Jumaat, 23 November 2012

China Holiday ~ Part 11 : Penginapan Di Dongmen Street

Kitorang berada di Shenzen selama 3D2N. So kitorang telah memilih utk menginap di ZTL Hotel. Lokasi bersebelahan dgn Dongmen Street ni. So mlm2 bolehla melepak or nk shopping barang kt bawah hotel tu. Metro pun hanya beberapa langkah dari main entrance hotel. Pendk cite sesapa yg bercadang untuk ke Shenzen, ZTL Hotel adalah antara hotel pilihan yg amat strategik utk percutian anda. Keadaan bilik yg luas & katil yg besar adalah tarikan utama utk aku kembali ke hotel ini lg.
 
Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yg sempat aku snap sebagai tanda kenang-kenangan aku berada di ZTL Shenzen. Jika ade kesempatan & diberi umur yg panjang insya'Allah sampailah aku kembali ke Shenzen ni.

 
Bertanya tentang lokasi Hotel dgn pegawai polis rondaan, Padahal kt depan tu aje pun... bukan main ramai police yg ingin memberi penerangan utk membantu my hubby, maklumlah diorang ni cakap omputih sepatah dua je yg faham, selebihnya mmg garu kepala-la jawabnya, so masing2 nk menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris yg bagusla tu agaknya... adeehh..
 
Mmg itula perkara paling rumit berada di China ni, iaitu masalah komunikasi. Yang lain2 tu ok je... Tp diorang ni bagus, sgt2 membantu, even dia tau kite xfaham apa yg dia cakap tp dia akan berusaha utk bertanya org lain bagi membantu kite. mmg membantu gile diorang ni... part tu mmg aku respect-la diorang ni...

 
Inilah Dongmen Street, ala2 petaling street tu, cume kawasan kt sini agak bersih berbanding PS Mesia tu. Macam2 kedai ade kt sini, harga pun boleh tahan murah jugak, nk kate murah sgt xdela, lg murah di Guangzhou cumenye, banyak pilihan yg korang boleh dapat di sini. Xperlu nk beli banyak2, beli sehelai dua pun boleh. kire ok jugaklaa.. Mesti di lawati. Naik Metro line 3 klu xsilap, tp yg penting berhenti di Lo-jie Station.  :)


 
Tu dia exit nk ke Train, sgt dekat kan... mmg best nk jalan2 naik train. murah + cepat + time sgt effisien. Train sampai setiap 3 minit skali. Camne Malaysia..?? boleh buat camni ke untuk rakyat tercinta..? hari2 aku naik train. :)

 
Di lobby hotel ZTL

 
sementara menunggu abi isi form Check-In kite posing2 dulu ok..


 
Adik pakai baju & seluar ni, dah macam BB boy jadinya, hmm mmg xleh pakai da baju ni, sian adik, sume yg tegur, panggil adik boboi... aiiyaa

 
Laluan nk ke bilik kitorang, nun paling hujung, corner lot lg... adeehh..

 
Siap pasangkan TV, angkat beg bawak masuk dlm bilik. rajin betoii toce-toce. tp xde duit lebey nk kasi tips. sian lancai ni...


Best ke landing syg..? tgk tu stok mainan yg di bawa, tp satu pun x-diendahnya. buat berat beg je bawak mainan adek ni, bukan adek nk main pun.
 
 
View dari bilik kitorang, hah kt depan tulah exit nk ke Metro tu. Perasan x, tempat yg aku berposing tadi.. kan depan tu je.. hanya beberapa tapak je.. :)
 
Last but not least, aku nk buat kesimpulan tentang percutian kitorang di sini. aku happy jugak dapat berjalan2 di Shenzen ni, walaupun kitorang telah ditimpa perkara yg mendukacitakan, Tp ada banyak perkara yg seronok jugak sepanjang berada di Shenzen ni. For ur info warga diorang ni sgt baik hati, Boleh dikatakan, diorang ni suka membantu + ringan tulang. klu diorang tengok korang angkat beg yg berat untuk naik tangga di Metro or shopping complex mesti ade yg akan menawarkan bantuan. So far dah lebey 10 org yg membantu kitorang.
 
Pendek kata, Dlm dunia ni mana ade benda yg perfect. walaubagaimanapun, setiap kekurangan itu pasti akan ade pelengkap yg lebey baik utk-nya. kerana hidup ini indah & kite harus selalu melaluinya dgn hati yg lapang & berfikiran positif. Lalui-lah setiap saat nafas itu dgn penuh makna & penghayatan, pasti kamu akan merasai nikmat yg tidak terhitung hebatnya... Kerana 10.01pm yg telah kamu lalui pasti tidak akan sama dgn 10.02pm yg bakal kamu tempuhi !!
 
Sebenarnya kita telah di pisahkan oleh rantaian block masa yg sgt panjang dan dlm setiap saat masa itu, apekah isi yg di masukkan ke dalam setiap bekas saat itu...!!
 
 
 
Selamat Malam & Salam Jumaat