Entry ni sudah berbulan jugak terperap dalam aku punya draft, Kitorang terjah restaurant ni masa bulan Ramadhan haritu. Kalau baca review org ramai mengenai Restauran ni memang top gitu, tapi after kami terjah macam biasa-biasa sahaja, tak berbaloi kami datang jauh-jauh dari Hotel di Batu Ferrenghi semata-mata nak berbuka di restauran yang meletooop la sangaatt. Mungkin bulan puasa kot, ramai yang booking table untuk berbuka dengan jumlah order yang banyak & pelbagai. So kualiti rasa & masakan mungkin kurang menjadi di situ.
Udang butter dah sejuk so kurang membuka selera. Kebetulan kami datang ni adalah bulan Ramadhan. Dah booking melalui telefon untuk book tempat serta lauk apa. Mungkin kalau datang hari biasa lagi okey kot, aku pun tak berani nak promote lebih, maafkan saya yea Tuan Kedai. Tapi next time kalau datang Penang lagik aku akan cuba kt kedai lain pulak. Kadang-kadang lain orang lain citarasa.
Ikan Bakar pun tidak seperti yang digembar gemburkan, sambal dia tak rasa sedap sangat pun, nothing special for me. Mungkin sebab puasa kot, Tak boleh nak agak garam banyak mana, bersangka baik saja lah.
Tengoklah bertapa ramainya org booking table untuk Iftar. Lauk pun dah siap terhidang sekitar jam 6 ptg sedangkan waktu berbuka sekitar 7.15 malam. Dah sejuk gigil-lah semua lauk-lauk tu kat atas meja, dahla dihidang tanpa bertutup, tuan meja pun belum sampai... aaiiisshh parah...
Sotong celup tepung pun tak rangup, tepung dah lembik, mungkin kerana goreng tak cukup garing menjadikan tepung di bahagian dalam sotong tak sempat masak. Nuha safiya & telur dadar yang menjadi feberet sepanjang masa.
View di pinggir Selat Melaka mengadap Pulau Jerejak agak cantik disertai dengan angin yang membuai, membuatkan sedikit ok walaupun rasa makanan seperti serba tak menjadi.
Walaupun begitu, kami tetap berbuka dengan gembira & makan sampai habis, nasib baik order portion kecik jek jadi tidaklah membazir. Apepun Alhamdulillah dengan rezeki dapat berbuka dengan sempurna. Kami berkejar pulang ke Hotel untuk solat Terawih di Masjid Negeri. Alhamdulillah sangat seronok dapat melakukan terawih di masjid Negeri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan