Khamis, 3 Jun 2021

Belajar Kuat

Kesendirian itu tidak selamanya menjadi perkara yang buruk buat dirimu, kerana kesendirian itu akan menjadikan hatimu  semakin kuat secara perlahan-lahan. Jiwamu akan menjadi cekal secara sendiri, tidak peduli lagi tentang kebergantungan kepada orang lain. Maka berterima kasihlah kepada sebuah kesepian & kesendirian, kerana ia banyak mendidikmu menjadi manusia yang KENDIRI.. !!!

Lama tidak menulis, rasanya banyak cerita untuk dikongsikan tapi keterbatasan waktu membuatkan semuanya menjadi tertangguh. Alhamdulillah pada tahun 2021 ini aku dikurniakan lagi seorang cahaya mata perempuan yang sungguh sempurna. Semoga amanah Allah swt ini mampu di didik dengan bersyariat & menjadi hamba-NYA yang bertaqwa. InsyaAllah. 

Setiap kali bersalin & melalui tempoh berpantang, perkara yang paling aku rindu adalah kehadiran seorang ibu yang aku kasihi iaitu arwah ummi. Sejak daripada melahirkan anak 1st hinggalah anak yang ke 4, semuanya berpantang sendiri, kerana arwah ummi telah pergi lebih awal dari itu, seawal tahun pertama penikahanku. Aku terima & tempuhi apa saja, dalam serba kelemahan ini, aku gagahkan jua semuannya sendiri. 

Suamilah manusia yang paling banyak memainkan peranan dengan menyediakan keperluan & menjaga anak2 dalam tempoh seminggu ataupun paling lama 2 minggu. Selepas itu sila urus diri & anak2 sendiri. Lama-kelamaan aku sudah terbiasa, itu semua menjadikan aku semakin kuat.  Walaupun dulu pernah sekali aku hilang kawalan emosi, dek jolokan nafsu yang mendesak. Apakan daya kita semua hanyalah insan naif yang penuh bernafsu. Astarfirullahal'azim.

Sesekali bila terkenangkan nasib diri, terasa juga sebak di hati, tapi kekuatan yang terkumpul sekian lama menjadikan hatiku semakin 0 dari segala harapan & kebergantungan kepada sesiapa. Aku sedikit pun tidak peduli tentang kecaknaan orang lain terhadapku.  Apa saja yang ada, Alhamdulillah bagiku. Berharap kepada manusia membuatkan kita semakin lemas & lelah, kerana manusia juga perlukan perhatian. Aku telah lama berhenti mengharapkan perhatian. Sejak perginya arwah umi dari hidupku, sejak detik itu aku mengerti bahawa hidup ini perlu dihadapi sendiri & aku perlu Belajar untuk Kuat ! 

Sungguh pun begitu, DIA tidak pernah meninggalkan aku sendiri, dalam kesepian & kesendirian itu DIA selalu bersamaku. Terima kasih Tuhan, kerana setiap kali hatiku berasa berduka, engkau selalu ada bersamaku & menyusun semua takdirku dengan indah & penuh makna untukku jalani. Aku sering berfikir, apakah yang akan terjadi kepada diriku pada esok hari & hari2 yang mendatang. Apakah takdir itu semakin berat untukku lalui ataupun ada sinar pelangi yang mewarnai setiap laluan kehidupanku meniti detik usia ini. 

Sesungguhnya ada bait doa yang selalu aku panjatkan pada setiap sujudku kepada-NYA. Sesungguh hati aku mengharapan agar Tuhanku kabulkan permintaanku. Walau-apapun yang berlaku, tiadalah perkara yang lebih aku sukai selain mendapati bahawa Tuhan-ku sentiasa Redha kepadaku.