Ahad, 26 Januari 2014

Kenduri Kesyukuran Naik Rumah & Bestday Nuha



Alhamdulillah, atucara Majlis kesyukuran pada hujung minggu baru ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua Ahli Keluarga, Jiran-jiran, kawan-kawan, staf-staf Mindef & juga ahli surau yang telah datang memeriahkan Majlis kami pada 25hb January 2014. Majlis kesyukuran ini di adakan adalah sempena menyambut hari kelahiran anakanda Nuha Safiya Muhammad Shafie yang telah berusia 2 tahun pada 14 January 2014 yg lalu. Di samping itu juga membuat Majlis ini adalah sempena tanda kesyukuran masuk ke Rumah Baru. Alhamdulillah ya Allah atas segala Rezeki & Rahmat yang telah Engkau curahkan kepada kami. Buat majlis ni mmg seronok. Tetapi persediaan untuk Majlis tu tersangatlah penat, coz kitorang banyak handle sendiri, hanya tempah nasi beriani & kambing golek shj. Lain2 persediaan buat sendiri. Dah nak sgt buat sendiri kan. Rasakanlah... Lepas ni dah tobat xnk urus sendiri dah, atleast kene  cari full catering yang uruskan. Cume nk kene Fulusi lebih skitla. ehehehehe...
 
Macam-macam peristiwa terjadi sepanjang hari sebelum Majis bermula. Mamai kitorang dibuatnye, dugaan.. Cerita yang paling entah apa2 apabila gas memasak habis ketika sedang menggoreng karipap. Sehari sebelum tu hubby dah mention untuk menyediakan tong gas tambahan. Manala tau kot2 gas tiba-tiba habis katanye. Tapi aku dengan penuh yakin, percaya yang gas tu xkan habis. sekali amik kaw. Nasib baik laksa penang aku dah siap masak, kalau tak memang kelam-kelibut jugak dibuatnya. Kebetulan masa tu plak hubby dah keluar amik kuih di Saujana Impian & juga Sate Willy di Sungai Ramal. Call hubby xangkat la plak.. adoiii. Aku pun dah malas nk pikir pasal gas tu, coz banyak kerje lain lg nk buat, nk solat asar lg, nak mandi lg, nk susun pinggan mangkuk kt luar & mcm2 lagilah. Makcik aku dah membebel itu ini. So buat pekak telinga jelaa.. Fuhhh tersangatlah banyak kerje buat majlis ni hah. walaupun majlis simple2 je pun. penat tuhan je tau. Rasa nk tercabut segala urat & pinggang aku ni hah... adoidoidoi..
 
 
Laksa Penang Buat sendiri, siap bungkus macam catering lagik.
ehehehe..
 
 
Nak dijadikan cerita my nebor kt sebelah tu dtg melawat. masa dia dtg tu aku tgh bersiap2 kat atas kot, my aunty je ada kt bawah masa tu. So aku pun xtau ape yg terjadi, sedar2 my nebor kasi pinjam gas memasak dia kt kitorang. Aduss malu I se-round tau, huhuhu Xpasal-pasal angkat tong gas jiran.. ehehehe lawak toilaa.. Apepun thanks a lot my nebor. Jasa-mu tetap ku kenang. :)
 
Hubby plak sikit punye lama g amik kuih dgn sate sampai dekat jam 7.30 baru sampai kt umah. Klu ikutkan Majlis bermula pada jam 7.30 untuk bacaan Yassin & solat marghib berjemaah tp terpaksa di tunda. Mana tetamu yang dtg awal tu, aku persilakan untuk diorang makan dulu. Tak kan nk suh tengok je makanan kt atas meja hidangan tu kesian diorang. Kambing golek plak dekat jam 8 baru nk buka stall. Buat2 lupe plak diorang ni. Isk macam2 laa diorang ni.
 
 
Antara kawan laki2 yang dtg, gambar yang lain2 xde, ini pun gambar ehsan dr group whatsapp. Bateri fon aku Kong terus malam tu, banyak sgt call masuk. So  gambar Bapak Mithali 2 org ni je yg ada. Bapak2 lain jgn terasa hati plak yea. ehehehehe :)
 
 
After dah selesai semua bacaan yassin, kawan2 sekolah X-SMK(A)DG pun ramai yang dtg. Dah tua-tua belaka. hikhikhik.. Masing-masing datang dengan family. Rasa sgt nostalgia, dah macam duk kt sekolah je rasa. Duk sembang pasal cite masa sekolah. Masing2 dah jadik mak & bapak org kaw, so muka pun dah berubah. sampai aku pun xcam member aku sorang ni... kesian dia, siap tersengih2 dari jauh lagi, aku ni plak muke confius, sapa ni..?? ya Allah bile dtg tengok lama-lama barulah boleh recall balik. hehehe.. kelakar toi. Ada lagi kes naya bila kawan aku call nk tanye jalan ke rumah tp bile aku angkat & Tanya sapa ni..? Dia pun cakap Rafidah.. aku plak duk fikir, Rafidah mana plak ni, eh salah no ni, xpela yea, Bye & terus je aku letak.. ahahaha kesian betul member aku ni, dahla nk dtg rumah aku tu sikit punye ramai yg tersesat entah kemana-mana. adoiii.. apela nasib alamat masih baru & xde dlm GPS. Bile dah jumpe & cerita balik semua tergelak pecah perut... Hmm Cepatnya masa berlalu kan. macam2 cerita & kisah di lalui. Semua tu membuatkan diri kite semakin matang & berfikiran lebih terbuka.
 
 
Ini lagi kawan aku X-SMK(A)DG, owner blog anakmamamanja.blogspot.com
 
 
Tenant aku yang dekat Taman Sepakat Indah 2 pun datang. Thanks to Omar & Yasser Familys. Siap bawak hadiah gedabak punye besar. Org arab ni mmg jenis suka meraikan kawan2. Syukur Alhamdulillah dapat tenant yang baik hati & beriman. Senang kerja aku, setiap bulan Xperlu nk call 10x mintak bayar duit rumah. every 26hb sure masuk account.. :)
 
Majlis berakhir jam 11 mlm, Tapi masih ada lg kawan-kawan yang duduk melepak & makan, sekitar jam 12.30 semua tetamu dah beransur pulang. Aku pun dah penat gile. Tadi masa duk melayan kawan-kawan & tetamu yg datang xterasa penatnya. Magic jugak kekadang, perasaan happy tu akan menyebabkan daya tahan diri kita meningkat 100%. Macam beteri HP yang dah weak tapi bila jumpe kawan2 tiba-tiba je full recharge. Itulah pentingnya menjaga perasaan & emosi. Xpayah berdendam & berdengki bagai, xbagus untuk diri & masyarakat. Klu nk sakit hati & geram memanjang pun sampai bile la sangat... kan..kan..kan..  yang sudah itu biarlah berlalu, kita buka buku baru. Itulah yang lebih baik. InsyaAllah.
 
Total tetamu yang datang di anggarkan +-100 org. Sate Daging & Ayam yang di tempeh 600pcs semua-nya habis. Kambing Golek pun habis seekor. Xsampai jam 10.30 dah tutup kedai. nasi Beriani ada berbaki sikit lg. Laksa penang 80 bungkus habis juga. Cume yang tinggal laksa yg x di pek shj. So lepas ni, aku rasa dah boleh agak banyak mana kuantiti makanan yg perlu di sediakan. Alhamdulillah xde banyak sgt membazir makanan. cumenya laksa ada sedulang xhabis. Kuah dah habis, laksa je yg xhabis. sepatutnya untuk jemputan 100-150 org hanya perlukan 8 bungkus laksa shj. Aku masak 12 bungkus laksa mlm tu. Terpaksa di tongsampahkan lebihan tu. Apepun Alhamdulillah semua telah selesai dengan jaya-nya. Keesokkan harinya, after solat subuh semua pakat lelap sampai jam 1 tengah hari, penat punye pasal... ehehehe... :)
 
 


1 ulasan: