Ahad, 15 Disember 2019

3rd Born :: Part 1 :: Bersalin Di Hospital Putrajaya

Alhamdulillah... Dengan belas ehsan Allah swt, Anak ke 3 kami telah selamat di lahirkan di Hospital Putrajaya pada 19 November 2019.

Nuha Safiya juga dilahirkan di Hospital Putrajaya, Nufa Auliya pula di Hospital Serdang. Klu ikutkan rancangan awal, aku memang nak bersalin di Hospital Serdang juga, tapi pada akhir minggu kelahiran lain pula jadinya. Itulah kehendak takdir, kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Anak lelaki pertama ibu ni banyak kali membawa ibu site visit ke Dewan Bersalin Hospital Serdang. Ingatkan dah nak bersalin tapi rupanya hanya false contraction saja. Berjam2 jugalah berkampung di Hospital Serdang tu setiap kali datang. Selalunya contraction tu datang ketika malam sekitar jam 9pm -  11pm. Jadinya berangkutlah kami 4 beranak ke Hospital Serdang malam2 buta tu. Kalau buat checkup jam 9 malam, paling awal boleh keluar adalah jam 4 pagi. Bayangkanlah berapa jam bertapa kat dalam tu, sementara hubby & anak2 akan tidur dalam kereta kat parking. Aku pula hanya duduk di kerusi dalam unit rawatan sambil menunggu giliran. 5x jugalah datang untuk false contraction sepanjang mengandungkan boboboi ni. Rawatan yang diberikan memang terbaik. Tq so much untuk semua staf kesihatan Hospital Serdang.

Dipendekkan cerita, pada 11 November 2019 tu aku ada appointment dengan pakar tulang di Hospital Serdang, tujuan berjumpa pakar tulang adalah untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara yang terbaik untuk bersalin, memandangkan aku mengalami slip disc yang semakin teruk di bahagian L4/L5. Manakala berat baby pula terus bertambah +- 300g setiap minggu, pergerakan aku pula menjadi semakin terhad & terasa sangat menyeksakan pinggang & tulang belakang, hampir setiap malam kaki & jari2 tangan mengalami kekejangan sehingga tidak dapat digerakkan langsung, sepertinya saraf2 tangan & kaki tidak berfungsi dengan baik.

Setelah sejam berbincang dengan specialist, tidak banyak yang dapat Di bantu,mmemandangkan aku kini sudah masuk minggu ke 38 ++. Anytime boleh bersalin katanya, selain tu doktor hanya memberikan kata2 semangat untuk aku bersalin secara normal tanpa induce. Walaupun banyak kali aku request untuk induce awal kerana bimbang saiz baby yang terlalu besar akan menyukarkan proses bersalin normal, tapi dia tetap tak nak beri consent untuk induce awal. Aduhaiii doc... last2 dia ceramah agama pulak kat aku. Lagi sakit lagi banyak dosa terhapus katanya... Hmm Sabar jelaa. Memanglah betul kata dia tu, cuma aku ni risau kalau kena operate, minta jauh sangat. Coz aku ni bukan boleh duduk diam Lama2 sangat, seminggu dua boleh la bertahan baring je. Lagipun aku ni bukan Ada mak ayah yang boleh datang berkampung 44 hari untuk Jaga. Jadi semua perkara, nak tak nak, aku kene kuat kan diri sendiri untuk buat sendiri. Dengan Anak2 yg masih kecik tu, aku dah bayangkan macamne siksanya aku kalau kene operate. Allahu... Hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segalanya.

Lepas appointment Orthopedic tu kami lunch di Sg Ramal. Aku order set sotong masak oseng, ya Allah pedas yakmat, sambil makan tu berjurai2 air mata, makan tak sampai 5 suap aku da surrender. Hubby offer untuk tukar dengan yang dia punya. Thank you yunk πŸ’–πŸ’‹. Ingatkan aku memang da tak tahan makan pedas, skali hubby pun sama, makan baru 2,3 suap dah berjurai2 juga airmata dia siap dgn air hidung skali hahaha.


Lepas makan tu kami ke Masjid Hasanah untuk solat zuhur. Masa kt masjid tulah aku perasan ada lendir keluar kat pentiliner, agak banyak juga. Jadi lepas solat tu terus ajak hubby ke unit bersalin Hospital Serdang sekali lagi. Beg barang2 baby duk dalam kereta satu lagi. Terpaksalah Hubby hantar aku kt Hosp. Serdang dulu pastu patah balik rumah amik beg, manalah tau kot2 memang betul da nak bersalin.


Semasa nak register di kaunter depan dewan bersalin tu aku tanya mengenai, bilik 1st class single samada available ke tak untuk harini. Skali nurse tu cakap, "buat masa sekarang semua bilik 1st class tak available puan sebab tengah buat renovation, tahun depan baru siap sepenuhnya."  Pulak daaa gitu kisahnya. Aku memang dah plan, lepas bersalin nanti nak hubby jagakan kat wad. Hanya bilik single 1st class je hubby boleh tunggu. Selain dari tu tak boleh, kecuali waris perempuan. Tak kan aku nak survive sorang2 pulak macam masa Nuha dulu. Oh tidakkk... dan dan tu terbayang macam2 dalam kepala aku ni. Itu yang aku terus request untuk transfer rawatan ke Hospital Putrajaya (HPJ). Lepas minta kebenaran doktor semua, barulah aku dibenarkan untuk ke HPJ. Bila hubby sampai terus kami ke sana.

Ape2 masalah Opah jelah tempat mengadu nasib & tempat aku meluahkan segala cerita setelah umi pergi meninggalkan aku buat selamanya. Semoga dipanjangkan umur dlm Rahmat & kasih sayang Allah. 

Sampai je di Dewan Bersalin HPJ procedure biasa yang akan dilakukan adalah cek pergerakan baby (CTG) & juga "cek laluan kat bawah tuuutt" samada dah buka jalan atau belum. Surprisingly memang tak terbuka pun lagi huhuhu... Bajet dah macam nak bersalin harini, skali elok2 je baby uturn atas semula ye. Oh my baby πŸ’–Rawatan di HPJ ni kejap saje, tidak seperti di Hosp. Serdang yang cek detail semua sekali. Lagipun pesakit tak ramai sangat kot.

Aku dibenarkan balik lepas sejam++ rawatan. Lagipun belum ada jalan so doktor minta datang semula next 2 week iaitu pada 25hb November 2019 untuk serah diri jika belum bersalin. Ikutkan aku due 26hb November 2019. Untuk pengidap kencing manis macam aku ni, memang kene bersalin tepat atau sebelum tarikh due. Tak dibenarkan sama sekali terlebih hari, klu baby tak nak keluar juga keputusannya kene operate. Itulah mimpi ngeri yang aku cuba elakkan. Ya Allah...

Jadi moh laaa kita balik berjimba dulu ye. Tunggu jelah nanti kesudahannya camna. Dah naik berbulu kepala aku ni duk fikir Macam2 tapi bersalinnya tidak juga, bertabah jelah sambil sambung makan segala mak nenek.

Bersambung next episodelah pulak ye, si kecik da meragam...

Stay tune !!!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan