Beberapa minggu ini aku asyik membuat carian berkenaan dengan menunaikan Umrah ke Tanah suci tanpa menggunakan Agen. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Setiap ketika perasaan untuk kembali ke Tanah Haram mula membuak-buak. Kali pertama aku ke Menunaikan Umrah pada tahun 2004. Aku mendapat sponsor penuh dari arwah cik ngah. Travel agen yg membawa kami pada ketika itu bernama Al-Quds. Alhamdulillah berada di Tanah Haram pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan adalah sebuah perasaan yang sangat Indah. Perasaan pertama kali melihat Ka'abah tidak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Jangtung berdegup kencang, ingin melihat sebuah rumah yg Maha Suci, yang menjadi tujuan ibadat setiap umat Islam di Bumi. Dari celah2 tiang Masjidil Haram yang berdiri megah aku dapat melihat Ka'abah dari pintu Babusalam. Tanpa sedar aku menangis. Mungkin terlalu gembira agaknya. Allahurobbi.
Tiket untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan sekarang melambung tinggi. Kebanyakkan Pakej bermula dari angka RM5500++ untuk bilik 4/6. Itu harga di awal ramadhan, bukan pertengahan Ramadhan apetah lagi untuk 10 hari terakhir Ramadhan. Harga melambung2 sampai mencecah 30k seorang. Ya Allah... Bumi yang tandus & kontang itu suatu masa dahulu tidak mempunyai apa2, kini berdiri megah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga ini petanda dunia akhir zaman. Mendengar cerita dari sanak-saudara yang baru sahaja balik dari sana, semuanya telah jauh berubah. Kedai2 atap semua dah xde. Hotel2 yang berhadapan masjidil haram semuanya telah di robohkan. Perubahan yang begitu drastic sekali dalam masa beberapa tahun.
Jika di izinkan Allah aku berhasrat untuk sana lagi. Terasa ingin mengulang & merasai detik2 yang indah selama berada di bumi haramain pada bulan yang mulia & penuh barakah itu. Mudah2n Allah sudi menjadikan aku Tetamu di Rumah-NYA.
Antara Travel Agent yang menjadi perhatian adalah Andalusia Travel, Felda Travel & juga Rayhar Travel. Harga pakej untuk menyambut awal Ramadhan dengan bilik berdua semuanya bermula dari Angka RM7500++ bagi penerbangan Saudi Air/MAS/ Emirate. Kitorang bercadang untuk berpuasa di Mekah selama 6 atau 7 hari sekurang-kurangnya. Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan sama pahala-nya dengan menunaikan ibadat Haji. Itu yang aku nak sangat pergi ketika bulan Ramadhan. Pahala pun berlipat ganda, Mudah2n aku tidak tergolong dari kalangan manusia yg muflis di hari akhirat nanti.
Beberapa sessi perbincangan bersama hubby & my aunty telah dilakukan. Memandangkan anakanda Nuha Safiya terpaksa ditinggalkan bersama Opah (my aunty) Jika kami pergi menunaikan Umrah pada awal Ramadhan nanti. Perancangan awal aku mahu membawa Nuha sekali ke sana, tetapi setelah banyak kali di fikirkan dan beberapa factor keselamatan, maka aku terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan Nuha. Walaupun berat hati aku ni hhmmm... Tapi demi menjamin kesempurnaan ibadah & juga keselamatan Nuha aku terpaksa Redha untuk tidak membawanya.
Mengikut pengalaman yang lepas, pada setiap kali tiba bulan Ramadhan jumlah Jemaah meningkat berkali ganda, melebihi waktu2 yang lain. Ada yang kata jumlah Jemaah sama ramainya dengan musim Haji. Nak berjalan pun memang bersesak-sesak. Jika aku membawa Nuha dalam keadaan sebegitu mungkin kurang sesuai untuk dia yang masih kecil, baru saja hendak memasuki umur 2 tahun. InsyaAllah jika di izinkan Allah, aku akan membawa Nuha ke Tanah Suci bila dia sedikit besar & pandai menjaga diri InsyaAllah.
Mengikut pengalaman yang lepas, pada setiap kali tiba bulan Ramadhan jumlah Jemaah meningkat berkali ganda, melebihi waktu2 yang lain. Ada yang kata jumlah Jemaah sama ramainya dengan musim Haji. Nak berjalan pun memang bersesak-sesak. Jika aku membawa Nuha dalam keadaan sebegitu mungkin kurang sesuai untuk dia yang masih kecil, baru saja hendak memasuki umur 2 tahun. InsyaAllah jika di izinkan Allah, aku akan membawa Nuha ke Tanah Suci bila dia sedikit besar & pandai menjaga diri InsyaAllah.
Memandangkan ini adalah Umrah yang pertama kali bagi my hubby, dia mencadangkan kitorang pergi bersama agent saja. katanya agak rumit untuk pergi sendiri tanpa agent. Bimbang ada perkara-perkara ibadah yang tidak sempurna di lalukan sendiri tanpa panduan ustaz2. Oleh itu aku bersetuju untuk pergi dengan Travel Agent, tapi travel agen yang mana satu belum dapat di putuskan lagi. Persediaan dari segi mental & fizikal juga harus di mantapkan. Harapnya niat untuk ke Tanah haram ini di mudahkan jalannya oleh Allah.
Amen ya Rabb...
Amen ya Rabb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan