Selasa, 17 Mac 2015

Bila Nuha Rindu Abi !

"Ibuuu.... Abi mana ?"
"Abi Work.."
"Ibuuuu.... Abi mana ?"
"Abi work..."
"Hurmm..Uha nak kut Abi..."
"Abi workla syg, mana boleh ikut"

Selalu bile aku cakap "Abi work" dia just ok je, tapi kali ni lain pula reaksi-nya, mungkin dia da mula terasa lama sangat abi dia xde. Sejak dua tahun ni paling lama my hubby Outstation hanyalah 3D2N je, tak pernah lagi sampai seminggu. Bile dia dengar je enjin kereta sayup2 depan pagar, cepat2 dia berlari ke tingkap depan, untuk mengintai, ingatkan abi dah balik agaknya. Sian kakak :,( ... Kadang2 dia berangan sorang2 pastu dia bagitau " "Ibuuu... abi dah sampailaa.." Aku pun terasa juga bile hubby xde, nk tido malam pun tak lena, bukan sebab ape, tapi sebab risau duduk 2 beranak je. Selalu otw balik kerja aku rajin menyinggah belikan sate willy or nasi arabica di seksyen 7 tp bile hubby xde ni nak bli makanan pun rasa tak seronok, mana best makan sorang2, nak masak lagilah malas, walaupun seharian tak makan nasi lagi. Tiba2 rasa kenyang je, Cukup je dgn 2 keping roti dan segelas air milo. Mmg tak syak lagi, blh turun 1kg sehari cara ni. Mmg berkesan sungguh...

Boleh dikatakan hampir setiap petang my hubby yg akan pick up kakak dari Taska dan bawak kakak bershopping ke kedai runcit berhampiran Taska Taman Harmoni. Aku selalu cakap kt hubby, jgnla asyik bawak g ke kedai runcit setiap ptg, nnt dah jadi rutin plak, asal petang nak pergi kedai bli aiskrimla, beli gula2 la... Hmm.... Bile kt rumah pulak, diorang dua beranak tu suke main sorok2 belakang pintu or bawah meja. Dah macam bestfriend da dua beranak tu. Aku ni sekadar tukang masak & kemas rumah je, klu aku xde pun, happy je dua beranak tu agaknya... Huuuwaaaaa....

Tadi petang aku sampai kt Taska lebih kurang jam 6.20pm. Aku park belakang pokok, tujuannye aku nk usha ape yg si kakak buat. Mmg acap kali aku intai dia petang2. Saje nk tengok keadaan dia bersosial dgn kawan2 kt taska tu. Selalu kakak happy je main gelongsor or main buaian, tapi petang tadi ibu tengok kakak seperti dilanda syndrom kemurungan. Macam kucing mati anak, muka sedih je duduk kt bangku simen di luar taska tu. Lebih 2 minit ibu mengintip kakak, pastu dah tak sampai hati nk tengok kakak dengan muka yang bermuram durja tu. Terus ibu buka pintu & panggil "Kakak". Bile dah nampak ibu datang, adalah sedikit keceriaan singgah pada raut wajah anakanda kasayangan ibu ni.

Abiiiiii cepatla balik, sian kakak ni. Hari2 intai abi kt depan tingkap. Ibu pun  turut terasa sedih bile anak ibu sedih. Sob...sob....sob....