Sambung entry Bandung :)
Pada hari ke 3 kami ke Factory Outlet di Sepanjang Jalan Riau, dari Outlet Kasut hinggalah ke Outlet pakaian. Tapi just cuci mata je. Takde baju yang menarik sangat pun, stok lama je banyaknya. Outlet paling banyak kami menghabiskan Rupiah adalah di Donatello, Heritage & Cascade. Outlet2 lain just masuk & tengok2 je pastu keluar. Memandangkan kami tak menggunakan khidmat pak supir jadi semua barang2 yang di beli kene bawa kemana saja kami berada. Tapi takdelah susah sangat pun coz kami beli pun takdelah banyak mana.
Abi tengah try kasut. Mengalah orang pompuan nak pilih kasut. Nak beli sepasang je, try lebih 10 pasang kasut. Ibu is saboor je laa.
Semua barang2 shopping di angkut sepanjang perjalanan. relex2 je.
Lepas habis tawaf di outlet2 sekitar jalan Riau tu kami terus ke Toko Buku Gramedia di Jalan Merdeka. Malam jugalah kami sampai ke bookstore ni. hampir 2 jam juga kami menelaah buku2 serta kitab2 yang rata2 harganya jauh sangat murah dari harga di tanahair. Sempat aku memborong 8 biji buku termasuk kitab2 & alquran terjemahan, Alhamdulillah lega rasa hati bila dah berjaya menyempurnakan misi membeli buku2 yang sudah lama di cari.
Antara terjemahan Quran yang di beli, Alhamdulillah berbaloi sungguh.
Di Bebek kaleyo. Tempat ok, kualiti makanan so..so.. saja.
Untuk makan malam pula kami memilih untuk makan di Bebek Kaleyo di Jalan Pasir kaliki. Tengok pada review orang ramai macam best je, tapi bile cuba sendiri takdelah best mana pun biasa2 saja. Sate bebek yang kami order haritu memang spoil betul, terasa seperti daging yang sudah busuk. makan sikit je, selebihnya tidak diusik. Untuk kami memang tak recommend langsung kedai ni, mungkin menu nasi puyuh goreng bolehlah dicuba.
Puyuh penyet berlado. ok2 je... takde special mana pun.
Nasi puyuh goreng berlado. Bolehla. Alhamdulillah kenyang makan.
Sate bebek yang buat semua orang angin je, dahla harga boleh tahan juga secucuk tu, sekali masuk mulut Ya Allah, terpaksa keluarkan balik. Nasib baik amik 4 batang je, takdelah rasa membazir sangat.
Air kelapa yang sejuk & segar... Nuha hanya makan dimsum saja, konon nak makan sate skali hmm kite balik makan sate Samuri jela kat kajang.
After dah siap makan semua kami pun bertolak balik ke hotel. Request grabcar je, lebih kurang 10 minit kete dah sampai, tambang pun murah je. Done aktiviti hari ke 3 kami di Bandung.
Alhamdulillah semua seperti di rancang, baby Faz pun baik2 saja, tak banyak perangai pun dia, menangis bile nak susu saja. Pastu dah sambung tido semula. Hari ke 4 kami ke Farm House & juga Floating Market. Ok sambung di next entry.
Adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan