Khamis, 25 April 2019

Turkey Trip Part 5 :: Day 1 Tiba di Sarajevo Bosnia




Balkan juga adalah sebahagian dari European Continent. Ia berada di Rantau Tenggara Eropah. Rantau ini mengambil namanya dari Pergunungan Balkan yang mengunjur dari  tengah Bulgaria ke Timur Serbia.

Secara ringkasnya negara yang umumnya terletak di Wilayah Balkan adalah Bosnia and Herzegovina, Albania, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Kosovo, Montenegro, Romania, Moldova, Serbia, Yogoslavia & Greece


Perjalanan kami menuju ke Bosnia and Herzegovina menggunakan Turkish Airline. Flight kami dari Istanbul ke Sarajevo adalah pada jam 7.30pm dan sampai di Sarajevo juga 7.30pm ikut waktu tempatan. Perbezaan waktu di antara Turkey & Bosnia adalah 2 jam.

Airport Sarajevo tidaklah se-gah dan sesibuk Airport di Istanbul. Saiznya juga kecil saja mungkin sama seperti Airport di Tawau. Suasananya juga agak sepi.

Ketibaan kami disambut oleh private car yang sudah di tempah oleh host  penginapan yang kami tempah melalui Airbnb iaitu Dino. Nasib baik jugalah kami menggunakan khidmat transport yang dicadangkan oleh Dino, kerana pintu masuk ke apartment-nya memang agak sulit untuk dikenal pasti serta kuncinya pula berada di bahagian dalam. Kelihatan driver tersebut seperti sudah biasa dengan lokasi & ragam untuk masuk ke apartment Dino. Beberapa kali dia menerajang pintu utama sebelum ianya dapat dibuka. Manakala kami 4 beranak pula hanya menunggu di tepi jalan dalam suasana malam yang teramat sejuk, dapat dirasakan  sejuknya mencengkam hingga ke tulang.

Setelah pintu utama dibuka, husband membayar 15 Euro seperti yang di minta Dino. Dari email yang diberi oleh Dino,  unit apartment-nya berada di tingkat 3, iaitu tingkat paling atas. Dengan 3 beg roda dan juga 2 budak kecik, di tambah pula lampu tangga yang tidak berfungsi menjadikan pencarian unit penginapan agak haru biru dalam kegelapan malam, sekejap hubby naik ke tingkat 3, kemudian turun ke tingkat 2, semua pintu yang dirasakan betul di ketuk tetapi tiada respond.



Hampir sejam juga kami lepak di tangga, sementara menunggu hubby mencari unit yang betul. Akhirnya hubby berjaya membuka pintu apartment kami, hanya dengan sedikit tendang an, syukur Alhamdulillah. Rupanya pintu apartment itu tidak berkunci, cuma perlu di tolak dengan sedikit kuat. Apartment tu mempunyai 4 bilik. Setiap bilik lengkap dengan kitchenette, bathroom, 2 divan set, WiFi & Tv. Saiz setiap bilik juga besar, seperti studio unit 550sqft setiap satu.



Memandangkan kami sudah kepenatan  kerana seharian berjalan dari Dolmabahche hingga ke Spice Bazar. Jadi kami hanya duduk di bilik saja malam tu. Kemudian hubby menyiapkan makan malam dengan lauk segera yang simple dari keluaran Adabi. Setelah selesai makan, kami membuat roadmap untuk perjalanan esok pagi & mengenal pasti lokasi Station keretapi di Sarajevo untuk membeli tiket ke Mostar pada hari berikutnya.





Isnin, 22 April 2019

Turkey Trip Part 4 :: Istana Dolmabahce Yang Indah !

Salam ceria untuk semua, cerita kali ni adalah mengenai lawatan kami ke Dolmabahce Sarayi atau Istana Dolmabahce, Ia merupakan tempat tinggal rasmi Sultan pada zaman Ottoman iaitu sebelum kejatuhan Khalifah pada 1924, kemudian ia menjadi Istana Rasmi President Mustafa Kamal Ataturk sampailah ke akhir hayatnya.


Pintu Gerbang Utama sebelum masuk ke Istana. Senibina yang sungguh indah & sarat dengan ukiran. Istana ini sudah berusia melebihi 400 tahun tapi masih utuh & kukuh tersergam di pinggir laut Bosphorus. 



Sebelum ke Istana Dolmabahce kami menikmati sarapan di Hotel dulu.
Nampak tak Masjid Sultanahmet di sebalik cermin tu, memandangkan cuaca pagi tu agak sejuk & berkabus so tak nampak clear sangat view masjid.

Untuk ke Dolmabahce, kita boleh naik tram dari old city Sultanahmet terus ke Kabatas (last Station). Keluar dari station Kabatas dan berjalan terus menyusur tepi laut nanti akan nampak menara jam Istana Dolmabahce tu. Jarak dari station lebih kurang 300m je. walking about 10 to 15 minutes only. 


Nampak tak menara masjid yang tinggi tu, kat sebelah Masjid tulah Dolmabahce Sarayi. Sila jalan lurus & terus menghala ke menara masjid yang tinggi tu. InsyaAllah nanti sampailah ke destinasi.


Roti ni boleh jumpe di mana2 saja, rasa dia kosong je, kalau makan panas2 sedapla juga rasanya. kat hotel pun pun bertimbun roti ni sediakan, makanan asasi diorang kan roti. Kalau Nak sedap boleh sapu honey atau Nutela baru ada rasa sedap skit, asyik fikir nak makan sedap je yea hihihi, Ape yang ade tu pun dah syukur Alhamdulillah. So far kenyang je perut kami sepanjang di Istanbul ni, tak timbul isu tak cukup makan.


Dah hampir sampai, menyusur tepi laut. cuaca pagi yang terang & nyaman seronok nak jalan2.


Dah sampai pintu masuk Istana. bergambar kenangan dulu, Jom kita terjah.


Menara jam simbol utama di Dolmabahce Sarayi.



Tengok pintu dia tu besar mana ? oh ye lupe nak bagitau entrance fee masuk ke sini. Harga tiket dia tak termasuk sekali dalam museum pass yang kami beli tu. Jadi kami kene beli asing, harga dia 80 Lira untuk masuk ke Dolmabahce & juga Harem. Tapi kalu nak masuk Harem saja Harga-nya 40 Lira saja. Jadi kami masuk ke Harem saja, coz hubby yang pergi beli tiket, aku ingat dia beli full pakej. Hmm ape2 jela. Cut bajet la tu kot, maklumlah kelmarin dah kene songlap dengan pick pocket. Aku pun malas nak banyak soal, ikut jela.



Kita posing dulu ... 


Istana Dolmabahce yang bahagian depan tu, Harem kat belakang dia.


Pintu ke-2 istana, lebih kurang je design dia


Istana Dolmabahce yang sedang dibaik pulih, tapi masih dibuka untuk lawatan.


Ok yang color pink ni lah Harem. 


Burung merak atau juga dikenali sebagai cenderawasih,  banyak sungguh dipelihara di perkarangan istana ni. Mungkin sebagai simbol kemewahan & kemegahan.


 

suasana di sekitar Dolmabahce, memang puas jugala pusing2 dalam taman istana ni. Kami menghabiskan masa lebih kurang sejam setengah di Harem. Tengok bilik2 permaisuri & Sultan. Ukiran bumbung & juga pintu2 bilik memang memenuhi setiap ruang, kalau menjelang malam naik seram juga tinggal di Harem ni. Macam rumah dracula kot. Mungkin zaman2 dulu kira paling mewah & paling hebat la kot. Tapi bila dah berlalu beberapa abad dah macam serabut pula design macamtu. Dunia oh dunia...   




Museum Jam. Macam2 jenis jam ade, hadiah yang sultan dapat dari pelbagai negara.


Lepas habis masuk ke Harem, kami berpusing sekitar istana & bergambar kenangan.


Istana yang betul2 di sebelah Laut Bosphorus, tak pernah kene banjir ke ek ? 



Top up amount dalam istanbulkart. Perjalanan seterusnya adalah ke Karakoy, misi mencari manisan paling sedap di Istanbul... 


Seketul tu 20 Lira. Sekali sekala makan memang puas hati, 
klu makan hari2 kering ler. huuhuhu


 Semuanya sedap


Sobiyet !!! Oooo My peberet ... 


Jom makan, sedaap sungguh bak hang... !! teringat2 sampai sekarang.


Kebetulan masa kitorang masuk ke cafe ni, Erdogan pun singgah untuk makan juga, so sempatlah live view rupa paras President Erdogan yang sungguh berwibawa tu. Laju betul dia berjalan, Pengiring sikit punye ramai...


Jom gerak ke Spice Bazar. Alhamdulillah dah kenyang skit perut, misi tercapai. memang ngam, wajib singgah ke sini.


Ibu, kakak & adik


Abi & kakak, adik dah selamat beradu.



Ikan goreng... hihihi macam tak pernah jumpe ikan goreng yea. Ala2 ikan celop tepung je rasanya, cuma kualiti ikan tu segar & manis je. Macam ICT kat Terengganu tu. Tapi beza dia kitorang makan ICT kat Istanbul.. hihihiiihhi...



Inilah rupa Balik Ekmek (Roti Ikan) 
Kering kontang takde sos. sib baik bekalan sos peket masih ade. 


Otw nak ke Spice bazar tu kami singgah makan kat Galata Bridge. Tadi da makan manisan Turkey, pasni try makanan popular pelancong pulak iaitu Balek Ekmek. Alhamdulillah kenyang perut makan roti ikan ni, cukuplah rasa sekali, takdelah sedap sangat & taklah tak sedap sangat. Biasa2 je rasanya, ada rasa macam burger ikan kot. Petang2 skit nnt kene cari Nasi atau kebab juga ni. huhuhu... perut Melayu, tak sah kalau tak jumpe nasi. 

Kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazar sebelah je dengan Yeni Mosque. Kat sini dah xde gambar coz beteri HP dah habis beteri. Kami sempat beli Kebab 2 ketul di Spice Bazar & try Sahlep (susu kambing berempah). Kononlah sedap sangat katanye. Huh nak terbakar lidah minum Sahlep ni, panas yakmat. Lagi pulak rasa susu dia pelik sungguh sebab pekat semacam macam campur tepung jagung je rasanya. Uh memang tak kene dengan tekak aku. Maaflah yea. hubby juge terpaksa habiskan bagi elakkan pembaziran. 

Kat Spice Bazar kami beli Kacang2 sebagai bekalan jalan2 di Bosnia & Sarajevo nanti. Beli sikit dulu, nanti nak balik baru beli lagi. Lepas shopping makanan sikit2 di Spice Bazar kami bergerak balik ke Hotel untuk amik luggage. Sempat bersihkan diri sekejap di Bilik persalinan hotel sementara bergerak ke Airport. Kami cx out bilik sebelum ke Dolmabahce, cuma tinggalkan luggage saja di Hotel. Lebih kurang Jam 4.30pm kami bertolak ke Airport. MasyaAllah ramai betul orang dalam train. Sekitar jam 6pm baru kami sampai di Airport, berkejar untuk cx in luggage, nasib baik sempat fuuhhhh lega. Flight kami jam 7.30pm ke Sarajevo. Dah siap Cx In semua kami ke Surau untuk solat Asar & berehat seketika. Penaaattt sungguh rasanya. Tapi budak kecik 2 orang ni segar bugar pulak dia. 

Penerbangan ke Bosnia Herzegovina kami menggunakan perkhidmatan Turkish Airline, Service TA memang terbaik, walaupun perjalanan hanya mengambil masa sekitar 2 jam macam2 mainan & makanan baby di sediakan. Nuha pun dapat Wood Toys dari Turkish Airline. Kami selamat mendarat di Sarajevo Airport pada jam 7.30pm waktu Bosnia.