After delay period masuk hari ke-2 aku dengan tidak sabarnya terus membuat urine test, dengan harapan ada berita yang mengembirakan, sekali... Hmm menghampakan, sama je seperti bulan2 lepas. Ingatkan dah lekat lg satu. Sob..sob..sob sedey. Mood terganggu sekejap after buat urine test. Hubby sibuk duk Tanya.., "Camne testis.. ok ke ? Hmm sebenarnya aku pun agak sedih nak bagitau hubby yg result mengecewakan, coz xnak dia pun down skali. Bila terlalu berharap, hati akan cepat tersinggung bile ape yg di hajati tidak tercapai.
Apepun semua kerja Allah. Itu bukan urusan kite. Aku hanya diam beberapa ketika sambil tersenyum sinis sebelum nk jawab. Saje je buat ala2 macam xde ape2 perasan depan hubby. Sebenarnya jauh dalam hati aku ni, mmg teramatlah keciwa. "Dia nak suruh usaha kuat lagi, bulan depan kene buat jadual la... " jawabku selamba sambil berlalu ke dapur. Dari belakang hubby menyampuk "Hmm Testis gagal la ni, itu yang lama sangat mandi tu.." aku buat xdengar je, malas nk layan sangat. Terus alih topik pasal sarapan pagi. Buat-buat sibukkan diri sediakan sarapan. Malas nak pikir. Kekadang benda-benda camtu akan buat mood cepat down & uncontrol.
Mungkin belum rezeki lagi nak tambah anak. Allah maha mengetahui atas setiap perkara yg berlaku. Ada hikmah di sebalik semua perkara yang telah di tentukan Allah. Think +Ve untuk menghilangkan sedikit rasa sedih dalam hati aku ni. Masuk hari ke 4, iaitu hari ni, bangun je pagi, sedar2 tengok dah basah seluar dengan warna merah. Ok... dah period, So xperlu nk fikir ape2 lg. Semuanya telah terjawab. So Bulan depan-la plak cerita, next 2 week kene kerje lebih kuat lagi. Target tahun ni dapat tambah ahli keluarga. Moga Allah perkenankan. Ameeen.
Salam Jumaat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan