Rabu, 20 Julai 2016

Malam 1 Syawal :: Eratkan Silaturrahim


Bergema suara takbir di angkasa...
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa...



         :.(


        :.(


        :.(



Kemeriahan itu bukan pada fizikalnya, tetapi pada jiwa, pada hati yang semakin redha atas segala ketentuan-nya.  Arwah abi telah pergi setahun yang lalu, hubungan antara aku dengan ibu tiri semakin rapat. Aku semakin mengenali dia dengan lebih dekat. Itupun kerana aku memegang pada kata2 abi "Buat baiklah dengan umi(ibu tiri), Dia tu baik, jangan duk sangka buruk ke dia" kerana pesan itu, kerana janji itu aku paksakan diriku untuk berbuat baik dengan-nya, aku lebih mesra memanggilnya "Mokde". Dan alhamdulillah hari demi hari aku sedar, dia juga seorang insan yang baik & inginkan perhatian anak-anak.   

Pada hari terakhir puasa, Opah telah menelefon aku supaya datang berbuka di rumah Maksu. Ayah Su juga menelefon aku memberitahu perkara yang sama, supaya datang berbuka di rumah-nya. Alhamdulillah ramai insan yang masih ingat & sayang kepada-ku. Petang itu aku bertolak balik dari Kuala Terengganu ke Dungun sekitar jam 1 ptg. Selepas Check out dari Felda Reseidence kami terus ke beberapa rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu.

Dalam perjalanan ke Dungun kami sempat singgah ke rumah Moknik Rah (kakak arwah abi) & juga ke rumah Ayah De (abg ipar abi iaitu suami kepada arwah Cikde Dah). Lama juga aku di rumah mereka. Duduk bersembang bermacam2 perkara. Sudah hampir 7 tahun kami tidak bersua muka. Masing2 dengan urusan hidup sendiri. Tetapi pada raya kali ini aku nekad untuk menghubungkan kembali tali silaturrahim yang telah hampir hilang dari ingatan. Dulu, arwah umi selalu membawa aku ke rumah saudara mara ketika aku masih kecil hinggalah aku dewasa. Jadi aku sedikit rapat dengan mereka berbanding adik beradik yang lain. Walaupun sudah lama tidak bersua, hubungan & kemesraan itu masih terasa kuatnya. Kerana aku antara sepupu2 mereka yang masih muda. Kerana arwah abi adalah adik yang paling Bongsu. 


Pada petang terakhir Ramadhan itu, kami terus ke Bandar Dungun untuk Check in bilik di sebuah Chalet Ulek Beach Resort di tepi Pantai Sura. Ini kali pertama aku tinggal hotel ketika pulang beraya di kampung halaman-ku sendiri. Bukan kerana sombong tetapi kerana bilik aku telah dihuni oleh sepupu yang juga pulang ke kampung untuk beraya. Mungkin mereka ingat aku tidak balik beraya seperti tahun2 yang sudah. Memang rancangan awal, kami ingin menginap di Hotel sekitar pantai Sura itu sahaja, lebih mudah & paling penting tidak menyusahkan sesiapa.



Suasana di dalam kawasan Ulek Beach Resort Dungun
  



Sementara menunggu staf chalet yang tiada kerana ke Bazar Ramadhan, maka kami lepak seketika di tepi pantai Sura.



Yes dah boleh Check in. hampir 40 minit juga menunggu. Bimbang juga jika Opah angin satu badan kerana kami lambat tiba. hmm redha sahajalah..


Bertemu dengan sanak saudara membuatkan emosi-ku semakin baik, perasaan rindu terhadap arwah umi & abi yang telah tiada, seolah2 terubat dengan menziarah kaum keluarga. Ada hikmah tersembungi dengan menyambung silaturrahim ini. Dan aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa pada jiwa & emosi-ku. Sesuatu yang jarang2 aku rasakan. Sesungguhnya DIA maha mengetahui.
 


 Di depan pintu Chalet kami MN10



Setelah check In bilik di Chalet itu kami terus ke rumah Maksu. Opah telah beberapa kali menelefon bertanya bila hendak sampai. Walaupun kadang2 pertanyaan yang kerap kali itu agak merimaskan, tetapi layankan sahajalah, memang ragam orang tua begitu. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 
 
Meriah-nya dapat berbuka bersama saudara mara. Tambah meriah lagi bile Opah pun ada sekali. Walaupun kata2 Opah agak menusuk kalbu bila mendengarnya tapi aku tau dia tidak berniat begitu. Mungkin kerana aku sudah di anggap seperti anak-nya sendiri membuatkan batas bicaranya agak keras seperti seorang ibu menegur tanpa berlapik bahasa. Walaupun begitu, emosi-ku sedikit terganggu, mungkin terkesan dengan kata2 Opah sebentar tadi. Aku hanya diam selama duduk di dapur. Aku tau maksu perasan tentang emosiku yg sedikit terguris. Tapi mereka hanya buat2 seolah-olah tiada ape2. Ketika berbuka opah beberapa kali menyuruh aku makan lauk kegemaran-ku gulai ikan merah. Suruh aku rasa itu & ini. Mungkin dia terasa bersalah kerana begitu pedas melemparkan kata2 petang tadi membuatkan anak saudara-nya ini tersinggung & terus diam membisu beberapa ketika. 

Kadang2 sikap aku tidak ubah seperti anak2 kecil yang masih dalam dodoian ibu. Agak sensitif tetapi berpura-pura tiada apa2. Malam itu setelah berbuka, Opah memanggilku ke biliknya. Sementara hubby & juga yang lain ke Masjid untuk solat berjemaah & bertakbir raya. Nuha & budak2 kecil yang lain sibuk berlari ke Hulu ke Hilir menggamatkan rumah Tok Su yang tidak sebesar mana. 


Sambutan Birthday Ashman di rumah Toksu pada malam raya memeriahkan lagi suasana raya. Seronok tengok anak2 yang masih kecil menyambut raya... 

 Amatlah bersyukur kerana aku masih punyai ibu saudara yang begitu mengambil berat & menyayangi aku, kerana dia, aku sedikit kuat untuk melalui hidup ini. Opah menggantikan arwah umi untuk ibu & tokmi untuk Nuha. Hidup dengan menumpang sedikit kasih saudara-mara. Doa-ku Moga mereka sentiasa di Rahmati Allah dunia & akhirat.

Kedengaran Takbir raya memenuhi ruangan agkasa. Dentuman mercun di sana sini. Itulah suasana kampung yang sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka yang telah pergi. Selepas semua balik dari masjid, kami berkumpul sekeluarga bersembang kosong tentang pelbagai isu semasa. Maksu & anak2 dara yang lain sibuk menyiapkan kuah sate & juga merebus daging untuk gulai nasi minyak di pagi Hari Raya esok hari. Sekitar jam 12 malam, kami meminta diri untuk pulang ke bilik. Ayah Su beberapa kali mempelawa kami untuk tidur sahaja di rumahnya, memandangkan pakaian & segala beg telah ade di Chalet. Mungkin lain kali sahajalah kami menumpang tidur.

Assalamualaikum semua. 
Jumpa lagik besok di pagi Hari Raya Aidilfitri...
 
 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan