Harini aku xberapa sihat, badan seram sejuk, badan pun sakit2... aku amik MC harini. After makan panadol td aku duk melepak depan TV. Bagus jugak dengar diskusi Semanis Kurma ulangan ni. Tajuk dia "Bahana Harta Pusaka"
Bercerita tentang harta pusaka ni mmg rumit. Teringat tentang kisah pembahagian harta pusaka masa arwah ummi kembali ke rahmatullah. Pembahagian harta pusaka kitorang adik beradik adalah mengikut Faraid. So yg lelaki dapat 2 bahagian & aku yg perempuan hanya dapat 1 bahagian. Total pembahagian harta mengikut faraid berdasarkan jumlah anak lelaki & juga abi, aku hanya dapat 1/10 dari setiap pembahagian harta. Sebelum pembahagian sume dah bersetuju utk mengikut Faraid, so aku sebagai anak perempuan tunggal follow ajelaa. lagipun arwah ibu tercinta dah banyak memberikan harta & barang kemas kepada aku sejak dia masih hidup lg. jadinya pembahagian harta pusaka mengikut faraid tidaklah menjadi masalah pada aku. Walau apepun, kita sebagai hamba Allah seharusnya sentiasa redha dgn setiap hukum yg telah ditentukan-Nya. Ganjaran Allah itu lebey besar berbanding ganjaran dunia.
Sesungguhnya Harta itu hijau & Manis, barang siapa mengambil-nya dgn jalan yg benar maka mereka akan merasakan nikmat & keberkatan harta itu dlm hidupnya tetapi barang siapa mengambil-nya dengan cara yg tidak benar, maka ia akan menjadi seperti makanan yg dimakan tetapi tidak pernah kenyang, walau sebanyak mana dia mengambil-nya.- Imam Ahmad Tirmizi & An-nasai
Bile memikirkan tentang harta pusaka. Hati terasa sesuatu, bimbang akan kematian tetiba menjengah di depan mata. Ya Allah berilah aku kesempatan untuk menyelesaikan segala hutang2-ku dengan manusia & juga hutang2-ku dengan-Mu sebelum engkau menjadikan seluruh jasadku sejuk & kaku.
Apa yg aku harapkan kepada seluruh ahli keluarga-ku yg layak menerima harta-ku, anak2 yg ibu kasihi, cuma satu shj pesanan ikhlas yg ingin aku katekan. Bahagikanlah harta milik-ku itu sama-rata kepada semua yg layak untuk memiliki-nya & gunakanlah harta yg aku tinggalkan itu ke jalan yg benar & di redhai Allah. berlapang dada lah wahai semua anak2 ibu. Mudah-mudahan anak2 ibu termasuk dlm golongan org2 yg bertaqwa. Amen ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan