tol dah xperlu nk spend dah, lagi satu aku boleh bersenam setiap pagi dengan berjalan kaki. Kalau sakit kaki nnt, ada jugak alasan nk pergi refleksology ke ape. Hmm apepun. Nak ke Xnak, mmg aku kene buat jugak. Klu xblh perform mcmne nk kerja. Antara 2 pilihan je yang aku ade sekarang. Berhenti kerja duduk rumah, sambil cari kerja dari rumah Atau yang ke2 aku terpaksa lakukan semua rutin harian sebagai org yang bekerja tanpa banyak alasan.
 
Mungkin Next week or next 2 week kitorang dah nk kene move kot. Malas-nya nak kemas2 barang lagi. aduyaaiiiii....  Selamat memulakan alam kerja yang meletihkan ! Hopefully aku Berjaya melakukan anjakan yang baru dalam mengurus tadbir masa & rumahtangga. Ya Allah permudahkanlah :.(











Khamis, 3 April 2014

UMRAH :: Flight Tiket Ke Madinah !

Beberapa bulan yang lalu perasaan untuk ke Tanah Suci telah datang dengan begitu kuat sekali. Perasaan untuk ke sana sepertinya tidak dapat di tahan-tahan lagi. Alhamdulillah segala puji ke hadrat Allah yang telah memberi kekuatan rohani & jasmani kepada kami sekeluarga untuk menunaikan Umrah pada tahun ini. Setiap apa yang di rancang tidak selalunya berakhir dengan keputusan yg muktamad. Segalanya atas kehendak Allah SWT. Pada mula-nya kami telah sepakat untuk meninggalkan puteri kesayangan intan payung kepada My aunty tetapi setelah memikirkan banyak perkara, kami akhirnya dengan sebulat tekad bersetuju membawa Nuha Safiya ke Tanah Suci bersama kami.
 
 
 
 
Banyak faktor yang difikirkan. Selain melihat kesihatan Opah yang agak terganggu serta tempahan baju untuk raya yang dah mula menggunung. Maka meninggalkan Nuha itu bermakna menambahkan lagi beban kepada Opah. Setelah di timbang-timbang, itulah keputusan terbaik kami. Mmg banyak benda yang perlu di fikirkan, faktor keselamatan, keadaan tempat ibadah, keadaan cuaca & kesihatan Nuha. Tapi dengan penuh harapan moga-moga Allah memberi kemudahan kepada urusan kami sekeluarga. Membawa anak kecil untuk umrah ketika bulan Ramadhan adalah sesuatu yang sedikit mencabar kepada kedua ibubapa. Hanya doa & harapan kepada Allah menjadi tempat untuk berharap & bergantung. Moga di permudahkan Oleh-NYA.
 
Berkenaan dengan urusan Pakej Travel Agent pula, aku terpaksa membuat cancellation untuk booking pakej bersama Andalusia Travel, maka deposit sebanyak RM100 terpaksa di potong kerana membuat pembatalan pakej setelah berdaftar. Tapi tak mengapalah, itu adalah pilihan terbaik buat kami. Kos sekiranya kami menggunakan Pakej Andalusia akan meningkat kepada RM19K++ untuk bilik ber2 & seorang kanak2 tanpa katil untuk  pakej Awal Ramadhan 12H10M dengan penerbangan Saudi Airline. So harga itu terlalu besar untuk kami belanjakan. Masih banyak pilihan lain yg terbentang di depan mata. Jadi Andalusia terpaksa kami delete dari senarai pilihan kali ini.
 
Setelah membuat sedikit carian berkenaan pakej Umrah Ramadhan maka aku dengan kreatif-nya membuat belian tiket sendiri. Aku hanya mengambil pakej ground sahaja dengan Travel Agent. Dengan itu kos pakej untuk Nuha dapat di kurangkan. Untuk tiket penerbangan, kami memilih Saudi Airline. Penerbangan terus ke Madinah dari KLIA manakala untuk penerbangan balik ialah dari Jeddah Ke KLIA. Oleh itu banyak masa & tenaga dapat di maksimumkan penggunaan-nya. Selalunya Jemaah akan turun di Jeddah dahulu kemudian menaiki bas pula ke Madinah selama 6 - 7 jam. Mmg meletihkan & banyak membuang masa di situ. Ini kerana Airport Jeddah lebih dekat dengan Mekah-Al-Mukarramah iaitu lebih kurang 1 jam lebih perjalanan menaiki teksi dari airport. Berbanding ke Madinah, jarak perjalanan sejauh 400km++ dan memakan masa hampir 7 jam.
 
Dengan sedikit usaha yang di buat, InsyaAllah kami akan berada di Saudi selama 18D16N. Iaitu 6D5N di Madinah & selebihnya di Kota Suci Mekah. Untuk ground pakej kami menggunakan khidmat UMS Travel sebagai agen kami. Memandangkan harga yang di tawarkan oleh Andalusia untuk pakej ground agak tidak menepati kehendak kami. So setelah beberapa agensi di teliti maka UMS Travel adalah pilih kami. walaubagaimanapun kami berharap & berdoa mudah2n tiada sebarang masalah semasa di sana nnt. Kadang2 kite merancang dengan baik tapi bile sampai di Tanah Haram lain pulak jadinya. Apepun aku berserah kepada Allah. segala kemungkinan yang menyakitkan itu perlu di persiapkan terlebih dahulu. Persediaan emosi adalah sangat penting memandang ketika itu pula adalah bulan Ramadhan maka dugaan-nya tersangatlah besar. Jauh di sudut hati aku berdoa moga tiada dugaan besar yang terjadi ke atas kami melibatkan agensi semasa di sana nnt. Masalah kelulusan Visa & Quota hari yang di benarkan menjadi topic utama kebimbangan kami. Allahurobbi, moga di permudahkan...
 
Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Mungkin ada kawan-kawan yang masih mencari agensi untuk menunaikan umrah boleh cuba menelefon UMS Travel untuk pertanyaan.
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 2 April 2014

Lunch @ Seoul Garden Setapak

Lokasi Restaurant ni di dalam Festival City Mall. Kebetulan Hubby dapat cilok awal skit, so dapatlah kitorang berdua-duaan makan. Walaupun agak aman makan berdua berbanding ber-3 tapi perasaan makan dengan si kecik lg syok. Sambil duk makan2 tu tetiba teringat pulak dekat si kecik Nuha. Kalau dia ade mmg sama naik sibuk dia dengan kite. lagi2 kalau part nk masuk-kan makanan dalam hot plate tu. Confirm itu jela kerja dia. ehehehehe...
 
 
 
 
Dah lama plan nak g makan kt Seoul Garden ni, coz my cousin yang mengajak kitorang. Tapi last2 dia plak yang cancle maka terpaksalah kitorang meneruskan niat untuk Ber"steamboat" kt Seoul Garden ni. Kalau tak kerana dah terbeli 2 keping voucher Groupon tu xde maknanya nk melepak lunch kt sini. Tapi okla.. ubah tempat & citarasa sekali-sekala.
 
 
 
Hubby dah xsabar nk makan...  
 
Restaurant ni betul2 bersebelahan dengan kedai Ayam Penyet. Lokasi dia adalah di Main Entrance Festival City Mall. Carpark pun banyak, so boleh je park kete kt bawah. Harga per 3 hour cume RM1. Okla tu kan... berbaloi-baloi. Macam2 kedai makan jugak yg ade kt dlm Mall ni, macam meriah. Ini adalah 1st time aku memanjangkan kaki ke Setapak, kesimpulan-nya mmg menarik, mungkin next time kitorang boleh shot terus ke Setapak Town untuk Lunch.  Hubby pun suka tempat ni.
 
 
 
Kt Seoul Garden ni ada banyak pilihan makanan. Standard restaurant Steamboat macam tulah. Lebih kurang je dengan Tupai-Tupai or RedWok tu. Cumenya suasana kt Seoul Garden ni macam selesa skit la. Lagi satu kepada yang bercadang nk melancong ke Korea tapi belum dapat pergi lagik tu, bolehla cuba di Seoul Garden ni. Xdapat ke Korea pun xpela, at least dpt jugak rasa makanan Korea. ehehehe :)
 
 
Air asam pun ada...
 
 
Macam2 ade, nak sebut satu2 macam banyak sangat. ada udang + sotong + ayam + daging + Tiram + Kerang & etc. Semua telah di perap dengan ramuan rahsia Korea. Agak sedap jugak pada aku. Tapi kitorang hanya makan Seafood je. Daging & ayam mmg xsentuh langsung. Coz makanan darat mana boleh bercampur dengan makanan laut. Itu mmg Rule no. 1 untuk my family. Air pun ada macam2 pilihan air. Dari soft drink sampai ke ABC. Sendiri amik bahan & sendiri kisar ais yea. Service ok je, xde masalah lambat ke apa. coz kite nk makan, kite sendiri pergi angkat. Self service la... kebersihan kedai Alhamdulillah bersih & nyaman. Status Halal.. yer Halal. Pendek kata okla semua. Aku kasi 4 star.  
 
 
Pandangan dari luar kedai
 
My hubby dah surrender awal lagi. Siap ke Toilet lg, penuh sangat katanya, hehehe... aku macam biasalah maintain. Lagi pun aku hanya makan sayur & Udang bakar je. Mee & nasi goreng tu tolak tepi. Strategi makan buffet, aku selalunya makan lauk je, jarang sangat aku makan nasi, klu amik pun dalam kuantiti yang sedikit. mungkin 3 sudu besar shj. Just untuk rasa.
 
