" Bahawa kamu berada pada suatu masa yg banyak ahli fiqh-nya, sedikit ahli qira'at dan ahli pidato, sedikit org yg meminta dan banyak org yg memberi, dan beramal pada ketika itu adalah lebih baik dari ilmu, dan akan datang kepada manusia suatu ketika dimana sedikit ahli Fiqh dan banyak ahli pidato serta sedikit org yg memberi tetapi banyak org yg meminta. Ilmu pada ketika itu lebih baik dari amal..."
"Antara org A'lim dan A'bid (org yg banyak ibadat) ialah seratus darjat jaraknya. jarak antara dua darjat itu dapat di capai dlm masa 70 tahun oleh seekor kuda pacuan."
Subhanallah bertapa tingginya golongan ahli agama yg berilmu. Apetah lg sekiranya mereka itu tergolong dlm golongan ahli agama yg hanya mengharapkan keredhaan Allah azzawajalla..
Seorang bertanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah Amalan apekah yg lebih baik..? Maka Nabi SAW menjawab : Ilmu mengenai Allah Azzawajalla ( Maha Mulia & Maha Besar) Bertanya lg org itu : Ilmu apekah yg engkau kehendaki.? Nabi SAW menjawab : Ilmu mengenai Allah SWT. Berkata lg org itu : Kami menanyakan tentang amal, lantas engkau menjawab tentang Ilmu.. Maka Nabi SAW menjawab : "Bahawasanya sedikit amal adalah bermanfaat dgn disertai ilmu mengenai Allah. Bahawasanya banyak Amal tidak bermanfaat apabila disertai KEBODOHAN mengenai Allah SWT..!!"
Ilmu itu lebih baik daripada harta, Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukun (Hakim) dan harta itu terhukum. Harta akan berkurang apabila dibelajakan dan Ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan (diajarkan kepada umum)
Berkata pula Ali ra : Org yg berilmu lebih utama dari org yg sentiasa berpuasa, bershalat dan berjihad. Apabila mati org yg berilmu, maka terdapatlah kekosongan dlm Islam yg tidak dapat ditutup melainkan oleh org yg sama utk menggantikannya.
Berkata Abul Aswad : Tidak adalah yg lebih mulia dari Ilmu, Raja-raja itu menghukum manusia dan a'lim ulama' itu menghukum raja-raja.
Ramadhan Kareem..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan