Ramai orang suka pergi melancong ke-mana sahaja. Ada yang menjadikan aktiviti melancong itu sebagai Hobi. Namun apekah kita sedar bahawa melancong itu boleh menjadi Ibadah sekiranya kite memasang niat yang betul ketika ingin keluar melihat Negeri mahupun Negara lain. Berniat untuk menyaksikan kehebatan ciptaan Allah, mudah-mudahan dengan melihatnya dengan mata & kepala sendiri kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur.
Islam adalah agama dan cara hidup terbaik yang ada
di dalam dunia ini. Islam sangat menitikberatkan ilmu dan pengetahuan hanya dengan dengan keluar dari tempat
tinggal kita untuk berjalan dan melancong ke tempat lain dapat menambahkan Ilmu & memantapkan mental kita sebagai hamba Allah.
Sesuai dengan maksud ayat 137 dari Surah Al Imran iaitu:
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul–rasul)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan