Walaupun
aku sedikit sibuk dengan urusan Business & juga pekerjaan hakiki
sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, tapi aku cuba luangkan sedikit
masa untuk mencoretkan sesuatu kt blog ni untuk kenang-kenangan. Suatu masa nnt once aku dah tak ade my doter mungkin nk tau segala kisah
perjalanan hidup ibu dia yg terlalu energetik & penuh dengan segala macam cabaran ni. Namun hidup ini cukup membahagiakan bagi aku. Syukur Alhamdulillah
kerana di beri kesempatan untuk hidup bersama insan2 yang begitu istimewa
& juga diberi kelebihan rezeki untuk meneroka alam ciptaan Tuhan
yang indah ini.
Ok jom aku sambung cerita jalan2 di kuching minggu lepas. Kami habiskan masa beberapa hari di kuching dengan aktiviti pusing2 kt bandar kuching je, selebihnya lepak kt hotel. Coz cuti2 kali ni pun bukan ada agenda apepun, sekadar nak jejakkan kaki ke tempat baru & melihat suasana budaya serta merehatkan fikiran sambil mencari idea baru. Hidup ni nk kene santai je, xperlu nk terlalu ekstrem dengan ape2 hal sgt, yang penting kita bahagia.
aktiviti petang dimulakan dengan bergambar di Tugu Kuching, dah sampai ke Bandar Kuching haruslah bergambar kt situ kan. seterusnya kitorang jalan2 je menelusuri jalan2 & menikmati suasana di bandar kuching. Sedang duk jalan2 tu hubby terserempak pulak dengan kawan dia, bersembang sat than sambung jalan-jalan 3 beranak lg.
Malam tu Kitorang dinner di Barok Village, nak ke cafe ni kene naik sampan ke seberang. Tambang sampan cume RM1 je. Nak beli kt lapis pun area situ jugak, berderet kedai kek lapis kt situ, kedai kek lapis Dayang Salhah paling hujung skali, jauh sikit kene menapak. Betul2 belakang masjid.
Suasana dalam kedai seperti konsep Bali skit, Cuma bangunan cafe ni sedikit usang, mungkin kerana diperbuat daripada buluh.
Di My Village Barok Lodge kami order Tomyam seafood, umai ikan, kupang bakar, sup tulang & juga telur dadar, Total damage RM55, umai ikan paling best bagi aku, yg lain2 tu biasa2 jek. Makan kt Suraya Seafood bangi lg menyengat. Sebelum dinner tu kami jalan2 pusing ke kedai kek lapis dulu, singgah 2, 3 kedai test makan sekeping dua. Rasa macam lebih kurang je semua. Agaknya lidah dah pening kot, banyak jenis sangat test. hihihi.. tapi tak beli pun lg kek nya. saje jek singgah tengok2 dulu.
Lepas makan kami kembali naik sampan untuk balik ke Hotel di seberang sungai sana. menapak dalam 200m untuk sampai ke Pullman Hotel nun di atas bukit. mengah jugaklaa mendaki jalan yg agak berbukit tu. Maka habis 1 hari kami meneroka Bandar Kuching.
Perkara paling tak best masa kitorang stay kt Pullman Hotel adalah "Swimming Pool under maintenance" Sebulan dah tutup katanya, adooiii baru je nk lepak main air, skali closed pun under maintenance. Mmg silap percaturan betul laa. Nasib baik hotel tu mcm best jugak, coz bangunan dia attached dengan Mall, so boleh turun lift je terus masuk Mall. Walaupun biasa2 jek kedai2 dalam tu, tapi mudahlah untuk dapatkan makanan, tak perlu nk menapak jauh2.
Perkara paling tak best masa kitorang stay kt Pullman Hotel adalah "Swimming Pool under maintenance" Sebulan dah tutup katanya, adooiii baru je nk lepak main air, skali closed pun under maintenance. Mmg silap percaturan betul laa. Nasib baik hotel tu mcm best jugak, coz bangunan dia attached dengan Mall, so boleh turun lift je terus masuk Mall. Walaupun biasa2 jek kedai2 dalam tu, tapi mudahlah untuk dapatkan makanan, tak perlu nk menapak jauh2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan