Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Kareem :: Ingatan-ku di Bulan Ramadhan !

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua insan di mukabumi Allah ini. Ramadhan membawa barakah kepada seluruh alam bukan hanya kepada umat islam tetapi kepada semua makhluk di bumi ini. Maka marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini.


Bila Ramadhan tiba hati teringatkan arwah Umi & Abi yg telah pergi kehadrat Ilahi. Arwah umi telah pergi pada 07 Oktober 2009 (bersamaan 16 syawal), manakala selepas 6 tahun berlalu arwah Abi pula menyusul pada 29 April 2015 yg lalu. Masih terngiang di telingaku ini, saat abi meniti hari2 terakhir dalam hidupnya Abi kerap kali bertanya "berapa lama lagi nk puasa ni ?" dia seolah2 sangat berhajat sekiranya Ramadhan sempat di temui pada tahun itu. Tetapi kehendak Allah lebih mendahului. Sebulan lebih sebelum kedatangan Ramadhan Abi telah kembali kepada Tuhan pencipta alam. Bertapa aku sangat terkesan dengan ketiadaan kedua ibu bapa yg aku kasihi pada usia yg agak muda. Bertapa hidup ini terasa teramat sunyi & kosong tanpa mereka. Walaupun aku sudah mempunyai keluarga, aku sudah punyai anak, aku juga punyai seorang suami yg baik & sentiasa sabar melayan kerenahKU tetapi hati tetap merindui telinga seorang ibu untuk ku-ceritakan segala jerih perih hidup yg aku lalui, hati tetap rindukan raut wajah seorang ayah bila mana setiap kali melihat-ku pulang ke kampung. 

Pada Ramadhan sebelumnya ketika aku & keluarga dalam perjalanan  pulang ke kampung untuk menyambut 1 syawal. Pada Ramadhan terakhir itu, Arwah abi menunggu kepulangan-ku di beranda sehingga senja, beberapa kali dia bertanya kepada adik-ku, pukul berapa aku akan sampai. Cerita itu membuatkan aku semakin sedar, walau kekadang sifat ayah yg kelihatan hanya bersahaja melihat anaknya pulang, tetapi jauh di sudut hati, mereka sangat bahagia menanti kepulangan anak yg di kasihi. Wahai anak2 yg masih punyai ibu & ayah, pulanglah bertemu mereka, bahagiakanlah mereka seperti mana kau ingin membahagiakan anak2-mu. Kerana hidup ini tiada maknanya tanpa kedua umi & abi.

Terimbau ingatanku setahun yang lalu, Ketika arwah Abi sedang tenat melawan cancer paru-paru tahap 4, Tahap 4, yer aku tekankan sekali lagi cancer Tahap 4 hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya. Tetapi Aku pada ketika itu terpaksa ke Jepun kerana beberapa bulan sebelum itu, aku telah menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke Jepun, Abi juga telah maklum tentang percutianku itu. Tetapi tiada pula suara2 sumbang yg kedengaran lantaran pergi bercuti saat abi sedang bertarung antara hidup & mati. Jika tika itu abi menyuruh aku tidak pergi ke Jepun, Nescaya akan aku canclekan semua tiket penerbangan & hotel. Tetapi aku pegi juga kerana Abi menyuruh aku pergi.

Mungkin naluri seorang ayah dapat meneka kegundahan hati anak kesayangannya, Tiba2 saja arwah abi menelefonku pada petang itu, ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari kerja, dia bertanya bila aku akan berangkat ke Jepun dan berapa lama ? lantas arwah abi berpesan supaya aku tidak membatalkan tiket penerbangan itu. Tidak perlu risau tentang-nya, katanya, "Kite duduk kt mana2 pun di muka bumi ni, kite boleh berdoa kan, klu Allah nak amik nyawa Abi, mung duduk sebeloh pun abi mati jugok, Tiket beli semua doh kan, pergilah, Klu mg dok g Jepun tu sebab abi, Mintok maaf banyak, mung jangan balik jumpe abi, ramai doh org tunggu Abi ni, Umi pun ada sokmo sebeloh ni (umi : merujuk kepada mak tiri aku) Jadi mg dok soh nk susoh hatilaa" Aku hanya diam mendengar dengan teliti kata-kata abi ketika tu, tanpa aku sedar satu persatu air mataku menitis laju di pipi. Bertapa kasihnya seorang ayah yg sentiasa ingin membahagiakan anaknya. Tidak pernah sekalipun abi merungut mahupun bersikap kurang senang jika aku jarang2 sekali menjenguknya kerana dia tahu yg anaknya ini mempunyai tugas & beban kerja ketika itu, & yang lebih dari itu dia tidak ingin meletakkan anaknya ini dalam dilemma kehidupan semata-mata demi memuaskan tuntutan naluri-nya. Dia sering menipu untuk membuatkan aku merasa sedikit aman, walau hakikatnya dia sangat inginkan aku menguruskan dia di saat2 akhir kehidupannya. Sebuah pengorbanan yang tidak terbayar walau seisi dunia.

Aku anak kesayangannya, anak perempuan tunggal yg sangat rapat dengannya, Aku lebih rapat dengan arwah abi berbanding umi. Apa sahaja yg aku minta pasti sedaya mungkin ditunaikan-nya. Tetapi bile aku sudah berumah tangga, Arwah abi selalu berpesan "Nk buat ape2 mintok izin suami dulu, nak beli ape2 tanya suami dulu, jgn buat macam kite zaman bujang dulu, ikut suke nk g mana, ikut suka nk beli ape, kene hormat ke tok laki macam kite hormat ke mok ayoh kite"

Sikap Umi & Abi seperti sama sahaja. Tidak pernah mereka memaksa atau jauh sekali meletakkan aku dalam dilema memikirkan antara diri sendiri & mereka. Klu aku bagitahu mereka yang aku ingin  pulang kampung, arwah abi lah yg terlebih dahulu membebel di telefon "Nok balik wat menda lg, raya haritu kan balik doh, nak balik naik kereta tu bukan isi air, klu mg ade kerje nk balik xpela, klu kata nak balik sebab nk mari tengok umi ke, nk tengok abi ke, dok payoh balik acap kali sangatlah..." itulah yg seringkali abi katakan setiap kali jika aku ingin pulang ke kampung. Mereka sangat menyayangi anaknya tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami, bimbang jika suamiku terasa terbeban melayan kerenah isteri yg sentiasa ingin pulang ke kampung untuk bertemu umi & abi, sampai begitu sekali mereka menjaga-ku. Sebuah kehilangan yang tidak dapat aku ungkapkan, Yang pasti hari2 yg aku lalui hanya semata2 demi seorang anak yg aku doakan semoga menjadi manusia yg berguna. Secara peribadi, hidup-ku kini terasa kosong, sebuah kekosongan yg tidak dapat di penuhi. 

Apepun semuanya telah berlalu pergi, kini aku lalui hidup tanpa mereka lagi. Aku hairan melihat gelagat manusia yg tanpa segan silu membuat pelbagai kenyataan, memaksa untuk di fahami tetapi tidak pernah sedikit pun ingin memahami. Aku janggal hidup dalam lingkungan org2 yg sangat mementingkan diri sendiri. Aku telah  terbiasa di didik untuk memikirkan org lain mendahului diriku sendiri, tetapi kadang2 aku sedar sikap yg di pupuk arwah umi & Abi tu sangat berat untuk aku contohi. Hidup dalam sebuah masyarakat yg sngt pentingkan diri sendiri membuatkan kesabaranku semakin hilang & terhakis. Aku tidak mampu menjadi sekuat arwah umi & abi. Maafkan anakanda-mu ini kerana terlalu dhaif dalam meniti hidup yg penuh kerakusan.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan mengembirakan Umi & abi di alam sana. Semoga Allah merahmati segala susah payah Umi & Abi selama mendidik kami. Ya Allah rahmatilah mereka berdua & kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil-ku hingga aku menjelang dewasa. Ampunilah mereka ya Allah, jangan kerana keburukan sikap & akhlak-ku engkau menyiksa mereka, Sesungguhnya mereka adalah insan terbaik yg banyak mengajarkanku tentang Islam & Iman. Tempatkanlah mereka sebaik-baik tempat kembali di sisi mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbal'alamin. Ameeen ....



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan