Mencari Ketenangan Hati adalah suatu yang amat sukar untuk ditemui. Sekalipun mempunyai harta yang banyak serta kemewahan dunia yang tiada bandingan. Tapi itu semua tidak menjamin kebahagiaan & ketenangan di lubuk hati seorang insan kerdil.
Sesekali aku termenung sendiri, memikirkan tentang sebuah kehidupan yang telah aku lakarkan. Apekah bentuk yang telah aku corakkan disepanjang rentangan masa lalu-ku. Adakah aku sedang merosakkan lakaran kehidupanku dengan menconteng segala benda hitam pada-nya. Ataukah aku sangat berhati-hati dalam mencorakkan kehidupanku ? hanya aku shj yang tahu dengan pengetahuan yang sebenar. Sedangkan Allah memerhati tanpa sedikitpun terleka akan setiap sesuatu. Sedangkan aku pula lalai tentang dosa-dosa masa silam-ku. Tanpa aku sedar, aku telah jauh tersasar dari jalan kebenaran. Ya Allah... berilah aku masa untuk memperbaiki segala kesilapan masa lalu-ku. Berilah aku cukup waktu untuk menebus segala kekhilafan itu.
Banyak perkara yang aku lalui menjadikan aku semakin faham tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. Kalau dulu aku sering mencari di mana kepuasan hidup yang hakiki. Adakah dengan memiliki & menguasai sesuatu ? Adakah dengan mencari redha manusia tanpa mempedulikan Redha Allah ? Adakah dengan mencari keseronokan & menikmati apa sahaja yang mendamaikan. Berhujung minggu di Hotel2 bertaraf 5 bintang ? Menikmati makanan yang paling sedap dari serata ceruk kedai & restauran ternama dengan bayaran yg mahal ? Atau melancong kemana-mana untuk mendapatkan ketenangan... ? Tidak... jawapan-nya bukan semua itu sahabatku. Semuanya itu adalah khayalan. Semua itu adalah dusta & pembohong. Itu Hanyalah bayangan yang membuai jiwa untuk sementara waktu. Tapi ketenangan & kebahagiaan tidak jua aku temui.
Ketenangan & kebahagiaan itu sebenarnya adalah dekat. Ia ada pada jiwa yg bersih, ia akan hadir pada hati yang mencari keredhaan Tuhan-nya. Carilah Redha Allah, berusahalah untuk menemui jalan menuju Tuhan kerana di situ terletak-nya sebuah ketenangan. Tapi ingatlah, sejak langkah pertama kamu menuju Tuhan-mu, maka di situlah bermula-nya 1001 dugaan & cabaran yang akan membuatkan kamu letih & putus asa. Kuatkanlah tekad-mu. Bersabarlah, berdoalah mudah2n kamu selamat hingga ke akhirnya.
Sekalipun manusia melihat-mu tidak punya apa-apa, tapi sebenarnya kamu-lah pemilik kebahagiaan itu. Bergembiralah jika kamu dapat merasainya kerana di situlah permulaan kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yg akan dilimpahi Rahmat & kasih sayang Allah. Sebuah jiwa yang berjalan menuju Tuhan-NYA dengan penuh kebahagiaan. Demi Allah, erti ketenangan itu terlalu sukar untuk di ungkapkan. Cuma jiwa yg pernah merasainya shj tahu, bertapa indahnya sebuah ketenangan jiwa itu.
Jika perasaan Cinta Dunia itu ada, bererti kamu belum dapat menikmati Cinta Allah. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu kamu perlu menanggalkan Kecintaan pada dunia secara beransur-ansur & memenuhi jiwa-mu dgn kencintaan kepada Yang Maha Esa... & bermula detik itu nikmatilah erti kebahagiaan & ketenangan yang akan hadir secara berperingkat ke lubuk hatimu.
Demi Allah Ia tersangatlah indah. Sepertinya kamu berada di sebuah taman bunga yang luas saujana mata memandang, manakala bunga-bunga sedang mekar berkembang pelbagai jenis & warna dengan bau-bauan yang sungguh harum. Melihat kumbang2 yang menghisap madu pada kelopak bunga. Dalam suasana cuaca yang begitu nyaman. Tidak sejuk & tidak pula kehangatan. Dengan keadaan langit yang membiru, melihat anak2 berlari keriangan tanpa sedikitpun perasaan risau menerpa padanya. Menghirup udara segar dengan bau rerumput menghijau. SubhanaAllah
Ya Allah.. Ya Latif fuya Kafiy ya hafiy zu ya Syafiy...
Ya Karimu Antallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan