Setiap orang pasti akan ada point2 yang membuatkan mereka gembira & bahagia. Lain org lain rasa & kehendak. Jadi berbalik kepada perkara yang membuatkan aku akan selalu rasa bahagia setiap kali aku melakukannya.
Ada orang puas dengan modified kereta, bila tekan pedal minyak berdesup macam pelesit, ada orang gemar memancing sampai segala ceruk dia tau tempat mana port baik nak mancing. Arwah abi dulu hobi dia memancing, segala jenis joran bersusun kt dinding rumah aku tu. Dah macam kedai joran. Pendek cerita setiap manusia ada "button" gembira. Kadang2 kita sendiri pun tak pasti bagaimana membuatkan hati kita sendiri rasa gembira, puas & tenang. So mulai harini kenali dirimu sendiri sebelum mengenali orang lain.
Kegembiraan bagi jiwa aku ialah apabila aku dapat membuatkan orang2 yang aku sayang berasa gembira. "Orang yang aku sayang" itu adalah subjektif bagi aku, kerana mereka boleh jadi bukan siapa2, bukan kaum keluarga tetapi aku berasa sayang kepada dia atas dasar Ukhwah fillah. Selalunya aku cuba membahagiakan mereka dengan memenuhi permintaan mahupun impian mereka untuk memiliki sesuatu serta membantu mereka yang menghadapi masalah samada dari segi kewangan, mengajarkan mereka ilmu2 perniagaan & juga kata2 nasihat.
Beberapa bulan ni aku sedang berusaha untuk memenuhi harapan my belove hubby untuk membeli sebuah motosikal bagi keperluannya berulang alik kerja setiap hari. Beberapa bulan lepas hubby cakap klu ada duit lebih dia nak beli "dominar 400" keluaran modenas utk daily commute.
Suzuki V-strom 650 😘
Dah lama tak fikir pasal motor, tiba-tiba terus trigger balik memori aku mengenai jentera beroda dua yang versatile seperti Suzuki V-strom 650, Kawasaki Versys 650 ataupun Honda CB500X.
Honda CB500X pun cantik jugak...
Pernah juga fikir nak amik scooter. Tapi hubby ala2 tak berminat je cadangan aku tu. Cantik ape Yamaha X-Max 250 tu.
Honda CB500X pun cantik jugak...
Plannya nak beli cash je, tak nak hutang. kalau dominar 400 tu adalah nampak cahaya sikit nak cash. Tapi alang2 nak beli bike yang CC besar tu better angkat yang elok sikit. Cuma aku tengah fikir camne nak buat untuk menjadikan semua cita2 tu realiti dengan membeli secara Cash. Bestnya kalau daun pokok depan rumah aku bertukar jadi note 100 semuanya. Huhuhuhu...
Berbulu jugakla kepala aku memikirkannya. Kalau boleh nak hubby rasa happy dengan kasi sedikit kejutan kat dia. Tapi tulah bimbang2 nanti aku pulak yang terkejut dulu. Haduhaaiiii.... Jalan tu aku dah nampak cuma biasalah banyak benda yang aku fikirkan. Beli motor besar ni bukan sekali tu je keluar duit. Lagi nak service dia, nak tukar itu ini, nak tambah accessories ABC...D...E...Dah Macam dapat baby pulak lagi sorang nak kene take care.
Kat porch tu dah bersusun baby2 yang belum sempat diberi perhatian lagi. Macam2 penyakit seketul2 tu. Adooiiii... bertabah sajalah. Pelan2 kayuh. Memang silap planning dulu. Tapi skali dah tersalah beli kenela tanggung tiap2 bulan... Uuuuwaaaaaa....
Lepas ni sebelum nak beli ape2 jentera kene fikir maintenance dulu habis2. InsyaAllah jika ada rezeki lebih nanti adalah rezeki hubby. Kira hadiah Bestday hubby untuk tahun 2018 sekaligus juga sebagai hadiah 10 tahun anniversary pada bulan 8 nanti. 😘😘😘
Moga turunlah rezeki untukku dari Langit ... Ameen