Fakta Hong Kong
Nama Hong Kong bermaksud “pelabuhan yang wangi”, berasal dari bahasa Cina, Heung dan Gong. Nama lengkap Hong Kong adalah Special Administrative Region, atau yang biasa dikenal dengan “Hong Kong SAR”. Kowloon pula membawa erti “Sembilan Naga”’ & kota Lantau bermaksud “Gunung daratan yang besar”
Peak Tram menjadi tram kabel pertama di Asia pada tahun 1888 dan tetap menjadi salah satu rel kabel tertua dan tercuram di dunia. Rata-rata ada 11.000 penumpang Peak tram setiap hari atau lebih dari 4 juta setiap tahun. Transport udara dengan kereta kabel terpanjang di Asia ada di kota Ngong Ping 360. Perjalanan selama 25 minit dari Tung Chung ini memberikan pemandangan pulau Lantau yang menarik.
Percutian singkat kami ke Hong Kong telah di rancang secara adhoc pada awal bulan 9. Itupun gara2 gatal tangan bukak website Airasia yang buat promo untuk route Hong Kong Return RM440/adult & RM350/child. So untuk tahun 2017 ni Mohla kite ke Hong Kong untuk melihat Bandaraya terpadat & antara yang termoden di dunia ni.
Trip kali ni lebih santai & relex saja. Tidak ada travel masuk ke sempadan negara China, lagipun kami dah 2x terjah ke China pada tahun 2012 & juga 2013. So trip Hong Kong ni memang semata-mata nak explore Hong Kong saja. Di samping membawa anak2 melihat dunia luar & mengenali budaya yang berlainan dengan Budaya Melayu. Kami sekarang dah berempat. Anak saudara aku yang berumur 10 tahun sudah tinggal bersama kami sejak 3 bulan yang lalu. So kos Tiket penerbangan, Tempat tinggal, Makan & lain2 semua-nya bertambah. Kata orang lama "Barang sedikit sama di jinjing barang banyak sama diusung"
Penginapan kami selama di HK adalah di area Tsim sha Shui Kowloon iaitu di Mirador Mansion (Pearl Premium Guest House). Dengan 2x katil queen (Family room) bagi 5D4N ia menelan kos RM1100++ dengan saiz bilik hanya muat2 untuk 2 katil, sedikit ruang dan toilet. Kami memilih penginapan di sini kerana ia mendapat rating terbaik di booking.com iaitu 8.2 serta guest review yang rata-rata sangat berpuas hati dengan lokasi & service yang diberikan. Apa yang penting bagi aku, bilik bersih & selesa untuk tidur buat seketika di malam hari.
HK mempunyai taraf hidup yang tinggi. Harga makanan di sana lebih mahal berbanding di Western. Jadi kami sudah sedia maklum mengenai harga yang berlipat kali ganda & telah membuat sedikit persiapan makanan. Sepinggan nasi goreng biasa di HK sekitar 50HKD to 70HKD (RM30 - RM45). So kami decide bawak Brahim's dan sedikit bekalan yang di masak di rumah. Amalan penjimatan mesti sentiasa didahulukan. Lagipun masak sendiri lebih terjamin kebersihan & semestinya halal 100% tanpa was-was. :))
Antara tempat yang menjadi tumpuan persinggahan kami di HK adalah di :-
1. Ocean Park
2. Citygate Outlet
3. The Peak & Sky terrace 428
4. Tsim sha Tsui Promenade
5. Big Bus (Lantau Island)
6. Ride Star Ferry
7. Hong Kong Museum
8. Snoopy garden
9. Causeway bay
10. Ladies Market
Kebanyakkan entrance tiket kami tempah di KLOOK kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding membeli secara online di website mahupun beli secara terus di kaunter. Untuk Transportaion selama di HK kami menggunakan Airport Express Travel Pass yang kami beli secara terus dari website MTR boleh lawati website MTR DISINI untuk harga yang jauh lebih murah. Dengan menggunakan AETP ni kami dapat menggunakan service airport Express untuk 1x & 72hrs Free untuk penggunaan MTR & juga Subway. Memang suit dengan bajet & tempoh percutian kami hanyalah 5D4N. AETP ni juga boleh di topup untuk penggunaan Star Ferry & juga sesetengah perkhidmatan Bus, so cukup dengan kad AETP ni saja, tak perlu Octopus kad lagi. Selain itu, bagi tiket big bus pula, kami dah saip2 beli semasa matta fair yang berlangsung di PWTC haritu. Alhamdulillah jauh lebih murah dari semua website.

Malangnya kami tidak dapat untuk ke Disneyland, memandangkan kekangan masa yang terlalu singkat, jadi kami memilih untuk lebih santai dan tidak tergesa2, point terpenting ialah "Every1 Must Happy" dan kami ingin menikmati bumi HK dengan tenang. Lagipun kami bukan pergi lama sangat hanya 5D4N. So 10 aktiviti itu sudah cukup memadai bagi kami meneroka HK. Di tambah pula dengan keadaan diri-ku yang sudah masuk 22 minggu ni, manala larat nak ke hulu ke Hilir sangat. Entah2 jalan setapak dua dah sakit pinggang segala. Apepun doakan yang baik2 sajala yea. 😊
Insya-Allah cerita penuh akan diupdate sekembalinya kami dari Trip nanti. Bila pergi ? Yang tu kene rahsia, mana boleh nak kasi specific date Bahaya !!! hihihihi.. Nanti kalau dah sampai HK insyaAllah adalah tu ceritanya ... Happy Holiday kepada semua kawan2 juga.
Gerak dulu... byee... 😊😊😊

Tiada ulasan:
Catat Ulasan