Isnin, 21 September 2015

Episod I : Aidil Adha Lepak di Pulai Spring Resort Johor

Salam Aidil Adha untuk semua kawan2. Rasanya dah berkurun blog ni aku tak update dengan cerita percutian & aktiviti kami sekeluarga. Kekangan masa amat terhad, jika ada masa pun semua full dengan aktiviti jalan2 & lepak di rumah bersama my beloved doter. selama beberapa bulan ni banyak tempat jugak yang dah kitorang jelajah disegala ceruk alam. InsyaAllah jika ade kelapangan nanti aku akan update satu persatu untuk yang nk buat panduan.
 
 

 
Sempena Raya Korban ni, kitorang plan nk g jalan2 ke Pulai Spring Resort Johor. Anak yatim piatu camnilah gayenya, nk balik kampong pun dah xde mood coz 22 belah parent dah xde. So sesekali time2 cuti panjang camnilah kitorang buat aktiviti jalan2 bertiga. Memandangkan aku nk jumpe sorang member yg dah pindah kt JB maka sebab tulah sempena cuti ni aku plan nk ke JB. Sambil2 bercuti & lepak di swimming pool hotel yang besar tu. Perkara pertama yang akan aku tengok bile nk book hotel kt mana2 ialah saiz swimming pool kt hotel itu. coz kami anak beranak ni mmg suke berendam. hihihi
 
 
Hello Kitty Town comel je kan, Nuha mesti suke ni klu dapat pergi kan..
 
 
Kos bilik penginapan di Pulai Spring Resort ni berharga RM350/nite coz consider as peak season (Hari Raya). Tapi kitorang dapat discount sebab my hubby kerja gomen so dapatlah gomen rate. Alhamdulillah settle booking bilik 3H2M. Aktiviti yang akan telah dirancang sepanjang disana adalah, Window Shoping kt JPO (Johor Premium Outlet), Hello Kitty Town, LEGOLAND, Pusing2 Nusajaya tengok new development kt situ, lepak2 cari makan sekitar JB or masuk Singapore klu rajin. Hmm itulah aktiviti yang ada. Plan nak ke LEGOLAND tu masih dalam pertimbangan sebab harga tiket  dia ... adusss dekat 3g pure gold dah lebur kt situ. Ape2 nnt akan diceritakan dalam Episod II