Isnin, 16 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Madinah Bumi Yang Sejahtera 2

Rutin harian kami di bumi Madinah hanyalah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah. Walaupun kedai2 menjual pelbagai barangan ada di mana2 shj tetapi aku sepertinya hilang tarikan untuk membuat tawaf di kedai sekitar hotel. Hanya melihat dari jauh tanpa ada perasaan untuk singgah, apetah lagi untuk membeli. Mungkin juga kerana satu doa yg pernah aku minta kepadaNYA di setiap sujudku :-

"Ya Allah tutuplah keinginan hatiku untuk membeli-belah & berseronok terhadap perkara dunia ketika aku tiba di sana (Mekah & Madinah), sesungguhnya aku datang dari jauh ke bumi haramain ini adalah keranaMu ya Allah. Berilah kekuatan mental & fizikal untukku melakukan ibadah sebanyak2nya sepanjang masa selama aku berada di 2 tanah suci ini"


Waktu solat & suhu di Madinah pada 13 April 2016 hari ke 3 kami di bumi Madinah, pada 11hb yg lalu suhu sekitar 20 - 21 darjah celcius.

Ya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, aku hanya membeli beberapa KG kurma & juga minyak atar serta sepasang jubah pada hari terakhir aku di bumi Madinah. Walaupun melihat makcik2 dari Malaysia & juga Indonesia bukan main lagi bershopping sakan setiap kali habis waktu solat subuh terutamanya. Pernah satu hari aku pulang awal ke Hotel, selepas habis solat subuh berjemaah, aku hanya membaca beberapa surah & kemudian terus pulang ke Hotel sekitar jam 5.45 pagi. Suasana di hadapan gate 25 itu seperti pasar borong. Terdengar suara2 penjual jalanan "khamsah riyal....khamsah Riyal... a'syarah riyal... asyarah riyal..." maka berpusu-pusulah kaum2 hawa. Aku hanya melihat & berlalu pergi, mmg murah jika dibandingkan harga jualan di kedai2, tapi bila nafsu seperti tiada, apepun yg datang seolah-olah seperti angin yg berlalu pergi. 


Inilah tempat feveret aku, antara banyak2 tiang masjid nabawi, aku sering berada pada tiang di bahagian hadapan ini. Membaca Alquran, sembahyang & mahupun duduk berzikir & memohon ampun atas segala dosa2. Setiap kali tiba waktu Dhuha sekitar jam 6.15 pg, bumbung masjid akan terbuka, suasana masjid menjadi terang benderang, disusuli dengan deruan angin yg sangat membelai, tidak terlalu sejuk & tidak pula terlalu hangat, Subhanallah keindahan & kedamaian apakah ini ? Ketika waktu begini, masjid sudah lengang, jemaah selalunya pulang ke hotel lepas solat jenazah dan selalunya waktu beginilah yg membuatkan kite merasa sungguh aman & selesa untuk melakukan ibadah. Sepertinya salah satu dari petak2 masjid itu kita yg punya. Kadang2 shj ada beberapa org arab yg duduk berdekatan sambil membaca alquran. Jauh di sudut hatiku berkata.. Ya...Inilah suasana yg sering aku rindui walau dimana shj aku berada. Cukuplah dgn hanya makanan & minuman yg sekadarnya. Aku ingin selalu berada di bumi ini.



Suami2 yg menunggu isteri masing2 di perkarangan masjid. hubby masih belum kelihatan, mungkin sedikit lewat hari ini. 


 Selepas dhuha sekitar jam 7.20 pg selalunya hubby & Nuha safiya akan menunggu aku di salah satu tiang di bahagian hadapan Ladys Gate. Nuha lebih senang bersama abi kerana di bahagian solat lelaki lebih lengang & lapang berbanding bahagian wanita. Kadang2 sahaja Nuha Safiya bersama aku ketika di masjid. Setiap pagi dari jauh aku sudah nampak kelibat mereka berdua, sungguh indah rasa hati setiap kali melihat hubby & anakanda kesayangan menunggu aku di luar pintu masjid. Sebuah kebahagiaan yang jarang2 dapat dinikmati. Terasa indahnya hidup dalam Iman & Rahmat Allah. Terasa hebat berada di bumi yang tertanam padanya jasad seorang Nabi kekasih Allah. Rahmat & kasih sayang itu seperti meliputi setiap penjuru alam. Terasa aman & damai di bumi Madinah. Cinta kerana Allah, bersama-sama menuju kepada Allah dan mencari redha-NYA



wajah yg sering aku gambarkan setiap kali aku memejamkan mata. Moga Rahmat Allah sentiasa meliputi dirimu wahai suamiku.


"Abi, ibu dah sampai... Ibu dah sampai.."
Bila melihat aku muncul dari masjid itulah gelagat si kecik Nuha, selalu menceriakan hari2ku

Aku selalu berpesan kepada hubby untuk membawa sarung selipar setiap kali ingin ke masjid, tetapi kadang2 dia hanya memandang sepi pesananku itu. "Letak shj di rak kasut tu, takde nk hilangnya, lagipun abg keluar ikut pintu yang sama jugak" balas hubby setiap kali aku berpesan kepadanya untuk membawa sarung selipar. Hmm terpulanglah. Suatu pagi keesokkan harinya, aku lihat ade selipar asing dibilikku, saiz yg agak kecil, tertukar selipar agaknya..?? aku berkira-kira sendiri. Tidak lama kemudian hubby menceritakan kepadaku yg selipar dia telah hilang & di ganti dgn selipar yg kecil itu. Hmm x mengapalah selipar jepun shj pun. Lagipun Aku mmg dh siap2 bawa extra selipar jepun, incase hilang or tercicir. Klu hendak di beli di sana, harga selipar jepun pun sekitar 15 to 20 riyal. Padahal kt Malaysia baru RM2 - RM5. After kejadian tu hubby dah mula pandai membawa sarung selipar. Klu sekadar aku yg pesan mmg dia buat tak tahu saja. Baguslah, pengajaran yg berkesan.


Dari gate 25 terus shj masuk ke pintu masuk perempuan, Untuk ke Raudhah juga melalui pintu ini. Masa 1st day aku di bawa oleh perempuan pakistan itu, dia membawa aku pusing 1 pusingan masjid rupanya, kerana pintu 15 berada di sebelah hujung sana (sebelah kanan gambar). Mungkin dia pun kurang arif lg mengenai kedudukan pintu masjid ini. Alhamdulillah aku diberi peluang sebanyak 3x masuk ke Raudhah, pada kali terakhir aku masuk ke Raudhah pada malam jumaat sekitar jam 12 mlm dan aku pulang ke bilik pada jam hampir 2 pagi. Syukur ke hadrat Allah, walaupun pada malam itu jumlah wanita yg igin masuk ke Raudhah tersangatlah ramai tetapi Allah memberi aku peluang untuk masuk & solat sunah 6 rakaat 3 salam di atas kerusi di belakang tiang bersebelahan mihrab nabi. Pada saat2 akhir aku igin beredar dari hiruk pikuk suara2 wanita arab yg menjerit2, kawasan carpet hijau Raudhah menjadi lapang, aku lihat ramai yg bersolat secara berdiri, tanpa berlengah aku juga mengangkat takbir & bersolat. Selesai solat 2 rakaat & berdoa, barulah aku tahu knp tiba2 td kawasan hadapan Raudhah menjadi lapang, rupanye perempuan2 arab yg berbadan besar membuat dinding untuk jemaah mereka melakukan solat. Jadi Jemaah lain terhalang seketika sehingga jemaah mereka selesai bersolat & aku termasuk salah seorang dari kalangan mereka. Alhamdulillah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

 

Ruang menunggu untuk ke Raudhah, di sebelah sana adalah Raudhah, di bawah kubah hijau. Kawasan tempat menunggu ini adalah bahagian luar masjid nabawi yg asal, di mana ia menjadi tempat sahabat2 berkumpul & berbincang mengenai perkara2 hukum hakam & undang2 islam suatu ketika dahulu. Bahagian menjadi Makam baginda & sahabat sekarang adalah tapak rumah Nabi SAW, dan bahagian hadapan itu adalah masjid nabawi yg asal sebelum dilakukan pembesaran. 



Suasana malam di masjid nabawi
 

Suasana sekitar jam 12 tgh mlm


Setiap masa pasti ade jemaah yg memeriahkan masjid. 


Menu Sarapan pagi di Dallah Taibah yg sentiasa menjadi ingatan. Nyum..Nyum..
sungguh sedap pencuci mulut ni.


Tiada Nasi di sediakan di Dallah Taibah, hanya roti & lauk pauk yg banyak. tetapi sudah cukup mengenyangkan & memberi tenaga utk kami sementara menunggu makan tgh hr pada jam 2 ptg

 

Suasana sekitar perkarangan masjid selepas waktu zuhur. Aktiviti mencuci lantai masjid & membuang segala sampah sarap yg ditinggakan oleh mereka yg kurang bertanggungjawab.


Makan berjemaah, kitorang berjemaah dalam bilik je. lebih selesa & sejahtera. :)


Walaupun sudah berumur tapi masih semangat menghadirkan diri untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Ada yg kudung kaki pun dtg bertongkat ke masjid, ada yg berkerusi Roda & mcm2. Alhamdulillah, hidayah Allah itu kepada sesiapa shj yg dikehendakinya.


Semasa berada di Madinah Juga kami membuat lawatan ke beberapa tempat sejarah seperti ke Bukit Uhud, Masjid Qiblatain & juga Masjid Putih. Kami ke tempat2 ini menggunakan Teksi kos 90 riyal untuk 1 jam 30 minit lawatan.




Membeli tiket Bas SAPTCO utk ke Mekah. Lokasi di Crown Plaza Hotel Madinah.


Sementara menunggu bas bergerak, kite amik gambar kenangan dulu, budak kecik yg sentiasa menjadi perhatian arab2 di sini, mungkin cara pemakaian yg agak berbeza & nampak comel. hihihihihi....


                   Service yg disediakan. Alhamdulillah semuanya terbaik.


Antara makanan yg di beri sepanjang perjalanan. 

Menikmati pemandangan padang pasir yg gersang, sambil di dlm hati berkata, bagaimanakah Nabi Saw & para sahabat berhijrah melalui padang pasir yg kering kontang & bergunung ganang menggunakan unta selama berhari2 merentasi gurun untuk ke Madinah. Allahurobbi... sebuah pengorbanan yg tidak terkata demi mendaulatkan syiar Islam di bumi Allah.




 Umrah pertama ... semangat tu lain macam sikit nampaknya :))

Bus yg kami naiki berhenti di Bir Ali lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang kepada jemaah melakukan solat sunat ihram & berniat Ihram. Ini adalh kali kedua aku berniat ihram di sini, banyak juga perubahan setelah 12 tahun yg lalu.

Masjid Bir Ali dari luar. Untuk berniat ihram kita tidak di wajibkan berhenti melakukan solat sunat ihram. Jika jemaah terlalu ramai seperti musim haji, bas selalunya akan berpusing sekitar kawasan masjid satu round & ketika itu kita sudah boleh berniat ihram. Tetapi jika berkesempatan untuk turun & solat sunat ihram itu lebih baik. 
 



Antara gambar kenangan yang sempat aku rakamkan semasa di Bir Ali. Perjalanan kami diteruskan ke Mekah untuk melakukan Umrah. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah tepat Jam 3 ptg kami selamat tiba di stesen Bus di Mekah. Kami mengambil Teksi untuk ke Hotel. Tambang sebanyak 30 riyal. Satu kejadian yg sering di pesan kepada para jemaah supaya jangan membiarkan sesiapa pun mengambil barang atau mengangkat barang2 kite samada di stesen bus mahupun di airport. Kerana mereka menolong bukan secara percuma. Kami pun terkena jugak masa kt Stesen bus ni, siap cas 10 riyal coz tolong angkat beg buat kluar dari bus. Padahal xde sapa suruh dia angkat pun. Hubby pula ingatkan mamat bangla tu adalah salah seorang pemandu bas. Hmm.. mcm2... nasib baik 10 riyal je dia minta. Kerje tak sepadan dengan upah. 




Khamis, 5 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Madinah Bumi Yang Sejahtera 1




Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt yang telah memberi izin kami sekeluarga berada di bumi yang dilimpahi barakah lg dimuliakan. Mudah2n segala doa & permohonan diperkenankan olehNYA yang Maha Mendengar.  



 Beli coklat untuk si kecik bekal dalam flight nnt
  Nuha Safiya & Abi di KLIA, pusing2 sementara menunggu untuk boarding.
 

Kami menggunakan penerbangan terus dari KLIA ke Madinah melalui Saudia Airline dan bertolak ke Madinah pada Jam 1.30 ptg. Walaubagaimanapun ia singgah seketika di Riyard Airport untuk menurunkan penumpang selama 55 minit. Semua penumpang yang ingin ke Madinah hanya menunggu dalam flight shj. After that sambung perjalanan dari Riyard ke Madinah. 


 Inilah Flight kami Saudi Arabian Airline, dah menampakkan diri, masa ni semua duk kelam kabut nk ambik air sembahyang untuk solat zuhur & jamak asar. Solat kt carpet boarding hall tu je, alas towel utk sujud. Nasib aku dah siap2 pakai Jubah untuk solat.

 Flight kami B777-368, sangat luas & selesa. Alhamdulillah.



Budak kecik yg sibuk layan Frozn sampai tertido. Kejut makan pun tak bangun2. 


 Ibu & Abi yg semakin bulat .. hihihi... hope balik umrah ni kurangla sikit bulat tu :)


Semua hidangan alhamdulillah sedap2 belaka, aku paling suka roti dan cream chese, Nuha & abi punye pun ibu kasi habis... :)

 Mendarat di Riyard untuk turunkan penumpang, kami stay dlm flight jek, lebih kurang 1 jam flight menyambung perjalanan ke Madinah.

Airport Riyard, biasa shj.

Pemandangan udara sekitar Riyard Airport, padang pasir semuanya.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Madinah Airport sekitar jam 7.30 mlm waktu Saudi. Urusan di airport Madinah berjalan lancar walaupun sedikit slow. Di Airport Madinah kami singgah di kaunter Simcard STC untuk beli simcard Saudi. Tak kan nak roaming berbelas hari, masak rentung dibuatnya nnt. Beratur kt kaunter STC tu pun sikit punye lama, sejam lebih jugak, coz ramai org. Ingat sampai awal, bolehla masuk bilik awal & berehat hmm. Dari Airport ke Hotel kami mengambil taxi dengan kos 80 riyal (sepatutnya 50 riyal shj tetapi hubby dah terdeal awal dgn pak Arab tu 80 riyal, so aku terpaksa follow jela, malas nk tawar menawar lagi dah coz jam pun dah menunjukkan 10.00 mlm, semua sudah keletihan, nk tido).

Memandangkan perubahan jadual penerbangan berlaku pada saat2 akhir, kami terpaksa berangkat ke Madinah 1 hari lebih awal & pulang lewat 1 hari ke Kuala Lumpur, menjadikan tempoh umrah kami selama 18D16N. Hotel penginapan di Dallah Taibah telah meningkat kepada RM650/nite. Maka aku mengambil keputusan untuk membuat booking di hotel Jewar Al-Saqifah dengan harga RM400/nite agak mahal sebenarnya, Klu tempahan awal harga di jewar al Sqifah dlm lingkungan RM200/nite ke RM250/nite shj. Tetapi bila dah tempah saat akhir camni, terpaksa pejam mata jek. Saiz bilik di Jewar Al-Saqifah agak kecil berbanding di Dallah Taibah, untuk penginapan 1 malam tidaklah menjadi masalah yang besar pada aku. Sesampai shj di bilik aku & Nuha terus terlena. Hubby sempat turun bersolat di Masjid Nabawi & berpusing2 sekitar masjid sebelum pulang semula ke bilik pada jam 12 mlm. Aku pula terkejut sekitar jam 3 pagi, bangun terus mandi & bersiap2 utk ke masjid. Hati yang berkobar2 untuk melangkah masuk ke Masjid Nabawi untuk kesekian kalinya membuatkan rasa mengantuk & penat seolah-olah hilang. Pada Pagi yang penuh hening itu kami 3 beranak berjalan menyusuri bangunan hotel2 untuk ke Masjid bersama-sama jemaah yang lain.  Semua menuju kepada satu arah yang sama demi menyahut seruan Hayya'alassollah.

Berpindah Hotel dari Al Saqifah to Dallah Taibah  

Pintu masuk lelaki & perempuan adalah berasingan, maka kami bersepakat akan tunggu di salah satu tiang masjid berhampiran pintu masuk 15 pada jam 7.00 pagi. Mmg begitulah rancangan awalnya. Namun ape yg terjadi adalah sebaliknya. Ketika selesai solat subuh, sementara menunggu tibanya waktu dhuha aku mengaji alquran seketika. Ketika leka mengaji, aku di sapa oleh seorang warga pakistan "Can U speak English?" begitulah permulaan bicara. Dia bertanyakan tentang telefon, katanya dia ingin menelefon ayahnya di Pakistan. Tetapi aku pada ketika itu belum mengaktifkan no Saudi, jadi aku tidak dapat membantunya. So aku teruskan menyambung bacaan Alquran surah Ar-rahman. seusai habis bacaan tiba2 aku terasa ralat kerana tidak dapat membantu perempuan Pakistan tadi, terus aku menoleh kepada-nya & bertanya "Do u need some money?"  "its ok, i have a money" dia membalas. Agak lama aku duduk di situ, kemudian aku menyambung bacaan al mathsurat sehingga selesai. Jam masih sekitar 6 pg manakala waktu dhuha sekitar 6.30 pagi. Tiba2 aku teringat tentang Raudhah, di mana arah Raudhah agaknya. Memandangkan perempuan Pakistan tadi masih berada di sebelahku maka aku meringankan mulut untuk bertanya kepadanya dimana arah Raudhah. Tanpa aku sangka dia dengan baik hati membawa aku menuju ke tempat masuk ke Raudhah. Alhamdulillah aku dapat masuk ke Raudhah bersama Nuha Safiya pada pagi itu, walaupun dalam keadaan org yg sangat ramai & berasak2, tetapi dengan bantuan Ikhlas dari perempuan pakistan tadi semuanya menjadi mudah. Dia mendukung Nuha Safiya & menyuruh aku untuk bersolat di Raudhah, tetapi aku agak bimbang, jauh di dalam hati terdetik bimbang dia melarikan Nuha Safiya, bagaimana ?? Bukan bersangka buruk tetapi hanya meletakkan sedikit rasa curiga. Lagipun jika terjadi apa2 bagaimana untuk aku mengenalpasti perempuan Pakistan tadi kerana dia bertudung litup, hanya menampakkan 2 biji mata. Tetapi melihat kesungguhan dia menyuruh aku untuk bersolat 2 rakaat & mendinding aku dari di rempuh oleh jemaah2 arab yg lain maka aku sepenuhnya berserah kepada Allah, mudah2n Allah melindungiku & anakku Nuha Safiya daripada sebarang kejahatan manusia. Alhamdulillah selesai solat 2 rakaat & berdoa, maka aku keluar dari Raudhah bersama perempuan Pakistan tadi. Dalam hati terasa bersalah kerana sedikit berprasangka terhadapnya. Jauh juga kami menapak untuk ke Raudhah, budak perempuan Pakistan td berumur 25 tahun, namanya Salma. Katanya aku seorang yg baik & ikhlas, sebab tu dia tidak teragak2 untuk membantuku. Sepanjang hampir 2 jam bersama banyak perkara yg aku tahu mengenai dirinya. Sebelum berpisah aku menghulurkan sedikit wang kepadanya tanda terima kasih, pada mulanya dia enggan menerima, kerana ikhlas katanya. Tetapi aku tahu dia dalam keadaan terdesak. Akhirnya dia mengambil pemberian ikhlas aku & terus berlalu. 



Abi sedang check in, kami lepak2 sambil menikmati welcome drink yg di sediakn 

 Sekitar jam 8.00 pagi aku melihat dari jauh hubby telah tercegat di tiang masjid tempat yg sepatutnya kami bertemu pada jam 7 pg. Kelihatan mundar mandir, Mungkin kerisauan tentang kami 2 beranak agaknya yang tidak muncul2 dr td. hihihihi setelah itu aku menceritakan kpd hubby ape yg telah berlaku sebentar td dan juga mengenai perempuan pakistan yang aku temui semasa di dlm masjid. Kemudian kami terus ke Hotel untuk bersarapan pagi. Agak meriah sarapan pagi di Hotel Jewar Al-saqifah. Selesai bersarapan kami naik ke tingkat atas & mengemas semula bagasi kami untuk berpindah ke Hotel Dallah Taibah. Alhamdulillah kami dibenarkan check in di Dallah Taibah pada bile2 masa shj. Sekitar jam 10 am kami masuk ke bilik yang sepatutnya. Alhamdulillah lebih dekat dengan masjid & lebih selesa.



Selepas beberapa minit kami masuk ke bilik ada staff hotel yg datang menghantarkan buah untuk kami. dahla dapat check in awal, pastu dpt buah pulak Hmm not bad. Syukran Jazilan :)

 Bilik kami, ade 3 katil padahal kami amik yg ade 2 katil jek, entah mcmne dpt 3 katil, bagus jugak dpt extra katil percuma. Rezeki jgn di tolak, musuh jgn di cari


 No bilik kami selama 6D5N kt Madinah


Jemaah yang berpusu-pusu dari serata dunia memeriahkan suasana ibadah di masjidil nabawi

  Makan tengah hari pertama di restaurant bersebelahan Masjid Bilal bin Rabah & Pasar Kurma, satu hidangan 10 riyal. cukup untuk kami 3 beranak makan. Portion yg besar.

Selesai solat Zuhur kami berpusing mencari kedai arab untuk membeli nasi, agak jauh juga kami menapak sampai ke masjid Bilal bin Rabah. Kemudian kami dibantu oleh seorang Sheikh berbangsa arab dengan menunjukkan Restauran nasi arab kepada kami, jauh jugak dia membawa kami sehingga betul2 sampai di hadapan kedai. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, ditemukan dengan org yang baik2. Suatu permulaan yg sungguh membahagiakan di bumi Madinah Al-Munawarah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

Gate 25

 Dari gate 25 tadi terus masuk ke pintu masjid untuk perempuan. Hari2 aku melalui pintu masjid ni. Dekat je, 2 minit dr Hotel kami. Cuaca tika ni sgt nyaman... 

Pintu masuk ke Masjid dari Hotel Dallah Taibah bernombor 25. Pintu inilah yang kami gunakan setiap kali memasuki Masjidil Nabawi setiap kali tiba waktu solat. Cuaca di bumi Madinah ketika kami sampai adalah sangat nyaman iaitu sekitar 20 - 23 darjah celcius. Padahal 2 hari sebelum kami tiba suhu di Madinah sekitar 30-34 darjah celcius. Maklumat itu kami dapati dari salah seorang jemaah yg telah hampir seminggu di Madinah. Sehari sebelum kami tiba, hujan lebat telah membasahi bumi Madinah, Syukur Alhamdulillah, kedatangan kami di sambut dengan hujan Rahmat oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar permohonan hambanya. 


Hotel Dallah Taibah dari pandangan sisi, di bawah nya adalah kedai2, sgt mudah untuk membeli ape shj untuk keperluan harian, di bahagian hadapan hotel pula terdapat beberapa Cafe yang menjual nasi Biryani & kedai runcit. Setiap hari kami membeli nasi Biryani/Bukhari/kebab di situ untuk lunch/dinner.
 

 Kubah Hijau, dibawahnya adalah Kawasan Raudhah & makam Baginda Nabi Muhammad SAW serta 2 sahabat akrab baginda iaitu Umar alkhattab & Abu Bakar Assiddiq


 Suasana dalam Masjid Nabawi, senibina yang hampir sama dengan sebuah masjid pada zaman kegemilangan Andalusia "Mezquita de cordoba" tetapi kini telah menjadi gereja.

Islam itu indah, islam mengajar umatnya berkasih sayang & saling hormat menghormati antara satu sama lain, tetapi apabila kite melihat kepada umat islam hari ini, kita pasti keliru, kerana akhlak-nya tidak menggambarkan keindahan Islam yg sebenar yang di bawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang mulia. 

"Sesungguhnya Aku di utuskan untuk menyempurnakan 
Akhlak yang mulia"