Rabu, 5 Mac 2014

Undangan Majlis Perkawinan @ Putrajaya


 
Tahniah kepada kedua mempelai iaitu Syirin & Fitri. Selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga bahagia hingga ke Jannah. Semua org seronok menyambut hari bahagia, tapi tidak semua org mampu menjamin kebahagiaan yang di rasai pada hari pertama itu akan kekal hingga hujung nyawa. Namun kita hanya merancang, tapi Allah menentukan segalanya.
 
 
 
 
 
Majlis perkahwinan ni berlangsung di Dewan bersebelahan dengan bangunan Putrajaya Holding. Aku pun lupa nama dewan tu ape. Harga sewa untuk dewan sahaja ialah RM5000. Itu baru dewan, belum masuk hantaran + Mas kahwin + Catering + Pelamin + Juru solek + Pakaian. dengar khabarnya sepupu aku ni menghabiskan 35k++ untuk menjayakan hari bahagia mereka berdua ni. Mak dato... banyak tol duit diorang ni. Telan air liur jela dengar, aku kawin haritu xdela berhabis sampai banyak tu. kahwin biasa2 je, buat kt kampong je pun. So xde nk sewa dewan bagai, jimat duit :). Berjimat cermat amalan mulia. Tapi kalau berkemampuan ape salahnya. Silakan, kemampuan setiap org ni xsama, jika tidak membebankan tidak ada salahnya.
 
 
 
 
Jumlah wang hantaran sekarang makin mahal. Kalau dulu-dulu, 5k tu dah kire mahal sangatla tu. 10k lagila mahal. Tambah plak bakal pengantin perempuan tu ada Master or dalam proses nk habiskan PhD, adoiii masaklaa di buatnya, klu ikut trend skrg ni, Harga hantaran yang di tetapkan untuk pengantin perempuan yang ada Ijazah antara 12k - 15k. Kalau ada PhD mungkin boleh cecah 20k kot... 

Bila dah mahal sangat hantaran yang di letakkan, adala plak adegan tawar menawar. Adoiii dah jadik macam barang daganganla plak. Aku pun tak nak komen lelebih pasal hantaran ni, coz Nabi SAW sendiri pun tidak berkata ape2 tentang itu. Wanita berhak untuk menentukan nilai mahar dirinya. Lagipun bila dah berumah tangga nanti selalunya pihak wanita jugak yang banyak mengeluarkan duit perbelanjaan bagi membantu suami. So terpulang kepada pihak lelaki, tepuk poket Tanya duit, berapa RM ada dalam simpanan. Kalau rasa cukup bolehla melamar bunga di taman, kalai rasa xcukup buatlah pinjaman. tapi maksure mampu bayarla tiap2 bulan. Ehehehehe...
 
 
 
 
Oh ye lagik satu aku nak ingatkan, rasanya tak perlulah adegan tawar menawar dilakukan bile sesuatu nilai hantaran diletakkan oleh pihak perempuan. Kalau mak bapak rasa macam mahal baik diamkan sahaja. Bukan ape, nanti akan menimbulkan rasa kurang senang pada pihak pengantin perempuan. Sikap pertama yang di tonjolkan oleh ibu-bapa itu adalah pandangan pertama yang akan mencerminkan hubungan antara keluarga. Pada aku, ibu bapa baik xpayah campur tentang jumlah hantaran. Biarkan kedua pasangan berbincang & menentukan jumlah berapa banyak yang dipersetujui. Itu lebih baik aku rasa.
 
 
 
 
 
 
Eh dah melalut panjang plak aku kali ni. Ok laa... itu jela yg aku nak kongsi harini. Yang dah lama kawin tu, jagalah rumah tangga korang baik-baik yea. Gaduh baling-baling bantal tu biasa, jangan baling pinggang mangkuk udahla, Kalau rasa nk baling better pilih yg jenis plastic or periuk belanga, atleast xdela pecah berderai. Nnt klu dah pecah nak kene beli baru plak. kang dah membazir tu. hikhikhikhik....
 
Dalam rumah tangga ni perlukan tolak ansur. Tidak ade hubungan yang selamanya bahagia & gembira tanpa dugaan. Hidup ini adalah pentas ujian. kalau xde ujian tu mmg bukan dinamakan hidup. So laluilah setiap detik dengan penuh berhati-hati & kasih sayang. Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpahi diri kita. InsyaAllah.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan