Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt yang telah memberi izin kami sekeluarga berada di bumi yang dilimpahi barakah lg dimuliakan. Mudah2n segala doa & permohonan diperkenankan olehNYA yang Maha Mendengar.
Beli coklat untuk si kecik bekal dalam flight nnt
Nuha Safiya & Abi di KLIA, pusing2 sementara menunggu untuk boarding.
Kami menggunakan penerbangan terus dari KLIA ke Madinah melalui Saudia Airline dan bertolak ke Madinah pada Jam 1.30 ptg. Walaubagaimanapun ia singgah seketika di Riyard Airport untuk menurunkan penumpang selama 55 minit. Semua penumpang yang ingin ke Madinah hanya menunggu dalam flight shj. After that sambung perjalanan dari Riyard ke Madinah.
Inilah Flight kami Saudi Arabian Airline, dah menampakkan diri, masa ni semua duk kelam kabut nk ambik air sembahyang untuk solat zuhur & jamak asar. Solat kt carpet boarding hall tu je, alas towel utk sujud. Nasib aku dah siap2 pakai Jubah untuk solat.
Flight kami B777-368, sangat luas & selesa. Alhamdulillah.
Budak kecik yg sibuk layan Frozn sampai tertido. Kejut makan pun tak bangun2.
Ibu & Abi yg semakin bulat .. hihihi... hope balik umrah ni kurangla sikit bulat tu :)
Semua hidangan alhamdulillah sedap2 belaka, aku paling suka roti dan cream chese, Nuha & abi punye pun ibu kasi habis... :)
Mendarat di Riyard untuk turunkan penumpang, kami stay dlm flight jek, lebih kurang 1 jam flight menyambung perjalanan ke Madinah.
Airport Riyard, biasa shj.
Pemandangan udara sekitar Riyard Airport, padang pasir semuanya.
Alhamdulillah kami selamat mendarat di Madinah Airport sekitar jam 7.30 mlm waktu Saudi. Urusan di airport Madinah berjalan lancar walaupun sedikit slow. Di Airport Madinah kami singgah di kaunter Simcard STC untuk beli simcard Saudi. Tak kan nak roaming berbelas hari, masak rentung dibuatnya nnt. Beratur kt kaunter STC tu pun sikit punye lama, sejam lebih jugak, coz ramai org. Ingat sampai awal, bolehla masuk bilik awal & berehat hmm. Dari Airport ke Hotel kami mengambil taxi dengan kos 80 riyal (sepatutnya 50 riyal shj tetapi hubby dah terdeal awal dgn pak Arab tu 80 riyal, so aku terpaksa follow jela, malas nk tawar menawar lagi dah coz jam pun dah menunjukkan 10.00 mlm, semua sudah keletihan, nk tido).
Memandangkan perubahan jadual penerbangan berlaku pada saat2 akhir, kami terpaksa berangkat ke Madinah 1 hari lebih awal & pulang lewat 1 hari ke Kuala Lumpur, menjadikan tempoh umrah kami selama 18D16N. Hotel penginapan di Dallah Taibah telah meningkat kepada RM650/nite. Maka aku mengambil keputusan untuk membuat booking di hotel Jewar Al-Saqifah dengan harga RM400/nite agak mahal sebenarnya, Klu tempahan awal harga di jewar al Sqifah dlm lingkungan RM200/nite ke RM250/nite shj. Tetapi bila dah tempah saat akhir camni, terpaksa pejam mata jek. Saiz bilik di Jewar Al-Saqifah agak kecil berbanding di Dallah Taibah, untuk penginapan 1 malam tidaklah menjadi masalah yang besar pada aku. Sesampai shj di bilik aku & Nuha terus terlena. Hubby sempat turun bersolat di Masjid Nabawi & berpusing2 sekitar masjid sebelum pulang semula ke bilik pada jam 12 mlm. Aku pula terkejut sekitar jam 3 pagi, bangun terus mandi & bersiap2 utk ke masjid. Hati yang berkobar2 untuk melangkah masuk ke Masjid Nabawi untuk kesekian kalinya membuatkan rasa mengantuk & penat seolah-olah hilang. Pada Pagi yang penuh hening itu kami 3 beranak berjalan menyusuri bangunan hotel2 untuk ke Masjid bersama-sama jemaah yang lain. Semua menuju kepada satu arah yang sama demi menyahut seruan Hayya'alassollah.
Berpindah Hotel dari Al Saqifah to Dallah Taibah
Pintu
masuk lelaki & perempuan adalah berasingan, maka kami bersepakat
akan tunggu di salah satu tiang masjid berhampiran pintu masuk 15 pada
jam 7.00 pagi. Mmg begitulah rancangan awalnya. Namun ape yg terjadi
adalah sebaliknya. Ketika selesai solat subuh, sementara menunggu
tibanya waktu dhuha aku mengaji alquran seketika. Ketika leka mengaji,
aku di sapa oleh seorang warga pakistan "Can U speak English?" begitulah
permulaan bicara. Dia bertanyakan tentang telefon, katanya dia ingin
menelefon ayahnya di Pakistan. Tetapi aku pada ketika itu belum
mengaktifkan no Saudi, jadi aku tidak dapat membantunya. So aku teruskan
menyambung bacaan Alquran surah Ar-rahman. seusai habis bacaan tiba2
aku terasa ralat kerana tidak dapat membantu perempuan Pakistan tadi,
terus aku menoleh kepada-nya & bertanya "Do u need some money?"
"its ok, i have a money" dia membalas. Agak lama aku duduk di situ,
kemudian aku menyambung bacaan al mathsurat sehingga selesai. Jam masih
sekitar 6 pg manakala waktu dhuha sekitar 6.30 pagi. Tiba2 aku teringat
tentang Raudhah, di mana arah Raudhah agaknya. Memandangkan perempuan
Pakistan tadi masih berada di sebelahku maka aku meringankan mulut untuk
bertanya kepadanya dimana arah Raudhah. Tanpa aku sangka dia dengan
baik hati membawa aku menuju ke tempat masuk ke Raudhah. Alhamdulillah
aku dapat masuk ke Raudhah bersama Nuha Safiya pada pagi itu, walaupun
dalam keadaan org yg sangat ramai & berasak2, tetapi dengan bantuan
Ikhlas dari perempuan pakistan tadi semuanya menjadi mudah. Dia
mendukung Nuha Safiya & menyuruh aku untuk bersolat di Raudhah,
tetapi aku agak bimbang, jauh di dalam hati terdetik bimbang dia
melarikan Nuha Safiya, bagaimana ?? Bukan bersangka buruk tetapi hanya
meletakkan sedikit rasa curiga. Lagipun jika terjadi apa2 bagaimana
untuk aku mengenalpasti perempuan Pakistan tadi kerana dia bertudung
litup, hanya menampakkan 2 biji mata. Tetapi melihat kesungguhan dia
menyuruh aku untuk bersolat 2 rakaat & mendinding aku dari di rempuh
oleh jemaah2 arab yg lain maka aku sepenuhnya berserah kepada Allah,
mudah2n Allah melindungiku & anakku Nuha Safiya daripada sebarang
kejahatan manusia. Alhamdulillah selesai solat 2 rakaat & berdoa,
maka aku keluar dari Raudhah bersama perempuan Pakistan tadi. Dalam hati
terasa bersalah kerana sedikit berprasangka terhadapnya. Jauh juga kami
menapak untuk ke Raudhah, budak perempuan Pakistan td berumur 25 tahun,
namanya Salma. Katanya aku seorang yg baik & ikhlas, sebab tu dia
tidak teragak2 untuk membantuku. Sepanjang hampir 2 jam bersama banyak
perkara yg aku tahu mengenai dirinya. Sebelum berpisah aku menghulurkan
sedikit wang kepadanya tanda terima kasih, pada mulanya dia enggan
menerima, kerana ikhlas katanya. Tetapi aku tahu dia dalam keadaan
terdesak. Akhirnya dia mengambil pemberian ikhlas aku & terus
berlalu.
Abi sedang check in, kami lepak2 sambil menikmati welcome drink yg di sediakn
Sekitar
jam 8.00 pagi aku melihat dari jauh hubby telah tercegat di tiang
masjid tempat yg sepatutnya kami bertemu pada jam 7 pg. Kelihatan mundar
mandir, Mungkin kerisauan tentang kami 2 beranak agaknya yang tidak
muncul2
dr td. hihihihi setelah itu aku menceritakan kpd hubby ape yg telah berlaku sebentar td dan juga mengenai perempuan pakistan yang aku temui semasa di dlm masjid. Kemudian kami
terus ke Hotel untuk bersarapan pagi. Agak meriah sarapan pagi di Hotel
Jewar Al-saqifah. Selesai bersarapan kami naik ke tingkat atas &
mengemas semula bagasi kami untuk berpindah ke Hotel Dallah Taibah.
Alhamdulillah kami dibenarkan check in di Dallah Taibah pada bile2 masa
shj. Sekitar jam 10 am kami masuk ke bilik yang sepatutnya.
Alhamdulillah lebih dekat dengan masjid & lebih selesa.
Selepas beberapa minit kami masuk ke bilik ada staff hotel yg datang menghantarkan buah untuk kami. dahla dapat check in awal, pastu dpt buah pulak Hmm not bad. Syukran Jazilan :)
Bilik kami, ade 3 katil padahal kami amik yg ade 2 katil jek, entah mcmne dpt 3 katil, bagus jugak dpt extra katil percuma. Rezeki jgn di tolak, musuh jgn di cari
No bilik kami selama 6D5N kt Madinah
Jemaah yang berpusu-pusu dari serata dunia memeriahkan suasana ibadah di masjidil nabawi
Makan tengah hari pertama di restaurant bersebelahan Masjid Bilal bin Rabah & Pasar Kurma, satu hidangan 10 riyal. cukup untuk kami 3 beranak makan. Portion yg besar.
Selesai solat Zuhur kami berpusing mencari kedai arab untuk membeli nasi, agak jauh juga kami menapak sampai ke masjid Bilal bin Rabah. Kemudian kami dibantu oleh seorang Sheikh berbangsa arab dengan menunjukkan Restauran nasi arab kepada kami, jauh jugak dia membawa kami sehingga betul2 sampai di hadapan kedai. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, ditemukan dengan org yang baik2. Suatu permulaan yg sungguh membahagiakan di bumi Madinah Al-Munawarah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.
Gate 25
Dari gate 25 tadi terus masuk ke pintu masjid untuk perempuan. Hari2 aku melalui pintu masjid ni. Dekat je, 2 minit dr Hotel kami. Cuaca tika ni sgt nyaman...
Pintu masuk ke Masjid dari Hotel Dallah Taibah bernombor 25. Pintu inilah yang kami gunakan setiap kali memasuki Masjidil Nabawi setiap kali tiba waktu solat. Cuaca di bumi Madinah ketika kami sampai adalah sangat nyaman iaitu sekitar 20 - 23 darjah celcius. Padahal 2 hari sebelum kami tiba suhu di Madinah sekitar 30-34 darjah celcius. Maklumat itu kami dapati dari salah seorang jemaah yg telah hampir seminggu di Madinah. Sehari sebelum kami tiba, hujan lebat telah membasahi bumi Madinah, Syukur Alhamdulillah, kedatangan kami di sambut dengan hujan Rahmat oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar permohonan hambanya.
Hotel Dallah Taibah dari pandangan sisi, di bawah nya adalah kedai2, sgt mudah untuk membeli ape shj untuk keperluan harian, di bahagian hadapan hotel pula terdapat beberapa Cafe yang menjual nasi Biryani & kedai runcit. Setiap hari kami membeli nasi Biryani/Bukhari/kebab di situ untuk lunch/dinner.
Kubah Hijau, dibawahnya adalah Kawasan Raudhah & makam Baginda Nabi Muhammad SAW serta 2 sahabat akrab baginda iaitu Umar alkhattab & Abu Bakar Assiddiq
Suasana dalam Masjid Nabawi, senibina yang hampir sama dengan sebuah masjid pada zaman kegemilangan Andalusia "Mezquita de cordoba" tetapi kini telah menjadi gereja.
Islam itu indah, islam mengajar umatnya berkasih sayang & saling hormat menghormati antara satu sama lain, tetapi apabila kite melihat kepada umat islam hari ini, kita pasti keliru, kerana akhlak-nya tidak menggambarkan keindahan Islam yg sebenar yang di bawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang mulia.
"Sesungguhnya Aku di utuskan untuk menyempurnakan
Akhlak yang mulia"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan