Tanggal 12 February 2015 adalah tarikh yang mendukacitakan oleh setiap insan yang pernah mengenali Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada usia 84 tahun beliau telah di panggil menemui sang pencipta yang dirindui-nya sepanjang kehidupan. Segala perbuatan, tindakan dan ucapan beliau hanyalah semata-mata kerana Allah. Berjuta-juta pesanan disampaikan kepada segenap manusia khusunya rakyat Malaysia. Beliau lantang menegur sesiapa sahaja, tidak kira kawan mahupun lawan.
Walaupun aku tidak pernah sekalipun bertentang mata dengan arwah namun pemergiannya membuatkan hatiku begitu tersentuh sekali. Seolah-olah insan yg dipanggil menjemput tuhan itu adalah atokku. Sejak menerima berita itu, hatiku tidak tenteram, terasa ingin sekali aku pergi ke majlis pengemubian beliau. Tapi apekan daya, banyak faktor yg menghalang. Apa yg mampu aku lakukan hanyalah membacakan ayat suci Alquran dan berdoa moga-moga roh arwah mendapat tempat yg mulia disisi Allah.
Aku sejak kecil lagi mengenali arwah sebagai simbol ulama melayu yang ikhlas memperjuangkan islam. Pernah terdetik di hati untuk pergi bertemu beliau, tetapi tidak kesampaian. Allah lebih mengasihi arwah, Dia lebih tahu mana yg terbaik untuk hambanya. Arwah sudah terlalu uzur untuk menempuhi segala kelelahan dunia yang menyakitkan. Arwah sudah terlalu letih untuk mengharungi pancaroba dunia yg penuh dosa ini. Doaku semoga Tuan Guru tenang di sana.
Mudah2n akan lahir dari keturunan & susur galurku seorang hamba yg kuat beriman & tabah mengharungi dugaan dunia yg penuh maksiat ini suatu masa nanti. Mudah2n Allah mnegabulkan doa-ku. Allahumma ameen. Moga kite kembali bertemu di Padang Mahsyar nnt Tuan Guru. Dalam sepotong hadith ada dinyatakan, ketika dipadang mahsyar nanti, semua berjalan segerombolan iaitu berada didalam kumpulan masing2. Dan kite akan secara sendirinya berada bersama-sama dengan org yang kite cintai semasa didunia. jika manusia yg kite cinta & kite puja itu ialah golongan artis, golongan pelaku dosa, maka disana nnt kita akan bersama-sama mereka. Fikirkan dan selamat beramal.
...Al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan