Sabtu, 22 Ogos 2020

Restoran Arab Pilihan Kami Di Kuala Lumpur



Setiap kali ke Kuala Lumpur perkara paling kritikal nak decide lepas dah puas pusing ialah lokasi untuk makan. Tempat pilihan kami selalunya sesuai untuk anak2, tempat yang selesa, klu ada small playground lagila bagus. So Ar Rawsha KL selalu menjadi port pilihan kami sekeluarga. Tak tahu berapa puluh kali dah ke situ, order pun rasanya sama je setiap kali visit. Semestinya Lamb madghout, grilled chicken & caramel. Walaupun setiap kali datang, aku akan tengok menu, walaupun aku dah tahu dah nak tempah ape. hahaha... malas nak fikir sebenarnya, so kita order macam biasa. :))

Harga pun rasanya lebih murah dari Saba' & kuantiti lagi banyak, memang puas hati. Bungkus bawak balik adalah satu kemestian sebab tak pernah habis makan pun, banyak sangat. Anak2 pula seronok main playground yang cinonet tu. Dah letih dia main2 baru datang makan, pastu main lagi, Surau pun bersih & besar, senang nak solat. Sebab tulah Ar Rawsha sentiasa menjadi restoran pilihan kami.

Kalau ke IKEA Cheras tu, memang inilah tempat paling dekat nak singgah. Selalunya keluar dari IKEA da petang & dekat nak Maghrib, so terus solat & makan kat sini je.  Sambil tunggu makanan sampai bolehla solat dulu. Tempoh menunggu pun takdelah lama mana. 



Umar Abdul Aziz umur 9 bulan ++. Dah besar dah anak ibu ni, dah pandai merangkak pun dia, sedang elok Takbir malam Raya Aidil Adha 2020 haritu, tiba-tiba je terus pandai merangkak. Mungkin seronok sangat tahu ibu nak aqiqah kan dia kot hihihi. Semoga jadi anak yang baik & hamba Allah yang beriman & bertaqwa yea sayang.


Pemanis mulut ni Mahai sikit RM10 seketul tapi tetap beli juga sebab sedap ... huhuhu, kalau di Saba' baru RM6, tu pun sedap juga. :))


Inilah dish pilihan kami sekeluarga setiap kali singgah kat sini. Lamb Madghout tu RM35 rasanya, grill chicken sekor RM22. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan. Kambing pun banyak. puas hati makan.


Auliya pun dah 2 tahun setengah. Baby girl ibu dah makin comel. Budak yang paling sibuk kalau tengok orang buat kerja, maka dia pun akan join skali. Ringan tulang betul budak kecik ni. Semoga sikap yang baik itu berterusan sampai besar ye diq. 

2 beradik ni time baik, okla. Time dia dah mula nak buat perangai, ya Allah aku rasa nak ikat je 2,2 ni kat railing tangga tu. Bingit telinga menjerit tapi kalau kakak dia takde mulalah duk bertanya 10x seminit, kak ya mana kak ya. hihihihi alahai anak2. 

Itu jela nak share harini. Banyak sangat cerita nak tulis sebenarnya tapi tak berpeluang untuk duduk & mencurah idea, banyak tempat & review tempat2 makan yang best nak di kongsi dengan kawan2, tapi itulah, moga di beri kesempatan & kelapangan masa. Insya Allah sambung lagi nanti. Semoga semua sihat & bahagia selalu. babaiii....

 

Rabu, 19 Ogos 2020

Our Love :: Celebrate Anniversary Kami Yang Ke-12


Alhamdulillah untuk 12 tahun yang penuh bahagia & cerita. Doa-ku semoga masjid yang kita bina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga. Kita hanya seorang manusia yang serba naif, semoga Allah sentiasa menjaga hati & cinta ini hingga hujung nyawa. Walaupun aku tahu terdapat anasir-anasir jahat yang cuba untuk melakukan pelbagai usaha untuk memporak-perandakan hubungan kami tapi Alhamdulillah Allah sentiasa menjaga kami. Semoga kamu yang masih hanyut dalam kekufuran & bertuhankan Syaitan kembali insaf & kembali kejalan yang benar. Hidup ini singkat saja. usahlah panjangkan penderitaan kamu itu hingga ke mahsyar. itu sajalah pesanan ikhlas aku untuk insan yang tanpa rasa bersalah menjadikan syaitan sebagai teman.

Sambutan ulang tahun perkahwinan kami tahun ini di sambut seperti biasa, Makan...Makan & Makan. Mula2 kami makan kat JAHET Fine Meat Bangi. Habis RM350++ jugalah meratah segala daging. Paling Mahal RM160++ Wagyu Aussie. Nak kata sedap sangat ke ? Hmm bolehla cuba sendiri. Nak juga try daging yang sangat glamour tu sekali seumur hidup. Walaupun jauh dalam hati terasa macam berdosa je. Kalau beli daging biasa dah berkilo2 dapat. huhuhu Semoga Allah maafkan. 

Ke-esokkan harinya kami lunch di Steamboat Accapella Shah Alam pula. Alhamdulillah boleh tahan juga cuma tak berapa banyak pilihan. Insya Allah nanti nak try Steamboat kat Padang Jawa pula, dengar kata sedap. hahaha asyik fikir pasal makan je aku ni, hmm memang tinggal harapan jela nak kurus. 


Hadiah untuk hubby tahun ni adalah perfume & T-shirt. Hubby pulak belanja aku 2 botol perfume pilih sendiri. hihihi... kira macam tukar2 hadiah jela. Selalu beli perfume D'xandra je, memang dah lama tak borong perfume macam dulu2. Aku ni memang kaki borong perfume kalau korang nak tahu, nanti aku borong banyak2 & kasi hadiah sebotol dua kat sedara mara, hahaha, sebenarnya rasa bersalah beli banyak2. Nak cover balik rasa berdosa kerana tamak haloba & lupa diri tu maka aku kasi la sedekah hihihi. beribu-ribu juga habis. Aduhaaiii sekali teringat terasa bertapa boros juga aku ni. Padahal aku ni bukanlah seorang yang boros, mungkin kerana duk terikut-ikut rentak kawan kot. Itulah orang kata, kita ni seperti mana kawan kita. So pilihlah kawan2 yang baik & mendorong kepada kebaikan. 

Sapa yang kenal je tahu aku ni camna. Kalau nak belanja kawan2 insyaAllah most of the time takde hal. Tapi kalau ajak aku lepak kat starbuck coffee ke ape ke, memang aku tak berapa minat. Sebab aku akan rasa macam berdosa, berlaku khianat kat duit, sedangkan kopi yang lebih kurang sama rasanya boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah kat restoran2 biasa. 

Hmmm agak kuno kan cara pemikiran aku ni, haaa itulah aku. Kalau anak2 dah besar nanti & terbaca coretan ibu ni, mesti masing2 akan mengiyakan dengan sesungguhnya bahawa ibu bukanlah seorang yang boros, lagi2 kalau nak beli barang untuk diri sendiri, aku punya buat kira2 tu makan sebulan juga, kerana anak2 sentiasa menjadi priority. Pesan ibu untuk semua anak2 ibu, Hiduplah dengan seadanya, tidak terlalu mewah & tidak juga sampai meminta-minta. Jika ada lebihan rezeki, sedekahlah kepada fakir miskin atau berkongsi rezeki dengan saudara-mata terdekat, kerana itu lebih bahagia & manis rasanya. hidup ini bukan hanya tentang kita & kita.

Semoga rumah tangga yang bakal kami tempoh untuk tempoh 12 tahun akan datang adalah lebih baik & sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt Amin. Doakan kami yea sahabat2 yang budiman. Semoga sahabat2 juga bahagia hidup dunia & akhirat.