Pada 14 Oktober 2017 yang lepas, kami ke Sonovision Kelana Jaya untuk membuat Details Scan baby dalam perut ibu ni. Perasaan ingin tahu tentang keadaan baby yang sudah hampir 22 minggu berada di dalam kandungan membuatkan aku semakin tidak sabar untuk mengetahui perkembangan-nya. Harapan seorang ibu mestilah yang baik-baik belaka kan. Sihat tubuh badan, sempurna kejadian, mempunyai kadar tumbersaran yang stabil & comel macam ibu .. hihihi...
Banyak tempat juga aku survey untuk buat details scan & juga scan 3D/4d/5D/6D ni. Dalam banyak2 tempat akhirnya Sonovision Kelana Jaya yang paling berbaloi rasanya coz diorang ada buat special rate untuk ibu2 yang sudah mencapai usia kandungan 18 minggu - 30 minggu. Details scan selalunya lebih sesuai dilakukan ketika usia kandungan 20w - 25w, masa tu baby masih kecil & semua gambaran akan kelihatan jelas berbanding usia kandungan yang sudah besar. Jika nak tengok muka baby pula ibu2 disarankan membuat scan pada usia kandungan 25w above. Masa ni muka baby dah berlemak sikit, xdelah kurus sangat so nampak muka baby pun comel. Berbaloilah sikit nak bayar mahal pun kan. Tapi kami buat skaligus haritu coz harga yang ditawarkan agak murah iaitu RM180 untuk Details scan,3D/4D & juga HD. Kalau nak lagi clear boleh scan 6D pakai cermin mata hitam tu, nampak muka baby lebih clear gitu. Tapi kami tak buat cukuplah scan HD je, pakej skali.
Apa itu Details scan ?
Details scan ni dilakukan dalam bentuk gambar skrin hitam putih, tujuan ia dilakukan adalah untuk mengesan kecacatan awal pada janin contohnya sumbing, pembesaran terbantut & sebagainya. Antara perkara yang dilihat semasa details scan dilakukan adalah seperti :-
1. Kepala & Otak janin, saiz, ukuran & juga kandungan air didalam otak. semua tu boleh nampak dengan jelas.
2. Tulang belakang, saiz tulang belulang janin dari tangan, peha & juga jari2 kaki & tangan.
3. Profil muka janin, keadaan bibir, hidung, telinga, mulut & mata
4. Dada termasuk diafragma, iaitu bukaan dada janin ketika iainya berkembang & menguncup.
5. Keadaan jantung
6. Abdomen janin termasuk buah pinggan, pundi kencing & perut
7. Jantina janin. Yang ni selalunya paling last dia buat. kasi dab-dib -dub skit...
Melalui details scan yang dibuat pada baby ibu haritu nampaknya Alhamdulillah perkembangan baby normal & stabil. Pembesaran anak ibu ngam-ngam dengan jadual perkembangan janin sihat. Alhamdulillah lega hati ibu mendengarnya.
Hampir 30 minit juga dihabiskan untuk scan details. Nuha safiya bukan main excited nak tengok baby, tapi bile dah tengok baby macam2 pulak mulut dia bertanya yang bukan2. Kenapa baby camtu, camni.. isk..isk..isk... si kecik ni. Masa buat scan HD boleh dia cakap muka baby macam Alien... aku dengan cepat menjawab "yerla baby tu kan masih kecil memanglah nampak camtu, nanti bila baby dah keluar dah besar comel laa dia..." Sonographer pun letih menjawab soalan2 cepu emas Nuha Safiya. Siap dia pulak yang nak jadi sonographer.. eh..eh..eh.. budak kecik cinonet ni... sabor jela.
Masa scan 4D & HD baby asyik tutup muka je. Dua-dua tangan dia letak atas muka. So agak rumit sikitla Sonographer tu nak pujuk dia kasi turunkan tangan dari muka. Payah betul nak ambil gambar baby ni tau, macam2 buat pun still tak boleh nampak muka baby dengan jelas. Ada2 saja gaya-nya... ibu rasa baby ni pemalu macam ibu ni, ibu pun tak suka nak bergambar sangat lainlah abi memang hobi dia interframe hihihiihhi....
This is My 2nd Baby... muahahahaha... Tak sabar nak tunggu tahun depan rasanya.. cepatlah masa berlalu.
Hidung baby nampak macam penyet tapi bila sonographer tu ukur tulang hidung katanya mancung ni hidung baby. sebab tulang hidung dia panjang. ;))
Setelah hampir sejam buat details scan & juga 3D/4D & HD maka kami pun beransur pulang, kasi can ibu2 lain pulak masuk tengok baby diorang. Seronok dapat tengok anak ibu duduk kat dalam. My Hubby pun seronok jugak coz dapat tengok zuriat kecil dia yang akan keluar melihat dunia pada awal tahun hadapan insyaAllah... Doakan yang baik2 saja yea.
So lepas ni dah boleh start beli baju & barang2 baby coz gender baby dah tau.. jeng...jeng...jeng... sukela Nuha Safiya ade geng. Memang dari awal lagi dia nak baby girl. Tak nak baby boy katanya. Kononnya nanti boleh main makeup2 & masak2 dengan dia skali. hihihihi.. macam2 si kecik ni. Ibu harap kakak jadi seorang kakak yang baik & sentiasa ambil berat & jaga adik dengan baik sampai bila2 ok... I love both of u with whole of my heart. Semoga Allah Merahmati !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan