Sepanjang sebulan bulan Ramadhan ni banyak betul kami berjalan, sekejap ke Terengganu lepas tu ke Penang pula. Amboii rancak berjalan nampaknya. Kitorang ke Pulau Pinang tu sebab follow my hubby ada kelas senjata di Kem Butterworth. Lama juga kami di Penang haritu iaitu 4D3N. Hotel pilihan mmg dah tau dah. Tempat lepak sejak azali klu hubby ada kerja di Penang iaitu The Light Hotel Seberang Jaya.
Selama di Penang kami berbuka di beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang. 1st day sampai tu kitorang ke Restaurant Pen Mutiara di Batu Maung. Kami dah penah ke sini dulu tapi masa tu bukan bulan puasa. So kali ni kite terjah lagi sekali untuk menikmati kari kepala Ikan Merah yg agak pekat. Harga murah jek RM45 sekuali besar, makan 3 org pun boleh walaupun saiz hidangan untuk 2 org. Kami amik ala carte sahaja, malas nk berbuffet bagai, coz perut kami ni kecik je, confirm x berbaloi.
Kari kepala ikan yg sedap, tapi klu aku masak lagi sedap kata hubby... :))
Total damage berbuka kt Restaurant Pen Mutiara Batu Maung ni ialah RM91 sahaja. Alhamdullillah kenyang sudah, Sotong goreng tepung tu pun siap bungkus bawak balik bilik coz dah full, mmg tak larat dah nak habiskan. Padahal order untuk saiz paling kecik tu. Klu pilih buffet tu xtaula mana lg nk isi, setakat 4 lauk ni je pun semua dah surrender. Air kitorang ialah Limau suam & juga kelapa untuk hubby. After dah kenyang2 maka kami pun bertolak ke masjid untuk berterawih pula.
Semasa di sana kami sempat menunaikan solat terawih di masjid berdekatan hotel penginapan kami. Alhamdulillah imam pun suara boleh tahan sedap. Hari ke 2 & ke 3 tu aku dah tak ke masjid coz dah ter.. tuttt... hihihi. Maka after berbuka hubby akan hantar aku ke bilik Hotel than baru dia ke Masjid. Walaupun duduk terkurung jek dalam bilik hotel yg comel tu, tetapi seronok juga, coz boleh cuba makanan Penang & merasai kemeriahan Ramadhan di Utara semenanjung tanahair.
Masa hari pertama berterawih di masjid, Nuha safiya sempat lg berselfi dengan budak mana entah. Ibu tengah solat terawih dia duk berselfi pula yea.. amboii-amboii mesra alam sungguh budak kecik ni... Bila aku bukak phone baru perasan gambar diorang, bukan sekeping dua, bepuluh2 keping. Dahla muka bulat sebijik jek macam abg dengan adik. hihihihi... Nuha oh Nuha.. cepat aje dia dapat kawan. Tapi sayang-nya sempat berdating semalaman saja sebab hari2 seterusnya kami dah tak ke masjid lg.
Tempat berbuka pilihan kami untuk hari seterusnya ialah di Al Haura Arabic Kopitiam di Sungai Petani.
Nasi Arab & Air asam ... ?? :))
Nasi Arab yang tak berapa nk arab sebab ada air asam sekali, hmm bolehla sedap jugak, daging pun banyak sampai terpaksa bungkus bawak balik hotel. Kepada yg ingin mencuba kelainan boleh cuba kt kopitiam ni, macam2 menu ada, tapi klu rasa nk makan nasi arab yg sedap, ini bukan kedainya, coz nasi arab dia ni dah di melayukan, mmg xde fefeling nasi arab pun, macam makan daging bakar dengan air asam jek rasanya, tapi sedapla jugak. Sekian review untuk nasi arab ni. hihihihi...
Total damage di Al haura Arabic Sungai Petani...
Setelah kenyang maka balik ke bilik lepak dalam bilik ekon yg sejuk tahap duk kt puncak gunung. Tapi bagus jugak sejuk2 cepat sikit kurus, coz energy banyak digunakan untuk menyejukkan badan kembali. Entah betul ke tak teori aku ni huhuhuhu... ada sape2 boleh bantu ??
No meja kami...
Untuk hari seterusnya kami ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelek Butterworth. Dulu pun kami dah pernah beberapa kali ke sini. Tetapi yg pasti bukan bulan Ramadhan lah. So macam biasa, bila tiba bulan Ramadhan ni maka keinginan untuk menikmati makanan akan sedikit over expected, so kite cuba la mana yg patut, padan2 dengan harga & poket sendiri. Poket org lain suke hati depa laa.
Nasi hubby, sekejap je dah habis daging bakar tu, after berbuka semua dah closed. (habis) Pengurusan makanan yg agak lemah. Kuantiti makanan sedikit tetapi tetamu tersangatlah ramai. Mungkin translate pada harga yg agak murah, sapa amik cepat maka untunglah. Yang bajet buffet kt 5* hotel nk amik sikit2 mmg xmerasalah lepas tu. coz semua dah kene kebas.
Nasi beriani aku yg simple coz xde selera sangat malam tu, perut meragam di sebabkan perios pain.
Senarai Menu mengikut hari
Review untuk buffet di Puncak Mutiara Cafe biasa-biasa sahaja. Samada mulut aku kurang selera pada hari tu atau mmg lauk dia kurang kene dengan tekak aku. So aku makan sikit jek, sekadar mengalas perut. Meja kami pula agak jauh dari tempat buffet, so terpaksa menapak agak jauh, So bile dah penat selera nak makan tu dah macam hilang. Lagipun kuih muih yg di hidangkan sikit jek, padahal tetamu yg datang sikit punye la ramai, lepas berbuka tu ingat dia akan top up kuih lg, tetapi smpai ke sudah dah xde tambahannye. agak mengecewakan di situ.
Harga buffet yg di tawarkan ialah RM35 tetapi pada aku better beli jek nasi beriani kt Bazar 2 bungkus lepas tu beli kuih muih dalam RM10 da settle. Jimat banyak di situ. In future rasanya dah tak berminat untuk join buffet Ramadhan di sini lg. Agak tidak berbaloi pada hemat aku. Sekian shj my review untuk cafe ni.
Setelah beberapa hari di Penang maka petang Rabu tu kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tamat sudah sessi jelajah di bulan Ramadhan tahun 2016. Cuma tinggal lebih kurang 11 hari lg untuk menikmati kemuliaan bulan Ramadhan. 10 hari terakhir ni kene semakin kuat beribadat, mudah2n dapat juga bertemu dengan Lailatul Qadar. Nasib baik juga "Bendera Merah" datang pada pertengahan Ramadhan so masuk 10 akhir Ramadhan ni dapatlah aku bersolat & berterawih, walaupun secara solo di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan