Setelah 7 Jam menghabiskan masa di Jeddah Airport & menikmati servis yang di sediakan di AlFursan lounge maka kami meneruskan perjalanan kami ke Kota Istanbul. Dah tak sabar rasanya nak sampai ke kota yang hebat & penuh sejarah ini, Constantinopel here we come !
Masa ni flight berpusing-pusing tunggu giliran untuk landing, sibuk juga airport Istanbul ni. Lebih kurang di Heathrow Airport juga sibuknya.
Sarapan pagi lagi dalam Saudi Airline.
After 1 hr ride Tramvay from airport attaturk to Sultanahmet finally we arrived at Sura Hotel, the best thing is we got early Cx In Alhamdulillah.
Sedapnya dapat jumpe katil. Baring2 muah..muah.. Mandi then jom yunk kita keluar jalan2. hihihihi
Kedudukan Hotel sangat dekat ke Tramvay station Sultanahmet, jaraknya kurang 100m. Deretan kedai makan juga banyak di sekitar Hotel, Hagia Sophia & Masjid Sultanahmet lebih kurang 250m saja. Untuk hari pertama kami hanya visit attraction sekitar Sultanahmet.
Menapak ke Hagia Sophia. Kami beli Museum Passed ticket iaitu 4 museum dengan harga 135TL per adult dalam tempoh 5 hari sekali masuk. Kanak2 below 12 free. Kalau nak masuk Hagia Sophia saja harganya adalah 60TL. So dengan harga tu kami dapat masuk ke Topkapi Palace serta harem, Archaeology Museum & Islamic Museum. Sayangnya Archeology Museum tutup pada hari kami plan nak masuk. Coz dia ada hari2 yang dibuka, lain museum lain operation hour. Jadinya kene tengok jadual setiap museum hari ape dia open & closed. Sudahnya kami hanya pergi ke Topkapi & juga Hagia Sophia saja. huhuhuhu...
Sementara beratur nak beli tiket tu kite makan buah berangan panggang dululah. Boleh tahan panjang juga beratur. lebih kurang 30 minit. Tapi xdelah terasa sangat coz duk layan view sekitar & cuaca pula sejuk.
Ayasofia dikala senja
Nuha tak sabar nak beli ais krim, duk berangan macam dalam cerita Istanbul Aku datang tu, skali penjual aiskrim tu just jual je. hihihi kecewa kakak yea. Terus esok tu claim nak beli aiskrim macam dalam cerita Lisa Surihani, tapi tak sempat nak follow, lenkali jela yea kakak.
Masjid Sultanahmet
Lebih kurang jam 6pm kami meneruskan perjalanan ke Serkeci & Eminonu. Amik angin sambil tinjau2 kawasan. Jetlag memang masih terasa, maklumlah berbelas jam perjalanan nak sampai ke Istanbul. Anak2 semuanya sihat sejahtera. Cuaca pula amat menyenangkan untuk kitorang jalan2.
Makan malam pertama kitorang adalah di Restauran Kasap Osman Serkeci bersebelahan dengan Hocapasa Camii. Masakan & rasa memang kene dengan selera, walaupun xde nasi kami semua kekenyangan meratah roti & juga daging kambing yang super lembut.
My hubby amik kofte ke ape entah, yang ni pun sedap juga.
Kambing grill ni memang betul2 juicy. huh teringat2 rasanya yg sedap tu. Harga sepinggan hidangan ni 45TL. Dengan kualiti makanan & keadaan restaurant is acceptable. Kalau nak kedai yg lebih murah pun ade juga, tapi kami ok je dengan harga tu sebab kedai dia xde jual alcohol. Nak makan pun hati senang.
Pelbagai jenis kebab ada. yummeh..
Sekitar jam 8 malam kami bertolak balik ke Hotel. Dah nak kene berehat nampaknya, walaupun plan asal nak ke Galata Bridge tapi takpelah dah xlarat rasanya, bila perut dah kenyang, perkara paling best adalah ZZZzzZZzZzZZzzz. Esok jela kita sambung jalan2 lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan