Covid19 nampaknya belum berakhir, tahun 2020 akan menjadi satu kenangan paling kuat dalam ingatan seluruh manusia, Most people dipaksa untuk duduk dirumah kerana ber-PKP & PKPB hampir berbulan-bulan lamanya. Aduhaaii dahlah aku ni memang 24hr-7week duduk rumah je, sekali kena PKP ni weekend pun tak boleh nak ke-mana2.
Pada awal October 2020 yang lalu kami sekeluarga buat tour ke Pantai Timur & juga ke Utara Semenanjung Malaysia. Trip kali ni agak mengejut, sebab hubby inform beberapa hari je dari tarikh nak bertolak. Actually hubby ade kerja di Kem Gong Kedak selama 4D3N. So tempat pengiapan yang disediakan untuk kami sekeluarga adalah di Tok Aman Bali Resort Pasir Putih Kelantan. So berkampunglah kami beberapa hari kat sini, Anak2lah yang paling seronok sebab kat Resort ni ada pool yang agak besar untuk diorang berendam.
Kami bertolak pada 8 october 2020 pada jam 10am. Aku memberi cadangan untuk kami berhenti makan tengah-hari di Temerloh. Tiba-tiba datang rasa nak makan pais talapia & patin tempoyak pulak, besar pulak nafsu makan aku ni sejak 2 menjak ni, hihihihi nasib baik my hubby sporting, muhahaha...
Anggaran kul 1 tengah hari kami sampai di Restauran Gobang Temerloh. Kami melalui jalan Karak lama, tak lalu Highway Pantai Timur. Hubby pun bawak kete slow & steady je, yerla bukan nak rushing kemana-mana pun, kita santai2 jela kan hihihi. Sepanjang-panjang perjalanan duk berborak macam2 hal, cerita2 lama semua keluar.
Anak2 awal2 lagi dah buat taik mata. Biasalah budak2, asal naik je kete, mulalah nak tido. Sebelum nak tido tu pakat menjerit2 dulu, sorang bising sempit, sorang nak tido berbaring macam tido atas katil..aiiisshh... macam2 hal. Bila dah kena sergah baru nak diam semua. haiiilaaa anak
Dah merata-rata tempat kami singgah seharian ni, dah naik mual rasanya menempuh perjalanan hampir 13 jam memangku baby Umar. Ya Allah nak patah tangan rasanya, dahlah bukan boleh duduk diam, letak dalam car seat menjerit-jerit sampai ke sudah tak nak duduk, akhirnya kena pangku juga baru diam & lena.
Sekitar jam 11pm baru kami selamat tiba di Tok Aman Bali Resort. Masuk2 bilik, perkara pertama aku buat adalah cek cadar & bantal. Tengok2 cadar kotor, bantal pulak ade bekas gincu, entah tukar ke tidak cadar ni, terus aku ke kaunter depan mintak tukar, paling sakit hati dia kata, malam2 dah takde house keeping, so aku mintak je cadar & sarung bantal & tukar sendiri. Panas je rasa... tapi sebab dah keletihan seharian jadi nafsu nak bising terlebih tu agak kurang.
OK
Sambung Next episod kisah kami di berkampung Tok Aman Bali..