Ahad, 29 Oktober 2017

Holiday HK :: KLIA2 Departure & HKIA Arrival

Syukur Alhamdulillah perjalanan singkat kami sekeluarga ke Hong Kong telah selamat pergi dan pulang kembali ke tanahair yang tercinta. Kami bertolak pada 21 okt 2017 hari Sabtu sekitar jam 1.15pm dengan menggunakan penerbangan yang berslogan "Everyone Can Fly".


Naik ERL di Putrajaya Station. RM9.20/adult & RM4.60/child sehala.


Kami tiba di KLIA2 awal 2 jam iaitu sekitar 10.30am. Sempatlah kami solat jama' taqdim & lunch nasi beriani di Food Court KLIA2 coz no food on board. Yerla bukan jauh sangat pun, so makan siap2 sajala senang. 



Awan yang cantik SubhanAllah


Si kecik sibuk mengoder macam2 barangan dalam booklet AA. Order mulut sajalah yea. hihihi



Penerbangan kami berjalan dengan lancar, cuma sedikit delay, 2.30 baru flight take off. Kami selamat mendarat di Hong Kong sekitar jam 7.00pm berbanding jadual asal adalah 5.30pm. Semasa kami tiba di HKIA hari pun sudah gelap. Cuaca lebih kurang saja dengan Malaysia 21 - 29 darjah celsius. 



Inilah rupa Airport Express. Boleh tahan laju & smooth jugakla. Lebih kurang 20 minit kami sampai di Kowloon Station.




Muka budak teruja 1st time naik flight & naik train. 


Airport Shuttle bus di sediakan secara percuma kepada semua pemegang card Airport Express Train.


Salah satu shuttle bus. ada banyak lagi dalam terminal tu. 

Semua-nya berjalan dengan lancar, masa mula2 sampai tu memanglah agak terkial2 melihat bangunan pencakar langit yang bersusun sepanjang jalan. Adatlah tu kan, 1st time sampai ke tempat baru.

Bilik kami berada di tingkat 12. Hanya 2 lift saja yang disediakan, maka terpaksalah kami beratur untuk menunggu lift. almost 20 minit jugak la que. Bersesak dengan manusia tapi selamat aje aku rasa. 

Malam tu semua-nya dah kepenatan so kami tidak kemana2, walaupun jika mengikut jadual kami ke tepi laut untuk melihat Symphony Light. Tapi nampaknya simpan sajalah hasrat tu dulu. Dah xlarat nk menapak, pinggang dah longgar. After salin baju, mandi & makan sedikit bekalan yang di bawa kami terus tido... RECHARGE... Esok banyak lagi nk berjalan. 



Ok Bye See u Tomorrow  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan