Jumaat, 10 Ogos 2018

Kawasaki Z650 Juga Menjadi Pilihan Hati

Sebelum membuat decision untuk amik Z650 tu banyak juga sportbike & touring bike yang disenaraikan dalam list tapi setelah membuat timbang tara kewangan & juga maintenace kos maka z650 telah menjadi pilihan yang paling tepat & ideal untuk my hubby sebagai biker yang baru berjinak dengan sportbike CC besar ni. 

Berbulan jugalah buat survey motor & test drive, yerla bukan mudah nak buat pelaburan. Kalau duit masuk macam air insyaAllah bolehlah tukar sebulan sekali kalau rasa tak berkenan dihati. Hidup ni adalah sebuah pilihan, kita adalah mastermind bagi seluruh kehidupan kita. Apa yang terjadi adalah segalanya adalah akibat tangan2 kita sendiri. Jadi bertawakkal kepada Allah setelah sesuatu pilihan terbaik telah dibuat. Mudah2n DIA memudahkan semuanya untuk diri kita. InsyaAllah. 


Antara showroom yang kami pergi untuk tengok sportbike adalah di Naza World. Best juga pusing2 tengok motor ni, cuci mata jela. Sambil2 tu duk tengok juga kereta rekon kat dalam tu. Alang2 hubby duk layan motor aku g usha alphard & vellfire la sat. huhuhu... Best juga kalau dapat sebijik ni, lapang sikit anak2 nak tido & nak jalan jauh pun best ni. Berangan jela dulu yea. Takpe kita simpan dulu angan2 tu kat tepi. 

Niat nak buat Haji pun belum tertunai lagi ni. Tabung ayam asyik kene pecah je, bila nak cukup dana kat Tabung Haji tu. Adeehh... kene mula fikirkan saving untuk dana Hajj pula lepas ni. Moga Allah permudahkan Ameen.



Dua beranak yang syok layan minat masing2, ibu hobi amik gambar je.


Nampak macam cantik, harga pun catik juga tu, Nak jaga pun bukan mudah2, banyak mintak perhatian ni nnt. Tengok jela dulu yea 


Haaaa Suzuki GS750 pula, macam cantik harga pun da terlebih bajet tu. 



Alahai cantiknya motor ni. Masa ke pameran motor di MAEP. Bayaran masuk RM25 utk dewasa. Layan jela. 




Tua2 nanti okla kot, tapi muka macam askar Jepun tak berapa sesuai ride motor camni, huhuhu 



 Haaa yang ni pun lawa, nasib baik tak jadi beli yang ni, laju macam pelesit ni. Harga boleh dikatakan murah untuk kategori enjin 900cc, Tapi bahaya juga laju2 sangat, bukan nak ke mana pun kan, just nak buat pergi kerje je pun. 
So simpan tepi dululah. Nanti dah 3, 4 tahun pakai Z650 bolehlah nak hapgred yang ni, ayat manis paling berkesan... hihihi



Mohla kita balik, dah penat da pusing2. Pinggang pun dah kejung rasanya.


 Layan Abi & anak2 jalan sambil tengok motor.



Yang ni pun cantik, lebih kurang macam Z650. enjin sama tapi dia buat jadi scrambler. Exzos lain skit.



Akhirnya Z650 juga menjadi pilihan hati setelah beberapa bulan membuat survey harga & pilihan jentera mana yang terbaik. Alhamdulillah z650 memang pilihan jentera  yang terbaik. Setakat ni dah hampir 2 bulan pakai, memang tip top kata hubby. Dah cukup laju z650 ni untuk new rider, kalau amik Z900 tu xtaulah camne katanya. Haa tau pun. Aku dah cakap Z900 tu laju sangat, Z650 dah cukup dah tu. Nasib baik dengar juga nasihat kalau tak dah haru nak tukar motor pulak. huhuhu...

Plate SYA tu area Sabah punye. Sandakan kalau tak silap. Sebab nak samakan dengan nama Tuan motor iaitu Mr Shafie. So aku tolonglah tempahkan plate SYA 3616. No 3616 tu pula sempena no service hubby. So kire perfect sungguh hadiah bestday kali ni. 

Jagalah motor tu elok2 sampai bila2 yea. Jangan lupa tujuan asal motor tu adalah untuk commute ke tempat kerja bukan buat perkara lain. semoga bermanfaat dunia & akhirat.

Sempena menyambut Happy Anniversary kami yang ke-10 pada tahun 2018 ni banyak perkara2 baik & bermanfaat telah dirancang untuk keluarga. Mudah2n dipermudahkan semuanya. Ameen. 

Kite doa yang baik2, kita harap yang baik2, kita fikir yang baik2, InsyaAllah kita dapat yang baik2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan