Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2016

Part 4 : Maggi Udang Galah & Sarawak Cultural Village



Kat bandar Kuching ni tak ade ape yg istimewa or best sangat pun pada aku. Nak makan pun tak berapa selera, mungkin cara masakan dia kurang kena dengan tekak aku ni, mungkin org lain ok kot, Selera masing2. Antara tempat yang kami kunjungi adalah di "Sarawak Culturer Village" tiket masuk RM60/pax. Nak ke SCV ni agak jauh jugakdr bandar, sekitar 32km lebih iaitu menghala ke arah Gunung Santubung. Lokasi SCV mmg betul2 berhadapan dengan Resort Pandai Damai. Ape yang menarik kt sini..?? Mula2 kami sampai kami di sajikan dengan tarian kebudayaan semua etnik di Sarawak (dlm theater hall). Persembahan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Agak menarik jugak persembahan diorang, lawak pun ade.




Itu rumah bidayuh klu tak silap aku, tp rumah tu hanya untuk org lelaki yang bujang sahaja, biasanya rumah ni akan berada di bahagian hadapan kerana dia bertindak sebagai "Guard House" 


ok macam yang kt atas tu, bahagian belakang tu rumah org melanau yang sudah keluarga, orang perempuan pun duduk kt bahagian belakang jugak. Bagus jugak senibina diorang ni, ada ciri2 keislaman sikit2 dalam bab menjaga hak kaum wanita dengan mengasingkan lelaki bujang & juga anak dara daripada bertemu muka. Islam itukan Fitrah manusia. alhamdulillah kerana aku adalah seorang penganut agama islam. :) 


naik jambatan buluh yang tak berapa tinggi...
Kt dalam SCV ni ade di bina beberapa jenis rumah rakyat org sarawak. Seperti Rumah Melanau, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Cina, Rumah Orang Ulu dan macam2 lg. Tapi masa kami pergi tu tak ade ape2 event, so agak membosankan jugak kerana tiada ape2 yang dapat dilihat kecuali masuk ke rumah2 untuk melihat senibina & ukiran kebudayaan diorang. Selebihnya agak membosankan. Mungkin klu korang nk dtg kene tunggu ada ape2 event kt situ baru meriah. kami ambil masa sekitar 2 jam lebih kt SVC. Pastu ke pantai Damai sat. Tengok dari jauh jek, coz nk cari jalan masuk ke pantai, sampai sudah tak jumpe.. Sudahnya kitorang carik jalan ke kedai makan. Lapaaarrr ...

Pusing punye pusing cari kedai, ade beberapa kedai yg kami jumpa & singgah, tapi aku tak berapa selesa nk makan, coz keadaan kedai yg kurang bersih, so hubby terpaksa pusing lg carik kedai lain. Nasib baik hubby ok je, xde nak marah2.. muahhahaha sayang abg :) yerla kedai bersepah dengan puting rokok, lantai hitam berkerak, kt atas tempat hidangan lalat buat playground, camne tu..?? ade selera nk makan ..?? hihihi.. makan roti gardenia cicah air milo lagi selera kot. 

Akhirnya kitorang jumpe tempat makan yg agak ok iaitu di Bukhary Cafe, lokasi kt jalan Satok, sederet dengan cafe ni ada KFC, Pizza Hut & Secret recipe. Makanan yang dijual cume nasi beriani je, ape2la yang penting dapat makan. harga agak berpatutan & sangat banyak. Rasa pun sedapla jugak. Tengah lapar apepun sedap kan .. :)

Lepas makan tu kitorang singgah ke Kubah Ria, kt situ aku beli 2 ekor udang galah, saiz XXL harga RM85/kg. Kire standard hargala kot. Plan kitorang nk makan dengan Maggi je. So otw nk balik ke bilik malam tu gigihla my hubby singgah ke Parkson untuk dapatkan bekas & juga Maggi. Kitorang kan mmg dah terror bak masak memasak dalam bilik ni hihihihi.... Mmg best gile makan hingga licin kuah Maggi tu di hirupnya. So dinner kitorang malam tu Maggi Udang Galah XXL, menyengat habiss, mmg terbaik !









Khamis, 3 Mac 2016

Part 3 : My Village Barok Lodge & Kek Lapis Dayang Salhah

Walaupun aku sedikit sibuk dengan urusan Business & juga pekerjaan hakiki sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, tapi aku cuba luangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu kt blog ni untuk kenang-kenangan. Suatu masa nnt once aku dah tak ade my doter mungkin nk tau segala kisah perjalanan hidup ibu dia yg terlalu energetik & penuh dengan segala macam cabaran ni. Namun hidup ini cukup membahagiakan bagi aku. Syukur Alhamdulillah kerana di beri kesempatan untuk hidup bersama insan2 yang begitu istimewa & juga diberi kelebihan rezeki untuk meneroka alam ciptaan Tuhan yang indah ini.



Ok jom aku sambung cerita jalan2 di kuching minggu lepas. Kami habiskan masa beberapa hari di kuching dengan aktiviti pusing2 kt bandar kuching je, selebihnya lepak kt hotel. Coz cuti2 kali ni pun bukan ada agenda apepun, sekadar nak jejakkan kaki ke tempat baru & melihat suasana budaya serta merehatkan fikiran sambil mencari idea baru. Hidup ni nk kene santai je, xperlu nk terlalu ekstrem dengan ape2 hal sgt, yang penting kita bahagia.

aktiviti petang dimulakan dengan bergambar di Tugu Kuching, dah sampai ke Bandar Kuching haruslah bergambar kt situ kan. seterusnya kitorang jalan2 je menelusuri jalan2 & menikmati suasana di bandar kuching. Sedang duk jalan2 tu hubby terserempak pulak dengan kawan dia, bersembang sat than sambung jalan-jalan 3 beranak lg.

Malam tu Kitorang dinner di Barok Village, nak ke cafe ni kene naik sampan ke seberang. Tambang sampan cume RM1 je. Nak beli kt lapis pun area situ jugak, berderet kedai kek lapis kt situ, kedai kek lapis Dayang Salhah paling hujung skali, jauh sikit kene menapak. Betul2 belakang masjid. 



 Suasana dalam kedai seperti konsep Bali skit, Cuma bangunan cafe ni sedikit usang, mungkin kerana diperbuat daripada buluh.
Di My Village Barok Lodge kami order Tomyam seafood, umai ikan, kupang bakar, sup tulang & juga telur dadar, Total damage RM55, umai ikan paling best bagi aku, yg lain2 tu biasa2 jek. Makan kt Suraya Seafood bangi lg menyengat. Sebelum dinner tu kami jalan2 pusing ke kedai kek lapis dulu, singgah 2, 3 kedai test makan sekeping dua. Rasa macam lebih kurang je semua. Agaknya lidah dah pening kot, banyak jenis sangat test. hihihi.. tapi tak beli pun lg kek nya. saje jek singgah tengok2 dulu. 

Lepas makan kami kembali naik sampan untuk balik ke Hotel di seberang sungai sana. menapak dalam 200m untuk sampai ke Pullman Hotel nun di atas bukit. mengah jugaklaa mendaki jalan yg agak berbukit tu. Maka habis 1 hari kami meneroka Bandar Kuching.

Perkara paling tak best masa kitorang stay kt Pullman Hotel adalah "Swimming Pool under maintenance" Sebulan dah tutup katanya, adooiii baru je nk lepak main air, skali closed pun under maintenance. Mmg silap percaturan betul laa. Nasib baik hotel tu mcm best jugak, coz bangunan dia attached dengan Mall, so boleh turun lift je terus masuk Mall. Walaupun biasa2 jek kedai2 dalam tu, tapi mudahlah untuk dapatkan makanan, tak perlu nk menapak jauh2. 

 

Selasa, 23 Februari 2016

Part 2 : Air Asia Kedekut Tahap Gaban !

Alhamdulillah kami selamat touch down di kuching sekitar jam 2.30 pm dengan menggunakan service Air Asia. Perkara paling aku tak boleh terima pasal AA kt Kuching ni ialah, seperti yg semua sedia maklum bahawa AA mmg tak menggunakan Air Bridge untuk penumpang dia kan, atas alasan dulu masa di LCCT mmg service tu tidak disediakan kerana kos untuk buat tu mahal katanya. Tetapi bila KLIA 2 dah menyediakan air bridge, maka semua penumpang AA tak perlulah lagi naik tangga turun tangga. Kan best camtu. 

TETAPI masa kitorang turun dari flight kt Kuching tadi, AA masih pakai tangga besi yg zaman jepun tu, padahal kt airport Kuching tu ada menyediakan air bridge kot. Adooiii kedekut tahap gaban betul laa AA ni, mmg aku tak boleh terima betul. Sapa yang bawak beg besar gabak tu mmg kes naye. Dah kene turun tangga tu satu hal, pastu kene naik tangga kt sebelah air bridge tu pulak sebabnya laluan untuk masuk ke airport tu mmg kene melalui air bridge tu. Sabor jela, macam bengong je rasa, main naik tangga turun tangga pulak. Please la AA, tak payahla nak cekik penumpang sangat. setakat nk sewa air bridge tu, aku rasa AA belum rugi pun. Lagi bertambah penumpang ada la. 

Nnt ade yang cakap, nk naik best2. pergi naik MAS laa. tapi ade aku kisah, suke hatila aku nak naik ape pun, duit aku kot, dah aku rasa tak puas hati, aku complaint la, tak kan nk complaint tak boleh kot. Klu camtu berurusan dengan makhluk dalam hutan la. Suke hati nk buat ape. kan.... kan... kan..

Ok bye. 

Part 1 : Trip ke Kuching Sarawak

Hohohoho..... Mak nak p jalan2 laie yo... hihihihi...

Minggu ni kami ke Kuching Sarawak pula. Memandang aku belum pernah menjejakkan kaki ke Bandar Kuching maka tanpa berfikir panjang aku terus book Hotel & beli tiket on the spot untuk ke Kuching last 3 week. Gile punye planning, sembang2 ngan hubby sat than terus booking. Actually Bulan February ni kan bulan kelahiran aku, so mesti kene happy go lucky sepanjang bulan. Sebab tu aku suka spend money & value time on February. Tak salah nk happy2 untuk celebrate bestday sendiri, sebab Nabi Muhammad pun sambut birthday baginda setiap minggu dengan berpuasa pada hari Isnin. Asalkan tidak berlebih-lebihan kire ok la.

Local holiday kali ni lebih kepada lepak2 je. Sambil mengenali budaya & menikmati keindahan alam semulajadi di Malaysia. Kos tiket AA mcm biasa laa murah je tak sampai RM700 pun utk 2 dewasa & 1 kanak2. Hotel penginapan pula kami tempah melalui agoda.com antara website pilihan setiap kali ingin menempah hotel selain booking.com & airbnb.com. Holiday kali ni just leisure2 sikit, So aku pilih Pullman Hotel Kuching sebagai tempat penginapan kami selama 4D3N.

Antara tempat2 yang ingin dilawati adalah :-

1. Cat Statue, lokasi kt area Bandar Kuching je.

2. Kuching Waterfront. Yang ni pun kt tengah2 bandar jugak. Dekat dengan Cat Statue tu je. So blh sekali jalan je nnt

3. Kubah Ria Kompleks & Medan Niaga Satok. Tempat jual barang2 tempatan. Mcm Pasar Payang kt Terengganu je kot. 

4. Sarawak Muzium, yang ni klu nk tau sejarah tentang negeri Sarawak dengan lebih dekat & mudah.

5. Sarawak River cruise @ Signature Sunset Cruise - Nak menikmati Sunset kt Bandar Kuching dengan tarian budaya mereka kt atas cruise. RM60/pax

6. Ke kedai Kek Lapis Kg. Boyan kene naik sampan untuk ke seberang
 
7. Sarawak Cultural Village, tempat ni agak jauh dr bandar kuching dlm 32km gitu. Jika ada kesempatan & kelapangan masa insyaAllah sampaila kami nnt ke beberapa tempat yg di rancang untuk di lawati.

8. JJCM ke Cafe My Village Barok & terjah Seafood yg fresh.
 
  

Oklaa rasanya itu je nk share kali ni, jumpe lagi after balik kuching nnt. Nnt Free aku akan update blog ni untuk panduan kengkawan yo. Oklaa den nk g jenjalan dulu ni. See U soon... bye2