Lebih kurang sejam setengah jugak kitorang melepak kt sini. Masing2 dah naik mamai nk makan. tengok jam dah kul 3.15 ptg.  Cepat2 kitorang bangun & bergerak balik. Aku dahla tengah banyak kerje sekarang. seronok plak berjimba macam hari cuti. Hubby mmg half day. Siap blh ajak aku tengok wayang lagik. Amboi2.. mentang2 xmasuk opis dah petang tu. Saje la tu nk kene-kan aku.
 
 
 
 
 
 

Selasa, 1 April 2014

Sebuah Ketenangan Abadi

Mencari Ketenangan Hati adalah suatu yang amat sukar untuk ditemui. Sekalipun mempunyai harta yang banyak serta kemewahan dunia yang tiada bandingan. Tapi itu semua tidak menjamin kebahagiaan & ketenangan di lubuk hati seorang insan kerdil. 
 
Sesekali aku termenung sendiri, memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apekah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rentangan masa lalu-ku. Adakah aku sedang merosakkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam pada-nya. Ataukah aku sangat berhati-hati dalam mencorakkan kehidupanku ? hanya aku shj yang tahu dengan pengetahuan yang sebenar. Sedangkan Allah memerhati tanpa sedikitpun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku pula lalai tentang dosa-dosa masa silam-ku. Tanpa aku sedar, aku telah jauh tersasar dari jalan kebenaran. Ya Allah... berilah aku masa untuk memperbaiki segala kesilapan masa lalu-ku. Berilah aku cukup waktu untuk menebus segala kekhilafan itu.
 
Banyak perkara yang aku lalui menjadikan aku semakin faham tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kalau dulu aku sering mencari di mana kepuasan hidup yang hakiki. Adakah dengan memiliki & menguasai sesuatu ? Adakah dengan mencari redha manusia tanpa mempedulikan Redha Allah ? Adakah dengan mencari keseronokan & menikmati apa sahaja yang mendamaikan. Berhujung minggu di Hotel2 bertaraf 5 bintang ? Menikmati makanan yang paling sedap dari serata ceruk kedai & restauran ternama dengan bayaran yg mahal ? Atau melancong kemana-mana untuk mendapatkan ketenangan... ? Tidak... jawapan-nya bukan semua itu sahabatku. Semuanya itu adalah khayalan. Semua itu adalah dusta & pembohong. Itu Hanyalah bayangan yang membuai jiwa untuk sementara waktu. Tapi ketenangan & kebahagiaan tidak jua aku temui.
 
Ketenangan & kebahagiaan itu sebenarnya adalah dekat. Ia ada pada jiwa yg bersih, ia akan hadir pada hati yang mencari keredhaan Tuhan-nya. Carilah Redha Allah, berusahalah untuk menemui jalan menuju Tuhan kerana di situ terletak-nya sebuah ketenangan. Tapi ingatlah, sejak langkah pertama kamu menuju Tuhan-mu, maka di situlah bermula-nya 1001 dugaan & cabaran yang akan membuatkan kamu letih & putus asa. Kuatkanlah tekad-mu. Bersabarlah, berdoalah mudah2n kamu selamat hingga ke akhirnya.
 
Sekalipun manusia melihat-mu tidak punya apa-apa, tapi sebenarnya kamu-lah pemilik kebahagiaan itu. Bergembiralah jika kamu dapat merasainya kerana di situlah permulaan kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yg akan dilimpahi Rahmat & kasih sayang Allah. Sebuah jiwa yang berjalan menuju Tuhan-NYA dengan penuh kebahagiaan. Demi Allah, erti ketenangan itu terlalu sukar untuk di ungkapkan. Cuma jiwa yg pernah merasainya shj tahu, bertapa indahnya sebuah ketenangan jiwa itu. 
 
Jika perasaan Cinta Dunia itu ada, bererti kamu belum dapat menikmati Cinta Allah. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu kamu perlu menanggalkan Kecintaan pada dunia secara beransur-ansur & memenuhi jiwa-mu dgn kencintaan kepada Yang Maha Esa... & bermula detik itu nikmatilah erti kebahagiaan & ketenangan yang akan hadir secara berperingkat ke lubuk hatimu.
 
Demi Allah Ia tersangatlah indah. Sepertinya kamu berada di sebuah taman bunga yang luas saujana mata memandang, manakala bunga-bunga sedang mekar berkembang pelbagai jenis & warna dengan bau-bauan yang sungguh harum. Melihat kumbang2 yang menghisap madu pada kelopak bunga. Dalam suasana cuaca yang begitu nyaman. Tidak sejuk & tidak pula kehangatan. Dengan keadaan langit yang membiru, melihat anak2 berlari keriangan tanpa sedikitpun perasaan risau menerpa padanya. Menghirup udara segar dengan bau rerumput menghijau. SubhanaAllah
 
 
Ya Allah.. Ya Latif fuya Kafiy ya hafiy zu ya Syafiy...
Ya Karimu Antallah...