Ahad, 1 Julai 2018

Trip Bandung Day 5 :: Selamat Jalan Bandung, CU again :)






Harini adalah hari last kami di Bandung, Flight kami kul 1pm bertolak pulang ke Kuala Lumpur, Alhamdulillah Allah mudahkan sungguh perjalanan kmi sekeluarga selama di Bandung, semua-nya berjalan seperti di rancang. Duit rupiah pun ada banyak lebih lagi tu, padahal makan pun banyak juga. Beli baju anak2 pun boleh tahan juga. Magic ke ape ni duit terlebih pule. hihihihi.





Memandangkan ada duit terlebih  dekat 3 juta rupiah maka aku dan2 tu decide nak g beli baju adik kat Cascade sebelum bertolak pulang. Lepas breakfast di Hotel aku & Nuha terus jalan kaki ke Heritage, Mall pun tak bukak lagi time tu coz baru jam 8.45 pagi, maka menunggulah kami dua beranak depan pintu Mall tu sementara dibuka pada jam 9 pagi. 

Dalam nak cepat2 tu sempatlah juga aku capai baju2 yang difikirkan murah & cantik. hihihi... Cepat pulak bershopping, kalau tidak mau makan berejam nak pilih baju. Tak lama tu hubby & baby pun datang juga, tadi hubby kata tak nak datang alih2 muncul juga kelibat dia. Katanya tak boleh biar aku sensorang bukan takut hilang ke ape, tapi dia takut aku lupa diri coz kul 11pagi dah kene ada di Airport. hamboii2... mulut u yunk mmg takde penapis klu nak mengata yea... 





Menunggu Grab di Lobby Hotel untuk ke Airport.

Tepat jam 11.30 pagi kami semua dah selamat sampai di Airport & siap cx in luggage. Elok je lepas cx in luggage tu aku terdengar announcement, Malindo Air delay. Lebih kurang sejam juga delaynya. Huh... angin je, kalau tau nak delay takdelah aku terkejar-kejar tadi. Tapi takdelah lama mana pun delaynya.  Ada hati nak sambung shopping lagi tu... Hihihi





Maka berakhirlah cuti kitorang di Bandung untuk bulan May ni. Mohla kita pulang ke Malaysia pula. Sambung cerita yang cuba dilupakan buat beberapa hari tu.Bestnya kalau setiap hari tu adalah Holiday kan. Berangan jelaa kerjanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan