5 bulan yang berlalu terasa sekejap saja. Pejam celik pejam celik... eh dah 5 month. Alhamdulillah semuanya baik2 saja. Hanya kepenatan jika berjalan terlalu lama & kadang2 juga mengalami kejang kaki sewaktu tidur. Selebihnya selera makan pun ok. So dipendek-kan cerita semuanya ok. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas segala kemudahan & kelapangan hati yang diberikan ... :)
Sejak dari 18 minggu aku sudah mula notice ada pergerakkan perlahan seperti sesuatu yang lembut bergerak2 didalam perut, Seronok juga rasanya, macam rama2 terbang perlahan gitu. Tapi sejak dah nak masuk 21 weeks ni pergerakan baby semakin terasa kuat & sangat aktif. Waktu sekitar 4am to 6am adalah waktu yang sangat aktif, aku sering kali terjaga lantaran tidak selesa dengan kedudukan perut yang kadang kala terasa berat sebelah. Tapi bila dah sekitar jam 7am ke atas langsung takde pergerakan, mungkin sikecik sudah lena diulit mimpi.
Ada baiknya juga bila baby aktif sekitar awal pagi. Memandangkan aku tak boleh tidur so terpaksalah aku bangun & membuka beberapa lembaran Al-quran untuk dibaca, kadangkala melakukan solat tahajjud. Itulah namanya hikmah. Mula2 tu memanglah terasa sedikit letih kerana terjaga terlalu awal tapi lama kelamaan aku sudah mulai terbiasa bangun seawal jam 4am dan tidur sekitar jam 9pm. Hubby pun kadang2 terikut waktu tidur aku, coz pagi2 dah bising semacam. Saja je, nak suruh hubby pun bangun sekali hihihi...
Aku membuat check up di Klinik Kesihatan Semenyih di Bandar Teknologi Kajang. Sebulan sekali kena bertapa beberapa jam kat situ. Pernah juga ke Klinik swasta seperti di Britania Kajang yang tepi SILK highway tu, service yang diberikan sangat memuaskan hati. Last month kami pergi scan baby untuk melihat perkembangan janin samada normal atau sebaliknya. Alhamdulillah semuanya sempurna & tiada apa yang perlu dirisaukan. Pada setiap doa & sujudku, aku mohon dijauhkan dari segala kecacatan fizikal & mental untuk anak yang dikandung. Moga Allah memakbulkan segala doa... Ameen Ya Robbal A'alamin.
Beberapa hari yang lalu aku ada buat ujian menggunakan Soda Bicarbonate untuk menentukan Gender Janin di dalam kandungan. Melalui ujian ringkas tu aku dapati, baby ni adalah..... Gegirl ... Yang penting anak ibu sihat tubuh badan, sempurna kejadian & cukup sifat. Moga2 bila sudah besar nanti menjadi wanita yang solehah & mengembirakan hati Ibu & abi serta bahagia dunia & akhirat. Mungkin next month aku plan nk ke Britania sekali lagi untuk memastikan gender baby secara lebih tepat. Tujuan-nya hanya satu, mudah untuk membeli barang2 baby. Kalau gegirl boleh beli baju pompuan sikit2 topup yang Nuha Safiya punya. Kalau Boboy kenela elakkan color pink. Ade2 saja kan... padahal baby tu bukan kisah pun, ibu dia saja yang terlebih fikir. hihihii..
Oklaa nak g cari makanan la sat. Padahal tadi pagi dah makan nasi, roti, bubur kacang & secawan susu Hmm xsempat jam 1 perut dah mintak diisi lagi. Bulattttt jugalah aku nnt. Masih berbaki 4 bulan ni... wawawawa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan