Sabtu, 30 Jun 2018

Trip Bandung Day 4 :: Farmhouse & Floating Market Lembang

Mulakan hari dengan sarapan pagi di Hotel seperti biasa. Topup energy dulu sebelum memulakan perjalanan. Hidangan yang di sediakan oleh Hotel ni memang sangat2 puas hati, macam2 jenis makanan ada. Nasi padang pun juga ada selain mee goreng, bihun & western food. kanak2 pun makan free je. 

Tempat tujuan kami pada hari ini adalah ke Farmhouse & juga Floating Market di Daerah Lembang. Jarak dari Kota Bandung adalah sekitar 50km. Agak jauh juga sebenarnya, kire macam dari Putrajaya nak ke Genting gitu kot. Kami masih menggunakan khidmat Grab Car. Bayaran yang dikenakan adalah sekitar 40k (RM13) untuk sebuah kereta sehala. Tempoh masa perjalanan hampir sejam. Cuaca di Lembang lebih dingin & nyaman, jadi baby Faz lebih selesa. 

Persinggahan pertama kami adalah di Farmhouse. Macam2 juga ada di Farmhouse ni, bolehla untuk lawatan bersama family & anak2 kecil. Harga untuk masuk kalau tak silap 25k seorang & setiap tiket boleh dapat free satu cup susu segar. Ada 3 pilihan susu segar iaitu Original, Coklat & Strawbery.  Jom kita layan gambar jela yea. 


Suka sangatlah tu dapat makan. Dia punya nak makan tu mcm 3 hari tak makan tapi bila dah ada makanan cinonet je makannya. Tak sampai beberapa jam bising pulak lapar. aaiiishh budak ni.


Harini makan nasi padang sikit. 


Bigboss sudah full, kenyang perut suka hatilah yea.


Abg Macho berstokin pink... hihihi...


 Nak kemana kita ni ?


 Kunci mangga berapa puluh ribu entah, nanti roboh jugak pagar tu.


 View di sekitar farmhouse. Ala2 di Netherland gitu... tapi ofcoz lah kat Netherland lagi best hihihii :) 


Mini Zoo & Taman2, cantik juga tempat ni untuk bergambar kenangan bersama keluarga.


Paling meriah & best adalah aktiviti kat kambing biri-biri ni. 






Ok Done Farmhause, kami amik masa lebih kurang 2 jam kat dalam ni, kemudian menunggu grab car untuk ke Floating Market pula. Jarak antara Farmhouse dan floating market tu dekat je lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta. Tambang grab dalam 10k.


Floating Market




Untuk masuk ke floating market ni ada bayaran juga dikenakan sebanyak 20k seorang. Jika di Farmhouse setiap tiket dapat satu cawan susu segar, kat sini pula dapat air juga. Macam2 perisa ada, boleh pilih. Kira harga tiket & juga Free air secawan. Untuk pembelian disini semuanya menggunakan token FM yang perlu ditukar. Ada kaunter Token disekitar situ. Tapi pastikan hanya tukar jumlah yang korang nak guna saja yea, sebab lebihan token tu tak boleh ditebus balik kalau tak habis guna.





Pisang cheese yang viral sangat tu, sedaplah juga berbanding pisang cheese di sini, mungkin bancuhan tepung tu lain sikit. sekelip mata dah habis. hihihi. Harga makanan di sini boleh tahan juga. Kami just makan ringan2 saja. Tak ade keinginan sangat nak makan.


Haiii baby dah bangun, seronoknya dia tido sambil kene tolak dalam stroller. Senang kerja ibu bila adik baik2 camni. 







Tempat makan yang disediakan


Di sini pun ada mini zoo


Nak masuk ke sini pula ada bayaran lain yea, jadi kami decide tak nak masuk, coz bukan ada ape just bangunan2 buatan ala2 di Europe gitu. 



View yang agak cantik dari atas ni. 


Rumah hiasan ni pun cantik2 untuk yang gemar bergambar.


Budak kecik yang seronok sangatla tu, berlari situ sini. 



Ada cerita sikit masa kami nak balik dari Floating Market ke Kota Bandung. Semua grabcar tak available masa tu. Puas menunggu lebih sejam tapi tak dapat2 grab. Hmm last skali kami menapak keluar dari FM tu menuju ke jalan utama untuk amik public transport. Dari FM  nak ke jalan besar lebih kurang 300m gitu. Public transport yang ada adalah "Angkutan Kota" Van yang naik ramai2 tu. Tambang murah je 10k seorang. Tapi Adeehh bersesak jugaklah kami dalam van yang takde aircond ditambah lagi dengan macam2 penumpang yang naik turun sepanjang perjalanan nak ke Bandung. Walaupun mula2 rasa macam Ya Allah, tapi lama tu, rasa best pula naik public transport camtu, ala2 backpakers sejati gitu, barulah rasa travel kt indon. hahahaha... 

Nak jadi cerita ada sorang budak pompuan indon yang tegur kami. Katanya kenapa tak ambik grab, lebih selesa. Tapi aku bagitau dia yang kami dah tunggu lebih sejam tapi takde grab yg nak amik. jadi kami naiklah angkutan. Punyelah baik budak pompuan tu, dia tolong tempahkan grab untuk kami masa sampai kat station bas setiabudi. HP aku dah habis beteri Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami sekeluarga. 



Inilah grab yang kami naik dari setiabudi hingga ke Hotel. Kadang2 setiap perkara yang terjadi tu sebenarnya Allah nak ajar kite sesuatu, Banyak aku belajar dari budak perempuan yang nampak ala2 hiphop tu tapi punyai hati yang ikhlas untuk membantu tanpa minta ape2 bayaran. 

Bak kata pepatah, Orang berbudi kita berbahasa, jadinya sebelum kami berpisah aku sempat menyelitkan 50k ke sakunya sebagai tanda terima kasih. 

Hidup ini adalah sebuah perjalanan yang tak pernah berakhir hinggalah kite kembali kepada Allah. Mudah2n Allah mudahkan perjalanan hidupku ini hingga ke akhirnya.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan