Isnin, 16 Mei 2016

Pengembaraan Rohani :: Madinah Bumi Yang Sejahtera 2

Rutin harian kami di bumi Madinah hanyalah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah. Walaupun kedai2 menjual pelbagai barangan ada di mana2 shj tetapi aku sepertinya hilang tarikan untuk membuat tawaf di kedai sekitar hotel. Hanya melihat dari jauh tanpa ada perasaan untuk singgah, apetah lagi untuk membeli. Mungkin juga kerana satu doa yg pernah aku minta kepadaNYA di setiap sujudku :-

"Ya Allah tutuplah keinginan hatiku untuk membeli-belah & berseronok terhadap perkara dunia ketika aku tiba di sana (Mekah & Madinah), sesungguhnya aku datang dari jauh ke bumi haramain ini adalah keranaMu ya Allah. Berilah kekuatan mental & fizikal untukku melakukan ibadah sebanyak2nya sepanjang masa selama aku berada di 2 tanah suci ini"


Waktu solat & suhu di Madinah pada 13 April 2016 hari ke 3 kami di bumi Madinah, pada 11hb yg lalu suhu sekitar 20 - 21 darjah celcius.

Ya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, aku hanya membeli beberapa KG kurma & juga minyak atar serta sepasang jubah pada hari terakhir aku di bumi Madinah. Walaupun melihat makcik2 dari Malaysia & juga Indonesia bukan main lagi bershopping sakan setiap kali habis waktu solat subuh terutamanya. Pernah satu hari aku pulang awal ke Hotel, selepas habis solat subuh berjemaah, aku hanya membaca beberapa surah & kemudian terus pulang ke Hotel sekitar jam 5.45 pagi. Suasana di hadapan gate 25 itu seperti pasar borong. Terdengar suara2 penjual jalanan "khamsah riyal....khamsah Riyal... a'syarah riyal... asyarah riyal..." maka berpusu-pusulah kaum2 hawa. Aku hanya melihat & berlalu pergi, mmg murah jika dibandingkan harga jualan di kedai2, tapi bila nafsu seperti tiada, apepun yg datang seolah-olah seperti angin yg berlalu pergi. 


Inilah tempat feveret aku, antara banyak2 tiang masjid nabawi, aku sering berada pada tiang di bahagian hadapan ini. Membaca Alquran, sembahyang & mahupun duduk berzikir & memohon ampun atas segala dosa2. Setiap kali tiba waktu Dhuha sekitar jam 6.15 pg, bumbung masjid akan terbuka, suasana masjid menjadi terang benderang, disusuli dengan deruan angin yg sangat membelai, tidak terlalu sejuk & tidak pula terlalu hangat, Subhanallah keindahan & kedamaian apakah ini ? Ketika waktu begini, masjid sudah lengang, jemaah selalunya pulang ke hotel lepas solat jenazah dan selalunya waktu beginilah yg membuatkan kite merasa sungguh aman & selesa untuk melakukan ibadah. Sepertinya salah satu dari petak2 masjid itu kita yg punya. Kadang2 shj ada beberapa org arab yg duduk berdekatan sambil membaca alquran. Jauh di sudut hatiku berkata.. Ya...Inilah suasana yg sering aku rindui walau dimana shj aku berada. Cukuplah dgn hanya makanan & minuman yg sekadarnya. Aku ingin selalu berada di bumi ini.



Suami2 yg menunggu isteri masing2 di perkarangan masjid. hubby masih belum kelihatan, mungkin sedikit lewat hari ini. 


 Selepas dhuha sekitar jam 7.20 pg selalunya hubby & Nuha safiya akan menunggu aku di salah satu tiang di bahagian hadapan Ladys Gate. Nuha lebih senang bersama abi kerana di bahagian solat lelaki lebih lengang & lapang berbanding bahagian wanita. Kadang2 sahaja Nuha Safiya bersama aku ketika di masjid. Setiap pagi dari jauh aku sudah nampak kelibat mereka berdua, sungguh indah rasa hati setiap kali melihat hubby & anakanda kesayangan menunggu aku di luar pintu masjid. Sebuah kebahagiaan yang jarang2 dapat dinikmati. Terasa indahnya hidup dalam Iman & Rahmat Allah. Terasa hebat berada di bumi yang tertanam padanya jasad seorang Nabi kekasih Allah. Rahmat & kasih sayang itu seperti meliputi setiap penjuru alam. Terasa aman & damai di bumi Madinah. Cinta kerana Allah, bersama-sama menuju kepada Allah dan mencari redha-NYA



wajah yg sering aku gambarkan setiap kali aku memejamkan mata. Moga Rahmat Allah sentiasa meliputi dirimu wahai suamiku.


"Abi, ibu dah sampai... Ibu dah sampai.."
Bila melihat aku muncul dari masjid itulah gelagat si kecik Nuha, selalu menceriakan hari2ku

Aku selalu berpesan kepada hubby untuk membawa sarung selipar setiap kali ingin ke masjid, tetapi kadang2 dia hanya memandang sepi pesananku itu. "Letak shj di rak kasut tu, takde nk hilangnya, lagipun abg keluar ikut pintu yang sama jugak" balas hubby setiap kali aku berpesan kepadanya untuk membawa sarung selipar. Hmm terpulanglah. Suatu pagi keesokkan harinya, aku lihat ade selipar asing dibilikku, saiz yg agak kecil, tertukar selipar agaknya..?? aku berkira-kira sendiri. Tidak lama kemudian hubby menceritakan kepadaku yg selipar dia telah hilang & di ganti dgn selipar yg kecil itu. Hmm x mengapalah selipar jepun shj pun. Lagipun Aku mmg dh siap2 bawa extra selipar jepun, incase hilang or tercicir. Klu hendak di beli di sana, harga selipar jepun pun sekitar 15 to 20 riyal. Padahal kt Malaysia baru RM2 - RM5. After kejadian tu hubby dah mula pandai membawa sarung selipar. Klu sekadar aku yg pesan mmg dia buat tak tahu saja. Baguslah, pengajaran yg berkesan.


Dari gate 25 terus shj masuk ke pintu masuk perempuan, Untuk ke Raudhah juga melalui pintu ini. Masa 1st day aku di bawa oleh perempuan pakistan itu, dia membawa aku pusing 1 pusingan masjid rupanya, kerana pintu 15 berada di sebelah hujung sana (sebelah kanan gambar). Mungkin dia pun kurang arif lg mengenai kedudukan pintu masjid ini. Alhamdulillah aku diberi peluang sebanyak 3x masuk ke Raudhah, pada kali terakhir aku masuk ke Raudhah pada malam jumaat sekitar jam 12 mlm dan aku pulang ke bilik pada jam hampir 2 pagi. Syukur ke hadrat Allah, walaupun pada malam itu jumlah wanita yg igin masuk ke Raudhah tersangatlah ramai tetapi Allah memberi aku peluang untuk masuk & solat sunah 6 rakaat 3 salam di atas kerusi di belakang tiang bersebelahan mihrab nabi. Pada saat2 akhir aku igin beredar dari hiruk pikuk suara2 wanita arab yg menjerit2, kawasan carpet hijau Raudhah menjadi lapang, aku lihat ramai yg bersolat secara berdiri, tanpa berlengah aku juga mengangkat takbir & bersolat. Selesai solat 2 rakaat & berdoa, barulah aku tahu knp tiba2 td kawasan hadapan Raudhah menjadi lapang, rupanye perempuan2 arab yg berbadan besar membuat dinding untuk jemaah mereka melakukan solat. Jadi Jemaah lain terhalang seketika sehingga jemaah mereka selesai bersolat & aku termasuk salah seorang dari kalangan mereka. Alhamdulillah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

 

Ruang menunggu untuk ke Raudhah, di sebelah sana adalah Raudhah, di bawah kubah hijau. Kawasan tempat menunggu ini adalah bahagian luar masjid nabawi yg asal, di mana ia menjadi tempat sahabat2 berkumpul & berbincang mengenai perkara2 hukum hakam & undang2 islam suatu ketika dahulu. Bahagian menjadi Makam baginda & sahabat sekarang adalah tapak rumah Nabi SAW, dan bahagian hadapan itu adalah masjid nabawi yg asal sebelum dilakukan pembesaran. 



Suasana malam di masjid nabawi
 

Suasana sekitar jam 12 tgh mlm


Setiap masa pasti ade jemaah yg memeriahkan masjid. 


Menu Sarapan pagi di Dallah Taibah yg sentiasa menjadi ingatan. Nyum..Nyum..
sungguh sedap pencuci mulut ni.


Tiada Nasi di sediakan di Dallah Taibah, hanya roti & lauk pauk yg banyak. tetapi sudah cukup mengenyangkan & memberi tenaga utk kami sementara menunggu makan tgh hr pada jam 2 ptg

 

Suasana sekitar perkarangan masjid selepas waktu zuhur. Aktiviti mencuci lantai masjid & membuang segala sampah sarap yg ditinggakan oleh mereka yg kurang bertanggungjawab.


Makan berjemaah, kitorang berjemaah dalam bilik je. lebih selesa & sejahtera. :)


Walaupun sudah berumur tapi masih semangat menghadirkan diri untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Ada yg kudung kaki pun dtg bertongkat ke masjid, ada yg berkerusi Roda & mcm2. Alhamdulillah, hidayah Allah itu kepada sesiapa shj yg dikehendakinya.


Semasa berada di Madinah Juga kami membuat lawatan ke beberapa tempat sejarah seperti ke Bukit Uhud, Masjid Qiblatain & juga Masjid Putih. Kami ke tempat2 ini menggunakan Teksi kos 90 riyal untuk 1 jam 30 minit lawatan.




Membeli tiket Bas SAPTCO utk ke Mekah. Lokasi di Crown Plaza Hotel Madinah.


Sementara menunggu bas bergerak, kite amik gambar kenangan dulu, budak kecik yg sentiasa menjadi perhatian arab2 di sini, mungkin cara pemakaian yg agak berbeza & nampak comel. hihihihihi....


                   Service yg disediakan. Alhamdulillah semuanya terbaik.


Antara makanan yg di beri sepanjang perjalanan. 

Menikmati pemandangan padang pasir yg gersang, sambil di dlm hati berkata, bagaimanakah Nabi Saw & para sahabat berhijrah melalui padang pasir yg kering kontang & bergunung ganang menggunakan unta selama berhari2 merentasi gurun untuk ke Madinah. Allahurobbi... sebuah pengorbanan yg tidak terkata demi mendaulatkan syiar Islam di bumi Allah.




 Umrah pertama ... semangat tu lain macam sikit nampaknya :))

Bus yg kami naiki berhenti di Bir Ali lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang kepada jemaah melakukan solat sunat ihram & berniat Ihram. Ini adalh kali kedua aku berniat ihram di sini, banyak juga perubahan setelah 12 tahun yg lalu.

Masjid Bir Ali dari luar. Untuk berniat ihram kita tidak di wajibkan berhenti melakukan solat sunat ihram. Jika jemaah terlalu ramai seperti musim haji, bas selalunya akan berpusing sekitar kawasan masjid satu round & ketika itu kita sudah boleh berniat ihram. Tetapi jika berkesempatan untuk turun & solat sunat ihram itu lebih baik. 
 



Antara gambar kenangan yang sempat aku rakamkan semasa di Bir Ali. Perjalanan kami diteruskan ke Mekah untuk melakukan Umrah. Tempoh masa perjalanan lebih kurang 5 jam. Alhamdulillah tepat Jam 3 ptg kami selamat tiba di stesen Bus di Mekah. Kami mengambil Teksi untuk ke Hotel. Tambang sebanyak 30 riyal. Satu kejadian yg sering di pesan kepada para jemaah supaya jangan membiarkan sesiapa pun mengambil barang atau mengangkat barang2 kite samada di stesen bus mahupun di airport. Kerana mereka menolong bukan secara percuma. Kami pun terkena jugak masa kt Stesen bus ni, siap cas 10 riyal coz tolong angkat beg buat kluar dari bus. Padahal xde sapa suruh dia angkat pun. Hubby pula ingatkan mamat bangla tu adalah salah seorang pemandu bas. Hmm.. mcm2... nasib baik 10 riyal je dia minta. Kerje tak sepadan dengan upah. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan