Balkan juga adalah sebahagian dari European Continent. Ia berada di Rantau Tenggara Eropah. Rantau ini mengambil namanya dari Pergunungan Balkan yang mengunjur dari tengah Bulgaria ke Timur Serbia.
Secara ringkasnya negara yang umumnya terletak di Wilayah Balkan adalah Bosnia and Herzegovina, Albania, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Kosovo, Montenegro, Romania, Moldova, Serbia, Yogoslavia & Greece
Perjalanan kami menuju ke Bosnia and Herzegovina menggunakan Turkish Airline. Flight kami dari Istanbul ke Sarajevo adalah pada jam 7.30pm dan sampai di Sarajevo juga 7.30pm ikut waktu tempatan. Perbezaan waktu di antara Turkey & Bosnia adalah 2 jam.
Airport Sarajevo tidaklah se-gah dan sesibuk Airport di Istanbul. Saiznya juga kecil saja mungkin sama seperti Airport di Tawau. Suasananya juga agak sepi.
Ketibaan kami disambut oleh private car yang sudah di tempah oleh host penginapan yang kami tempah melalui Airbnb iaitu Dino. Nasib baik jugalah kami menggunakan khidmat transport yang dicadangkan oleh Dino, kerana pintu masuk ke apartment-nya memang agak sulit untuk dikenal pasti serta kuncinya pula berada di bahagian dalam. Kelihatan driver tersebut seperti sudah biasa dengan lokasi & ragam untuk masuk ke apartment Dino. Beberapa kali dia menerajang pintu utama sebelum ianya dapat dibuka. Manakala kami 4 beranak pula hanya menunggu di tepi jalan dalam suasana malam yang teramat sejuk, dapat dirasakan sejuknya mencengkam hingga ke tulang.
Setelah pintu utama dibuka, husband membayar 15 Euro seperti yang di minta Dino. Dari email yang diberi oleh Dino, unit apartment-nya berada di tingkat 3, iaitu tingkat paling atas. Dengan 3 beg roda dan juga 2 budak kecik, di tambah pula lampu tangga yang tidak berfungsi menjadikan pencarian unit penginapan agak haru biru dalam kegelapan malam, sekejap hubby naik ke tingkat 3, kemudian turun ke tingkat 2, semua pintu yang dirasakan betul di ketuk tetapi tiada respond.
Hampir sejam juga kami lepak di tangga, sementara menunggu hubby mencari unit yang betul. Akhirnya hubby berjaya membuka pintu apartment kami, hanya dengan sedikit tendang an, syukur Alhamdulillah. Rupanya pintu apartment itu tidak berkunci, cuma perlu di tolak dengan sedikit kuat. Apartment tu mempunyai 4 bilik. Setiap bilik lengkap dengan kitchenette, bathroom, 2 divan set, WiFi & Tv. Saiz setiap bilik juga besar, seperti studio unit 550sqft setiap satu.
Hampir sejam juga kami lepak di tangga, sementara menunggu hubby mencari unit yang betul. Akhirnya hubby berjaya membuka pintu apartment kami, hanya dengan sedikit tendang an, syukur Alhamdulillah. Rupanya pintu apartment itu tidak berkunci, cuma perlu di tolak dengan sedikit kuat. Apartment tu mempunyai 4 bilik. Setiap bilik lengkap dengan kitchenette, bathroom, 2 divan set, WiFi & Tv. Saiz setiap bilik juga besar, seperti studio unit 550sqft setiap satu.
Memandangkan kami sudah kepenatan kerana seharian berjalan dari Dolmabahche hingga ke Spice Bazar. Jadi kami hanya duduk di bilik saja malam tu. Kemudian hubby menyiapkan makan malam dengan lauk segera yang simple dari keluaran Adabi. Setelah selesai makan, kami membuat roadmap untuk perjalanan esok pagi & mengenal pasti lokasi Station keretapi di Sarajevo untuk membeli tiket ke Mostar pada hari berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan