Isnin, 10 Disember 2018

Turkey Trip Part 2 :: Topkapi Palace Must Visit



Seawal 7.00 pagi kami telah bersiap-siap untuk ke Hagia Sophia, konon-nya untuk menaikkan dron di sekitar Sultanahmet Square, tapi sayangnya kawasan itu adalah kawasan larangan dron. Apabila dron di naikkan lebih 10m ke udara, semua signal hilang & dron statik di situ tidak dapat dikawal. 

Aku agak kecewa sebenarnya, beberapa kali juga aku membuat percubaan untuk fly tapi masih gagal kerana signal interfere, tidak lama kemudian tiba sebuah kereta peronda polis & salah seorang anggota memberi isyarat tangan kepada kami, ini adalah kawasan larangan dron. Pelik juga camne tiba-tiba je polis boleh sampai. Mungkin dia detect dari CCTV sekitar tu agaknya. Dengan perasaan hampa, terpaksalah aku turunkan tanpa sempat shooting video yang ohsem di sekitar Sultanahmet square. 



Selepas bergambar sekeping dua kami kemudian terus kembali ke hotel. Itinerary kami pagi ni adalah ke Topkapi Palace & juga Archaeology Museum kemudian tengahari ke Spice Bazar/Grand Bazar & seterusnya ke Taksim square untuk jalan2 sepanjang Istiklal Street yang famous tu, Jika berkesempatan mungkin singgah sebentar di Galata Tower itupun kalau tak ramai orang. 



Deretan kedai makan & juga desert. Hafiz Muztafa 1864 juga terdapat di situ. Harga dessert mahupun lokum boleh tahan mahal juga di HM 1864 tapi kualiti insyaAllah lebih baik dari kedai2 biasa, kerana semua-nya dibuat sendiri setiap hari. Kata org memang sesuailah dengan harga dia. Kami sempat juga mencuba Turkish delight Hafiz Mustafa yang berada di cawangan Taksim square. InsyaAllah akan diceritakan pada entry akan datang. 

Selain HM 1864 ada beberapa lagi kedai dessert yang best & recommanded antara yang paling terbaik adalah Karakoy Gulluoglu tidak berapa jauh dari station Tramvay Karakoy. Kebetulan masa kitorang lepak di situ, President Turkey Toyyib Erdogan juga datang untuk minum tengah hari mungkin, penuh satu kedai dengan polis pengiring & juga pegawai2 atasan. So memang tidak dinafikan kualiti turkish delight di sini memang terbaik & harganya pula lebih murah berbanding HM 1864. Antara yang aku suka adalah Sobiyet, rasa lemak manis bercampur kacang pistacio membuatkan aku rasa ingin kembali lagi ke Istanbul jika diizinkan Allah. 

Untuk yang mencari kek yang sedap boleh ke Haci Bekir Turkish Delight, aku just singgah tengok2 je, tak beli pun coz dah banyak sangat makan manisan, lagipun harga dia adalah paling mahal dlm banyak2 kedai yang aku sebutkan tu. Di HM 1864 pun ade kek juga & harga macam secret resipi kt sini jer. Rasa pun sedap juga.  

Selain tu, Turkish delight di Zeytunaoglu pun ok juga, harga lebih murah berbanding HM 1864 & kualiti lebih kurang sama, yang penting tidak terlalu manis. Banyak juga kami memborong kt sini untuk buah tangan saudara mara & juga untuk hubby punye officemate. Cookies dia memang terbaik, kat kedai dia je ade jual, klu singgah jangan lupe beli cookies tu, sedap. Cawangan yang kami singgah tu di Serkeci bahagian belakang HM 1864. Dekat area Fatih pun ada juga cawangan dia. Bolehla waze. 


Berjalan balik ke Hotel untuk breakfast setelah kecewa tidak dapat shooting view sekitar sultanahmet. Yang dalam mangkuk hijau putih tu adalah desert kacang, manis likat & pekat rasanya. Penggemar tegar manisan mungkin sangat appreaciate akan texture & rasanya. Untuk kami cukuplah cuba sekali. hihihi


Aneka roti disediakan... 


Banyak roti, buah2n, buah zaitun & juga madu serta manisan, Ada juga ayam masak merah (masak cara turkeyla bukan macam Malaysia punye) Aku just makan roti & bijirin. Alhamdulillah kenyang juga.


Madu sarang tu paling win, i love it. 



Kalau makan camni hari2 insyaAllah sihat. Tapi tahan ke ? hihihii


Adik Faz baik betul sepanjang di Turkey, jarang2 je buat perangai. Budak bertuah sungguh anak ibu ni yea.  

Pintu masuk pertama ke Istana Topkapi. Tulisan kaligrafi tu sungguh indah Subhanallah. Ciri2 senibina Islam jelas tergambar pada pintu pertama masuk ke Istana. 


Ok jom kita singkap sedikit fakta sejarah berkenaan Istana ini :- 

Istana Topkapi menjadi tanda kehebatan pemerintahan & penaklukan Islam ke atas Kota Constantinopel. Ia telah di bina oleh Sultan Muhammad Al Fatih setelah berjaya menakluk Turki. Ia juga merupakan peninggalan terbesar kerajaan Turki Uthmani yang mana Istana ini menjadi kediaman rasmi Sultan Uthmaniyah selama lebih 600 tahun. 



Topkapi disebut dengan "Topkapai" palace. Ia berada di kawasan Sultanahmet atau lebih tepat, di belakang Masjid Ayasofia. Harga tiket untuk masuk ke Sini adalah 60TL. Semua harga tiket lawatan ke tempat2 pelancongan telah naik 100%. Mungkin juga disebabkan faktor kejatuhan Turkish Lira. Tetapi dengan sedikit bayaran untuk memasuki sebuah tugu sejarah yang hebat ini memang tidak terasa ruginya. Kehebatan Besar Sejarah Islam bermula di sini, Untuk menjadi sebuah bangsa yang maju & hebat, Sepatutnya seluruh negara umat Islam mencontohi kehebatan pemerintahan khalifah terdahulu. 



Sepanjang perjalanan memasuki Istana Topkapi, kita akan melalui taman2 yang besar dengan kehijauan pokok yang merendang & juga bunga2 mekar di kiri & kanan jalan. Ia seumpama sebuah taman kayangan yang mengelilingi istana yang hebat ini. Dengan cuaca yang nyaman & pepohonan yang merendang, sungguh terasa indahnya menikmati suasana di Taman Istana Topkapi ini. 


kami duduk bersantai seketika di Taman Istana Topkapi ini. Kadang2 bila berada di sesetengah tempat yang sarat dengan peninggalan sejarah seperti ini, aku cuba membayangkan bagaimana keadaan orang2 yang berada di situ suatu ketika dahulu. Adakah mereka juga duduk bersantai di taman sambil memuji kebesaran Allah atau menelaah kitab2 sambil bersandar di batang pokok yang merendang ? atau putera2 raja itu berlatih pedang & belajar menunggang kuda di perkarangan istana, sementara puteri2 mereka diiringi dayang2 bermain di taman sambil bergelak ketawa ? aku cuba merasakan apa selayaknya menjadi seorang manusia yang disanjung dikalangan manusia. Apa yang berlaku pada setiap langkah sultan2 selama lebih 600 tahun memerintah empayar Islam. Mungkin sultan2 yang terkemudian sedikit alpa & lalai dengan kuasa,  Allahuakram, sesungguhnya dia lebih mengetahui. Akhirnya kemegahan & kegemilangan empayar Islam itu lenyap satu persatu, semuanya kembali  bertemu Sang Pemerintah yang kekal abadi.  

Pohon2 yang berusia ratusan tahun ini masih utuh & menjadi saksi, melihat setiap watak manusia di sekelilingnya selama lebih berabad-abad lamanya. Oh Singkatnya hidup ini...


Bangunan ini menempatkan bilik mesyuarat khalifah bersama pembesar2 negara.  

Istana ini sangat besar serta dipenuhi taman2 disetiap penjuru istana. Suatu ketika dahulu Pusat pentadbiran kerajaan Islam berpusat di sini. Seluruh wilayah Islam akan menghantar laporan kepada Khalifah yang berada di Istana Topkapi ini. Sehinggakan semua barang2 penting seperti Jubah Saiditina Fatimah, Jubah & pedang Nabi Muhammad SAW, Pedang2 para sahabat, Tongkat Nabi Musa & banyak lagi, semuanya di simpan di sini. Subhanallah hebatnya Islam suatu ketika dahulu. Seluruh dunia tunduk di bawah pentadbiran-nya. 

Begitu juga yang berlaku di Cordoba Sepanyol. Sejarah Islam begitu gemilang di sana. Kehebatan yang dapat dilihat dari segala peninggalan artifak & juga surat2 yang pernah dihantar oleh Raja2 kepada khalifah cukup membuktikan rasa hormat mereka kepada pemerintahan wilayah Islam. Tapi hari ini, umat islam seperti buih2 dilaut. Banyak tetapi lemah, kerana rakusnya sifat umat islam itu sendiri, kerana kehidupan mereka hanya bertumpu kepada dunia semata-mata sehinggakan Keindahan & kekuatan islam semakin hilang & lebih sedih lagi, Islam seperti suatu ajaran yang terasing & tidak pernah dikenali, sedangkan sejarah beribu2 tahun telah membuktikan Islam menjadikan manusia lebih bertamadun & hebat dari segala segi.

Panjang pula coretan aku kali ni. Jika ada kesempatan melawat negara2 yang sarat dengan sejarah Islam maka fikir2kanlah & renungkanlah. Moga yang sedikit itu mampu memberi cetusan kepada generasi Ummah yang akan datang. 


Bahagian belakang Istana menghadap Selat Bosphorus. Segala aktiviti perkapalan dapat ditinjau dengan jelas dari bahagian atas Istana ini.

 Bahagian daratan di sebelah Selat Bosphorus sana adalah Turkey sebelah Asia. Manakala Istana Topkapi berada di bahagian Turkey sebelah Eropah.





dibawah Kubah tulah Harem, yang mana ditempatkan semua artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW & juga para sahabat. Tiket untuk masuk ke Harem ni sudah termasuk sekali dalam bayaran 60 TL. Jika dulu mereka buat asing2. Entah kenapa sekarang dah disatukan.  


Ok dah habis kitorang pusing satu istana. Semua dah mula lapar & kepenatan. 


Ketika kami berjalan keluar dari perkarangan Istana Topkapi, kami di sapa oleh seorang remaja perempuan Turki dengan bahasa melayu indonesia. Mulanya aku ingatkan mereka ingin menjual barang tapi setelah berborak rupanya mereka hanya ingin berkenalan dengan orang Melayu. Namanya Rumaisya. cantik orangnya, lebih bertambah cantik apabila dia boleh berbahasa melayu dengan baik sekali.

Kami meneruskan langkah ke Museum Archaeology tapi sayangnya Museum itu tutup haritu, jadi terpaksalah kami divert perjalanan terus ke Taksim Square. Kami dimaklumkan terdapat Karnival barangan local Turki sedang berlangsung di Taksim square. Kami keluar melalui Gulhane Park, sempat lepak di situ sekejap sementara menunggu Tramvay ke Kabatas. 

Cerita di Taksim Square bersambung pada entry akan datang. Babai.... 

Stay tune dude !

Goodnite. :)

   







Jumaat, 7 Disember 2018

Turkey Trip Part 1 :: Istanbul Aku Datang

Setelah 7 Jam menghabiskan masa di Jeddah Airport & menikmati servis yang di sediakan di AlFursan lounge maka kami meneruskan perjalanan kami ke Kota Istanbul. Dah tak sabar rasanya nak sampai ke kota yang hebat & penuh sejarah ini, Constantinopel here we come !


Masa ni flight berpusing-pusing tunggu giliran untuk landing, sibuk juga airport Istanbul ni. Lebih kurang di Heathrow Airport juga sibuknya. 


Sarapan pagi lagi dalam Saudi Airline. 


After 1 hr ride Tramvay from airport attaturk to Sultanahmet finally we arrived at Sura Hotel, the best thing is we got early Cx In Alhamdulillah. 


Sedapnya dapat jumpe katil. Baring2 muah..muah.. Mandi then jom yunk kita keluar jalan2. hihihihi   

Kedudukan Hotel sangat dekat ke Tramvay station Sultanahmet, jaraknya kurang 100m. Deretan kedai makan juga banyak di sekitar Hotel, Hagia Sophia & Masjid Sultanahmet lebih kurang 250m saja. Untuk hari pertama kami hanya visit attraction sekitar Sultanahmet. 


Menapak ke Hagia Sophia. Kami beli Museum Passed ticket iaitu 4 museum dengan harga 135TL per adult dalam tempoh 5 hari sekali masuk. Kanak2 below 12 free. Kalau nak masuk Hagia Sophia saja harganya adalah 60TL. So dengan harga tu kami dapat masuk ke Topkapi Palace serta harem, Archaeology Museum & Islamic Museum. Sayangnya Archeology Museum tutup pada hari kami plan nak masuk. Coz dia ada hari2 yang dibuka, lain museum lain operation hour. Jadinya kene tengok jadual setiap museum hari ape dia open & closed. Sudahnya kami hanya pergi ke Topkapi & juga Hagia Sophia saja. huhuhuhu...


Sementara beratur nak beli tiket tu kite makan buah berangan panggang dululah. Boleh tahan panjang juga beratur. lebih kurang 30 minit. Tapi xdelah terasa sangat coz duk layan view sekitar & cuaca pula sejuk. 




 Ayasofia dikala senja


Nuha tak sabar nak beli ais krim, duk berangan macam dalam cerita Istanbul Aku datang tu, skali penjual aiskrim tu just jual je. hihihi kecewa kakak yea. Terus esok tu claim nak beli aiskrim macam dalam cerita Lisa Surihani, tapi tak sempat nak follow, lenkali jela yea kakak. 


Masjid Sultanahmet

Lebih kurang jam 6pm kami meneruskan perjalanan ke Serkeci & Eminonu. Amik angin sambil tinjau2 kawasan. Jetlag memang masih terasa, maklumlah berbelas jam perjalanan nak sampai ke Istanbul. Anak2 semuanya sihat sejahtera. Cuaca pula amat menyenangkan untuk kitorang jalan2. 


Makan malam pertama kitorang adalah di Restauran Kasap Osman Serkeci bersebelahan dengan Hocapasa Camii. Masakan & rasa memang kene dengan selera, walaupun xde nasi kami semua kekenyangan meratah roti & juga daging kambing yang super lembut. 



My hubby amik kofte ke ape entah, yang ni pun sedap juga. 



Kambing grill ni memang betul2 juicy. huh teringat2 rasanya yg sedap tu. Harga sepinggan hidangan ni 45TL. Dengan kualiti makanan & keadaan restaurant is acceptable. Kalau nak kedai yg lebih murah pun ade juga, tapi kami ok je dengan harga tu sebab kedai dia xde jual alcohol. Nak makan pun hati senang. 


Pelbagai jenis kebab ada. yummeh.. 

Sekitar jam 8 malam kami bertolak balik ke Hotel. Dah nak kene berehat nampaknya, walaupun plan asal nak ke Galata Bridge tapi takpelah dah xlarat rasanya, bila perut dah kenyang, perkara paling best adalah ZZZzzZZzZzZZzzz. Esok jela kita sambung jalan2 lagi. 





Khamis, 6 Disember 2018

Turkey Trip :: Transit 7 Jam di Al-Fursan Lounge Jeddah Airport


Penerbangan kami dari KLIA ke Istanbul kali ini menggunakan perkhidmatan Saudi Airline. Alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan layanan & juga makanan yang di sediakan. Selepas 8 jam berada di udara kami akhirnya mendarat di Jeddah Airport untuk transit selama 7 jam sebelum amik flight seterusnya ke Istanbul. Memandangkan keadaan tempat menunggu di Jeddah sangat padat dengan jemaah umrah dari pelbagai pelusuk negara, sehinggakan ada yang duduk & tidur di lantai berjam2. Sementara menunggu flight tiba. Sesiapa yang pernah sampai di Jeddah airport memang boleh bayangkan keadaan-nya macamne.  

Jadinya kami telah merancang untuk masuk ke Lounge Al Fursan & berehat di sana saja. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa adalah SAR126 (Al-Fursan member) & kanak2 50% less, Baby free saja. Servis agak memuaskan kerana banyak makanan & minuman di sediakan. Menu yang disediakan pun agak menarik & memuaskan, tak sempat nak rasa lapar sepanjang 7 jam di sana. Kalau transit lebih 4 jam memang sangat berbaloi masuk ke Lounge, tapi kalau kurang tu macam rugi sikitlah. 


Kami lepak makan ringan2 di KFC KLIA sementara menunggu boarding, layankan saja permintaan anak2. Baby Faz pun happy je nak jalan2 yea. Haritu dah bawak pergi Bandung, kali ni kite travel jauh sikit yer dik, hope adik baik2 saja. 



Jom makan dulu... :))



Travel dengan anak kecil memang banyak kerja sikit, keselesaan anak2 adalah keutamaan, kalau mereka meragam kita pun dah tak happy nak jalan2. So Sebelum take off kita tukar lampin baby siap2.


Aeroplane dah sampai @ 7.20pm time to fly ...


Free gift dari Saudi Airline untuk Nuha, So mewarna jela dia dlm flight pastu dah puas color layan movie pulak ye, seronok tahap gaban. Ibu je tido2 ayam sepanjang penerbangan. Alhamdulillah cuaca sangat elok & flight kami smooth saja di udara selama 8 jam.  


Baby faz pun dapat Free Gift jugak, dah semakin bagus service SA ni.




 Minuman panas pun ada, macam2 jenis coffee & teh disediakan, 
tunggu nak tekan aje. 


soft drink pun banyak pilihan, susu & air mineral Evian, aku angkut air mineral je berbotol-botol.  


Pusing keliling jela kitorang selama 7 jalam dlm ni. Surau pun ada, So bolehla mengaji al-quran ataupun solat sunat sementara menunggu boarding. Keselesaan adalah sangat memuaskan. Toilet & tempat mandi juga di sediakan, cuma keadaan tu kurang memuaskan sebab lantai toilet tu basah je memanjang. Bau & keadaan toilet still acceptable cuma perlu di tambah baik & sediakan selipar toilet bagi memudahkan guest amik wuduk. 


Budak kecik dua orang ni main jela kerja dia, si kakak tu klu makanan tengah banyak dia tak nak makan, Nanti bla makanan dah nak  habis atau dah nak keluar sibuk la dia nak makan itu ini. Ibu is Saboorrr. Tengah2 bermusafir ni memang "Sabor" tu kene bawak lebih sikit lagi2 kalau kita travel bersama anak2. Bermacam2lah ragam & kerenah mereka.



Dah selamat beradu akhirnya ... 


Telur dada berempah


Telur rebus & hot dog


Humus kot...


Sebenarnya banyak lagi ada, Nasi arab, nasi putih, daging masak kurma, tapi aku tak sempat nak amik gambar. Nanti guest kt situ pandang semacam je coz asyik duk snap gambar situ sini, huhuhu... 

Secara ringkasnya, pengalaman lepak di Alfursan Lounge memang sangat berbaloi & jika kami transit lagi di Jeddah Airport insyaAllah boleh stay kt sini lagi.


Kat sini adala sikit video makanan yang sempat aku amik, itupun ketika guest kurang sikit. Bukan senang nak cari peluang untuk shooting video or amik gambar ni. huhuhuhu... 

okla bye-bye... Have a nice Holiday ....

bersambung di entry akan datang .... stay tune !