Seawal 7.00 pagi kami telah bersiap-siap untuk ke Hagia Sophia, konon-nya untuk menaikkan dron di sekitar Sultanahmet Square, tapi sayangnya kawasan itu adalah kawasan larangan dron. Apabila dron di naikkan lebih 10m ke udara, semua signal hilang & dron statik di situ tidak dapat dikawal.
Aku agak kecewa sebenarnya, beberapa kali juga aku membuat percubaan untuk fly tapi masih gagal kerana signal interfere, tidak lama kemudian tiba sebuah kereta peronda polis & salah seorang anggota memberi isyarat tangan kepada kami, ini adalah kawasan larangan dron. Pelik juga camne tiba-tiba je polis boleh sampai. Mungkin dia detect dari CCTV sekitar tu agaknya. Dengan perasaan hampa, terpaksalah aku turunkan tanpa sempat shooting video yang ohsem di sekitar Sultanahmet square.
Selepas bergambar sekeping dua kami kemudian terus kembali ke hotel. Itinerary kami pagi ni adalah ke Topkapi Palace & juga Archaeology Museum kemudian tengahari ke Spice Bazar/Grand Bazar & seterusnya ke Taksim square untuk jalan2 sepanjang Istiklal Street yang famous tu, Jika berkesempatan mungkin singgah sebentar di Galata Tower itupun kalau tak ramai orang.
Deretan kedai makan & juga desert. Hafiz Muztafa 1864 juga terdapat di situ. Harga dessert mahupun lokum boleh tahan mahal juga di HM 1864 tapi kualiti insyaAllah lebih baik dari kedai2 biasa, kerana semua-nya dibuat sendiri setiap hari. Kata org memang sesuailah dengan harga dia. Kami sempat juga mencuba Turkish delight Hafiz Mustafa yang berada di cawangan Taksim square. InsyaAllah akan diceritakan pada entry akan datang.
Selain HM 1864 ada beberapa lagi kedai dessert yang best & recommanded antara yang paling terbaik adalah Karakoy Gulluoglu tidak berapa jauh dari station Tramvay Karakoy. Kebetulan masa kitorang lepak di situ, President Turkey Toyyib Erdogan juga datang untuk minum tengah hari mungkin, penuh satu kedai dengan polis pengiring & juga pegawai2 atasan. So memang tidak dinafikan kualiti turkish delight di sini memang terbaik & harganya pula lebih murah berbanding HM 1864. Antara yang aku suka adalah Sobiyet, rasa lemak manis bercampur kacang pistacio membuatkan aku rasa ingin kembali lagi ke Istanbul jika diizinkan Allah.
Untuk yang mencari kek yang sedap boleh ke Haci Bekir Turkish Delight, aku just singgah tengok2 je, tak beli pun coz dah banyak sangat makan manisan, lagipun harga dia adalah paling mahal dlm banyak2 kedai yang aku sebutkan tu. Di HM 1864 pun ade kek juga & harga macam secret resipi kt sini jer. Rasa pun sedap juga.
Selain tu, Turkish delight di Zeytunaoglu pun ok juga, harga lebih murah berbanding HM 1864 & kualiti lebih kurang sama, yang penting tidak terlalu manis. Banyak juga kami memborong kt sini untuk buah tangan saudara mara & juga untuk hubby punye officemate. Cookies dia memang terbaik, kat kedai dia je ade jual, klu singgah jangan lupe beli cookies tu, sedap. Cawangan yang kami singgah tu di Serkeci bahagian belakang HM 1864. Dekat area Fatih pun ada juga cawangan dia. Bolehla waze.
Berjalan balik ke Hotel untuk breakfast setelah kecewa tidak dapat shooting view sekitar sultanahmet. Yang dalam mangkuk hijau putih tu adalah desert kacang, manis likat & pekat rasanya. Penggemar tegar manisan mungkin sangat appreaciate akan texture & rasanya. Untuk kami cukuplah cuba sekali. hihihi
Aneka roti disediakan...
Banyak roti, buah2n, buah zaitun & juga madu serta manisan, Ada juga ayam masak merah (masak cara turkeyla bukan macam Malaysia punye) Aku just makan roti & bijirin. Alhamdulillah kenyang juga.
Madu sarang tu paling win, i love it.
Kalau makan camni hari2 insyaAllah sihat. Tapi tahan ke ? hihihii
Adik Faz baik betul sepanjang di Turkey, jarang2 je buat perangai. Budak bertuah sungguh anak ibu ni yea.
Pintu masuk pertama ke Istana Topkapi. Tulisan kaligrafi tu sungguh indah Subhanallah. Ciri2 senibina Islam jelas tergambar pada pintu pertama masuk ke Istana.
Ok jom kita singkap sedikit fakta sejarah berkenaan Istana ini :-
Topkapi disebut dengan "Topkapai" palace. Ia berada di kawasan Sultanahmet atau lebih tepat, di belakang Masjid Ayasofia. Harga tiket untuk masuk ke Sini adalah 60TL. Semua harga tiket lawatan ke tempat2 pelancongan telah naik 100%. Mungkin juga disebabkan faktor kejatuhan Turkish Lira. Tetapi dengan sedikit bayaran untuk memasuki sebuah tugu sejarah yang hebat ini memang tidak terasa ruginya. Kehebatan Besar Sejarah Islam bermula di sini, Untuk menjadi sebuah bangsa yang maju & hebat, Sepatutnya seluruh negara umat Islam mencontohi kehebatan pemerintahan khalifah terdahulu.
Sepanjang perjalanan memasuki Istana Topkapi, kita akan melalui taman2 yang besar dengan kehijauan pokok yang merendang & juga bunga2 mekar di kiri & kanan jalan. Ia seumpama sebuah taman kayangan yang mengelilingi istana yang hebat ini. Dengan cuaca yang nyaman & pepohonan yang merendang, sungguh terasa indahnya menikmati suasana di Taman Istana Topkapi ini.
kami duduk bersantai seketika di Taman Istana Topkapi ini. Kadang2 bila berada di sesetengah tempat yang sarat dengan peninggalan sejarah seperti ini, aku cuba membayangkan bagaimana keadaan orang2 yang berada di situ suatu ketika dahulu. Adakah mereka juga duduk bersantai di taman sambil memuji kebesaran Allah atau menelaah kitab2 sambil bersandar di batang pokok yang merendang ? atau putera2 raja itu berlatih pedang & belajar menunggang kuda di perkarangan istana, sementara puteri2 mereka diiringi dayang2 bermain di taman sambil bergelak ketawa ? aku cuba merasakan apa selayaknya menjadi seorang manusia yang disanjung dikalangan manusia. Apa yang berlaku pada setiap langkah sultan2 selama lebih 600 tahun memerintah empayar Islam. Mungkin sultan2 yang terkemudian sedikit alpa & lalai dengan kuasa, Allahuakram, sesungguhnya dia lebih mengetahui. Akhirnya kemegahan & kegemilangan empayar Islam itu lenyap satu persatu, semuanya kembali bertemu Sang Pemerintah yang kekal abadi.
Pohon2 yang berusia ratusan tahun ini masih utuh & menjadi saksi, melihat setiap watak manusia di sekelilingnya selama lebih berabad-abad lamanya. Oh Singkatnya hidup ini...
Bangunan ini menempatkan bilik mesyuarat khalifah bersama pembesar2 negara.
Istana ini sangat besar serta dipenuhi taman2 disetiap penjuru istana. Suatu ketika dahulu Pusat pentadbiran kerajaan Islam berpusat di sini. Seluruh wilayah Islam akan menghantar laporan kepada Khalifah yang berada di Istana Topkapi ini. Sehinggakan semua barang2 penting seperti Jubah Saiditina Fatimah, Jubah & pedang Nabi Muhammad SAW, Pedang2 para sahabat, Tongkat Nabi Musa & banyak lagi, semuanya di simpan di sini. Subhanallah hebatnya Islam suatu ketika dahulu. Seluruh dunia tunduk di bawah pentadbiran-nya.
Begitu juga yang berlaku di Cordoba Sepanyol. Sejarah Islam begitu gemilang di sana. Kehebatan yang dapat dilihat dari segala peninggalan artifak & juga surat2 yang pernah dihantar oleh Raja2 kepada khalifah cukup membuktikan rasa hormat mereka kepada pemerintahan wilayah Islam. Tapi hari ini, umat islam seperti buih2 dilaut. Banyak tetapi lemah, kerana rakusnya sifat umat islam itu sendiri, kerana kehidupan mereka hanya bertumpu kepada dunia semata-mata sehinggakan Keindahan & kekuatan islam semakin hilang & lebih sedih lagi, Islam seperti suatu ajaran yang terasing & tidak pernah dikenali, sedangkan sejarah beribu2 tahun telah membuktikan Islam menjadikan manusia lebih bertamadun & hebat dari segala segi.
Panjang pula coretan aku kali ni. Jika ada kesempatan melawat negara2 yang sarat dengan sejarah Islam maka fikir2kanlah & renungkanlah. Moga yang sedikit itu mampu memberi cetusan kepada generasi Ummah yang akan datang.
Bahagian belakang Istana menghadap Selat Bosphorus. Segala aktiviti perkapalan dapat ditinjau dengan jelas dari bahagian atas Istana ini.
Bahagian daratan di sebelah Selat Bosphorus sana adalah Turkey sebelah Asia. Manakala Istana Topkapi berada di bahagian Turkey sebelah Eropah.
dibawah Kubah tulah Harem, yang mana ditempatkan semua artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW & juga para sahabat. Tiket untuk masuk ke Harem ni sudah termasuk sekali dalam bayaran 60 TL. Jika dulu mereka buat asing2. Entah kenapa sekarang dah disatukan.
Ok dah habis kitorang pusing satu istana. Semua dah mula lapar & kepenatan.
Ketika kami berjalan keluar dari perkarangan Istana Topkapi, kami di sapa oleh seorang remaja perempuan Turki dengan bahasa melayu indonesia. Mulanya aku ingatkan mereka ingin menjual barang tapi setelah berborak rupanya mereka hanya ingin berkenalan dengan orang Melayu. Namanya Rumaisya. cantik orangnya, lebih bertambah cantik apabila dia boleh berbahasa melayu dengan baik sekali.
Kami meneruskan langkah ke Museum Archaeology tapi sayangnya Museum itu tutup haritu, jadi terpaksalah kami divert perjalanan terus ke Taksim Square. Kami dimaklumkan terdapat Karnival barangan local Turki sedang berlangsung di Taksim square. Kami keluar melalui Gulhane Park, sempat lepak di situ sekejap sementara menunggu Tramvay ke Kabatas.
Cerita di Taksim Square bersambung pada entry akan datang. Babai....
Stay tune dude !
Goodnite. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan