Khamis, 26 Januari 2012

Akikah & Bercukur Anakanda Nuha

Anak Ibu pada hari ke-7 Menanti utk di cukur kepala..

Aqiqah dalam istilah agama adalah sembelihan untuk anak yang baru lahir sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Oleh sebagian ulama ia disebut dengan nasikah atau dzabihah (sembelihan).
Hukum aqiqah itu sendiri menurut kalangan Syafii dan Hambali adalah sunnah muakkadah. Dasar yang dipakai oleh kalangan Syafii dan Hambali dengan mengatakannya sebagai sesuatu yang sunnah muakkadah adalah hadist Nabi SAW. Yang berbunyi, "Anak tergadai dengan aqiqahnya. Disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (dari hari kelahirannya)". (HR al-Tirmidzi, Hasan Shahih)

Alhamdulillah, segala puji kehadrat Allah SWT atas Rahmat & Rezeki yg diberikan olehnya dapatlah kami menyempurnakan Ibadah Akikah utk anakanda yg di kasihi Nuha Safiya pada hari ke 7 kelahirannya dgn menyembelih seekor Kambing. Mudah2n Allah mempermudahkan segala urusan hidup anakanda Nuha .. Ameen. Segala urusan Akikah di uruskan oleh Ezi Qurban.


Lamb Kabsah 

Untuk bercukur plak kitorang urus sendiri. my hubby  & Tok cik telah kerjekan Bb Nuha pada hari ke-7 tu, so rambut Bb Nuha tu di timbang untuk di dermakan mengikut nilaian emas semasa. Anggaran berat rambut anak ibu ni dlm +/- 150 gram. so mengikut emas semasa skrg harga segram dlm 180/gm. dlm RM270 laa..
aku amik keputusan untuk menjemput sanak saudara & juga sahabat handai terdekat untuk kenduri kesyukuran di samping tu blhla aku gunakan duit rambut Bb td utk menjamu makan tetamu. Mudah2n mendapat keberkatan. 21hb Jan 2012 aku buat sedikit jamuan kt umah aku diTaman sepakat Indah 2, memandang keadaan rumah yg agak terhad aku hanya jemput sanak saudara n beberapa org kawan yg tinggal berdekatan shj. nk ajak reramai kang takut xmuat tempat plak, maklumla rumah aku ni nk masuk sikit punye payah, dgn guard & excess card bagai.. setiap tetamu yg dtg terpaksa menunggu seketika di bawah. yg menjadi mangsa xlain dan x bukan.. my hubby laa.. dia laa kene turun naik utk membuka pintu kt bahagian bawah bile tetamu sampai.. siann abg.. ehehehe.. pengorbanan seorang insan yg baru bergelar Abi, so kenela semangat skit.. ehehehe.. 

 Anak Ibu da bersedia belum ni..?? sat g da xde rambut ..

Bismillah hirrahma nirrohim 

Mate pencukur plak xbape tajam.. adoiii laa cian anak Ibu... 

Part ni mmg Ibu ngeri skit, xsenang duk diam Ibu time ni, risau semacam
takut2 muncung gunting tu terkena kt anak ibu.. aiisshhh ..  

 Alhamdulillah da hampir selesai


Inilah rupe rambut baru adik, huhuhu compang camping skali.. :))

Majlis super simple, sume makanan di tempah, slalu aku masak jugak tp kali ni, almaklum ajelaa, mane larat nk masak2 cek oii dgn luka berjahit yg belum baik lg ni.. issskk.. memudaratkan diriku sendiri nnt.. so dipendekkan cite majlis bermula jam 5 ptg dan berakhir selepas marghib.. Alhamdulillah semua tetamu dpt menikmati makanan.. xsempat nk snap gambar sngt.. sibuk duk melayan tetamu yg dtg.. :)) walaupun simple tetapi meriah.. syukur sume yg dirancang utk Bb Nuha dah selesai dgn jayanye.. 





 Antara Tetamu yg dtg.. Memeriahkan Majlis..



Terima kasih kepada semua yg telah banyak
membantu kami dlm melaksanakan Majlis
sehingga selesai spt di rancang.
semoga Allah membalas jase baik semua
Thanks A Million..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan