Khamis, 29 November 2012

The Power of Patience

 
SABAR.... sebuah perwatakkan yg jarang bertamu di hati manusia. Banyak org berbicara tentangnya, banyak org meminta insan lain melakukan-nya tp banyak org tidak menjadikan-nya sebahagian daripada perwatakan harian.
 
Apa yg sering aku dengar dan kadang2 aku juga menggunakan perkataan sabar dlm menggambarkan erti sebuah perasaan :-
 
1. Aku da lama SABAR dgn kerenah ko ni !!!
2. Jgn sampai SABAR aku hilang, na'as ko nnt !!!
3. Asyik aku je yg kene berSABAR, mana boleh jadi mcmni
4. Sabar laaa..

Antara ungkapan yg sering berada di bibir manusia. Persoalannya, apekah erti "SABAR" yg sebenarnya. terdapat banyak perkataan SABAR di ulang2 di dlm Al-Quran . Antara hadith yg biasa kite dengar adalah "Org yg kuat itu adalah org yg banyak Sabarnya"
 
Aku kagum berhadapan dengan seorang manusia yg tinggi tahap kesabaran-nya. Kekadang terasa malu pada diri sendiri bile berhadapan dgn-nye. Aku malu bersemuka dengan org yg berkuasa & punya kekuatan untuk melakukan apa shj tetapi sering bersabar & berlapang dada dalam menghadapi ape jua situasi yg menimbulkan 1001 masalah kepada-nya. Moga Allah sentiasa merahmati-mu wahai jiwa manusia yg sering bersabar dlm menghadapi kerenah insan mahupun pegawai bawahan yg berada di bawah pentadbiran-mu.
 
Satu cerita berkenaan SABAR. Aku seringkali berhadapan dgn manusia yg banyak bersabar dlm melayan kerenah-ku & aku juga pernah berhadapan dgn manusia yg banyak menguji kesabaran-ku. Dalam kedua-dua situasi ini, aku simpulkan bahawa menanggung kesabaran itu Sakit pada mulanya, namun setelah beberapa ketika, apabila hilang rasa sakit yg menikam kalbu itu, jiwa menjadi tenang, hati menjadi lapang. Namun meluahkan kemarahan itu enak pada mula-nya, tapi hanya utk beberapa ketika. Setelah itu jiwa menjadi resah, hati menjadi gundah.
 
Maka pilihlah yang mana satu mahu-mu. "Bersakit-sakit dahulu, bersenang2 kemudian." Salam Jumaat dariku untuk semua pembaca yg di kasihi...