Budak kecik yang sangat demanding, Sedar-sedar dah nak masuk 2yrs dah pun. Esok jam 7.25 pagi genaplah usia adik 2 tahun. Happy Bestday Sayang semoga membesar dengan sihat, bijak & Berjaya dunia hingga ke akhirat.
Membesarkan anak yang bernama Nuha Safiya Binti Muhammad Shafie selama 2 tahun ini adalah sebuah pengalaman paling indah dalam hidupku. Kehadirannya bagai sebuah cahaya yang memberi sinar pada setiap langkah kehidupanKu. Allah tahu aku keseorangan, Allah tahu aku kesunyian. Lantas dia anugerahkan aku seorang teman yang sangat aku sayangi, seorang teman yg setia bersama-ku.
Ya Allah sejahterakanlah hidup Anak-ku, panjangkan & berkatilah umurnya. Limpahkanlah rahmat dan hidayah kepada anakku, Mudah2n dia menjadi hambaMU yg beriman lagi bertaqwa.
Wahai anak yang ibu kasihi, mungkin ada kesilapan ibu & abi sepanjang membesarkan-mu, maafkanlah kami. Andai ada kekurangan didikkan sepanjang mendidikmu menjadi hamba tuhan, maafkanlah kami. Carilah ilmu sendiri hingga ke petala langit yang paling tinggi, carilah apa sahaja yang ingin kau cari, asalkan pencarian-mu itu kerana Allah. Tabahkanlah hati-mu sepanjang hidup. Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama-mu. Walau tiada Ibu di sisi, ingatlah Allah, dia pasti menemani-mu setiap saat dan ketika. Andai kau terasa sunyi, lantunkanlah bacaan Al-quran moga ia bias menjadi teman penghibur-mu. Akhir kata dari Ibu, moga hidupmu sentiasa di limpahi bahagia hingga ke akhirat.
Selamat menyambut Ulangtahun yang ke 2 tahun buat anakanda yang Ibu & Abi kasihi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan