Musim tengkujuh dah xmenentu skrg. Dah masuk pertengahan bulan January pun masih hujan lebat lagi. Bila dah hujan memanjang, aktiviti untuk menjemur pakaian menjadi terhad. Lagi2 bila tiada space di bahagian belakang untuk ampaian. Bila dah jadi macamni, barulah kitorang realize bahawa ruang untuk menyidai baju adalah sangat penting & seharusnya setiap rumah perlu ada ruang untuk ampaian.
Akhirnya kitorang telah bersepakat untuk membuat pemasangan awning di bahagian carporch. Sekurang2nya masalah untuk menyidai baju dapat diselesaikan bile hujan. Selalunya kami hanya sidai baju di bahagian belakang dapur. Tp bile hujan turun habislah basah kuyup semua baju kitorang. Sedihkan... balik dari kerje tengok baju sume dah lencun habis. terpaksalah angkat, basuh lagi skali & sidai tepi rail staircase. Dah macam rumah setinggan.
So... Hari ni aku nk stori kt kengkawan yg masih mencari contarctor or kedai besi yg boleh buat "Polycarbonate Pagola Style" dengan harga yang sngt berpatutan. Klu sebelum ni aku tak kisah dengan siapa nk buat & siapa yg buat pemasangan. Tapi setelah mengalami banyak pengalaman buruk dengan kontarktor Indon & juga pekerja indon yg entah ape2 kejanya, so aku decide untuk amik Chinese sebagai kontraktor untuk kes yg xseberapa ni. Nama Lancai ni Jonhson. As long as aku berurusan dgn Jonhson ni, mmg kitorang berpuas hati.
Jonhson ni sangat baik & tak banyak songeh, Walaupun banyak kali aku mintak dia ubah design & buat sedikit tambahan besi tapi still dia layan dengan baik & tidak menyakitkan hati. Service mamat chinese ni pun mmg terbaik. Hasil kerja pun blh tahan. Dan paling penting harga antara yang termurah di pasaran. Aku rasa sebab dia masih muda & baru shj amik alih bisness kilang besi ni dengan Bapak dia, itu yg kekadang dia mamai skit & xpandai sgt nk pusing sana sini.
Kat bahagian tepi tu aku sengaja kosongkan, tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada air hujan. Coz pokok-pokok aku tu kene dpt pencahayaan yang secukupnya. So after duk fikir2 maka aku decide untuk buat design camtu, asalnya mmg xde pun camtu masa discuss dgn Johnson sebelum tu. Tp after tengok diorang pasang, dan2 tu aku ubah fikiran and request diorang tambahkan 4 batang besi kt bahagian kosong tu, at-least bolehla aku sangkut pokok orchid ke ape kan.. hehehe.
Besi yang aku pakai untuk bahagian hadapan adalah size 6 x 2 inchi. Slalu org pasang 4 x 2 je. Klu besi depan tu besar Nampak lagi real macam kayu skit. walaubagaimanapun aku cat kolor silver gray. saje xnak cat color coklat. dah macam rare sgt.. hehehe sesekali mencari kelainan.
Aku pernah Tanya kt Unigate untuk quotation polycarbonate pagola style ni. Harga yang aku dapat tersangatlah mahal. Delux kasi quotation siap pasang semua RM26/sft. Lagi dia hanya pakai besi 2 x 4 inchi shj untuk alang di bahagian hadapan, klu kite nk pakai besi 2 x 6 inchi kene tambah lagi +-RM200. Tp dengan Lancai yang baik hati ni dia kasi harga mmg terbaik. siap boleh tukar2 design lg. harga sama je tp layan jela dia membebel itu ini. ehehhe kononlah, X-untungla, rugila.. bla..bla..bla.. tp last2 ok je, bile dah siap aku bayar senyap je pun... ehheeh Jonhson2, Kasi minum limau ais bergelas2 senyap terus dia. siap boleh offer aku untuk pasang Autogate plak. hehehe.. Harga pun terbaik di pasaran. InsyaAllah klu ada bajet mmg nk pasang jugak Autogate ni. senang kerja & bagus untuk keselamatan. Keselamatan la sgt, padahal dah ade guard berpalang pun kt depan sana. Tp xpela, klu musim hujan xpayah nk basah2. Tp kene hold dululaa, bulan-bulan depan la pulak, banyak sangat dah kuar duit 2 bulan ni. Saving pun sampai dah kering.
Yg duk tengah tula si Jonhson. Muda lagi pun umur baru 26 yrs old. Ada skali tu dia janji nk dtg kul 3 ptg so kitorang tunggula. Aleh kul 6 ptg baru sampai, Lori dia breakdown kt highway. hehehe muka bukan main cuak takut kitorang angin. Tp aku cool je, xde nk marah ke ape, coz aku pun kuar jln2 dr kul12 sampai kul 5 lebih baru sampai rumah.. kesianla jugak kt si Johnson ni, Siap dtg hantar pagar & besi2 kt rumah aku dengan towing truck lagik. Mmg lawak tul si lancai ni...
Sebelum pasang aku mintak dia sembur antirust dulu selepis. tujuan dia supaya tahan karat skitlaa. maklumlah musim skrg ni kejap hujan, kejap panas. Mmg cepat aje berkarat klu xsapu antirust. Ini baru sapu antirust, color ala2 light blue, dah siap pasang tergantung kt atas sume baru diorang cat color light gray.
Masa 1st day diorang dtg pasang kt rumah. Tempoh pemasangan selama 2 hari setengah. yang jadi lama tu pasal lori dia breakdown kt highway cheras-kajang. klu tak satu hari setengah dah siap dah. Workmanship pun kemas. Secara keseluruhan kitorang mmg berpuas hati dengan hasil kerja diorang ni. Xde nak sakit kepala, xde nk marah2. senang hati berurusan dgn manusia yg buat kerja secara jujur ni. Klu tak boleh migraine aku layan kerenah indon2 yg buat rumah sebelum ni. Aahai indon...
Polycarbonate yg aku pasang ni buatan Malaysia gred terbaik kata si Jonhson. Bukan yang kitar semula ke ape yea. Code MK 57 color light gray. So make sure klu korang nk pasang tu, Tanya dulu kontraktor ape jenis dia kasi, pastikan anda mendapat brand Marklon polyglass. Warranty 10 tahun jika retak, pecah, pudar warna ataupun leaking. Delux pun pasang yg jenis ni jugak. klu yang japan tu mahal skit. Tp klu dah warranty 10 tahun tu okla tu. Setakat nk jemur panas & tahan hujan kt carporch tu xpayahla nk branded bagai, cukup da yang tu ( untuk aku laa, tp klu yang berkemampuan tu ape salahnye kan). Bagi aku yang penting good kualiti, ada jaminan ketahanan jika rosak, functioning, harga mampu milik & cantik di pandang. Dah cukup tu.
ok setakat itu shj perkongsian kali ni, klu ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan sebarang pertanyaan di bahagian komen di bawah yea. InsyaAllah klu berkesempatan aku akan bantu mana yang mampu. Bapaiii... Zaasss....
Boleh bagi no hp.Johnson .dia area mana ye..
BalasPadam👍
PadamSaya punya bocor bila hujan. Disebabkan oleh PKP dan yang buat saya punya balik Indonesia sampai sekarang tak balik-balik nak mintak dia betulkan bocor antara awning.
BalasPadamAda Ide tak gam apa yang perlu dipakai kalau nak buat sendiri.
Bole bg ctc Johnson tu. Tq
BalasPadamBpe harga poly marklon tu sekaki
BalasPadam